Mari kita sedikit imbas kembali kepada apa yang terjadi sebelum ini...
Madou Gaikuro, dirinya hanyalah seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun normal tanpa sebarang kelebihan khusus yang boleh dijumpai di mana sahaja. Suatu hari, secara tidak sengaja ia menemukan sebuah CD misterius yang pada akhirnya membuat dirinya menjadi seorang pahlawan di dunia lain.
"Densetsu no Yuusha no Monogatari?"
Perjalanannya tidaklah bermula baik, diawali dengan suatu aksi terjun bebas dari atas langit tepat saat dirinya baru sahaja sampai ke dunia itu. Lalu dirinya memperoleh partner baru yang berupa sebuah pedang putih dan juga mengalami suatu peristiwa yang dipanggil 'pemberkatan daripada para Pahlawan masa lalu'.
"Mari kita pergi, Ibou!"
Tidak berhenti di situ, dia kemudiannya sampai ke sebuah kota dan entah bagaimana tiba-tiba terlibat dengan sebuah peperangan disebuah Colosseum. Tetapi ia tidak sendirian, tanpa diduga dirinya bertemu dan bekerjasama dengan seorang remaja bernama Kotegawa Grei yang ternyata juga adalah pahlawan sepertinya.
"Saya serahkan kepada awak untuk menjaga bahagian belakang saya, boleh saya percayakan perkara itu kepada awak? Yuusha Gaikuro!!"
Keduanya saling bekerjasama dengan agak baik, tetapi jumlah musuh terlalu ramai. Jadi mereka membuat keputusan untuk membangunkan seorang lelaki bertopeng yang ternyata adalah Kage no Yuusha untuk membantu. Tetapi siapa sangka, kekuatan yang dimiliki olehnya ternyata sangat-sangatlah dahsyat sehingga dia hanya memerlukan satu hentakan kaki untuk mengakhiri semua pertarungan itu.
"Kage no Yuusha? Lebih sesuai jika panggil dia Yami no Maou!!"
Setelah semua kekacauan itu mereka semua saling bercerita dan mendiskusikan situasi yang mereka sedang hadapi. Tetapi disaat Grei mengajak yang lain untuk ikut bersamanya kembali ke ibu kota sang lelaki bertopeng dengan tegas menolaknya dan berpisah dengan mereka setelah memberikan Holy Weapons miliknya kepada Gaikuro.
"Saya seorang penjahat!"
Dan imbas kembali berakhir...
♦️
Adventure, ianya adalah salah satu pekerjaan yang paling umum di dunia Otaku. Lebih-lebih lagi jika terkait dengan tema Isekai dan Fantasi Classic. Oleh kerana itu mereka juga ada di dunia ini.
Adventure adalah orang-orang yang melakukan pelbagai pekerjaan tergantung daripada apa yang terdapat di dalam Quest yang mereka terima dari Guild. Sama ada itu memburu monster, mencari herba, menjadi pengawal, atau menjadi tentera bayaran.
Alasan mereka dipanggil sebagai Adventure dan bukannya Solder adalah kerana mereka itu bebas untuk pergi mengembara kemana-mana. Mereka terus mengembara dan terus melakukan pekerjaan disepanjang perjalanan mereka.
Mereka juga memiliki Rankingnya tersendiri. Sama seperti monster yang dibezakan tahap bahayanya dengan Ranking daripada jenis mereka, Adventure juga memiliki urutan Ranking mereka tersendiri. Yang unik mengenai Ranking di dunia ini adalah Ranking bagi Adventure tingkatan mereka tidak ditentukan berdasarkan kekuatan mereka, melainkan melalui tahap keboleh percayaan mereka.
Ranking Kepercayaan menggunakan sistem Lebel, ini agak mirip dengan sistem yang terdapat di anime Goblin Slayer.
Sebenarnya Lebel tidak begitu berbeza dengan Ranking Monster, kerana semakin tinggi lebel Adventure itu maka kemampuannya juga semakin terjamin. Hanya saja, sistem Lebel adalah sistem pengukuran moral bagi seseorang Adventure. Sistem ini digunakan untuk menentukan seberapa bertanggungjawabnya seseorang itu, semakin tinggi lebel seseorang maka semakin boleh diharapkan orang itu.
Sesiapa sahaja boleh menjadi kuat, tetapi tidak semuanya mulia dan dapat memenuhi harapan.
