Aisyah berdiri di tengah-tengah ruang itu dan matanya melilau meneliti setiap perincian rumah majikannya itu. Dalam fikirannya, "Matilah aku. Dia ni clean freak. Mesti annoying nak mampus. I'm doomed." Dia menggeleng-geleng kepala kerana harus berhadap dengan lelaki itu selama beberapa bulan sebagai majikannya.
Dr. Haris muncul dan mendapatkan duduknya di sofa lalu menyilangkan kakinya di atas pahanya. Aisyah berdiri dengan patuh di hadapan Haris. Dalam hatinya ketika itu, perasaannya bercampur baur.
"Okey. Kerja kau senang je. Kerja kau lapan hingga enam je. Bersihkan semua tempat dalam rumah ni kecuali bilik yang itu," arah Haris sambil menuding jari ke sebuah bilik di hadapan bilik Haris itu.
"Jangan berani-berani nak masuk bilik itu walau apa-apapun yang terjadi. Kalau aku tahu kau cuba-cuba menyelinap masuk bilik itu, kau akan tahu padahnya." Haris memberikan amaran keras mengenai bilik itu.
"Kalau awak masuk rumah atau buat kerja semasa saya ada di rumah, tapi make sure sesenyap yang boleh. Ini kunci rumah dan resident pass," jelas Haris lagi sambil mengeluarkan kunci rumah bersama-sama pas penghuni dari sebuah kotak di atas meja kopi di hadapannya.
Aisyah mencapai kunci itu dan memegangnya.
"Selain itu, awak bertanggungjawab dengan makan minum saya." Haris menyambung arahannya.
"Maksud, doktor, saya kena sediakan makanan tiga kali sehari, ke?" soal Aisyah untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu dengan lebih lanjut.
"Taklah. Maksud saya restock makanan dan minuman dalam fridge and cabinet tu. No high sugar, high sodium. Only healthy foods," jelas Haris.
"Ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu? Any allergy?" tanya Aisyah yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tabiat pemakanan majikannya itu.
"O~ ya. Allergy red meat," balas Haris.
"Serius? Samalah. Ibu saya dapat alergi ni waktu mengandungkan saya dan akhirnya menurun pada saya. Setiap kali nak makan daging je, kena ambil ubat alergi." Aisyah berkata dengan teruja kerana menemui seseorang yang mempunyai alergi pelik sepertinya.
"Tapi saya boleh mati kalau termakan. Ubat alergi biasa tak membantu," ulas Haris yang mengenai keseriusan alerginya itu.
"Maksudnya? Takkanlah separah itu?" omel Aisyah yang terkejut mengenainya.
"Sesetengah orang dengan alergi ni hanya dapat rash reaction pada kulit. Tapi pada aku, hives all over my body including my respiration system yang akan menyebabkan sukar bernafas. Dan kemudian menyekat pengaliran udara ke jantung dan boleh menyebabkan brain hypoxia in few minutes only. Then, you know what's happen next? Die," jelas Haris dengan terperinci.
"Parah!" balas Aisyah tidak dapat mempercayai alergi seperti yang dialami boleh separah itu dan sehingga mampu beragut nyawa.
"So, make sure tiada makanan yang related to it and semua makanan kena masak sepenuhnya. Tiada makanan separuh masak atau sushi," sambung Haris lagi memberikan peringatan.
"No sunny side-up eggs?" soal Aisyah mengomel.
"YES!" balas Haris tegas.
"Okey," jawab Aisyah akur.
"Ada lagi?" tanya Aisyah lagi.
"And make sure bersihkan litter box Neko setiap hari dan beri dia makan tiga kali sehari ikut sukatan yang aku dah tetapkan." Haris memberikan arahannya yang seterusnya.
"Neko? Kucing? Tak nampakpun, kucingnya." Aisyah kehairanan dan mempersoalkan keberadaan haiwan peliharaan yang dimaksudkan oleh majikannya itu.
"Dia tak biasa dengan stranger," jelas Haris.
"Okey," sambut Aisyah bersahaja.
"And sikat bulu dia setiap hari," arah Haris lagi.
"Kata kerja aku senang je. Tapi kalau senaraikan ni panjang senarainya. Siap kena jadi his cat's butler. Seriously? Senang kau kata!" Aisyah bersungut dalam fikiran.
"Itu je, ke?" soal Aisyah mendapatkan kepastian.
"Setakat ni, ya, itu sahaja." Haris menjawab.
"Esok, awak dah boleh mula bekerja." Haris memberikan arahan terakhirnya.
"Okey," jawab Aisyah dengan akur.
