ดาวน์โหลดแอป
80% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 32: bab32

บท 32: bab32

  Aku dan Haniff serentak menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

"Hi cikgu!! Wow bertuah saya jumpa love birds malam ni!" Ujar Fatin.

Aku dan Haniff memandang satu sama lain sambil menggelengkan kepala. Bukan apa, jadi cikgu ni, kadang-kadang feeling macam artis kalau jumpa student dekat luar.

"Awak rupanya Fatin, saya ingat perempuan mana tadi. " Ujarku sambil memandang Fatin.

"Eh cikgu ni, cikgu risau ada perempuan mengaku jadi girlfriend Cikgu Haniff ke?" Ucap Fatin sambil tersenyum simpul.

"Uish! Bukan girlfriend cikgu Haniff yang saya risau, tapi saya risau ada orang nak serang saya sebab laki dia angau dekat saya je. Al maklumlah saya ni kan hot" ujarku sambil mengipas-ngipas wajah dengan tangan kananku.

"Hahaha! Cikgu Alisya memang luar kotak la!" Kata Fatin sambil ketawa.

"Harus! Hahaha, haa awak ni malam-malam merayap, mentang-mentang la esok cuti lagi. Awak buat apa kat sini? Datang naik apa?" Soal aku yang tercalit rasa risau. Iye la anak dara ada kat luar lagi, dah pukul 10 malam dah ni.

"Bukan merayap la cikgu, makcik saya meniaga dekat sini, tak sangka pula jumpa cikgu kesayangan dengan encik suami." Usik Fatin sambil mencuit lenganku.

"Ehem, Cikgu Alisya je ke yang awak sayang? Cikgu matematik awak ni? status apa? Haih exam nak dekat dah ni.. macam ada orang nak kena potong markah je.." celah Haniff sambil menyedut air teh ais limaunya.

"Hehehe.. Cikgu ni.. " ucap Fatin yang jelas di wajahnya malu-malu.

"Hahaha, macam mana student nak sayang.. kalau cikgu tu dekat sekolah kejung keras macam air batu.." perliku sambil menjeling sekilas ke arah Haniff.

"Amboi, seronok ye mengata suami sendiri" ucap Haniff lalu mencubit hujung hidung.

"Awakk! Sakit laaa! Suka-suka je eh cubit. Tak malu ke student tengok." Omelku sambil menggosok hidungku.

"Hahah. Tak apa cikgu saya tak nampak apa-apa. " Ucap Fatin sambil tersengih.

"Iye la tak nampak apa-apa. Tapi nanti tiba-tiba macam satu kelas 5Aura tu tahu. Kan? Haha" ujarku bersama senyuman. Macam la aku tak kenal budak 5Aura ni.

"Hehe. Sharing is caring kan cikgu.. hihi" ucap Fatin sambil tersengih.

"Cikgu..saya sebenarnya dah nak kena bangun ni. Saya minta diri dulu eh? Nanti makcik saya cari pula. Enjoy your date! Jumpa kat sekolah nanti! Cikgu Haniff jangan ada niat tau nak potong markah saya! Huhu" Ucap Fatin bersama segaris senyuman.

"Laa, tak nak join saya makan? Saya belanja awak." Pelawaku kepada Fatin.

"Eh tak apa cikgu, saya makan dah tadi, saya minya diri ye. Jumpa kat sekolah nanti." Ucap Fatin lalu menyalami tanganku dan melangkah pergi.

" Haa awak, awak punya tak settle lagi ye, suka-suka ye cubit saya. " Omelku lagi.

"Ok-ok, dendala suami mu ini wahai isteriku, sesunggunya jiwa dan raga ku hanya milik mu. Buat la apa-apa pun sayang nak buat." Ujar Haniff lalu mengenyitkan mata kanannya.

"Eyyy! Gatal!" Tuturku sambil menahan senyum.

***

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Soalku kepada Haniff.

"Duduk je la diam-diam. Kalau bagitahu nanti tak surprise laa" ujar Haniff sambil tersenyum.

"Lah, nak surprise apa pula ni malam-malam ni, dah pukul 11 malam dah ni, awak nak terkejut apa lagi, kang subuh yang tak terkejut." Ucap sambil memandang Haniff yang sedang memandu.

"Kuat ye membebel Qalisya ni, tak sangka yang orang cakap isteri kuat bebel tu real sebenarnya. Haha" tuturnya sambil ketawa.

"Ok, saya diam. Puas?" Ucapku sedikit sentap. Ingat dah habis dah ayat-ayat anoying dia tu, rupanya Haniff tetap Haniff. Haha

***

Sedang aku ralik melihat suasana malam diluar tingkap, Haniff membelok ke sebuah kawasan perumahan mewah. Tapi kawasan ini  bukan lah terlihat kawasan yang baru dibina. Orang cakap kawasan lama la tapi bukanlah seram diknon.  Kawasan ini dibina di kawasan berbukit. Rumah-rumah disini besar-besar belaka.

"Rumah orang kaya mana pula awak nak bawak saya ni matnip?" Soalku kepada Haniff.