Inilah yang membezakan antara Adventure dengan Knight, tidak seperti Knight yang diwajibkan menjaga kehormatan dan disiplin mereka, Adventure adalah lebih bebas. Terlalu bebas sehingga tidak jarang mereka melakukan hal-hal buruk.
Seseorang itu boleh sahaja melakukan pemerasan, ancaman dan pelbagai lagi tindakan kotor demi berada di atas, oleh kerana itu sistem Lebel diwujudkan agar tidak ada yang namanya penipuan. Sistem Lebel akan meletakkan orang dengan kemampuan dan moral tertinggi diatas dan mereka yang tidak dapat dipercaya akan terus berada dibawah.
Urutan Ranking adalah F, E, D, C, B, A, AA, dan yang tertinggi adalah S. Ranking seperti ini digunakan untuk pelbagai kategori lainnya juga, seperti Ranking Monster, dan Ranking Item.
Sementara urutan bagi sistem Lebel pula adalah berasaskan susunan tingkat keberhargaan setiap mineral, ini adalah simbol yang menunjukkan bahawa bertapa berharganya orang-orang jujur. Urutannya bermula dari Gangsa, Besi, Perak, Emas, Kristal, Ademantium, Mithril, dan yang terakhir adalah Platinum.
♦️
Hari ini, sudah genap 1 bulan berlalu semenjak hari dimana Gaikuro pertama kalinya sampai di dunia ini. Sudah banyak perkara yang terjadi semenjak hari itu. Dan sekarang apa yang sedang dilakukan sang pahlawan muda itu adalah...
...Jatuh berguling-guling dari atas sebuah bukit tanpa sebarang alasan yang jelas.
"Uwaaahhhhhhhhh...!!"
Disebuah kawasan lapangan berbukit yang berwarna hijau dikeranakan rumpun-rumputnya menutupi semua tanah di kawasan itu. Protagonis kita, Madou Gaikuro saat ini sedang mengenakan beberapa armor ringan yang terbuat daripada besi di beberapa bahagian badannya iaitu bahagian dada, serta kedua tangan dan kakinya. Sementara dibahagian kepala ia menutupinya dengan sebuah helm besi.
Dan nampaknya saat ini dirinya sedang dalam sebuah situasi yang agak unik.
Dirinya terus-menerus berguling-guling tanpa henti sehingga akhirnya berhenti di dasar bukit, itupun kerana ditahan oleh sebatang pokok atau tidak akan ada yang tahu seberapa jauh dirinya akan terus berguling jika dibiarkan.
Mukanya tertutupi oleh Helm besi yang dipakainya, walau bagaimanapun, helm itu tidak dapat menyembunyikan bentuk matannya yang berpina-pina dan berputar akibat daripada aksi gulingannya tadi.
Disaat Gaikuro masih lagi tidak sedarkan diri kerana pening, dari atas bukit tempat dimana dirinya bermula berguling.
Kelihatan ada 3 orang remaja lelaki dan perempuan sedang meneropong menggunakan tangan mereka kearah Gaikuro. Dan tidak lama kemudian, salah seorang dari pada mereka mula membesarkan suaranya dan memanggil Gaikuro daripada tempatnya.
"Hei..., awak masih hidup ke? Roku-kun?" Katanya dengan nada ramah. [-Kun, -Chan, dan semua kata tambahan dibelakang nama seseorang itu lebih kurang seperti sejenis gaya bicara ramah untuk memanggil seseorang]
Suara itu berasal daripada seorang gadis remaja yang memakai sebuah armor dan pelindung besi di badannya. Juga ada beberapa alat pelindung dibahagian sendi-sendi plengan dan kakinya. Dia memiliki rambut berwarna oren pudar, wajahnya agak bulat dan sedikit tembam dibahagian pipi sehingga memberikannya aura kurang matang dan lebih muda daripada usia asalnya.
Gaikuro yang masih lagi setengah pening telah berjaya untuk kembali berdiri dan menyahut sindiran itu.
"Belum pernah ada yang mati hanya kerana tergelincir beberapa meter dari atas bukit, awak tahu tu kan!? Haru!" Balas Gaikuro sambil menyebutkan nama orang yang menyindirnya itu.
"Ceh... Membosankan"
"Hei, jadi awak mengiginkan saya mati!?"
"Macam mana pulak awak boleh sampai tergelincir? Sudah jelas-jelas tempat ini berbukit" komentar gadis lain yang bersama mereka.
