ดาวน์โหลดแอป
41.46% Damon Revenge / Chapter 34: 34.

บท 34: 34.

Pardon?

"Apa awak cakap tadi?"mata dia melirik ke lelaki lampai yang mengenakan kot labuh dengan sweater turtle neck hitam yang sedang memandu kereta dekat depan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga aku telah tetapkan seorang pengawal untuk awasi keselamatan kau." ulang Mateo semasa tunduk menaip sesuatu dekat skrin telefon.

Waktu ini mereka dalam kereta, perjalanan untuk ke syarikat pagi itu. Xiana naik kereta yang sama sebagai langkah berjaga-jaga sebab Mateo kata takut kejadian sama berulang katanya. Xiana tak faham apa yang Mateo takutkan lagi. Danish dah tak ada. Pemiutang hari tu yang hampir hendak culik dia dah pun diuruskan oleh Mateo sendiri. Nak risaukan apa?

"Saya tak rasa awak perlu lakukan sehingga macam ni sekali...I'm good by myself.."bantah dia.

Mateo tak menjawab. Dia tahu perbualan ni hanya akan berakhir pada perbalahan. Jadi baiknya dia yang mengalah dahulu. Lawan kata dengan kaum wanita ni memang takkan ada menangnya. Pusing-pusing lelaki jugak yang kalah.

"Mateo...awak dengar tak ni?"panggil Xiana bila dia tak dihiraukan.

"Ya..aku dengar."sahut Mateo sesaat kemudian.

"Kalau macam tu say something...awak expect saya ke sana ke sini dengan senang hati sambil di ekori, macam tu?"

Mateo angkat kepala dia dari memandang skrin telefonnya lalu memandang ke depan. Dia kira beberapa saat untuk kekalkan postur dia dari naik angin pagi-pagi tu. Yakin dia telah tenang. Baru la dia pandang Xiana.

"Dengar sini baik-baik. Ryan, dia takkan kacau kau kecuali bila kau perlukan dia. Kau takkan perasan dia ada dengan kau pun. Isunya sekarang keselamatan kau adalah keutamaan aku. Clear here honey?"jelasnya.

Xiana ketap gigi menahan diri dari melawan. Dia pandang buat seketika mata Mateo. Serius! Dia betul-betul berang dengan keputusan tiba-tiba Mateo ni! Tanpa berkata apa-apa lagi dia palingkan kepala keluar cermin kereta.

Mateo kembali pandang skrin telefon dia bila Xiana tak menjawab lagi. Itu bermaksud Xiana faham dan tak kuasa nak melawan lagi.

"Boleh saya bercakap sekarang?"tanya Ryan dekat depan.

Mata Xiana mengerling ke tempat pemandu tak puas hati.

"Hm."jeda Mateo dengan kening berkerut meneliti maklumat di dalam emailnya.

"Berita dah keluar, mungkin Cik Xiana nak tahu tentangnya.."ujar Ryan.

Kepala Xiana berpaling ke sisinya dengan pantas. Dah apa pulak lagi rancangan Mateo kali ni? "Berita apa?" tanya dia.

Ryan kerling ke cermin pandang belakang dia untuk lihat Xiana.

"Nah..."Mateo serahkan ipad yang disimpan dalam soket pintu kereta kepada Xiana tanpa alihkan perhatian dari skrin telefon.

Xiana capai ipad itu lalu di pandang skrin tersebut dengan kening berkerut tak faham. "Apa yang saya kena cari dalam ni?"

"Type nama tunang kau.."sebut Mateo sewaktu bawa telefon ke telinga dia lalu lemparkan pandangan keluar tingkap kereta tintednya.

Xiana beri renungan skeptikal dia pada Mateo sebelum pandang ke skrin ipad dan menaip nama penuh Isaac pada browser search. Tekan je 'okay', berderet-deret artikel dan video yang memaparkan wajah Isaac padanya muncul di skrin ipad.

Xiana tekan satu persatu artikel di situ dan baca isi kandungannya dengan kening berkerut. Matanya tak berhenti dari bergerak membaca setiap butiran di situ. Setelah hampir enam artikel di baca dan beberapa video di mainkan. Xiana letakkan ipad itu di ribanya dengn muka tak percaya.

"Isaac dah muflis?"sebut Xiana dengan muka tak percaya.

Mateo yang sedang bercakap dengan Kian dekat telefon pandang ke sisi lalu capai ipad  dari riba Xiana lalu di pandangnya. "Ha'ah...kemudian kau suruh general manager untuk gantikan tempat aku. Guna nama sebenar aku...ikut apa yang tertera pada kontrak tu."ujar Mateo sambil lihat tulisan pada ipad itu.