Aisyah meminta diri dan pulang ke rumahnya petang itu. Dia terbaring di atas sofa kerana keletihan. Dia terkenang akan rumah Haris dan mula bersungut, "Matilah kau, Aisyah. Dapat majikan leceh macam tu."
"Tapi sabar jelah. Tak ada apa kat dunia ni yang aku tak boleh lakukan. Except give up," sambungnya lagi.
Aisyah tiba awal pada pagi itu. Dia membuka pintu dan melihat kasut Haris masih di tepi pintu masuk. Dia terkejut melihat kucing yang dimaksudkan Haris sebelum ni menyapanya sebaik dia memasuki rumah itu. Dia berasa aneh kerana Haris menyatakan kucingnya itu jarang menyapa orang asing namun tiba-tiba menyapa ketibaan Aisyah pada pagi itu.
Dia tidak mengendahkannya dan membiarkan kucing itu mengikutinya yang lansung ke dapur untuk menyediakan sarapan ala Inggeris yang ringkas selepas teringat akan kata-kata Haris sebelum ini yang memerlukannya menjaga makan minum majikannya itu. Neko tidak henti-henti membelai kakinya dan mengiau-ngiau padanya.
Haris keluar dari biliknya dan melihat Aisyah yang sedang menghidangkan sarapan di atas meja makan dengan Neko yang bermanja-manja di kakinya. Dia merenung Aisyah dan Neko dengan suatu pandangan penuh kehairanan. Aisyah tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Haris.
"Neko, lapar, ke?" soal Aisyah sambil mendukung Neko ke pangkuannya.
Neko suka dibelai dan dimanjakan oleh Aisyah. Haris berasa dikhianati oleh kucingnya sendiri saat melihat Neko bermanja di pangkuan Aisyah sambil berjalan ke meja makan dengan wajah tidak berpuas hati.
"Good morning, Doktor Haris!" sapa Aisyah dengan mesra.
"Aku tak ada suruh kau sediakan sarapanpun pagi ni," ujar Haris yang mempersoalkan perbuatan Aisyah itu.
"Tapi doktor juga yang katakan, saya kena jaga makan minum doktor," hujah Aisyah yang merasakan hal itu bersesuaian seperti yang telah diberitahu oleh Haris semalam.
"A~." Haris malas nak memperdebatkan hal itu sedangkan dia hanya menginginkan pembantunya itu memastikan bekalan makanan mencukup di dapurnya dan dia tidak bermaksud pembantunya itu perlu memasak untuknya setiap hari.
Dia menjamah sarapannya kerana tidak mahu membazirkan usaha Aisyah menyediakan sarapan untuknya itu. Aisyah memangku Neko dan duduk di sofa sambil melihat Haris menikmati sarapan yang disediakannya.
Haris dalam diam sesekali mengerling Aisyah yang sedang bermain dengan kucing kesayangan itu. Dia tidak menyangka kucingnya yang selalu takut kepada orang asing tiba-tiba menjadi sangat manja dengan pembantu rumah baharunya itu. Dia kehairanan dan mengesyaki Aisyah mempunyai muslihat yang menyebabkan kucingnya mudah mendekatinya.
Dia segera menyudahkan sarapannya dan tiba-tiba berjalan mendekati Aisyah. Aisyah menyedari Haris mendekatinya lalu menoleh ke arahnya dan melihat Haris perlahan-lahan menghampirinya. Dia terpaku.
Haris kini di hadapannya dan tiba-tiba dia mengangkat tangan lalu beransur-ansur bergerak ke arahnya. Tanpa diduga, tangan Haris itu mengusap Neko yang berada dalam pangkuan Aisyah ketika itu lalu berkata, "Neko, jangan nakal, okey, baby?".
Aisyah tersenyum senang hati saat mendengar perkataan 'baby' itu walau ia tidak ditujukan kepadanya. Dia tidak menyangka Haris ingin membelai Neko dalam pangkuannya itu menyebabkan dia kemaluan.
Dia mengomel sendirian sebaik Haris berlalu pergi kerana terasa dia memperbodohkan dirinya sendiri di hadapan Haris ketika itu. Dia menyangka Haris ingin melakukan sesuatu kepadanya sebaliknya ia hanya khayalannya semata-mata. Aisyah memulakan hari pertama kerjanya itu.
ความคิดเห็นย่อย
คุณลักษณะความคิดเห็นย่อหน้าอยู่ในขณะนี้บนเว็บ! เลื่อนเมาส์ไปที่ย่อหน้าใดก็ได้แล้วคลิกไอคอนเพื่อเพิ่มความคิดเห็นของคุณ
นอกจากนี้คุณสามารถปิด / เปิดได้ตลอดเวลาในการตั้งค่า
เข้าใจแล้ว