Sewaktu di tinggkatan emapat ,kami dimasukkan ke dalam kelas yang sama iaitu kelas sains .Keputusan dilaksanakan oleh pihak sekolah berpandukan keputusan PT3.Iqah mempunyai 3 sahabat baik yang bernama Lisa,Ain dan Lia.Iqah memilih untuk duduk disebelah Ain manakala disebelah kirinya ialah meja aku.Aku dan geng aku sering ke perpustakaan awam yang tidak jauh dari sekolah kami begitu juga dengan Iqah dan gengnya.
Iqah:"Ajiq jom pi library petang ni boleh kita study sama-sama."
Aku:" Ok, Ajiq boleh ja tapi takkan kita dua ja?"
Iqah:"Tak la bawa la geng sekali kalau tak orang ingat kita dating pulak😂."
Aku:"Siap bos,tapikan kalau dating pun apa salahnya."
Iqah:"Kau jangan nak macam-macam,aku cabut rambut kau satu per satu baru tau."
Aku:"Amboi,garangnya cik kak.Aku melawak ja la,jangan serious sangat."
Iqah:"Bukan garang cik abang,cuma nak ingat kan saja.aku tau la yang kau melawak."
Kami pun ke perpustakaan pada petang tersebut.Aku terpaku setiap kali melihat kecantikannya itu.Setelah selesai ,aku mengajaknya untuk pulang bersamaku lalu membawanya bertemu ibuku.Dia tidak pernah ke rumahku sepanjang kami berkawan biasalah dia kan perempuan tidak manis pulak kalau dilihat orang.Jangan risau kami naik motor yang berbeza. Tapi pada waktu itu aku tekat untuk bawanya pulang.Setibanya kami dirumah,ibuku menyambutnya dengan tangan terbuka.Aku hairan dengan ibuku kerana dia tidak kenal Iqah dengan rapat tetapi riaksi ibu tidak kekok walau sedikit pun.Mereka bersembang macam sudah kenal lama.Aku yang merasakan kejanggalan.
Ibu:"Iqah dah lama kawan dengan anak mak cik?"
Iqah:"Tak lama sangat mak cik ,baru saja setahun."
Ibu:"Oh,begitu .Mak cik suka la dengan kamu ni ,Iqah.Kalaulah jadi menantu mak cik lagi mak cik suka."
Iqah hanya tersenyum malu manakala aku menjadi tidak sedap hati dengan kata-kata yang ibu lontarkan.Tapi aku juga suka kalau dia menjadi isteriku.Selepas itu, aku menghantarnya pulang ke rumah.Setibanya aku di rumah selepas menghantar Iqah pulang,aku terdengar ibu berbincang dengan ayah soal kahwin.Aku pikir ini mesti perkahwinan untuk kak aku tapi sangkaan aku meleset sekali kerana perkahwinan itu sebenarnya untuk aku.Bertapa terkejutnya aku waktu mendengar ayat itu,nyawaku bagai melayang ke awang-awangan.
Aku:"Apa ibu cakap ni,kenapa Ajiq pulak yang kena kahwin?Kakak dengan abang pun belum kahwin.Dahlah buat keputusan tak bincang dengan Ajiq dulu, calon pun Ajiq tak tahu."
Aku sangat kecewa dan bergegas ke bilik.
Keesokan hari ibu menjelaskan segalanya.
Ibu:"Calon ibu ialah kawan baik Ajiq ,lagi pun dia tu anak kawan ibu sebab itulah ibu setuju kerana ibu dan emaknya telah bincang untuk jodoh kan kamu berdua.Ajiq tak marah ibukan?"
Alangkah terkejutnya aku mendengar penjelasan ibuku.
Aku:"Ibu serious ka ni?"
Ibu:"Betul la ni takkan la ibu nak tipu pulak.Isy kamu ni."
Aku:"Ibu tapi Ajiq nak kahwin hujung tahun depan boleh?"
Ibu:"Boleh,asalkan kamu boleh memikul semua tanggungjawab dengan baik,mesti beri isteri nafkah,pandai bertolak ansur,pandai jaga perasaan pasangan dan paling penting pandai cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi."
Aku:"Insyaallah ibu.Ajiq akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rumah tangga yang bakal dibina kelak."
Ibu:"Tapi masalahnya sekarang kamu nak bagitahu kawan-kawan kamu ka tentang perkahwinan ni?"
Aku:"Tak ibu.Ajiq tak nak baggage dan tak nak jemput sebab nanti kecoh hal ni satu sekolah,jadi Ajiq dah fikir masak-masak untuk tidak menjemput mereka.Lagipun Ajiq nak jadikan Iqah sebagai isteri rahsia."
Ibu:"Ibu tak kisah dan ibu hormat keputusan Ajiq tapi satu perkara saja yang ibu nak ingat kan Ajiq.Perkahwinan ni perkara yang baik kalau boleh bagitahu la orang bukan apa ibu takut nanti timbul fitnah.Ajiq fahamkan apa yang ibu cuba nak sampaikan?"
Aku:"Ajiq faham ibu."
Hari itu hari paling bahagia pernah aku rasa dalam hidup aku.Aku tidak pernah terfikir ibuku akan mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ibu sangat tegas dalam membuat keputusan tetapi kali ini sikap ibu bukan seperti biasa.Aku pulak yang hairan dengan sikap ibu.