"Apa awak cakap tadi? Matnip?awak ni macam-macam la, air batu laa, matnip laa. Kenapa la bukan baby ke, suami tercinta ke, haha" seloroh Haniff sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya ni bertindak ikut situasi, dah sekarang ni, matnip yang sesuai, bukan baby" ujarku sambil ketawa.

Tidak aku nafikan. Aku selesa menjadi diri aku dihadapannya. Mungkin inilah dikatan jodoh tercipta. Hahaha

Haniff memasuki perkarangan sebuah rumah banglo tiga tingkat. Cahaya yang samar-samar membuatkan sukar aku aku nak gambarkan keadaan itu. Tapi apa aku boleh cakap. Rumah ni fah diubahsuai sebab setahu aku kawasan perumahan ni dah lama. Tapi rupa rumah ini agak moden dan kelihatan baru.

"Kita dah sampai sayang." Ucap Haniff lembut sambil matanya menatap lembut wajahku.

" Ok.." tuturku mendatar sambil mata masih memerhati kawasan rumah ini.

"Aik tu je? Tak nak tahu ke ni rumah siapa?" Soal Haniff sambil tersenyum.

" Ni rumah awak la kan?" Ucapku bersahaja.

"Wow! Macam mana awak tahu? Saya tak ada cerita lagi kan?" Soal Haniff yang tampak sedikit terkejut dan hairan.

" Awak tak tahu ke?" Soalku kembali.

" Tahu apa?" Soal Haniff.

" Yang isteri awak ni bijak dan hebat? Hahaha. Dah awak bawa saya datang pukul 11 malam macam yak ada hati esok, takkan la rumah kawan-kawan awak pula. Saya boleh la teka. Ni rumah family awak ke?" Soal alu sambil meninjau dari dalam kereta.

" Hahaha . Haah la isteri saya memang bijak, bijak pikat hati saya. Uhu" ucap Haniff lalu mengenyitkan mata kirinya.

Aku merenung Haniff sedikit tajam sambil cuba menahan senyum.

"Hahaha ok-ok. Dia gurau tak apa.. kita tak boleh ye?  Ni bukan rumah family saya, ni rumah arwah mama belikan untuk saya. Lama dah. Saya pun dah lama tak duduk sini. Tapi masa saya dapat tukar dekat sekolah area sini, saya dah start buat renovation. Ada la datang tengok progress lepas tu masukkan perabot baru." Cerita Haniff sambil matanya masih memandang aku.

Wajahku sedikit membahang apabila sepasang mata itu tidak beralih sedikit pun.

"Ehem! Awak dengar tak cerita saya ni sayang?" Soal Haniff lembut bersama cubitan manja yang hinggap di pipi kiriku.

"Saya dengar...tapi.." tuturku

"Tapi? Tapi apa?' soal Haniff hairan sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Tapi awak tak rasa ke macam seram? Yela.. awak kan dah lama tak duduk sini,mesti banyak hantu kan? Datang tengah malam pula tu..." Ucapku separa berbisik sambil memandang Haniff

Haniff mengerutkan dahinya sambil memandang aku kembali. Dapat aku lihat halkumnya bergerak perlahan. Aiii takkan air batu ni takut hantu kot..

"Eh, awak ni.. tak ada la. Dah jom la masuk. Nanti makin tengah malam pulak." Ucap Haniff perlahan.

***

Melangkah sahaja kami ke dalam rumah, keadaan masih gelap,namun dapat la juga terlihat susun atur rumah dek kerana lampu yang berqda diluar rumah.

"Awak kenapa tak buka lampu?" Soalku kepada Haniff

"Kejap, saya lupa dah suis kat mana. Haritu saya datang siang, dan staff saya yang on semua suis. Kejap ye." Ucapnya sambil menyuluh menggunakan lampu suluh dari Telefon.

Sedang menunggu Haniff, aku mendapar satu idea nakal. Aku menjarakkan sedikit tubuhku dari Haniff. Lalu aku memerhati Haniff yang sedang fokus berjalan mencari suis lampu. Aku jalan menjinjit bagi mengurangkan bunyi tapak kaki yang terhasil.

Dengan pantas aku menyergah Haniff sambil memeluk pinggangnya.

"Haa!! Cari suis ke tu bang!!" Sergahku

"allah! " Jerit Haniff terkejut.

"Hahahaha ingatkan matnip ni berani. " Ujarku sambil.ketawa.

"Awak ni Mira suka kan macam ni," ucap Haniff sambil menggelengkan kepala.

Namun tawaku mati. Senyumku juga mati. Nama yang disebut bukan milik aku.

"Mira?!" Soalku sedikit sangsi.

BERSAMBUNG...

P/s: helooo bab ni, sis rasa mcm a bit boring. Tp sis harap korg masih enjoy membaca. Btw,Sis dah hbis exam!! Haha so skrg sis cuti sem. Jadinya sis nk inform, start next week kita akan kmbali kepada waktu asal kita iaitu setiap hari jumaat pkul 10, sis akan update chapter baru. So, enjoy reading semua! Jgn lupa vote, komen dan share. And nk bgthu sis rinduu ahhhh kt korg. Ok see you next week okeh. Sayonaraaa


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C32
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