ดาวน์โหลดแอป
84.21% DIRIMU SATU / Chapter 16: HARGA SEBIJI DULANG EMAS.

บท 16: HARGA SEBIJI DULANG EMAS.

lisa memasukkan segala barang keperluannya untuk digunakan di asrama ke dalam bonet kereta sambil menanti didi yang sedang berbual di telefon. didi berjanji untuk menghantarnya ke asrama petang ini.

" liya u taknak join sekali?" tanya didi kepada aliya yang memasukkan barang ke dalam alphard. kehulu hilir dia melihat aliya mengangkut barangnya. lagak seperti akan berpindah terus.

aliya menggeleng. malas dia nak turut serta. taknak jadi penonton drama kisah cinta didi. buang masa.

" come la.. kan one way..." ajak lisa memaut lengan aliya. kepalanya diletak dibahu aliya.

" kakak ada tempat nak singgah.." tolak aliya serius wajahnya. memang begitulah aliya. dia menepuk kepala lisa.

lisa menarik muncung. nak merajuk.

" see... kakak nak singgah kedai buku.. nanti u all kena tunggu lama.. " betul lah aliya tahu betapa didi dan lisa benci berada di dalam kedai buku. lagi-lagi menunggunya memilih buku. mulut dua orang itu pasti akan pokpekpokpek.

" you better masuk lisa sekarang.. didi taknak mati tunggu aliya pilih buku.." seram pula didi mendengar aliya nak pergi kedai buku. menanti aliya pilih buku,ibarat menanti nyawa dicabut. 2 jam paling awal.

puan lili ketawa diam melihat dna mendengar perbualan anak-anaknya dari muka pintu.

" esok kita lunch sama.. kakak belanja.." aliya memujuk lisa. hubungannya dengan lisa tidak serapat lisa dengan didi. namun ada waktunya dia dan lisa akan makan bersama. lisa datang melepak di dormnya. ada ketikanya juga lisa akan membuta di makmal menemaninya. begitulah perangai pelik lisa. aliya sudah terbiasa.

" esok petang lisa datang tuntut.. my chiki otw.."suka lisa. dia memang selalu membodek duit kakak dan abangnya. seronok jadi puteri bongsu ya. nka apa semua dapat.

aliya membuat isyarat okey dengan tangan.

" okey...bye sis.." pamit lisa masuk ke dalam kereta. lama pula didi tunggu nanti.

masuk sahaja dalam kereta,didi menyerahkan sesuatu kepada lisa. dokumen penyerahan hak milik.

" apa ni?" tanya lisa. dia mula membelek dokumen itu satu persatu muka surat.

didi mula memandu keluar daripada villa jose.

" nama lisa? didi serahkan ni dekat lisa ke?" tanya lisa.

" yes.. tapi.. lisa kena rahsiakan dari daddy dengan mummy." akui didi berharap lisa mendiamkan perkara itu daripada sesiapa.

" ini kelab didi.." dokumen yang didi berikan kepada lisa berupa geran kelab malam milik elibert group. bukan ini harta keluarga senior gill. macam mana didi dapat ni.

" didi menang race dengan gill. club ni milik gill.. so.. didi minta untuk hadiah birthday lisa.." cerita didi sambil memandu keretanya mengarah ke arah kawasan perumaha mewah yang menempatkan banyak villa-villa besar. keluarganya juga memiliki properti di kawasan ini.

" gina pun tak tahu tentang ni.. so.. keep it secret.. "pesan didi sebelum berhenti di hadapan villa rose.

regina rose sedang menunggu di hadapan pagar. buat pengetahuan kawasan perumahan yang dikenali sebagai the golden rose villa ini hak milik rose group. di setiap 5 pulau keluarga ini memiliki satu kawasan perumahan elit.

" hai geng.." sapa lisa keluar daripada sebelah pemandu untuk berpindah ketempat duduk belakang. dia sudah biasa. malas nak ganggu pasangan bercinta.

gina masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

" macam mana dengan thailand?" tanya gina apabila kereta mula bergerak.

" nah ni.." lisa menyerahkan buah tangan yang dibelinya untuk teman-temannya.

" apa ni??wow... cantik.." gina membelek pakaian tradisional thailand yang diperbuat dariapad kain sutera berwarna kuning cair yang diberikan lisa. cantik. materialnya lembut.

" kain ni lembut.." beritahu gina. dia membelek-belek kainnya pula. tadi bajunya.

" kain tenun..tenunan dia cantik.."

