ดาวน์โหลดแอป
58.97% MY LITTLE PRINCESS / Chapter 23: BAB DUA PULUH TIGA

บท 23: BAB DUA PULUH TIGA

Taman Tasik Perdana di penuhi dengan pengunjung awal petang itu. Ariel kelihatan santai dengan baju kemeja berlengan pendek bercorak Hawaiian dan t - shirt polos putih dengan seluar jeans hitam lusuhnya. Dia duduk di bangku, menunggu kehadiran seseorang di situ. Jarang benar wanita kacukan itu terlewat bila mereka membuat janji temu. Sambil duduk menunggu, Ariel bermonolog sejenak. Teringat dengan Sweet, little princess yang masih lagi menjadi igauannya, siang dan malam.

Sweet pun berdarah campuran juga. Entah ke mana Sweet menghilangkan diri. Dia sendiri tidak pasti kalau Sweet pernah cuba untuk mencarinya seperti mana yang dia lakukan sebelum ini. Kalau sahaja dia menemui Sweet dari dulu, sudah pasti dia tidak perlu terikat dengan Vee sekarang. Perjanjian dia antara mereka juga masih tidak menjadi kerana sehingga kini mereka masih lagi tetap mengikat tali pertunangan di antara mereka berdua.

Kalau saja Vee itu ialah Sweet, wanita yang di carinya selama ini, sudah pasti dia akan bersetuju untuk berkahwin dengannya secepat yang mungkin. Tidak perlu mengikat tali pertunangan mereka lama - lama. Dan sudah pasti juga, sekarang ini dia sudah pun memegang title ayah, agaknya. Ariel kuntum senyuman lebar...

Ewah! Jauhnya aku termenung... hurm, mana pulak dia pergi ni? Dah pukul berapa dah sekarang...

Guman Ariel sendirian. Dia menggeleng kepala sendiri kerana berfikir sejauh itu. Namun semua itu tidak mustahil untuk menjadi kenyataan kerana dia sendiri sudah pun berusia 27 tahun. Dia pernah menangguhkan pelajarannya selama dua tahun semata - mata mahu mencari di mana keberadaan Sweet ketika itu. Memang benar kata orang, demi cinta manusia akan sanggup berbuat apa saja.

Jangankan laut, hutan belantara malah gunung - ganang sanggup di redah semata - mata demi cinta. Cara manusia meluahkan perasaan mereka juga berbeza - beza. Tapi bila sudah bersama, hendak memijak pasir di pantai bersama pun agak payah. Begitu sukar untuk memahami hati manusia yang mudah berubah. Ariel meraup wajahnya. Jam di tangan, di lirik semula....

Jalan jam agaknya!

Dari jauh Vee sudah dapat melihat kelibat Ariel, duduk di bangku yang menghadap dengan tasik. Semakin lama mereka mengikat tali pertunangan, seperti ada satu perasaan aneh yang muncul di dalam hati Vee. Sepanjang tempoh mereka bertunang, Vee jarang memandang wajah tunangnya itu lama - lama. Dia segan untuk merenung wajah Ariel.

Tapi dalam diam dia akan cuba untuk mencuri pandang, wajah itu tanpa di sedari oleh Ariel sendiri. Usikan dan juga senyuman Ariel sudah menjadi satu kemestian baginya. Kadangkala dia akan mencari kelibat Ariel di padang kampus tanpa pengetahuan lelaki itu. Sebaik melihat kelibat Ariel, barulah hatinya berasa tenang dan lega. Satu perasaan aneh yang dia tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun termasuk teman baiknya sendiri, Shakira.

Vee mendekati Ariel dengan dahi yang berkerut hebat. Salamnya langsung tidak di balas oleh lelaki itu. Vee cuba untuk menahan tawanya. Dia menggelengkan kepalanya melihat Ariel yang duduk sambil termenung jauh dengan mulut yang separuh terbuka.

"Hoi! Lalat dah masuk dalam mulut awak pun, masih tidak sedar - sedar lagikah Encik Ariel oi!" sergah Vee kuat secara tiba - tiba dan membuat Ariel tersedar dari lamunan panjangnya.

Dia ketap bibir, geram dengan tindakan wanita itu. Dia memegang dadanya yang turun naik akibat terperanjat. Mujur dia tidak melenting dengan sergahan wanita itu tadi....

Grrr... minah celup ni kan! Masih tak berubah jugak... ugh!

"Dah tak reti nak bagi salam? Yang tiba - tiba sergah kita macam itu kenapa?... nasib tak jadi apa - apa tadi" ujar Ariel dengan wajah suram.

