Aku memandu tanpa arah sambil menangis. Entah kali ke berapa aku menangis pun aku tak tahu. Sayang aku begitu dalam buat dia. Tapi kenapa begini?
Aku berhenti di hadapan rumah Hana. Entah kenapa aku sampai ke sini. Tapi aku tidak keluar hanya merenung. Hana sudah pun begelar isteri orang. Mungkin tak sesuai untuk aku ganggu dia.
Tok tok tok
Aku menoleh ke cermin kereta. Hana?! Iya jelas wajah Hana yang cemas bersama telekung yang masih terletak fi kepala.
"Alisya! Buka weh! Kau ok tak ni?" Jerit Hana dari luar kereta.
Aku membuka lemah pintu kereta. Longlai sungguh badan aku. Bagaikan semua tenaga telah hilang.
"Babe! Ya Allah Alisya, meh masuk rumah. Jom jom." Ucap Hana sambil menarik aku keluar.
***
"Kau tunggu sini kejap aku ambil makanan dengan air. Kau tak makan lagi ka? Dah pkul 10 malam weh. Kau pergi mana hari ni?" Soal Hana bertubi.
"10 malam?" Soal aku terpinga pinga
Hana datang sambil menatang dulang.
"Alisya, Haniff call aku nangis-nangis dia risau pasal kau, aku call kau pun kau tak angkat." Ucap Hana sambil menggengam tanganku.
"Husband kau mana?" Soal aku. Entah aku malas nak bercakap tentang Haniff.
"Dia balik kampung, mak dia tak sihat, aku pun patut balik tapi aku tak boleh la nak tinggal kau macam ni." Ucap Hana yang jelas resah dan risau tentang aku.
" Aku susah kan kau ke? Sorry.." ucapku
"Haish tak adanya. Kau makan dulu ye. Aku tak pernah tengok kau macam ni. Nak gugur jantung aku ni Alisya. Makan dulu." Ujar Hana sambil menghulurkan pinggan berisi nasi.
"Aku tak ada selera la Hana. Thank you." Ucapku bersama senyuman kelat.
" Alisya.. haih cuba kau cerita dekat aku, kau gaduh apa dengan Haniff ni? si suami nangis, isteri pun nangis, apa jadi sebenarnya ni?" soal Hana.
Aku menarik nafas dalam , lalu segala duka deritaku, aku luah pada Hana. Tak sedikit pun aku tinggal, kerana hanya Hana lah tempat aku berpaut kini.
" haih, macam ni la Alisya, aku faham perasaan kau sebagai isteri, rasa dikhianati, ditipu. Aku faham weh. Aku pun isteri. Macam ni, kau dekatkan diri kau dengan Allah, kau luah segala apa kau rasa, kau pohon petunjuk dia,betul ke penceraian jalan terbaik. Usia perkahwinan kau ni muda lagi weh. Aku tengok Haniff tu, nampak dia sayang kau. Cuba kau renung balik segala layanan dia kat kau, nampak palsu ke? mata dia tak ada langsung ke ikhlas? Kau rasa memang cinta dia fake ke? Kau fikir dalam-dalam. Masa kau nak kahwin dulu pun, kau buat istikharah kan? Masa tu kau yakin kan yang dia jodoh yang Allah kirimkan buat kau. Jadi, nasihat aku, tak nak la terburu-buru. Take your time. Tapi aku juga tak ada dalam kasut kau. Kalau betul kau rasa penceraian la yang boleh buat kau tenang, dan lebih bahagia. Aku akan teman kau." kata Hana lalu memeluk aku.
***
Malam berlalu pergi. Benar, aku lakukan segala apa yang Hana cadangkan. Hati aku lebih tenang, tapi masih tiada jawapan. Sayang pada dia masih menebal, benci tidak, namun sangat kecewa. Begini rupanya rasa dikhianati.
" babe.. erm Haniff ada dekat luar, kau nak jumpa dia tak? kalau tak nak.. aku bagitahu dia. Aku tak akan paksa kau." beritahu Hana yang menjengah di pintu bilik.
Aku bingkas bangun. Fikiran aku kosong sebenarnya. Rasa nak bergaduh pun hilang. Tak apa lah dengar jela apa Haniff nak cakap. Aku sendiri sudah mati akal. Hanya jalan penceraian je yang ada sekarang dalam benak fikiran aku. Bukan apa, awal perkahwinan pun dia sudah tidak jujur terhadap aku, inikan pula mahu hidup sepanjang hayat. Ada jaminan ke untuk aku?
