"Adrean"Senyum salah seorang perempuan itu.
"Lepas kan rambut dia"Kata Adrean sambil melepaskan tangan perempuan itu dan rambut Aleeza.
Beg Aleeza ditarik diikuti juga badan gadis itu sekali gus ditarik mendekati dirinya.
"K_kenapa Adrean"Ucap perempuan itu.
"Dia korban milik aku siapa yang kacau aku bully dia jugak senang kan"
Ucap Adrean lalu menarik beg Aleeza seperti anak patung ditariknya pergi ke tempat sunyi.
"Korban?"Pelik Aleeza masih lagi tidak memahami maksud itu.
"Hmm korban aku sorang je boleh buli kau.Kau milik aku"Adrean sambil menatap tajam Aleeza.
*Seramm mamat ni*Bisik Aleeza dalam hati.
"Kalau macam tu aku pergi dulu"Aleeza yang laju laju mahu pergi dari situ.
"Ehhh"Adrean memegang erat beg Aleeza.
"Apa kau nakk"Kesal Aleeza.
"Kau teman aku dalam kelas"Ucap dingin Adrean.
"Mana boleh kan kelas berbeza lagi pun buat apa aku nak teman kau ishhh"Aleeza cuba melawan.
"Kau ni tak ingat ke aku cakap kau M.I.L.I.K A.K.U"Adrean terus menarik gadis itu mengikutinya sekali.
Ringan sangat.
"Lepas kan aku lahh"Kata Aleeza.
"No"Tegas Adrean.
"Please perut aku sakit sangat ni lepaskan sekejab je aku nak pergi tandas"Aleeza yang mula sakit perut tiba-tiba.
"Kau period hmm?"Tanya Adrean dengan suara lembut.
Lah!?
Malu Aleeza.
"Kau senyap aku sambung tarik balik"Adrean menatap wajah malu gadis itu.
"Ya lah ye betul aku aku"Malu mahu melanjutkan ayat.
"Okay aku faham now jom"Kali ini Adrean menarik lebih pelan Aleeza.
"Tapi le_"Baru saja mahu bercakap dipotong Adrean.
"Sabar"Adrean kali ini menarik Aleeza bukan ke kelas tapi ke kantin.
Sampai di kantin.
"Makcik bagi air cawan letak air panas tapi jangan panas sangat"Ucap Adrean kepada makcik kantin itu.
"Kau nak minum ke?"Pelik Aleeza sekali gus pening.
"Senyap kalau tak aku baling kau"Jeling Adrean.
Setelah makcik kantin memberikan air yang di mahukan Adrean.
Jejaka itu menyuruh Aleeza duduk di kerusi.
"Kau nak suruh aku buat apa"Aleeza memandang Adrean yang memegang cawan berisi air tadi.
Adrean mengeluarkan kain dari begnya dibalut cawan itu menggunakan kain itu.
Pelan Adrean seperti nak taknak meletak cawan itu diperut Aleeza.
Terkejut gadis itu melihat tingkah laku si pembuli Adrean.
"Pegang cawan ni,feel better?"Tanya Adrean sambil melutut dan memegang cawan itu.
Aleeza dengan wajah terkejut pelan memegang cawan diperutnya.
"Aleeza?"Ucap Adrean.
"Ouh hemm okay"Aleeza tiba-tiba tidak mahu memandang jejaka itu malu lah kan.
"Pandang aku Aleeza do you feel good or not?"Serius Adrean.
Aleeza memandang Adrean
"Yah okay aku okay tapi kenapa kau tiba-tiba baik this is your plan untuk buat aku bunuh diri"Tanya Aleeza dengan berhati-hati.
"Buat anak terus kalau nak suruh kau bunuh diri"Adrean dengan tatapan tiada perasaan.
"Ehhh apa benda dia ni"Aleeza membuat muka jijik.
"Senyap kalau kau dah tak sakit bagitahu aku sambung tarik kau masuk kelas"Adrean sambil duduk disebelah Aleeza.