Yang bersuara kali ini pula adalah seorang gadis muda dengan pakaian ala-ala ninja berwarna merah jambu dengan corak bunga. Dia memiliki rambut berwarna merah jambu pekat dan tubuhnya lebih kecil daripada Gaikuro sehingga sesiapa yang melihatnya pasti menyangka bahawa dirinya lebih muda.
"Itu jelas untuk awak semua, tetap tidak untuk saya. Pandangan saya terbatas hanya melalui lubang-lubang yang terdapat pada Hlem ini" katanya untuk menjawab komentar.
"Jadi jangan pakai" balasnya.
"Ini penting bagi seorang Tank untuk sentiasa bersedia, kita tidak akan tahu bila masa monster akan melakukan serangan mengejut. Saya masih lagi sayang dengan kepala saya, jadi saya masih mahu menjaganya"
"Ha ha ha, awak masih lagi lucu seperti hari kita bertemu" seorang lelaki yang merupakan anggota terakhir yang ada disitu tertawa.
Gelak tawa itu berasal daripada seorang lelaki dengan pakaian penyihir disertai dengan topi tajam penyihir berwarna ungu kehitaman yang menutup seluruh tubuhnya.
"Apa maksud awak? Ini baru setengah bulan semenjak kita sekumpulan, cara bicara awak itu kedengaran seperti sudah puluhan tahun kita kenal dan terpisah! Shura!"
"Lihatlah sendiri, riaksi berlebihan awak itulah yang buat awak cukup lucu"
"..."
(Mari saya perkenalkan mereka, Lelaki yang sedang mentertawakan saya ini adalah Shura. Umurnya setahun lebih tua dari saya. Dia adalah magician di party ini)
"Jadi, dengan aksi penutup yang Roku-san lakukan itu kita secara rasminya menyelesaikan Quest kita hari ini"
"Jangan jadikan kemalangan orang lain sebagai sebuah acara!"
"Kenapa pula? Awak memang menghibur"
(Lalu si gadis yang sedang menjadikan saya sebagai topik hiburannya ini bernama Haru. Satu tahun lebih muda dari saya, sekali gus ahli termuda. Dia memakai pakaian seperti seorang kunoici, tetapi jopnya adalah Thief. Didunia ini Jop ninja itu adalah jop tengkat atas, jadi boleh anggap saja yang dia adalah ninja dalam latihan. Peranannya adalah sebagai support)[kunoici itu adalah sebutan lain untuk Ninja perempuan]
"Hei awak semua, jika kita sudah selesai dengan Quest ini apa kita boleh kembali melapor ke Guild sekarang? Saya sudahpun mula lapar"
(Dan gadis yang ini pula adalah Kuraku, atau panggil saja Kura. Meskipun tidak begitu kelihatan daripada penampilannya yang kelihatan kebudak-budakan, usia dia sama dengan Shura, jop dia adalah Swordsman)
"Yah, tidak ada alasan juga untuk kita berlengah-lengah di sini. Jadi mari kita kembali ke Guild" nyata Haru.
Lalu keempat-empat mereka mula berjalan pergi meninggalkan tempat tersebut dan menuju ke tempat yang dipanggil sebagai Guild Adventure.
(Ini sudah satu bulan semenjak saya tiba didunia ini, dan dua minggu semenjak saya mula berparty dengan mereka ini. Mereka adalah sekumpulan Adventure pemula, sama seperti saya. Pasti awak semua tertanya-tanya mengapa seorang pahlawan seperti saya sampai bekerja sebagai Adventure kan, jadi mari saya ceritakan semula tentang apa sahaja yang terjadi selama satu bulan ini)
(Semuanya bermula dari...)
♦️
Sebulan yang lalu, tepatnya 5 hari setelah Gaikuro sampai di dunia itu dan berpisah dengan lelaki bertopeng. Diri dibawa ke ibu kota kerajaan ini oleh Grei dan para Knight yang bersamanya.
Disaat dalam perjalanan Grei telah pun mengongsikan beberapa informasi asas yang diketahui olehnya dan berkat semua itu Gaikuro telah serba sedikit memahami tentang budaya dunia ini.
Menurut penjelasan Grei, Ibukota ini bernama Starlight, dan kerajaan ini pula bernama Liveras yang memiliki erti Bangsa Hidup.