Wajahnya merah padam dan tegang. Vee sekadar tersenyum melihat reaksi berlebihan Ariel.

"Sudah berpuluh salam saya bagi, awak itu aje yang tak dengar. Langsung tidak sedar dunia bila duduk sorang - sorang dekat tempat macam ni. Siapa yang awak fikirkan? Erm, jangan - jangan awak tengah berbual dengan minah bunian tak, tadi?!"

"Merepeklah awak ni. Mujur I tak terterajang U tadi tau! Ni, pakai baju kurung macam ni, U dari mana?"

"Laa… kita tanya dia, dia tanya kita balik pulak dah! Hurm…" ujar Vee seraya duduk di sebelah Ariel yang bersandar santai.

"U dari mana pakai baju kurung ni, emm?" soal Ariel masih tidak berpuas hati.

"Kenapa? Awak malu kalau saya pakai macam ni jumpa awak? Do I look like a kampung girl…. macam tu?" Ariel lantas menepuk dahinya. Wanita itu sudah tersalah anggap dengan pertanyaannya.

"Siapa kata baju kurung only suit for kampong girl? Awak ni memang sengaja tau nak buat I geram. I cuma nak tahu, U dari mana pakai cantik - cantik macam tu… mana tahu U dari kenduri kahwinkah apa… mustahil U tak nak jemput I ikut U sekalikan…" Vee diam.

Kali ini dia memandang wajah Ariel, lebih lama dari biasa. Terbit senyuman pada bibirnya takala melihat wajah Ariel yang berkerut memandangnya, pelik. Ariel mulai kelihatan bingung.

"Kenapa U diam? Senyum tengok I macam tu, kenapa?"

"Takkan awak dah lupa…" Ariel jungkit kening tinggi. Dia tidak faham. Dahinya masih lagi berkerut hebat.

"Kalau saya kata saya dari majlis kenduri kahwin Shak dengan Kimi, awak percaya tak?" Ariel tersenyum sumbing.

Mustahil Shakira dan Hakimi kahwin hari itu. Kad jemputan mereka pun dia masih belum terima lagi. Malah Hakimi tidak ada memberitahunya apa - apa mengenai majlisnya itu.

"Kalau betullah dia orang berdua kahwin hari ni, kenapa I langsung tak dapat kad jemputan mereka? Cakap ajelah U dari mana sebenarnya, I bukannya nak marah pun kalau U keluar dengan Zariel!"

Ada sedikit nada tegang saat Ariel menyebut nama Zariel Nazmie. Vee dapat merasakan yang Ariel masih lagi cemburu dengan sikap perhatian Zariel Nazmie terhadap dirinya.

"Awak bermimpikah atau awak demam ni, Ariel?!" Ariel lantas menolak tangan Vee yang berada di dahinya, perlahan. Dia mencebik...

Mana ada aku bermimpi! Sejak tadi aku duduk termenung aje pun bukannya ada buat benda lain...

Mujur Vee muncul, kalau tidak pasti dia masih lagi duduk termenung panjang di situ, tadi...

Urmmm... nampak sangat dia memang tengah layan perasaan dialah tadi. Sebab itulah salam dia langsung tidak berbalas. Hai, takkan nak ada kad jemputan baru nak tunjuk muka?! Jepun sesat ni kan.... Ingat majlis kahwin Kimi dengan Shak tu macam majlis anugerah Skrin? OSCAR? MAMA? BILLBOARD!! Ugh.

Senyuman Ariel hilang bila melihat wajah wanita itu masih tetap serius memandangnya.

"Seriously?" Vee masih lagi dalam mod yang sama.

Ariel lantas menepuk dahinya sekali lagi. Dia betul - betul lupa dengan majlis penting teman baiknya itu.

"Kenapa awak tak datang? Awak tahu tak Kimi sedih sebab awak tak muncul hari ni… dua hari lepas tak apa juga sebab awak memang ada dekat luar negara, jadi tak dapat nak tolong dia buat persiapan semua … Hari ini? Hari Hakimi nak akad nikah pun … awak langsung tidak ada dekat dia. Awak rasa dia tidak akan bertambah sedihkah kalau dia tahu awak sebenarnya ada dekat sini, duduk sanbil termenung panjang?" Ariel di buru rasa bersalah.

Dia betul - betul terlupa dengan majlis Hakimi. Dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan majlis penting sahabat baiknya sendiri.

"Habis tu U cakap apa dengan dia?"