" terima kasih.. nah..ni untuk kau.." giliran gina pula menyerahkan buah tangannya kepada lisa.

" wow... one set.. terima kasih babe.." lisa dapat satu set barang mekap bobby brown edisi terhad daripada gina.

" so... dah habis.." tanya didi yang menjadi pemerhati dan pendengar daripada tadi. dia pelik betul dengan cita-cita pelik geng lisa ini. mereka semua major pereka dekorasi namun bagaiman dekorasi team seperti mereka sibuk dengan dunia fashion? pelik sungguh didi. lisa kalau tiada di kelas seni dekorasinya,pasti di dalam kelas solekan dan dandanan. gina pula di dalam kelas menjahitnya. pelik-pelik.

" sudah.." manja suara gina meletak kepalanya di bahu didi.

lisa menggeleng kepala melihat gelagat pasangan merpati sejoli itu. dia memilih untul diam. mengeluarkan telefonnya. ingi menghantar pesanan kepada i3slandar.

" hai.. busy ke?? otw ke asrama.. didi hanta.."

" ok.. sedikit.."

lisa tidak tahu nak balas apa. pasti sedikit iskandar itu banyak sibuknya.

" see u soon.."

" mlm i call.."

lisa menyimpan telefonnya. dari belakang dia memerhati tingkah pasangan kekasih dihadapan. kemain bahagia.

lisa membuang pandang ke tingkap. melihat pemandangan jalan raya. malas ambil peduli perbualan mesra didi dan gina.

iskandar menyemak satu persatu dokumen yang diserahkan oleh papanya. dia tidak mahu ada satu pun kesilapan yang boleh menyebabkan mereka kerugian. nada mesej masuk di telefonnya di lihat menggunakan ekor matanya. MWL. iskandar menghentikan bacaan. dia mengambil telefon dan laju tangannya membalas. salah satu sebab dia ingin tugasnya cepat selesai, dia ingin meluangkan masa untuk bersama lisa. esok dia ingin menghabiskan petang bersama lisa tanpa gangguan tugasan pejabat. hari pertama persekolahan.

" joe.. dalam tempoh 6 bulan ni.. saya takkan masuk pejabat." maklum iskandar. dia mahu selesaikan tahun akhir sekolah tingginya dengan aman damai dan dia juga ingin menghabiskan banyak masanya bersama lisa sebelum menyambung pengajian keluar negara.

" baiklah.. " johari sudah dapat info daripada tuan ismet pagi tadi sebelum ketibaan iskandar.

" i masih akan pantau semua kerja.. so pastikan semua tugas masih berjalan lancar.." jangan fikir tidak datang ke pejabat,iskandar akan lepas tangan. tidak. dia masih akan memantau.

johari mengangguk. dia lebih tahu iskandar daripada sesiapa pun. lelaki itu pasti akan memantau dan tidak akan menyerahkan tugas pentingnya kepada orang lain.

johari sudah mengikuti iskandar seawal usia lelaki itu 10 tahun. iskandar sudah terlatih daripada kecil selok belok perniagaan. hitam putih dunia perniagaan. lelaki itu juga sudah didedahkan kepada sisi gelap perniagaan mereka. sisi gelap keturunan dan susur galur 5 pulau.

iskandar meneruskan tugasannya yang tertangguh.

ada ketukan kecil di pintu dan tanpa menunggu arahannya,pintu sudah dibuka daripada luar. wajah memed muncul.

" betul tekaan aku... tak sia-sia aku drive ke sini.." memed tanpa dipelawa masuk dan melabuh duduk di sofa yang memang disediakan di pejabat iskandar.

iskandar bangkit. memberi johari isyarat untuk keluar.

" ini.." iskandar menyerahkan satu kotak kecil kepada memed.

" betulkan aku cakap.. benda ni ada dekat thailand.." memed membuka kotak hijau itu.

" aku dengar.. diorang akan open bid dekat myanmar lepas ni.. " beritahu memed.

" kau dah bagitahu yang lain?" tanya iskandar.

" dah tahu..yang akan ke myanmar nanti gill dengan team dia.. " memed mula menceritakan perancangan mereka semua. memed ialah anak kepada ketua pertahanan. keluarganya terlibat dalam perniagaan alatan pertahanan. senjata api sah dan tidak sah.

ramai yang merasakan lahir di dulang emas,mereka semua senang dan bisa menikmati hidup. tidak ramai yang tahu beban yang terpaksa digalas dan harga yang perlu di bayar kerana lahir di dulang emas itu. mereka harus kejam. mahalkah harga sebiji dulang emas?


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C16
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