Alasan mengapa namanya seperti itu adalah kerana di kerajaan ini tidak ada yang namanya diskriminasi Ras seperti yang berlaku di kebanyakan kerajaan lainnya didunia ini, raja kerajaan ini menganggap bahawa setiap ras itu memiliki darjat yang sama meskipun berbeza penampilan.
Pendapat pribadi Gaikuro sebagai seorang otaku pecinta isekai, dirinya tabik kepada raja kerajaan ini. Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang paling diidamkan oleh para Otaku sepertinya, sesiapa sahaja pasti boleh memahami apakah alasannya.
Raja seperti ini tidak sombong atau berfikiran sempit dengan perkara-perkara remeh seperti itu, dan itu bagus untuknya. Gaikuro tidak mahu berurusan dengan pemimpin yang ego dan cuma mampu mengarah tanpa berfikir panjang yang mungkin hanya akan memaksanya bertarung demi hasrat pribadi.
Tidak lama setelah tiba di ibukota, Gaikuro langsung dibawa ke istana kerajaan dan terus dibawa menghadap sang raja tanpa sebarang persiapan. Dan akibat semua itu Chuunibyou modenya pun mengambil alih dirinya.
Mujurlah tidak ada sebarang perkara buruk yang atau anih yang dirinya lakukan ketika itu, tetapi malahan sebaliknya ada beberapa kejadian lucu yang bermunculan semasa pertemuannya dengan raja.
Kejadian lucu itu bermula dengan sang raja yang agak terlambat datang kerana beliau belum bangun daripada tidur meskipun saat itu sudah tengahari. Lalu ketika dirinya sampai di ruangan singgahsana dia masih lagi memakai pajama tidurnya, yang kemudiannya membawa kepada adegan lucu lainnya iaitu sang raja yang menerima beberapa ceramah dan gerakan smekedown daripada sang perdana menteri.
Jujur saat itu didalam hatinya, Gaikuro berkomenter: (Memiliki raja seperti itu memang bermasalah bagi sebuah negara. Tetapi jika memiliki raja dengan sifat santai dan menarik seperti ini memerentah juga tidak buruk, setidaknya kita tidak perlu risau tentang penindasan rakyat).
Setelah menerima beberapa 'ceramah' daripada perdana menteri, sang raja akhirnya berpakaian dengan lebih kemas dan mula duduk diatas singgahsananya.
Lalu akhirnya pertemuan itupun secara rasminya bermula, dengan diawal sesi pengenalan, sang raja adalah yang terlebih dahulu menyebutkan namanya. Beliau bernama Ourus Van Leonard, penampilannya agak mirip dengan seseorang yang berada di awal 20-an tetapi usia aslinya adalah sekitar 35 tahun, dia memiliki rambut perang dan anak matanya berwarna emas. Sekilas dirinya kelihatan seperti seorang yang tegas, sirius dan berwibawa, tetapi setelah kejadian lucu tadi semua tanggapan itu tidak pernah terlintaskan di fikiran Gaikuro.
Lalu setelah itu giliran Gaikuro untuk memperkenalkan dirinya, tetapi malangnya saat itu dirinya masih lagi dibawah penguasaan Chuunibyou mode nya sehingga gaya bicaranya menjadi sangat arogan dan luar dugaan.
Sudah tentu kesemua orang yang berada di situ terkejut dengan hal itu termasuklah dengan Grei. Tidak ada yang dapat memahami bertapa menderitanya perasaan Gaikuro saat itu, tetapi mujurlah tidak ada sesiapa pun yang mempermasalahkan sifat anihnya itu. Dan mujurlah dia memperkenalkan dirinya sebagai Madou Gaikuro dan bukannya Azathoth.
Kita langkau sahaja bahagian-bahagian memalukan itu dan langsung saja ke saat dimana Grei memberikan laporannya kepada raja berkaitan dengan spekulasinya tentang kemunculan Gaikuro sebagai Holy Hero ke-2 dan laporannya mengenai penolakan Kage no Yuusha untuk berurusan dengan semua ini.
Sang raja menunjukkan suatu ekspresi agak terkejut sekaligus kecewa ketika mendengar laporan mengenai penolakan yang dilakukan oleh Kage no Yuusha, meskipun begitu Gaikuro tidak begitu memikirkan riaksi milik raja kerana tidak merasa hal itu akan berkaitan dengannya.
Pertemuan itu tidak begitu lama kerana ianya cumalah sekadar pengenalan dan penyerahan laporan, jadi tanpa begitu banyak kata-kata kosong sang raja langsung kebahagian akhirnya dan menerangkan segalanya kepada Gaikuro.