"I cakap U accident dengan kerbau semalam! Masuk ICU!" balas Vee geram. Ariel ketap bibir.

"Don't play with words like that, Vee. U tahukan apa yang U cakapkan tu bakal jadi doa... I serius ni…"

"So do I! Beratus kali saya call awak tapi langsung tak dapat - dapat. Awak tak cas bateri telefon awakah atau telefon rumah awak pun dah kena potong line?" Ariel mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar jeansnya. Dia lantas mengeluh, hampa.

"Dah agak dah…" Vee lantas menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ariel.

"Call him. Dia nak cakap something dengan awak…" telefon Vee lantas bertukar tangan.

Ariel kelihatan gembira berbual di dalam talian dengan Hakimi. Sesekali dia kelihatan ketawa besar sambil memperlihatkan baris giginya yang tersusun cantik. Mata sepetnya juga pasti akan tertutup setiap kali dia ketawa. Lama juga mereka berbual di dalam talian.

"So?..."

"Tak ada apa - apa... just a man stuff thing. Nanti I ganti balik kredit telefon U…"

"No need. Saya boleh top up sendiri nanti. By the way, kenapa awak nak jumpa saya dekat sini, hari ni?" Ariel baru teringat tujuan sebenar dia mahu bertemu dengan tunangnya itu, di situ. Dia tidak sangka yang Vee akan muncul tadi.

Dia sebenarnya ragu - ragu mahu mengajak Vee keluar pada waktu begitu kerana dia tahu wanita itu tidak suka di ganggu bila waktu berkerja. Banyak yang sudah dia buat dan lakukan untuk melembutkan sedikit hati wanita di hadapannya itu. Tapi semuanya di rasakan sia - sia kerana Vee sering membuat dia sakit hati sama ada secara sengaja atau pun tidak.

"I dah lupalah pulak!" Vee lantas bangkit dari tempat duduknya dan meninggalkan Ariel yang masih lagi ketawa di bangku. Dia geram dengan sikap sambil lewa Ariel.

"Hei, Vee... wait up! I saja nak bergurau dengan U lah. Takkan itu pun U nak merajuk kot. Actually, I miss you so much. Sebab itulah I ajak U keluar dating dengan I hari ni…"

"Don't be so ridiculous, Ariel!" ujar Vee cuba untuk menyembunyikan perasaan gementarnya.

Selama tempoh mereka bertunang, Ariel tidak pernah sekali pun mengucapkan kata - kata seperti itu dengannya. Itu merupakan kali pertama dia mendengar lelaki itu mengatakan yang dia rindu.

"Laa.. I cakap betul ni, I memang rindu sangat - sangat dengan U. Sebab itulah I ajak U keluar dengan I hari ni…" Vee tarik muncung panjangnya.

Dia berpura - pura sakit hati, padahal naik lemah kepala lututnya mendengar kata - kata Ariel itu. Sama ada Ariel ikhlas atau tidak, Vee merasa cukup bertuah. Setidak - tidaknya Ariel masih lagi sempat merinduinya biar pun mereka kerap bergaduh. Dia pun begitu juga, rindu dengan usikan dan gelak tawa lelaki itu dalam diam.

"Okey, I'll stop... tapi jujur I cakap yang U memang nampak cantik sangat - sangat bila pakai baju kurung. Especially that color. Because blue is one of my favorite..." Vee telan liur....

Alahai jiwang karatlah pulak Jepun sesat ni...

Namun jauh di sudut hati Vee, dia berasa gembira mendengar kata - kata pujian seperti itu. Lebih - lebih lagi bila ianya keluar dari mulut Ariel sendiri.

"Ehem, apa yang U sedang fikirkan?" Vee menolak lembut wajah Ariel yang hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya itu.

Hembusan nafas lelaki itu terasa hangat di rasakan Vee. Dia melarikan anak matanya dari menjadi sasaran Ariel.

"Kenapa awak nak tahu? Suka hati sayalah nak fikir apa sekali pun. Jomlah, cepat… nanti tak sempat pula nak tengok mereka akad nikah nanti. Cepatlah, Riel!" Ariel tergelak lucu.

Angin Vee memang agak sukar untuk di ramal. Sikap dan sifatnya juga kerap berubah setiap kali mereka bertemu. Dia terpaksa berhati - hati bila memulakan bicara di antara mereka berdua.

"Laaa, kalau tak sempat pun, kita boleh tengok balik. Lagi real..." Vee kerut dahi semula.

