ดาวน์โหลดแอป
35.36% Damon Revenge / Chapter 29: 29.

บท 29: 29.

Malam tu Xiana balik lewat sebab nak siapkan kertas kerja yang Mateo mintak dia sediakan untuk meeting lelaki tu esok pagi. Dekat jam 9 malam macam tu baru dia sampai dekat apartmentnya itu pun lepas dia singgah ke shopping market untuk beli barang dapur sedikit.

Selesai saja matikan enjin kereta dan tutup apa yang perlu, Xiana gerak keluar dari keretanya.

Dring!Dring!

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi masa dia nak turun dari kereta. Xiana capai telefonnya dari dalam beg tangan lalu di jawab panggilan tu lepas tengok nama pada skrin telefon itu. "Hello?"sambut dia sewaktu keluar dari kereta dan tutup pintu keretanya dengan perlahan.

"Kau dekat pejabat lagi ke?"tanya Mateo dalam panggilan.

"Tak ada la..saya baru sampai apartment ni..ada apa?"

"Iya ke...baru ingat nak suruh bawakkan dokumen sekali tadi.."

Sambil bimbit beg tangan dekat celah ketiak. Xiana buka pintu duduk belakang untuk keluarkan beg plastik berisi barangan dapur yang dibelinya tadi. Selesai ambil, dia keluarkan kepalanya dari perut kereta lalu tutup pintu dengan bahu dia sebab tangan dia dua-dua sibuk.

"Nak saya patah balik ke?"tanya Xiana sambil jalan menjauh dari keretanya.

Pada masa itu seseorang berhoodie di kepala jalan menghampiri Xiana, orang itu kemudiannya menyergah Xiana dari depan semasa wanita itu hendak maju ke depan.

"Berhenti!"

Terkejut Xiana bila orang berhoodie itu muncul tiba-tiba di depan dia. Nak luruh jantung dia masa ni.

"Siapa tu?"soal Mateo dalam panggilan lepas dengar suara tu.

Xiana yang terkejut sangat masa tu tak terkata, malah handphonenya yang terkepit dekat celah telinga dan bahunya jatuh ke lantai sewaktu dia ngelat gerak ke tepi orang berhoodie tu untuk larikan diri.

Lelaki berhoodie tu cepat-cepat tarik rambut Xiana lalu campak Xiana ke belakang sehingga buatkan Xiana jatuh dengan kuat.

"Argh!"jerit Xiana semasa dia jatuh terduduk dekat lantai simen parking tu.

"Kau pekak ke! Aku suruh berhenti kan!"jerit suara tu dengan lebih jelas lagi.

Xiana yang dengar terus tersentak bila dia kenal suara tu. Matanya terbuka luas sewaktu dongak ke atas. "Danish?Kau ke tu?"

"Diam la...mana duit..aku nak duit!"desak Danish semasa tunduk mendekati Xiana lalu tarik beg tangan Xiana secara paksa.

Xiana kelam kabut hendak pegang beg tapi terlepas jugak dari cengkaman dia. "Danish..apa ni! Berhenti la!"gelut Xiana semasa berdiri lalu cuba mencapai beg tangannya itu.

Tangan Xiana di tampar dia dengan kuat."Arghh! Tepi la!"ngaum Danish sambil pegang beg tangan tu dan keluarkan sesuatu dari poket seluar jeannya lalu diacu ke Xiana. "Kau dekat aku tikam kau!"

Menahan nafas terkejut Xiana masa dia undur ke belakang sambil angkat tangan surrender. "Danish...kenapa dengan kau ni..berhenti

la dik."rayu Xiana sewaktu memandang pisau tu.

"Aku perlukan duit...kau tak faham ke...aku mintak ibu dia asyik meroyan pasal ayah...kau jangan nak memekak pulak!"jerkah Danish sewaktu menuang isi beg Xiana ke atas lantai tu.