Sebahagian besar daripada penerangan milik raja itu sudah diketahui oleh Gaikuro kerana kebanyakannya telah diceritakan di Openging daripada CD yang membawanya ke dunia ini. Ditambah lagi dengan memori milik para pahlawan terdahulu yang dirinya peroleh sebelum ini, Gaikuro sebenarnya sudah mengetahui apakah yang perlu dirinya lakukan.
Musuh mereka bukannya raja iblis atau monster kuno yang mengamuk kerana berambisi menguasai dunia, tetapi suatu bencana kekacauan yang disebut Black Z. Black Z dahulu hampir menelan dan menghancurkan dunia tetapi ianya berjaya dikunci oleh sang pahlawan Pertama.
Tapi kekunci tersebut tidak akan dapat bertahan selamanya dan semakin hari semakin terbuka kembali. Akibat daripada bocornya sebahagian energy kekacauan itu bencana bernama Black Wave pun kadang kalanya terjadi didunia.
Meskipun ianya tidak seberapa jika dibandingkan dengan bahaya daripada Black Z sendiri, Black Wave juga sangat merbahaya kerana ianya akan mengakibatkan segala jenis monster bertambah kuat dan ganas yang bahkan mampu manghancurkan sebuah negara.
Black Wave boleh diatas sendiri oleh orang-orang dunia ini jika berusaha, tatapi Black Z hanya dapat dihentikan oleh para pahlawan atau tepatnya sang Holy Hero.
Tetapi dikeranakan para Holy Hero itu adalah orang terpilih daripada dunia lain setiap negara didunia ini telah mencuba untuk melakukan pemanggilan pahlawan untuk mengatasi masalah ini.
Dan berkat hal itu, didunia ini pengembara dimensi bukan lagi hal yang baru kerana sudah banyak kerajaan yang berusaha memanggil pahlawan dan gagal. Tetapi mujurnya kerajaan ini berjaya melakukannya dan telah membawa Grei ke dunia ini.
Tidak hanya itu, dengan munculnya Gaikuro sebagai Holy Hero ke-2 kini telah memberikan peluang lebih besar untuk mengakhiri semua bencana. Untuk itu sang raja akan dengan segala kemampuannya membantu mereka baik itu dari segi modal atau informasi.
Sang raja langsung tidak membatasi halatuju dan pilihan milik para pahlawan, oleh kerana itu Gaikuro bebas memilih caranya sendiri. Begitu juga dengan Grei, akan tetapi Grei lebih memilih untuk berkerja sebagai salah komando kerajaan ini.
Dia menawarkan dirinya secara sukarela dan tanpa sebarang terpaksa. Grei kelihatannya seperti mempunyai rancangan dan gayanya tersendiri.
Dengan itu pertemuan itupun berakhir dengan pilihan yang ditetapkan oleh Gaikuro. Dirinya juga sangat dialu-alukan untuk memilih pilihan yang sama dengan Grei, tetapi pilihannya ialah...
"Saya memilih untuk menjadi Adventure"
♦️
(...Lalu setelah saya membuat pilihan, sang raja pun memberikan saya beberapa modal awal dan Grei membantu saya menguruskan dokumen-dokumen pengenalan agak saya dapat mendaftar sebagai Adventure... Dan begitulah ceritanya...)
(Setelah itu saya telah membeli sebuah set armor berserta helm dengan sebahagian modal yang diberikan oleh raja dan sekarang saya berkerjasama dengan party ini sebagai Tank mereka)
(Oh ya, saya telah menggunakan nama samaran demi menyembunyikan identiti saya sebagai seorang pahlawan. Dan nama yang saya gunakan saat ini adalah Rokugai Douma. Yup, ini adalah nama milik senpai yang saya curi pakai)
Saat ini, Gaikuro dan rakan-rakan partynya sedang berada di sebuah bangunan 2 tingkat yang terbuat daripada kayu. Suasana didalam bangunan tersebut agak riuh rendah dikeranakan terdapat agak ramai orang yang sedang berada disitu. Kebanyakan daripada mereka memakai armor dan membawa senjata ditubuh mereka, sekilas pandang mudah untuk mengetahui bahawa mereka adalah Adventure.
Dan tempat ini pula adalah Guild Adventure. Tempat dimana para Adventure berkumpul untuk menerima dan memberikan laporan mengenai Quest mereka.