"Okay"Pelan suara Aleeza membalas.
......
*Malu nyaa hari nii*Ucap Aleeza dalam hati buku menutup muka malunya dari guru kelas Adrean dan yang lain.
Adrean dari tadi hanya tidur di sebelahnya.
Tadi suruh teman
Kerana tidak tahan gadis itu mengambil beg dan mahu pergi dari situ.
Jejaka itu menarik pelan baju Aleeza supaya tidak pergi.
"Lepas Adrean"Bisik Aleeza di telinga Adrean.
"Milik aku,jadi kau tak boleh pergi duduk lah balik tidur macam aku kalau malu"Adrean sambil menarik baju Aleeza.
Semua disitu melihat mereka.
"Ouhh sorry"Aleeza duduk semula.
"Tidur"Ucap pelan Adrean.
Aleeza tanpa ragu-ragu mengikuti kata Adrean dia meletakkan kepala diatas meja dan menutup mata tanpa memikirkan guru dan lain didepan.
Krik
Bunyi seseorang mengambil gambarnya.
Aleeza membuka mata dan melihat Telefon Adrean betul-betul di depannya.
"Kau amik gambar apa?"Aleeza sambil menatap tajam Adrean yang matanya menatap satu sama lain.
"Gambar kau dah pergi sambung tidur"Adrean mengeggam telefonnya dan menutup mata.
Aleeza dari yang mahu tidur tadi terus segar dan mahu mengambil telefon jejaka yang juga mahu tidur.
Pelan tangan Aleeza mahu mengambil telefon dari genggaman Adrean yang menutup rapat mata.
"Pencuri,jangan amik gambar tadi cantik aku simpan je"Tahu saja jejaka itu yang Aleeza mahu mengambil telefonnya.
"Tapi kan"Aleeza cuba melawan.
"Tidur"Ucap Adrean sambil membuka sebelah mata.
Pelan Aleeza meletakkan kepala di meja semula.
Macam sekolah bapak dia!
..........
REHAT
"Nak pergi mana?"Tanya Adrean yang melihat Aleeza perlahan-lahan keluar dari kelas sambil membawa beg.
"Hilang"Aleeza menatap mata layu Adrean.
"Hilang? Kau memang nak mati awal ke sampai hilang"Tegas Adrean.
"Dari kau buli aku atau dari satu sekolah buli aku lebih baik aku hilang"Aleeza menatap serius kemudian memusingkan badannya dan mahu meninggalkan Adrean.
"Hemm kalau kau jalan selangkah lagi junior iras aku akan lahir"Adrean dengan suara dinginnya.
Aleeza laju memusing kebelakangan dan pergi ke jejaka itu.
"Kau fikir aku murahan sangat ha sampai kau nak buat macam tu cuba and aku akan anggap kau lelaki paling tak layak hidup"
Aleeza sambil menolak-nolak badan Adrean menggunakan begnya.
Adrean senyum tipis.
"Bagi aku kau mahal sebab tu kene mati. Nissa bagi aku duit tak cukup dengan harga diri kau so yah you are mine"Bisik Adrean ditelinga Aleeza.
"....."Entah kenapa gadis itu memilih untuk senyap
Aleeza membuat muka tiada perasaan.
Adrean menatap Aleeza yang tidak seperti akan membuka mulutnya.
"Jadi kalau aku akan buli kau ingat tu bukan aku sebab aku takkan buli kau yang mahal di mata aku"Adrean dengan nada lembut.
"Kau tetap akan buli aku kan"Aleeza menatap Adrean.
"Hmm jom ikut aku kita hilang sama-sama"Adrean menarik beg Aleeza.
"Kenapa baik dengan aku Nissa dah bayar kau kan"Aleeza yang ragu-ragu.
"Aku dah cakap apa yang dia bayar tu tak cukup jadi selebihnya aku yang nak buat bukan sebab arahan perempuan tu"Adrean sambung menarik Aleeza.
