ดาวน์โหลดแอป
94.87% MY LITTLE PRINCESS / Chapter 37: BAB TIGA PULUH TUJUH

บท 37: BAB TIGA PULUH TUJUH

Sebaik saja majlis selesai. Ariel dan Vee segera mendapatkan ahli keluarga mereka. Masing - masing berpandangan sesama sendiri, tidak pasti mengapa pasangan suami isteri itu memanggil mereka untuk berkumpul di ruang tamu.

Tuan Victor Hashim, Puan Aisyah, Datin Sri Roqaiyah, Datuk Sri Zainal, Ery Saffiyah berserta Hakimi dengan Shakira turut tidak sama ketinggalan, berada disitu. Mereka pun ingin tahu juga apa perkara penting yang mahu di umumkan oleh kedua sahabat mereka itu.

Ariel dan Vee tersenyum lebar seraya membuat pengumuman mengenai berita gembira yang bakal mereka semua terima tidak lama lagi. Masing - masing mengucap seribu kesyukuran sebaik mendengar perkhabaran tersebut. Terutama sekali papa dengan mama.

Mereka berdua yang paling gembira bila mendengar berita itu. Air mata mama yang mulai bergenang, jatuh takala dia memeluk Vee erat ke dalam pelukannya sambil mengucapkan tahniah kepada anak tunggal perempuannya itu.

Datuk Sri Zainal dan Datin Sri Roqaiyah turut mengucapkan tahniah kepada Vee dan Ariel sambil memberikan tips penjagaan bayi kepada Vee secara ringkas. Turut tidak ketinggalan Hakimi dan Shakira yang begitu teruja mendengar berita gembira tersebut.

"Congratulations Ariel, Vee… patut sangatlah pipi montel sekarang ni, rupa - rupanya dah berisi!" ujar Shakira dengan senyuman lebar. Dia gembira kerana sahabat baiknya itu bakal menjadi ibu juga tidak lama lagi.

"Thanks, Shak. Tak sangka pula aku akan jadi ibu juga selepas kau. Aku ingatkan lambat lagi kot sebab langsung tak banyak tanda pun…" ujar Vee mengenai kandungannya itu.

Kalau ada pun bukannya dia tahu sangat sebab dia asyik melayan rajuknya dengan Ariel ketika itu. Malah dia hampir - hampir mengabaikan keadaan dirinya sendiri hanya kerana sibuk memikirkan soal hubungan mereka suami isteri yang mulai dingin dan renggang.

Vee berbaring selesa diatas katil. Dia bernyanyi kecil sambil mengikut irama lagu yang sedang ke udara di corong radio. Ariel pasti masih lagi duduk berbual dengan papa di bawah seperti biasa. Sambil melayan lamunan panjangnya, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran suaminya semula di dalam bilik.

"Hai, sayang... jauh termenung?" sapa Ariel dengan wajah ceria sambil mengucup pipi isterinya mesra.

"Bila abang masuk?"

"Tadi... apa yang sayang fikir?" Vee menggelengkan kepalanya.

Dia lantas masuk kedalam pelukan kejap suaminya yang bersandar dibirai katil mereka.

"So?…"

"You almost make me go crazy! Nakal..." ujar Ariel seraya mengucup dahi isterinya.

Vee membalas genggaman erat suaminya. Dia merenung jauh ke dalam mata Ariel. Sedalam kasih dan cintanya terhadap lelaki itu sekarang.

"Kenapa abang rahsiakan tentang Aloy dari Vee?"

"Abang bukannya nak rahsiakan terus soal Aloy dari Vee pun. Abang cuma nak tunggu masa yang sesuai untuk cakap dengan Vee, itu saja. Abang cadang nak bagi tahu sayang masa first anniversary kita nanti. Itu rancangan awal abang sebenarnya… sayang tahu dari siapa?"

"Ibu yang tiba - tiba cakap soal kampung dan juga abang, waktu kecil dulu. Sebab itulah Vee dapat tahu tentang Aloy yang sebenarnya" Ariel lantas tepuk dahi.

Dia terlupa untuk memberitahu ibunya, agar merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dari pengetahuan Vee. Kerana dia sudah merancang untuk membuat kejutan kepada isterinya itu.

"Hurm, ibu memang tidak boleh nak simpan rahsia" ujar Ariel bersahaja.

"Ooo, jadi memang cuma Vee sorang sajalah yang tidak tahu tentang hal itu, ya?" balas Vee pura - pura merajuk.