Apa yang sedang Party mereka lakukan di tempat ini adalah memberikan melaporan mengenai Quest yang telah diselesaikan oleh mereka. Shura sebagai perwakilan bagi party mereka pergi beratur di kaunter receptionist dan meninggalkan Gaikuro bersama 2 gadis di sebuah meja sambil menunggu pemberian laporan selesai.
Kedua-dua gadis itu sedang saling berbual-bual kosong tanpa memperdulikan ahli ketiga mereka yang juga semeja dengan mereka. Gaikuro sebenarnya tidak mempermasalahkan hal itu kerana dirinya sendiri tidak tahu sama ada ingin terlibat dengan perbualan mereka atau tidak.
(Mereka cukup mesra nampaknya. Yah... Shura dan mereka memang membesar dan berasal daripada desa yang sama, sedangkan bagi saya yang daripada dunia lain memang jelaslah terasing kan... Tapi tidak mengapalah, ini bukannya bererti saya memang ingin terlibat dengan perbualan para gadis. Mereka paling tidaknya cuma berbual mengenai makeup dan fesyen terkini saja...)
Nyatanya Gaikuro memang ada terfikir untuk terlibat tetapi merasa takut tersalah bicara atau sebagainya kerana dirinya tidak begitu saling mengenali dengan rakan-rakan partynya itu. Al-hasilnya Gaikuro membatu ditempatnya sampai terlupa untuk menanggalkan helm meskipun sudah berada di dalam Guild.
Kerana hal itu Gaikuro langsung ditegur oleh Haru dan serta-merta terlibat dengan perbualan mereka.
"Roku! Oii, Roku!!"
"Huh! Oh, ada apa?" Gaikuro tersedar.
"Haaa...? Jadi selama ini awak mengelamun?"
"Yup." Jawabnya serta-merta.
"Langsung dijawab, apa awak tidak mahu menyangkalnya?"
"Yah... saya memang sedang mengelamun ketika berfikir, jadi tidak ada yang perlu disembunyikan"
"Hoh hou, sungguh jujur!" Kura menyertai pembicaraan.
"Jadi, mengapa awak menarik saya daripada dunia khayalan saya?"
"Tidak ada apa sangat. Hanya saja mahu mengiginkan awak bahawa tempat ni adalah Guild"
"Saya tahu, jadi?"
"Bukalah helm awak tu! Tidak ada alasan untuk terus memakainya di sini!"
"Apakah awak segitu tertarik dengan wajahnya abang Tanker ini? Apakah daya tarik saya masih terlalu kuat sehingga helm ini tidak dapat menutupinya?"
"Bagaimana jika saya buat awak tidak akan dapat menanggalkan benda tu selamanya?" Balas Haru dengan nada mengancam.
"Baiklah, baiklah. Awak ni kan..."
Demikian dikeranakan nyawanya sedang diancam, Gaikuro dengan pasrah membuka hlemnya dan menampakkan wajahnya kepada mereka.
Iris mata berwarna hijau gelap, rambut hitam dan kulitnya agak cerah. Inilah rupa sebenarnya daripada tanker berhelm itu. Ini wajah daripada sang Holy Hero, Madou Gaikuro.
"Hmm... Jika dilihat-lihat lagi, wajah awak agak cantik juga. Apa betul awak bukan wanita?" Sindir Haru.
"Saya lelaki! Saya cuma mewarisi bentuk wajah daripada ibu saya!!"
"Awak pasti ke... heheh he" gurau Haru untuk mempermainkan Gaikuro.
"Apa awak mahu bukti? Mari ikut saya ke tandas!" Balas Gaikuro.
"~~~, Itu cuma gurauan, tak perlu anggap sirius!"
Lalu disaat mereka berdua saling mempermainkan sesama sendiri, Shura akhirnya kembali daripada kaunter receptionist dan mula berkumpul bersama mereka.
"Wah..., awak berdua betul-betul rapat ya" tegur Shura kepada Gaikuro dan Haru.
"Jika ini yang awak panggil rapat, maka saya rasa awak perlu memereksa kepala awak" komentar daripada Gaikuro.
"Hehehe... Oh ya, ada seseorang sedang mencari awak Roku"
"Mencari saya? Siapa?"
"Saya pun tidak tahu. Tapi receptionist mengatakan bahawa orang itu sudah menunggu awak di Guild cukup lama, mungkin dia kenalan awak?"