"Gila mamat ni"Aleeza mengelengkan kepalanya.
......
"Prince..."Panggil Nissa kemudian duduk disebelah Prince.
"Hmm"Jawab Prince yang sedang membaca buku.
"Nissa tak pandai yang ni boleh ajar kan"Nissa sambil menunjuk ke soalan yang sebenarnya.... senang.
"Tanya Cikgu"Dingin suara Prince.
"Alaa Nissa malu lah nak tanya Cikgu nanti Cikgu kata Nissa bodoh macam mana Prince"
Ucap Nissa yang mengepitkan suara dan membuat muka sedih.
"Mustahil Cikgu kata bodoh"Balas Prince.
*Sebab Cikgu takut dengan murid sendiri*Sambung Prince dalam hati.
"Tolong Prince Nissa takut je boleh tolong ajarkan"Nissa membuat muka ingin nangis.
"Hmmm okay"Kata Prince dengan muka tiada perasaan.
"Terima kasih,Prince baik sangat"Nissa terus mendekati Prince.
......
Awan dan langit biru itu pemandangan Aleeza dan Adrean sekarang ini berada di atap sekolah.
"Takpe ke kita ada kat sini?"Tanya Aleeza yang melihat jejaka itu baring dan jarak diantara mereka 1 meter.
"Kita hilang maksudnya atap ni takde seorang pun akan naik"Ucap Adrean yang makan roti sambil baring.
"Ouh"Aleeza sambung memandang ke langit tidak tahu mahu buat apa.
"Jangan makan baring nanti jadi duda single"Tenang Aleeza setelah mengucapkan ayat itu dengan muka tiada perasaan.
"Emm uhuk uhuk air air"Tersedak Adrean dia terus duduk dan meminta Aleeza air.
"Hehe padan muka"Aleeza cepat mengambil botol air Adrean yang berada disebelahnya.
Adrean laju meminum air.
"Haaa lega,kau tak jampi kan air ni"Ucap Adrean dengan serius kemudian sambung meminum air itu
"Ada,aku jampi sikit emm jampi mati tua sendiri"Senyum Aleeza.
"Puff ehem"Tersembur air itu jejaka itu memandang Aleeza dengan muka tidak puas hati.
"Pfffss marah si kucing ni"
Hampir ketawa gadis itu melihat Adrean dengan rambut serabai kerana tersedak dan baju basah sedikit kerana tersembur.
"Kau ingat aku haiwan ke?"Adrean menjeling Aleeza kemudian bangun dan membuat muka tidak puas hati.
Perlahan-lahan seperti mahu meletakkan botol air kemudian laju membawa lari beg Aleeza.
"Woi"Aleeza bangun kemudian mengejar jejaka yang membawa lari begnya.
"Ada surat cinta dalam ni hmm"
Senyum Adrean kemudian membawa lari beg Aleeza.
Mereka berdua berlari di atap itu dengan tidak memikirkan masa atau apa pun.
Sempat lagi semasa lari Adrean membuka beg Aleeza dan mengapai IC gadis itu.
"Wah Aleeza Luna hehe Aleeza luna lajunya lari"Adrean sambil membuat muka julid.
"Ishhh bagi lah!"
Marah Aleeza.
"Nooo beg ni pun milik aku"Gembira Adrean lebih laju lah dia lari.
"Ishhh amik lah beg tu malas nak layan mamat ni lebih baik aku balik je terus"
Bebel Aleeza malas mahu mengejar jejaka itu dia berjalan perlahan-lahan ke pintu tangga untuk pergi.
Adrean menunduk kemudian lari ke Aleeza yang sedang marah padanya.
"Jangan pergi nah beg kau duduk tunggu loceng ramai yang tunggu kau turun sebab nak buli kau jadi tunggu lah dengan aku"
Adrean sambil memandang Aleeza yang mula berhenti setelah mendengar ucapan itu.