Xiana geleng kepala tak percaya dengan apa yang dia lihat. Apa dah jadi dengan adik lelakinya ini. Sampai macam ni sekali perubahannya. "Berhenti la Danish...jangan guna dadah lagi...semua tu buatkan kau tak sedar apa kau buat..."pujuknya.

Dan bila dompet terjatuh ke lantai Danish tunduk ambil dompet tu lalu cuba keluarkan duit dari situ, tapi hanya beberapa helai duit saja. Itu pun tak cukup. "Ini je?"tunjuk dia pada Xiana dengan muka tak percaya. Mana boleh macam ni. Ini yang nak marah ni!

"Aku tak ada duit lagi Danish...kalau aku ada aku dah bagi.."jawab Xiana

"TIPU!"jerit Danish sebelum dekati Xiana dengan menakutkan lalu acu pisau belati itu ke depan muka Xiana. "Bagi aku duit atau kau mati aku bunuh dekat sini jugak."

Teresak-esak Xiana menangis kerana takut, dia pegang tangan Danish dengan lembut. "Aku sumpah...aku tak ada duit...tolong la..."

"Alasan! Aku tahu kau ada duit...kau memang tak guna tahu tak! Rasakan ni..."tidak teragak-agak, Danish bawa pisau tu ke bawa lalu menikam ia ke perut Xiana sekali sebelum di tariknya.

Terbutang mata Xiana bila dia merasai tusukan tajam itu pada perutnya. Siap boleh dengar lagi bunyi kulit dia terkoyak akibat tikaman itu.

Danish tolak tubuh Xiana jatuh ke lantai. "Itu akibatnya kedekut. Bawa ke mati la harta kau tu!"ludahnya sebelum larikan diri dari situ.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Xiana menahan sakit yang menjalar di setiap urat sarafnya. Tak pernah dia rasa sesakit begini dalam seumur hidupnya. Perlahan-lahan dia ubah kedudukan mengiring dia kepada telentang dekat lantai tu.

Sekali dia palingkan kepalanya ke sisi, dia ternampak telefon bimbitnya ada di atas lantai tak jauh dari tempat dia baring. Dengan sisa tenaga yang dia ada, Xiana ngiring semula dan mula mengesot hendak mencapai telefon tersebut.

Meleret la darah merah itu sepanjang tempat Xiana mengesot.

Beberapa inci sebelum Xiana dapat pegang telefon tu, bunyi tapak kaki berlari dengan cemas mendekati dia. Bersama linangan air mata di pipi, Xiana angkat kepala untuk lihat siapa. Dia ingatkan Danish, rupanya Mateo.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya dia dapat lihat wajah itu. "Awak.."sebut dia sambil angkat tangan dia yang berdarah ke arah lelaki tu.

Dalam keadaan cemas, Mateo brek lekas-lekas bila tiba di depan Xiana dengan wajah bungkam. Sebab terlalu terkejut, Mateo jatuh melutut dekat situ."Ya Tuhanku..Xiana..."sebut dia di balik nafas takutnya taktala melihat darah yang berada di lantai dan tangan Xiana.

Terus Xiana hulur tangan dan memeluk leher Mateo sebelum menangis di dada lelaki itu. "Tolong saya.."rintihnya dengan sakit.

"Sekejap.."kata Mateo semasa baringkan Xiana dekat lantai tu semula.

Tanpa membuang masa Mateo cari sekelilingnya yang penuh dengan barang bersepah tergesa-gesa. Dia tengok dan tengok sehinga la menjumpai kunci kereta Xiana. Dia capai dompet dan kunci kereta di situ sebelum gerak ke kereta Xiana, dia buka pintu kereta tu sebelum dapatkan Xiana semula.

"It's okay...aku ada dekat sini...bertahan." minta dia semasa cempung badan Xiana dan dimasukkan ke dalam kereta.

Habis terpalit darah Xiana pada sweater turtle neck coklat beige yang dipakai Mateo waktu itu. Setelah itu dia pandu kereta tu keluar dari bangunan apartment terus ke hospital sepantas mungkin.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C29
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