(Untuk orang daripada dunia lain seperti saya, mustahil ada sebarangan orang yang mengenali saya. Jadi...)
"Ok baiklah, jadi dimana saya dapat bertemu dengannya?"
"Menurut Receptionist dia sedang menunggu awak di tingkat atas, di ruangan Guild Master"
"Ruangan Guild Master!? Dia pastinya orang penting! Roku-kun, apa awak ada mengenali seseorang seperti itu?" Kata Kura.
"Errr... Mungkin" (Sebenarnya saya juga salah satu orang terpenting didunia ini, tapi tidak mungkinlah saya akan jawab seperti itu)
Demi mengelakkan sebarang pertanyaan yang tidak akan pernah dijawabnnya, Gaikuro dengan segera mengambil semula helmnya lalu bangun daripada tempat duduk dan mula meninggalkan meja. Kemudian, sambil membawa helm dengan sebelah tangan, dirinya berjalan menaiki tangga dan menuju ke ruangan Guild Master yang berada di tingkat 2 demi menemui seseorang yang di katakan sedang menunggunya.
Lalu disaat dirinya akhirnya berada tepat dihadapan sebuah pintu dengan plat bertuliskan 'Guild Master Room'. Gaikuro pun mula mengetuk pintu ruangan tersebut demi memastikan bahawa ada seseorang yang sedang berada di dalam ruangan tersebut.
"Ya, silakan masuk" jawab sesorang yang sedang berada di sebalik pintu tersebut.
Setelah menerima pengesahan daripada orang didalam ruangan tersebut, Gaikuro pun mula memegang gagang pintu dan mula membuka pintu ruangan itu.
Saat ini Gaikuro masih lagi memikirkan tentang siapakah orang yang sedang menunggunya di dalam ruangan tersebut. Sebenarnya Gaikuro sudah dapat meneka siapakah orang itu. Tidak ramai orang yang memiliki kaitan dengan dirinya di dunia ini, jadi mudah untuk dirinya mengecilkan senarai kemungkinannya.
Dan sesaat setelah dirinya memasuki ruang tersebut, apa yang dilihat olehnya adalah sebuah ruangan yang cukup teratur. Di suatu sisi terdapat beberapa buah rak yang dipenuhi dengan buku, meja kerja dengan beberapa kertas yang bertimbun. Sementara di sisi lainnya terdapat sebuah meja kecil yang dikelilingi oleh tiga buah kerusi dengan rekaan mewah.
Di sisi yang terdapat kerusi mewah, ada 2 sosok lelaki kelihatan sedang duduk dengan pandangan yang saling bertentangan. Salah satunya adalah seorang lelaki berusia 40-50 an dengan penampilan gagah dan bertubuh kekar. Dia memiliki rambut dan janggut yang berwarna putih akibat faktor usia, dan dia memancarkan aura seseorang yang dihormati. Dia adalah sang Guild Master.
Dan satu sosok yang lain memiliki wajah seseorang yang dikenali oleh Gaikuro.
Itu adalah seorang remaja seusia Gaikuro, remaja itu mengenakan baju merah disebalik armor ringan, iris mata remaja itu berwarna kuning keemasan, dan rambutnya berwarna perang. Itu adalah Kotegawa Grei, sang Holy Hero yang lain.
Lalu, dengan nada ramah Gaikuro menjadi yang pertama memberikan sapaan.
"Heh, saya dah agak dah itu awak Grei"
"Yo, bagaimana rasanya menjadi Adventure selama 2 minggu Gaikuro? Atau patut saya panggil saja awak Rokugai?"
"Panggil saja sesuka awak. Jadi ada tujuan apakah awak datang ke sini?"
"Apa awak tidak mahu menyapa dulu Guild Master? Walau bagaimanapun ruangan ini adalah miliknya" kata Grei sambil menunjuk kearah sosok lain yang sedang duduk diseberangnya.
"Oh, maafkan saya Guild Master!"
"Haha... tidak mengapa. Lagi pula saya rasa cukup terhormat dapat satu ruangan dengan dua orang pahlawan. Terlebih lagi salah satunya merupakan Adventure di Guild kecil saya ini" balas sosok yang dinyatakan sebagai Guild Master.
"Guild kecil? Guild Master Azul, jika Guild awak yang merupakan markas pusat bagi semua Adventure di kerajaan ini cumalah sebuah Guild kecil maka Guild yang lebih kecil akan dipanggil apa?"