Jejaka itu menghulurkan beg ke Aleeza tanda memohon jangan pergi.
Adrean menunduk.
Aleeza memandang jejaka yang muka mula suram.
Adrean memegang lehernya kerana yah mungkin ini kali pertama jejaka itu bertingkah bergitu.
"Yah aku tak tinggalkan kau"Aleeza mengambil pelan beg itu.
Adrean laju menutup mukanya.
*Malu macam bagi orang bunga*Bisik Adrean dalam hati seluruh muka ditutup menggunakan tangan sendiri.
"Adrean kau okay?"Pelik Aleeza melihat jejaka itu.
"Okay aku tahan nak pukul kau je tadi"Dingin Adrean.
"Ouh"Aleeza dengan muka tiada perasaan kemudian duduk semula ditempat tadi menunggu habis rehat.
...
MALAM,Rumah Adrean.
Tik trik
Bunyi pintu yang mempunyai kata kunci ditekan.
Krik
Pintu masuk itu dibuka dan sedaya upaya untuk tidak bising.
Seorang perempuan berjalan perlahan-lahan melewati ruang tamu ke bilik.
"Baru balik"Ucap dingin jejaka yang duduk di sofa dengan lampu tidak di buka.
"Hmm"Jawab perempuan itu.
"Pergi mana?"Jejaka itu membuka lampu terlihat wajah kacak yang sedang marah.
Jejaka itu adalah Adrean Darian dan perempuan itu adalah Nilam adik Adrean.
"Kenapa perlu tahu.Abang,adik dah besar dah boleh jaga diri setiap Nilam balik soalan sama abang tanya.Abang, Nilam bukan budak kecik yang abang manjakan dulu"
Nilam membuat muka rimas.
"Soalan sama wow Nilam kau ingat aku tak tahu kau pergi Club kan dengan kawan kau HA!"Jerit Adrean lalu memandang benci Nilam.
"Kenapa Abang nak marah Nilam.Nilam dah kata Nilam DAH BESAR!"Lawan Nilam lalu membaling beg yang dipegangnya.
"Dah besar kepala hotak kau.Kau keluar dengan lelaki entah dari mana sana sini kau ikut dia sampai tempat yang paling aku benci apa benda tu Nilam"
Adrean memandang kesal Nilam.Jejaka itu cuba menahan diri supaya tidak kasar ke Nilam.
"Itu privasi Nilam abang siapa nak masuk campur kerja abang buli sana sini ingat Nilam tak malu ke ABANG!"Nilam dengan muka tidak puas hati.
Pak
Pipi Nilam ditampar Adrean.
"Cuba ulang cepat ulang"Adrean memandang Nilam dengan muka tiada perasaan.
Nilam memegang pipi yang ditampar Adrean.
"....."Nilam senyap dan terkaku disitu.
"Kenapa senyap melawan kan tadi cepat.Kau nak aku kasar dengan kau kan okay.Kau dengar Nilam kalau boleh aku taknak serumah atau sedarah dengan orang yang tak pernah sedar kesalahan sendiri"
Adrean memandang muak wajah Nilam.
"Abang...."Panggil Nilam sambil menunduk ke bawah.
"Kau pernah cakap kan kau suka rumah ni jadi nanti kau boleh ajak kawan jahanam kau tu datang tapi aku tak bagi so sekarang aku keluar dari rumah ni your dreams come true"
Adrean dengan muka masih lagi marah dia mengambil jaket dan barang keperluan kemudian berjalan ke pintu keluar.
Nilam terus mengejar Adrean.
"Abang,Nilam minta maaf bang jangan tinggalkan Nilam bang!"
Mata Nilam perlahan-lahan mengeluarkan air mata.
Cuba mengejar Adrean supaya tidak pergi.
Adrean berhenti dari berjalan.
"Kau dah besar kan jaga diri mulai hari ni aku tak kenal kau"Adrean dengan tatapan tajam.
"Ahh sakit bang"Nilam memegang perutnya.
