ดาวน์โหลดแอป
29.26% Damon Revenge / Chapter 24: 24.

บท 24: 24.

Satu hari ni Xiana habiskan masa dalam pejabat Mateo untuk bantu lelaki tu kenal flow syarikat macam mana. Siap terpaksa buat powerpoint last minute lagi time tu jugak dan bentangkan dekat depan Mateo.

Dari awal sampai akhir Mateo yang sememangnya komited hendak faham macam mana syarikat tu berfungsi beri fokus sepenuhnya dan buatkan Xiana bercakap tanpa henti sampai kering tekak dia sepanjang masa itu.

Tak satu soalan demi soalan diajukan oleh Mateo.

Yang susah pulak tu.

Mujurla dia tahu serba sedikit tentang hal ehwal syarikat ni.

Makan tengah hari pun mereka take out saja. Mateo kata dia tak nak buang masa dengan keluar makan dekat luar bagai sebab dia tak ada banyak masa nak dibuang memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diuruskan.

Xiana nak tak nak ikutkan je. Lagipun dia sendiri jarang keluar makan tengah hari.

Dengan sebelah tangan pegang chopstick, sebelah lagi pegang kertas, Mateo tak alihkan mata dia dari kertas di depannya. Dia sedang baca analisis perkembangan syarikat. Dia nak tengok berapa banyak peratus keuntungan syarikat ni dapat setiap bulan. Kalau dia boleh tahu lopong atau loop hole dalam syarikat ni...dia boleh gunakannya untuk lumpuhkan sedikit demi sedikit syarikat ni nanti.

Sekejap-sekejap tu Mateo kerling ke Xiana yang sedang duduk dekat depan dia tekun melakukan sesuatu dalam laptop tak makan-makan sejak tadi.

"Hei.."panggil Mateo tak lama dia perhatikan Xiana.

"Ya."balas Xiana tanpa memandang Mateo.

"Boleh aku tanya something..."

Baru la Xiana pandang Mateo. Dah apa lagi lelaki ni nak tanyakan. Tak cukup-cukup ke dengan soalan yang diajukan sejak tadi. "Apa dia?"

Mata Mateo terarah pada cincin di jari manis kanan Xiana sebelum memandang Xiana semula. "Kenapa anak tunggal keluarga Alaexander bertunang dengan kau?"

Terkedu Xiana lepas dengar. Dia buat muka teragak-agak masa pandang Mateo. Dia tak terkejut kalau Mateo tahu. Kan Mateo beritahu yang lelaki ni tahu segalanya tentang diri dia. "Kenapa awak tanya macam tu?"soal Xiana.

Mateo letakkan kertas dan chopsticknya ke bawah lalu fokuskan dirinya sepenuhnya kepada Xiana. "Sebab aku nak tahu la...lagipun company keluarga tunang kau tu adalah pesaing aku

jugak.."

Xiana berdengus kecil sebelum tunduk memandang cincin di jarinya. "Kami dah berkenalan selama lima tahun. Pada asalnya kami bertemu di universiti..kami mula bercinta sejak saya dan juga tunang saya berkerjasama dalam satu kumpulan. Tak lama saya masuk kerja dekat sini dia ajak bertunang dengan saya...sampai la sekarang...kalau ketua tanya saya kenapa dia bertunang dengan saya...mungkin sebab dia sukakan saya?"jawab dia dengan hati yang lirih. Suka?Kalau suka Isaac takkan curangi dia dengan sahabat karibnya sendiri.

"Kau sure sebab dia sukakan kau?"tanya Mateo sambil lentokkan kepala sedikit.

Xiana pandang Mateo dengan mata hampir saja hendak berair mata. "Apa yang buatkan awak fikir macam tu?"

"Well...untuk pengetahuan kau, aku kenal masak sangat dengan lelaki bernama Isaac ni. Dia adalah seorang daripada orang macam aku yang hendakkan syarikat Vidmizir ni jatuh. Sebelum aku pindah ke sini, aku pernah buat business dengan syarikat dia...serius beritahu, dia orang bukan la syarikat yang jujur berniaga dengan jalan yang betul...dia orang kaut keuntungan dengan cara yang salah. Still aku tak ambil kisah sangat apa dia orang buat."cerita Mateo.

Kening Xiana terangkat tinggi lepas dengar.

"Aku pernah dengar, dia ada cara untuk korek rahsia syarikat ni...dan kau tahu dia guna cara apa?"sengih Mateo dengan jahat sewaktu melihat reaksi terkejut Xiana. "Kata sumber aku...Isaac ni kenal orang dalam yang pakar mengenai syarikat ni..."dia pandang wajah terkedu Xiana sambil tersenyum senang.

Masa itu la realiti menghentak Xiana, dia pandang tak percaya ke Mateo lepas dengar kata-kata itu.

"Maksudnya, dia gunakan kau untuk cari rahsia syarikat ni...dengan bertunang dengan kau." sambung Mateo lagi. "Yang kelakarnya...dia tak dapat apa yang dia perlukan. Jadi dia bercinta dengan anak kepada seorang lagi shareholder syarikat ni...Elissa..aku rasa kau kenal siapa dia kan?"Mateo senyum sebelum buat muka olok-olok terkejut. "Sekejap kau dah tahu ke dia curang kau dengan kawan baik kau sendiri?"Mateo sandar ke belakang dengan senyuman meleret di bibir.

Air mata bergenangan di kelopak mata Xiana masa dia pandang Mateo tak berkedip. Tak mungkin!

"Tsk...tsk..!"Mateo mengetik lidah sambil geleng kepala kesal. "Oh honey...poor you..that man really played you well...."

Dengan kuat Xiana gengam jari jemari dia sewaktu tundukkan mata ke cincin tunang di jari manis dia. Bila difikirkan balik. masuk akal jugak. Yalah sebelum ni masa dia keluar dengan Isaac, pasti Isaac akan tanya tentang syarikat la apa yang berlaku la apa dia buat la...dan sebab itu la Isaac selalu dia nampak duduk dekat dengan telefon bimbit mahupun komputer rumahnya. Mulanya dia tak pelik la sebab mungkin Isaac nak guna komputer cari sesuatu ke apa. Bila hal ni timbul baru la dia sedar.

"Apa kata kita bagi game yang dia nakkan tu?"aju Mateo.

Xiana pandang Mateo dengan renungan tak faham. "Game?"

"Ha'ah..."angguk Mateo. "Alang-alang menyelam sambil tu minum air.."

Xiana berkerut kening tak suka dengan cara Mateo bercakap. Ianya buatkan lelaki ini kelihatan sadis dan jahat.

"Sebelum tu...aku nak kau pilih..."Mateo capai telefon dia, dia pandang skrin tu sekejap sentuh itu dan ini sebelum pandang Xiana. Bila panggilan tu di angkat baru la dia bersuara. "Yes or No..Pilih salah satu tu.."

"Huh?"Xiana buat muka. Apa bendanya la ni. Yang pelik-pelik je. "Yes?"jawab dia dengan tak pasti.

Mateo angguk kepala lalu dia letakkan telefon tu dekat telinga dia. "Kau dengar?"tanya dia pada orang kanan dia tu.

"Baik tuan.."

Xiana perhatikan Mateo dengan kening berkerut tak faham. Apa yang Yesnya tadi?

"Now kita sampai mana tadi?"Mateo letakkan telefon semula ke sisi sewaktu memandang Xiana dengan renungan penuh semangat.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C24
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