Dia menarik muncung panjang di hadapan suaminya. Ariel sekadar tersenyum melihat rajuk Vee yang semakin kerap muncul.

"Sayang janganlah suka sangat merajuk. Nanti dekat dalam tu ikut sama, payah abang nak pujuk! Yang sebenarnya ibu pun tidak tahu juga. Sebab itulah ibu cerita dekat sayang tu… Abang pun nak minta maaf sebab minta yang lain rahsiakan mengenai perkara ini dari sayang.

Abang nak buat surprise dekat sayang sebenarnya. Tapi tak sangka pulak, abang yang terkejut gila dengan kejutan sayang! Ingatkan nak balas dendam dengan sayang... Iyalah, asyik abang aje yang blank dan bingung sendiri. Mana adil! Abang pun nak juga tengok wajah isteri abang terkejut, macam mana" ujar Ariel panjang lebar.

Mereka ketawa lepas bersama. Vee kembali melentok manja di bahu suaminya.

"I love you so much, Vee... abang betul - betul gembira dan bahagia sebab sayang di takdirkan untuk jadi milik abang... I love you!" ucap Ariel penuh ikhlas.

Rambut panjang isterinya dibelai mesra. Vee mendongak memandang suaminya dengan senyuman lebar.

"Me too. Happy birthday again my little prince! Eh, bukan little lagi dah, sudah tua dah pun... hurm, my king!" mereka kembali ketawa sekali lagi.

Pelukan mereka di eratkan, seerat cinta mereka berdua yang semakin dalam dan bercambah.

"So mana present untuk abang?" balas Ariel sambil berbisik lembut ke telinga isterinya.

"Kan dah bagi dekat abang tadi…"

"I need more than that, Honey..." balas Ariel tersenyum penuh makna.

Vee sendiri merindui belaian hangat suaminya. Lantas dia merelakan segalanya.

"You always be my little princess forever sweetheart!" Vee sekadar tersenyum mendengar bisikan suaminya.

"But not anymore..."

"Kenapa tidak?"

"Soon our little one will be born... so Vee tak layak lagi dah nak pegang title itu lagi..." balas Vee sambil ketawa kecil. Ariel kerut dahi.

"Sayang dah tahu jantina baby kah? Hurm, kandungan sayang dah masuk berapa bulan sekarang?"

"Baru masuk tiga minggu. Masih terlalu awal nak tahu jantina baby. In Shaa Allah, tinggal beberapa bulan lagi kita akan jadi parents macam Kimi dengan Shak…" Ariel angguk mengiyakan ucapan Vee sambil dia menjamah perut isterinya yang masih lagi tidak ada perubahan itu.

Dia mengusap perut yang terdedah itu perlahan - lahan. Ariel turut mencium jari runcing isterinya sebelum di letakkan ke atas dada bidangnya.

"As long as my heart beat, you're always be mine! Abang janji abang akan selalu berlaku jujur dengan sayang…" air mata Vee gugur tanpa di pinta.

Dia terharu mendengar kata - kata suaminya. Dia terkesan dengan kasih sayang suaminya yang langsung tidak berbelah bagi terhadapnya. Segala pengorbanan dan pengertian yang diberikan oleh Ariel kepadanya selama ini amat dia hargai sepenuh hati.

Tidak akan mungkin ada insan lain bertakhta di dalam hatinya selepas suaminya itu. Dia cukup yakin dengan ikatan suci mereka berdua. Dia juga sentiasa berdoa agar suaminya di berikan kesihatan yang baik sepanjang masa dan juga di panjangkan usia. Biar mereka mengharungi usia tua mereka bersama - sama.

"Shh… simpan air mata sayang. Abang tak nak sayang menangis sebab kecurangan atau pun ke egoan abang. Tapi abang mahu lihat tangisan sayang saat kita mengecap bahagia bersama - sama selamanya, sehinggalah ke saat roh bercerai dari jasad kita berdua…" ujar Ariel penuh pengertian.

Bahtera cinta mereka berlayar sekali lagi. Malam semakin merangkak ke subuh. Azan yang berkumandang menggamit pandangan mereka berdua.

"Jom…" Vee bangkit dan berlalu untuk membersihkan dirinya.

Hari untuk mereka masih jauh dan panjang lagi. Bilangan ahli keluarga mereka juga bakal bertambah tidak lama lagi. Apa yang penting mereka tidak lupa untuk terus berdoa, berusaha dan bertawakal dengan setiap dugaan dan juga cabaran yang melanda hubungan rumahtangga mereka berdua kelak.