"Kenapa?"Adrean dengan muka tiada perasaan.
"Sakit..."Nilam pengsan di depan jejaka itu.
...
KEESOKAN HARINYA.
"Adrean ponteng kelas ke?"Dari tadi jejaka itu bermain difikirannya.
"Nanti nak mesej kene tuduh beria tapi kenapa aku kesahkan dia pembuli"
Aleeza mengelengkan kepalanya.
Gadis itu berjalan ke kedai setelah balik dari sekolah.
Ting
Notifikasi telefon gadis itu berbunyi nama Adrean terpapar di screen.
_________________________________________________
ADREAN
_________________________________________________
ADREAN:Jumpa aku dekat ×××××
sekarang.
ALEEZA:Hmmm okay
Read/
_________________________________________________
Pelik Aleeza setelah dapat mesej dari Adrean nasib tempat itu dekat dengannya.
SAMPAI DI TEMPAT ADREAN....
"Mana dia ni?"
Aleeza yang mencari satu tempat itu tapi tiada langsung kelibat Adrean.
Aleeza mencari jejaka itu ditaman permainan pula.
"Al..."Bunyi suara jejaka yang dicari Aleeza datang berdekatan gelongsor itu.
Aleeza perlahan datang ke situ dan melihat Adrean yang duduk ditanah sambil menutupkan matanya .
Kemudian wajah Adrean yang luka dan calar serta tangan yang berdarah seperti baru lepas memukul seseorang dengan keras.
"Yah kau okay?!"Laju Aleeza mendekati Adrean.
"Okay"Adrean membuka mata kemudian laju berdiri.
Terkejut Aleeza.
"Kenapa panggil aku kenapa tak pergi beli ubat ke pergi klinik ke"Aleeza dengan muka tiada perasaan.
"Aku taknak pergi klinik sebab malas lagi satu aku kene block"Adrean memandang Aleeza.
"Block?"Aleeza sambil membuat muka tanda tanya.
"Maksudnya aku tak boleh beli ubat dah sebab aku pernah borong semua ubat jadi kene block dah tak boleh beli lagi"
Adrean mengelengkan kepalanya.
"Ishh merepek lah bahasa Kau ni"Aleeza menjeling ke Adrean.
"Haaa"Adrean memandang ke bawah.
"Apa lah kau kenapa?"Tanya Aleeza.
"Aku tak boleh jaga adik sendiri"Adrean dengan muka murung.
"A_adik kau ada adik ishh lupakan kenapa dengan adik kau"
"Semalam dia hampir mati sebab tekanan perasaan jiwa raga kebodohan"Adrean sambil membuat muka stres.
"Wow kesimpulan dia dah lah dah habis kan aku lapar ni bye nak pergi makan"Aleeza mahu pergi dari situ.
Adrean menarik beg gadis itu.
"Adrean kau nak tarik aku pergi mana lagi"Kesal Aleeza.
"Jom pergi rumah aku"Adrean dengan nada dingin.
"Mana boleh nanti kene tangkap basah macam mana ha nanti aku kene kahwin lepastu kau taknak aku and kau buang aku hidup aku musnah pastu"
Sampai disitu sahaja ayat Aleeza.
"Senyap ada adik aku dekat rumah jangan risau tapi bagus jugak kene tangkap basah kan"Adrean senyum.
"Pala hotak mu"Aleeza dengan nada tegas.
"Sorry but not sorry dah dah jom lapar kan nanti aku masak untuk kau"
.....
ความคิดเห็นย่อย
คุณลักษณะความคิดเห็นย่อหน้าอยู่ในขณะนี้บนเว็บ! เลื่อนเมาส์ไปที่ย่อหน้าใดก็ได้แล้วคลิกไอคอนเพื่อเพิ่มความคิดเห็นของคุณ
นอกจากนี้คุณสามารถปิด / เปิดได้ตลอดเวลาในการตั้งค่า
เข้าใจแล้ว