Dia ingat macam dvd playerkah? Boleh rewind balik kalau terlepas, macam tu? Kita nak tengok dengan anak mata kita sendirilah cik abang oi!.... Kata orang, feel dia lain sikit dari hari keraian yang lain. Lebih - lebih lagi bila kita sendiri yang menjadi pengantinnya. Jepun sesat ni mana ada hati pun nak kahwin dengan kita. Sebab itulah dia buat selamba saja, macam tu. Hump!

"Bolehkah?" Ariel pula yang kembali pelik memandangnya semula...

Bolehkah apanya maksud dia ni sebenarnya? Takkan dia tak faham kot? Mustahil dia tak faham bahasa kiasan pulak! Hampeh, betullah minah celup ni.

"Maksud awak kita boleh tengok balik macam dvd? Bolehkah? Ah… Shak ada upah orang ambil video dia…" Tidak dapat tidak Ariel pecah ketawa melihat ke naifan Vee itu.

Rupa - rupanya otak wanita kacukan itu lembap juga. Ingatkan best student seperti Vee, cepat faham dengan maksud kata - katanya itu tadi....

Ayat simple macam itu pun tak faham lagikah sayang oi...

"Woi, sudah - sudahlah gelakkan kita tu! Mata awak tu cuma 180º aje tau bukannya 360º. Karang masuk longkang pulak kalau awak bawa kereta macam tu!" balas Vee bengang dengan sikap Ariel.

Ariel lantas mematikan tawanya. Dia mengerling wajah yang mencuka di sebelahnya itu penuh perasaan lucu. Muncung Vee juga tidak surut - surut sejak tadi.

"Maksud I, kalau pun kita miss nanti tidak apa juga sebab kita boleh minta tok khadi itu nikahkan balik…" Vee yang tiba - tiba ketawa membuat selepas mendengar kata - kata itu membuat Ariel terkejut beruk.

Apa yang dah kena dengan minah celup ni? Tetiba ketawa macam tu. Ni mesti mod hantu dia dah datang balik dah! Hehehe... dah lama tak nampak dia macam tu... Sweet!

"Awak gilakah apa. Awak ingat Kimi dengan Shak tengah main pondok - pondokah? Mana ada orang akad nikah sampai empat enam kali! Awak ni…"

"I tak maksudkan Kimi dengan Shaklah!" ujar Ariel dengan nada seriusnya, semula.

Vee berpaling dengan kening yang bertaut memandang Ariel yang mengukir segaris senyuman padanya.

"Habis tu siapa? Takkan kita berdua kot… Erm, awak memang suka sangat berguraukan!" balas Vee seraya menggelengkan kepalanya.

Dia kembali membuang pandangannya jauh ke hadapan. Perjalanan mereka sudah hampir sampai ke destinasinya. Belum pasti lagi kalau Ariel akan memilihnya nanti. Kalau little princess yang di tunggunya itu muncul semula nanti, pasti dia yang akan menjadi pilihan utama Ariel dan bukannya dia. Itu hakikat dan kenyataan yang terpaksa di telan dan di terima Vee sehingga sekarang.

"Apa main - main pulak?! I seriuslah… lagipun tak salah kalau kita nak kahwinkan sekarang? Takkan U tak nak kahwin pulak?" Vee mencebik.

Ariel tersenyum meleret melihat memek wajah wanita itu yang mencuit hatinya.

"Habis tu, 'marka' awak nak letak dekat mana pulak nanti?"

"Letak dekat sebelah I lah, mana lagi!" ujar Ariel sambil ketawa.

"Suka hati awaklah nak cakap apa. Malas nak layan!" Vee lantas berpaling keluar.

Dia berpeluk tubuh di dalam kereta Ariel. Bercakap dengan Ariel hari itu memang agak menyakitkan hati kerana dia bertanya dan menjawab mengalahkan pegawai imigresen dekat sempadan pun ada juga...

Banyak sangat songeh dia!

Ariel yang melihat reaksi Vee merajuk, di sebelahnya sekadar bersiul riang mengikut irama lagu yang sedang berkumandang di corong radio kereta. Mereka akhirnya tiba di rumah pengantin perempuan.

"Nanti I datang balik ikut rombongan pengantin lelaki…"

"Okay. Hati - hati bawa kereta tu..."

"Okay… tunggu I tau!" ujar Ariel sambil mengenit mata nakal.

Vee sekadar tersenyum. Dia membalas lambaian tangan Ariel sebelum berlalu masuk ke dalam rumah pengantin perempuan, untuk menemui Shakira.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C23
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