Aku melangkah satu per satu menuju ke muka pintu. Dari belakang, sudah aku nampak susuk yang sedang duduk di kerusi yang berada di laman rumah Hana. Aku sangat kenal tubuh itu. Pemilik dia la yang membuat aku menangis bagaikan tiada hari esok.
" Awak nak jumpa saya kenapa?" soal aku tenang. Tiada lagi nada tinggi seperti semalam. Betul kata Hana dekatkan diri dengan yang esa, mampu mengawal emosi kita. Tapi aku tetap manusia biasa yang masih punya rasa yang tak akan hilang dengan hanya sekelip mata.
Haniff menoleh ke arah aku dan bingkas bangun menghadap aku. Pandangannya tepat menikam dua anak mata aku. Seperti biasa, Haniff memang lebih tenang dari aku. Aku tak mampu mengekalkan pandangan itu, kerana mata itu masih buat berdebar tak keruan.
" isteri saya, Qalisya Amani.." panggil Haniff lembut. Namun hati ku jadi tak keruan. adakah dia ingin lafazkan talak? wahai tolonglah bertenang.
Aku mengangkat wajah melihat Haniff . Dia mengetap bibir. Bagaikan apa yang hendak dia sampaikan itu sungguh berat.
" satu malam saya fikir, dan dah dua malam saya buat awak menangis tanpa henti. niat saya memperisterikan awak bukan untuk awak kecewa tapi bahagia. Nampaknya saya gagal. Awak.. saya tak nak berpisah dengan awak. Tapi andai awak tak boleh untuk hidup dengan saya, awak hantar la borang ni. " ucap Haniff lalu mendakap aku erat dan mencium dahiku. suara dia bergetar. Dan dia berlalu pergi tanpa pamit.
Aku terpaku. Rasa jiwaku direntap, tatkala melihat kertas yang Haniff tinggalkan. Ya, itu borang penceraian. Dia setuju? Hatiku bagai di rentap dan sangat sakit. Kenapa rasa ini yang hadir Alisya? Apa yng kau mahukan sebenarnya?
Aku cekalkan hati, aku isi borang itu. Walau air mata aku tak henti mengalir, tetap aku gagah ingin putuskan hubungan ini. Mungkin sudah suratan takdir, Jodoh kami sampai sini sahaja. Segalan kenangan yang tercipta hanya akan tersimpan dalam jiwa.
***
Sudah hampir 2minggu aku tak temui dia. mesej, call, tak juga aku dapat daripada dia. Untuk kerja pula, aku mengambil cuti, kerana aku yakin aku tak mampu melihat dia setiap hari. Mungkin benar dia tak pun cintakan aku. Dan hari ini merupakan sebutan pertama kes kami. Dan mungkin hari ini juga, merupakan hari terakhir aku bergelar isteri untuk Haniff Mikail.
Baju kurung hitam bersulam aku kemaskan. Aku cuba mengukir senyuman di depan cermin. Mungkin rasa sedih ini akan hilang nanti. Iyela aku dan dia tidak la lama mana. Sayang dan kasih mungkin belum pun berakar.
Turun sahaja dari kereta, aku ditemani Hana. Penguat semangat aku. Umi tidak tahu pun apa yang jadi hari ini. Aku takut untuk bagitahu dia. Risau dia kecewa.
Dari jauh, aku sudah nampak Haniff. Dia seperti biasa, kemas dengan mengenakan kemeja putihnya bersama songkok hitam. Namun lelaki kacak ini sudah bukan suami aku lagi saat pulang nanti. Tatap la dia lama sikit Alisya, nanti dah haram. Aku cuba untu berseloroh dengan diri sendiri.
Sedang aku asyik merenung dia, dia menoleh ke arah aku mata kami bertaut. Rindunya aku terhadap dia. Tapi keputusan yang aku pilih aku harap dia bahagia dan jumpa orang tepat dan bukan lagi bayang-bayang.
BERSAMBUNG..
P/s: fuhh. sis yang menaip ni terikut rikut perasaan alisya. korang macam mana pula? haa nak pesan jgn lupa baca chap lepas ni. insyaallah itu ending untu RHCA ni. insyallah chap terakhir akan extra panjang sikit. ok enjoy reading korang!