Xiana dekat sebelah dah kalut. Tak boleh jadi ni! "Mana phone saya? Beg tangan saya mana?"tanya Xiana sambil pandang kanan dan kiri dia. Dia perlu call Isaac untuk tanya khabar lelaki tu.

Ryan sondong ke tempat duduk sebelah pemandu lalu pegang beg tangan Xiana yang diletakkan dekat bawah kerusi oleh Xiana sendiri tadi. Pada awalnya Xiana duduk depan, tapi Mateo suruh duduk belakang, terlupa punya pasal itu yang ada dekat situ.

"Ini begnya.."sua Ryan ke Xiana sambil pandang ke depan.

Xiana capai beg tangannya lalu tunduk mencari telefonnya. Rasanya dia bawak tadi masa turun. Tapi kenapa tak ada pulak dalam beg tangannya.

"Tawarkan harga setinggi mana yang boleh untuk yakinkan mereka..."bicara Mateo lagi.

Tersedar akan sesuatu, Xiana pandang ke Mateo dengan kening mencerun lalu ke telefon yang dipegang oleh lelaki itu. Terus matanya dikecilkan sewaktu pandang curiga. Macam kenal je?

What the hell!

"Hei! Itu phone saya kan!"Xiana tepuk tepi lengan Mateo hendak telefonnya semula. "Serahkannya kepada saya. Mana phone awak?Guna la sendiri punya. Saya jugak yang jadi mangsanya.."capai Xiana.

Mateo tolak tangan Xiana sambil jauhkan diri supaya tidak diganggu.

"Mateo Nestor!"marah Xiana.

Mateo tolak badan Xiana jauh dari dia bila Xiana cuba sentuh telefon di telinganya itu. "Esok kalau sempat.."kata dia sebelum pandang ke Xiana dengan kening mencerun. Isy! Tak menyabar betul la! "Ana...nampak tak aku tengah buat apa ni?"tanya dia.

Xiana buat muka tak puas hati. "Itu phone saya...saya nak call Isaac. berikannya semula kepada saya.."

"Tak ada...dia bukan tunang kau lagi sebab kau dah putus dengan dia. Sekarang jauh sikit. Ada business yang aku kena handle ni.."ujar Mateo.

Mulut Xiana ternganga. Excuse you!?

"Sejak bila pulak saya putus dengan Isaac?" Xiana buat muka blur, dia berhenti sekejap dari bergerak.

Mateo pegang tangan kanan Xiana lalu tunjuk jari jemari yang kosong tanpa cincin itu. "See...ada nampak cincin tak?"tanya dia.

Bila mata Xiana jeling ke jari cincin tunangnya, terbeliak terus mata dia lepas pandang jari manis dia yang kosong tidak bercincin. Ehhh?Apa?! Sejak bila pulak cincin dia ni lesap. What the heck! "Apa awak dah buat?"soal Xiana. Dia pandang curiga ke Mateo. "Mana cincin tunang saya?"

Mateo lepaskan keluhan panjang sebelum menjuling mata kejengkelan. "Aku dah suruh orang hantarkan balik dekat Isaac lepas berita tu disiarkan malam tadi..."keluh dia dengan nada mengalah."Please honey...can I finish my talk now?"pandang dia ke Xiana sambil jauhkan telefon dari telinga dia sikit.

"Huh?"nganga Xiana dengan muka dumbfounded. Dipulangkan? "Bila masanya awak ambil cincin saya?"Lelaki ni kan tak boleh buat percaya betul la!

"Masa kau tidur..."Mateo jawab lagi dengan muka tak sabar. Dia kena habiskan perbualan dia dengan Kian sebelum tiba di pejabat ni.

Xiana berdengus kasar. "Awak masuk rumah saya tanpa kebenaran lagi! Berapa kali saya nak tukar password ni?"gerutu Xiana dengan muka tak puas hati.

"Tak payah sebab tak ada gunanya.."jawab Mateo sebelum sambung berborak dengan Kian menggunakan telefon Xiana. Dia tahu yang Xiana akan cuba hubungi Isaac sekiranya Xiana baca berita tadi. Sebab tu awal-awal lagi dia dah selinap ambil telefon Xiana.

Rasa macam tak ada gunanya lagi bercakap, Xiana sandar marah ke kerusi itu dengan kening mencerlung berang!

Memang tak boleh nak agak, apa aje yang ada dalam kepala otak Mateo ni. Ada je benda yang dibuat oleh lelaki tu secara mengejut tanpa pengetahuan dia.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C34
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