Soal mati itu urusan Illahi. DIA maha mengetahui akan segalanya. Sebagai hamba mereka akan terus berdoa agar rumahtangga yang mereka bina mampu bertahan sehingga ke syurga. Vee tersenyum takala dahinya di kucup mesra Ariel.

"Kenapa suka sangat termenung panjang ni?"

"Mana ada... Vee cuma teringat saat pertama kali kita bertemu waktu dekat kolej dulu..." Ariel ketawa kecil.

Dia sendiri tidak menyangka kalau gadis panas baran itu ialah orang yang di carinya selama ini. Orang yang mengikat hati dan cintanya.

"Hahaha.... you know what's funny about it?..."

"Apa dia?"

"Waktu itu jugalah abang sedar yang abang sebenarnya sudah jatuh cinta dekat sayang... love at the first sight!" Vee kerut dahi seribu.

Dia menunggu penjelasan lanjut suaminya yang tersenyum sambil mengangkat kain sejadah mereka, sebelum kembali duduk bersimpuh diatas katil.

"Sebab abang langsung tidak dapat lupakan sayang selepas dari hari tu... sampai Kimi pun naik give up nak dengar semua alasan dan juga cerita karut abang..." balas Ariel sambil tersenyum tipis.

Dia menarik nafas dalam sebelum menarik isterinya ke dalam pelukannya.

"Terima kasih sebab terima abang dalam hidup Vee biarpun pada hakikatnya sayang tengah tunggu kehadiran Aloy waktu tu..." Vee lantas meletakkan jarinya ke bibir suaminya.

Sudah cukup untuk mereka menyingkap kisah lalu mereka yang banyak bersikap kebudak - budakan. Kini, apa yang penting ialah masa hadapan yang ingin mereka bina bersama.

"Vee dah lupakan Aloy sebaik saja Vee jadi isteri abang. Vee pun tak berharap sangat untuk Aloy muncul semula selepas kita jadi suami isteri... Tapi Vee memang teruja sangat bila dapat tahu yang suami Vee yang tercinta ni sebenarnya ialah orang yang Vee cari jugak! So.. we are even actually. Emm... kalau Vee nak minta something abang boleh bagi tak?"

"Apa dia?" soal Ariel sambil tersenyum penuh makna. Vee menarik muncung panjang sebaik melihat senyuman suaminya.

"Stop thinking nonsense okay! Otak abang ni memang otak kuning betul tau!"

"La... sayang tu yang otak kuning!" Vee mencebik.

"Whatever...so bolehkah tidak ni?" Ariel kerut dahi. Dia merenung wajah manja isterinya penuh teliti...

Boleh apa bendanya? Dia tak cakap lagi dah tanya kita macam tu... kang...

"Kalau tu... memang boleh! Sekarang pun kalau sayang nak abang boleh bagi..."

"Gatal! Orang tak maksud tu..."

"Habis tu yang sayang cakap macam tu tadi, kenapa? Mestilah abang fikir benda lain..."

"Dah agak dah... otak kuning!"

"Okey, abang minta maaf... sayang nak abang buat apa sebenarnya, emm?" ujar Ariel lembut memujuk takala melihat isterinya itu mulai merajuk.

"Can you make sponge cake for me, please?"

"What? Sponge cake? Abang mana pandai buat kek! Apa kata kita minta mama yang buat untuk sayang..." Vee lantas menarik muncung panjangnya semula.

Air matanya mulai bergenang di kelopak mata. Ariel yang melihat reaksi isterinya itu menjadi serba salah. Mahu tidak mahu dia kena buat juga.

"Tak pelah kalau abang tak nak..." Vee lantas menyeka air matanya yang jatuh tiba - tiba.

Dia menolak pelukan suaminya perlahan. Ariel lepas keluhan kecil sebelum meraih Vee ke dalam pelukannya semula. Dia turut tidak lupa untuk meminta maaf. Ariel menarik tangan isterinya untuk bangkit bersama.

"Abang nak bawa Vee pergi mana?"

"Masaklah apa lagi. Sayang nak sponge cake kan?" Vee pantas angguk dengan senyuman lebar.

Dia mengucup pipi suaminya dengan perasaan penuh gembira. Selepas hampir tiga jam menunggu akhirnya dia dapat juga merasa kek hasil dari air tangan suaminya itu untuk pertama kali.

"So?"

"Emmm... lovely! Thank you"


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C37
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