"Kah ha ha... begitukah? Jadi rasanya saya berhutang permintaan maaf kepada semua Guild Master lain di kerajaan ini. Ha ha ha..." tawa Guild Master.
Sambil Grei dan Guild Master sedang saling tertawa-ria, Gaikuro yang menjadi pihak ketiga mula duduk bersama dengan mereka di atas satu-satunya kerusi yang masih kosong.
Saat dirinya duduk Gaikuro mula memikirkan sesuatu sambil melihat kearah Guild Master.
(Azul Von Strenght, meskipun saat ini dirinya cumalah Guild Master biasa di ibu kota Starlight. Tetapi menurut apa yang saya dengar, dimasa mudanya dirinya adalah komander perang bagi kerajaan ini. Dikatakan bahawa dirinya memiliki kekuatan yang setanding dengan Adventure Lebel Platinum, oleh kerana itu meskipun dirinya sudah bersara dirinya masih lagi dikagumi oleh ramai orang)
Di saat Gaikuro berfikir seperti itu, Grei dan Guild Master akhirnya selesai dengan gelak ketawa mereka dan mula memasuki mode sirius.
"Hahhhh.... Okey, cukuplah dengan semua ketawanya. Sekarang saya akan mula mengatakan alasan mengapa saya datang ke sini" kata Grei.
"Umu, baiklah. Jadi mengapa awak kemari?" Tanya Gaikuro.
"Sebelum itu, saya mahu tanya dahulu kepada Guild Master. Apa ruangan ini kedap bunyi?"
"Um- Yah, saya tidak boleh jamin 100%. Tetapi selama tidak ada yang menjerit rasanya semua perbualan disini tidak akan didengari oleh sesiapa" jawab Guild Master.
"Kalau begitu baguslah, jadi saya boleh menggunakan 'alat itu' disini"
"Alat apa?" Tanya Gaikuro.
Grei tidak menjawab, tetapi dirinya malah langsung mengeluarkan sesuatu daripada sakunya. Benda tersebut memiliki bentuk bola berukuran telapak tangan dan memiliki warna putih lutsinar sehingga hampir-hampir tidak dapat dilihat, itu adalah sebiji bola kristal. Lalu Grei pun langsung meletakkan bola kristal tersebut diatas meja mini yang ada dihadapannya.
"Jadi... alat yang awak maksudkan tadi tu adalah bola kristal ini ke? Untuk apa benda ni sebenarnya? Meramal nasib?" Tanya Gaikuro kepada Grei.
"Oh ya, awak masih kurang pengetahuan tentang teknologi didunia ini kan Gaikuro. Maafkan saya, jadi saya akan sedikit menerangkan mengenai benda ni yang awak"
"Um, silakan"
"Nama Item ini adalah Orb Phone, ini adalah salah satu daripada penemuan daripada penyihir agong Leo. Alat ini mirip dengan Telefon, hanya saja ianya berfungsi seperti aplikasi Video Call"
"Penyihir Agong? Satu lagi gelaran hebat yang saya dengar semenjak sampai ke dunia ini. Saya harap saya boleh mendapatkan sebuah wikipedia yang menerangkan tentang semua tokoh-tokoh terkenal didunia ini. Kerana berkah pahlawan terdahulu langsung tidak membantu, pahlawan terdahulu semuanya memiliki pengetahuan yang cukup dangkal"
"Saya faham perasaan awak, saya perlu menghabiskan seminggu penuh di perpustakaan kerajaan hanya untuk belajar pengetahuan asas didunia ini" setuju Grei dengan penyataan Gaikuro.
"Apa-apapun, sekarag mari kita langsung saja kepada topik utamanya" kata Grei.
Lalu ketika dirinya mengatakan hal itu dirinya memulai membacakan sesejenis mentra. Dan sesaat setelah itu, bola kristal yang terdapat di atas meja mini itu mula bersinar dan bercahaya dengan terang.
Beberapa ketika kemudian, cahaya yang dipancarkan oleh bola kristal tersebut semakin meredup tetapi tidak sepenuhnya padam. Sisa-sisa cahaya pada bola kristal itu berbentuk seperti sebuah layar monitor dan didalam layar tersebut kelihatan wajah seseorang.
Itu adalah wajahnya...
"Raja?!!!" Kata Gaikuro kerana terkejut.
Video Call daripada sang raja, apa pula yang datang seterusnya?
Chapter 1: Membiasakan diri di Isekai.
~The End~