ดาวน์โหลดแอป
30% Pendamping Untuk Cik Aara / Chapter 3: BAB 3

บท 3: BAB 3

Karl Aidyn memicit micit kepalanya , masih terasa sakit akibat minum terlalu banyak.. Mug di atas meja itu di ambil menuangkan air ke dalam gelas kemudiannya.. Dia meneguk cepat.. kejadian semalam mula berlegar di fikirannya.. tiba tiba hatinya di sambar amarah mengingatkan Aara.. Karl Aidyn bangun dari katilnya , bilik Aara di tujunya.. setiba di depan bilik Aara , pintu itu buka kasar oleh Karl Aidyn, kelihatan Aara di depan cermin sedang membetulkan rambutnya.. Aara menoleh seketika sebelum menyambung memandang cermin di depannya.. Karl Aidyn meluru masuk..

"You buat apa ?"

Soal Karl Aidyn dingin.. Aara senyum sinis ke arah cermin pantulan wajah Karl itu.

"You tak nampak I buat apa ? I tengah bersiap nak masuk office.."

Jawab Aara selamba.. Karl mengetap bibirnya , menahan marah..

"I means semalam.. You buat apa kat I semalam ? You tahu kan I tak suka you masuk campur hal I.. I dah cakap , kita buat hal masing masing.. tak payah masuk campur hal I.."

Bebel Karl panjang.. Aara mendiamkan diri , seolah olah kata kata Karl tidak kedengaran di telinganya , Aara mengambil anting anting berlian itu untuk di pakaikan di telinga , belum sempat pun dia berbuat itu , laju saja tangannya di capai Karl , anting anting jatuh ke lantai , secepat itu juga Aara merentap tangannya dari tangan Karl dan menolak tubuh Karl..

"I tak masuk campur hal you lah ! I tak ada masa nak ambil tahu semua hal you.. semua hal you dengan perempuan perempuan tu semua.. I tak kesah ! Tak kesah dengan mana mana perempuan yang you nak tidur ! Pergi lah tidur dengan mana mana perempuan yang you nak ! Tapi bukan dekat rumah ni... boleh tak you hormat I sebagai pemilik rumah ni juga ?!"

Mengigil bibir itu meluahkan , mata tajam itu menatap mata Karl Aidyn dengan berani.. Karl Aidyn mengetap bibirnya menahan marah..

"Memang , memang I tak ada masa untuk urus semua hal you , I sibuk , kena uruskan semua pasal staff , pasal kilang tu , pasal kapal , pasal hotel ! I uruskan kerja , bukan urus urusan you.. and I faham , you sibuk , sibuk dengan semua perempuan you.."

Sambung Aara lagi.. Pandangan tajam Karl Aidyn untuknya tidak langsung menakutkan , rasa takutnya sudah di tenggelami rasa sakit , pedih yang di rasa saat ini.. tidakkan lelaki di depannya itu memikirkan sedikit perasaannya ketika itu , apakah hal perempuan lain sahaja yang di fikiran Karl..

"I tahu uruskan kerja I juga lah.. Jangan bercakap macam you saja yang handle semua kerja.."

"Then uruskan lah ! Jangan ingat  perempuan saja !"

Bentak Aara kembali.. Tiba tiba saja Karl ketawa sinis , dia mengigit bibir seketika , keningnya di angkat seraya memandang Aara..

"You pun tahu I handle semua kerja kerja tu , jangan jadikan alasan perempuan untuk tu Aara.. You jealous ? Jangan cakap you jealous bila I dengan perempuan tu semua ?"

Serius kali ini mata Karl Aidyn menatap Aara.. Aara melarikan pandang , dia ketawa perlahan sebelum menatap kembali wajah Karl Aidyn..

"Jealous ? Dah dua tahun kita kahwin Karl.. Dah berapa ramai perempuan you guna ? Sekarang you  terbitkan soalan tu ? Jealous ? Tak ada dalam kamus hidup I.. untuk orang macam you ? Nonsense.."

Balas Aara dengan berani.. Karl Aidyn senyum sinis.. terasa keegoannya di cabar.

"Ooo tak ada... so bagus lah.. I ingatkan you dah falling love dengan I sampai tak boleh tengok I dengan perempuan lain.. lagi lagi super model macam dia.."

Mendengar kata kata Karl , Aara sambung ketawa.. geram saja mahu menampar mulut lelaki di depannya itu..

"Super model ? Nak bandingkan dengan I ? You pun tahu siapa lagi better ? Tanya lah public kalau you nak tahu jawapan..Perempuan murahan macam tu di banggakan you.. patut lahh.. taste you teruk sangat.."

Laju saja lengan Aara di paut kasar oleh Karl Aidyn.. serta merta mendekat badan itu ke arah Karl..

"I warning you.. jangan sesekali rasa suka or sayang you hadir dekat I.. sebab sampai bila bila I tak akan sayang you , tak akan cinta you.. urusan kita hanya urusan bisnis ,  you ingat kata kata I ni dengan baik.. I rela sentuh perempuan lain berbanding you !"

Tajam menikam setiap patah perkataan itu di telinga Aara.. Karl Aidyn melepaskan genggamannya , tertolak merapat badan Aara terkena meja solek itu. Aara cuba senyum , menyingkirkan perasa halus yang hadir tika ini.. Karl Aidyn melangkah pergi dari bilik itu... secepat kilat tangan Aara menyelerakkan semua barangan di atas meja solek itu , jatuh berderai barangan itu ke lantai.. Aara memandang sendu.. Airmata kuat di tahan agar tidak gugur di lantai seperti barangan itu..


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C3
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