ดาวน์โหลดแอป
25% feelingless / Chapter 4: Bab 4

บท 4: Bab 4

DK yang terbang laju di udara melihat ke bawah, Hermin Jr dapat mengejarnya.

"Tak ku sangka perlawanan dengan seorang manusia telah mengurangkan seperempat tenaga yang telah aku kumpul selama 3000 tahun"

"DK, jauh lagi ke?"Hermin Jr menjerit pada DK yang berada di atas udara.

DK tidak menjawab malah menambah kelajuannya.

__________

‍‍‍‍‍Malam yang sama, bahagian timur di benua manusia bertanduk (Manhorn), di pinggir pantai sebelah selatan terdapat beberapa buah menara terpacak, menara itu dibina daripada batang pokok, satu meter ke atas dari bawah menara itu digenggam tanah. Di atas salah satu menara kawalan yang berdiri di penjuru pantai, tidak jauh dari kawasan bandar. Terdapat dua orang pengawal yang sedang bertugas.

"Sar,. . .Sar. .hoi, bangun,. . .bangun"salah seorang pengawal yang berada di atas menara itu menggoyangkan badan Sar, seorang lagi pengawal yang sedang baring dengan menggunakan kaki kirinya.

"Ermmh"

"Cepatlah bangun, ganti aku, kau dah tidur lagi tadi"

"Heeemmm"

"Hoi,. . ."lelaki itu menyepak dengan kuat badan Sar yang sedang tidur.

"EERRMMH, sakit le"

"Bangun, ganti aku, aku nak tidur juga"

"Ye lah"Sar berdiri kemudian menongkatkan dagunya di atas tembok beralaskan kedua tangannya.

"Berkawal betul-betul, jangan sambung tidur"lelaki memukul kepala Sar menggunakan siku.

"Aduh, aku tak tidur le."Sar mengusap kepalanya.

Sebelum lelaki itu berbaring, Sar yang separuh sedar itu melihat sesuatu dari arah laut.

"Garh, kenapa ada gunung dekat laut tu?"

Garh menganggap Sar hanya mengigau dan tidak menghiraukannya. Tiba-tiba sesuatu yang di anggap gunung oleh Sar itu semakin meninggi, selepas menyedari perubahan itu Sar membuka luas matanya, dia menggunakan 'skill' miliknya untuk melihat dengan lebih dekat.

"Zoom"ujar Sar.

"HAAAAAA"Sar menjerit.

"Huh!, kenapa?"Garh yang baru terlelap terperanjat mendengar jeritan Sar, dia melihat Sar ternganga menunjuk ke arah laut.

Garh bangun dan menoleh ke arah laut, dia terdiam sejenak melihat perkara itu.

"Tsu!"selepas menyedari bencana yang sedang berlaku, Garh menembak suar dengan menggunakan sihir unsur api, dia mengangkat tangan ke atas dan mengarahkan tapak tangannya ke langit, bebola api yang muncul pada tapak tangannya dilepaskan ke langit. Tembakan di buat berkali-kali.

"Kau buat apa lagi tu, tolong aku tembak suar."Garh melihat Sar hanya terdiam melihat ke arah laut.

"Kenapa tak ada yang sedar"Sar melihat sekeliling.

"Menara kita paling tinggi, menara kawalan yang lain tak dapat nampak, cepat tembak suar."

Menara kawalan Sar dan Garh berada di penjuru pantai di atas tebing tinggi, jarak antara menara adalah 50 meter, menara mereka juga yang tertinggi daripada menara kawalan yang lain.

Sar yang sudah tenang itu menembak suar ke atas.

"Kenapa kita tembak ke atas?" ujar Sar

"Nak tembak ke mana kalau tak ke atas?"

"Kita punya menara paling tinggi, macam mana orang yang dekat bawah nak perasan"

Selepas Garh menyedari tindakannya itu kurang tepat dia menukar arah tembakan ke salah satu menara kawalan berhampiran, Sar juga mengikuti tindakan Garh. Menyedari tembakan suar oleh Sar dan Garh, semua menara kawalan menembakkan suar dan bunyi amaran terdengar, tiba-tiba muncul cahaya kecil di menara Sar dan Garh. Cahaya itu merupakan sihir unsur cahaya yang berfungsi sebagai alat komunikasi dan dikawal oleh pusat komunikasi yang berada di markas utama. Cahaya itu juga muncul pada setiap askar dan menara

"Laporkan situasi"cahaya kecil yang berada di menara Sar dan Garh itu mengeluarkan suara.

"Kapten Rha, Garh melapor, ia telah muncul, jaraknya masih jauh, ketinggian dan kelajuan tidak dapat di pastikan."

"Semua, ambil posisi masing-masing, pengawal menara pindah posisi ke barisan ketiga."Ujar kapten Rha yang berada di dalam markas utama dalam kawasan bandar di belakang barisan ketiga, keluar menuju ke barisan utama. Terdapat juga cahaya kecil terawang-awang di sebelah Kepten Rha.

Selepas arahan diberi, semua platun mengambil posisi masing-masing. Barisan pertama berada betul-betul di depan pantai menghadap laut, formasinya berbaris melintang sepanjang pantai dan jarak dua meter antara satu sama lain, begitu juga barisan kedua yang berada tidak jauh di belakang barisan pertama, barisan ketiga pula berada di depan bandar.

"Barisan ketiga, naikkan tembok"Kapten Rha memberi arahan.

Selepas mendengar arahan yang diberi oleh kepten Rha, askar yang berada di formasi barisan ketiga merendahkan badan dan meletakkan lutut kanan dan kedua tapak tangan ke tanah, beberapa saat kemudian tanah mula bergegar, keluar tembok tanah satu meter di depan barisan ketiga, tanah itu seakan-akan ditarik keluar, tembok itu terus meninggi sehingga menghalang pemandangan pantai dan meninggalkan barisan pertama dan kedua di sisi luar tembok.

Ombak tinggi mula terlihat, air di pantai mula ditarik oleh ombak tersebut.

"barisan pertama, sekarang"kapten Rha memberi arahan lagi.

Dengar sahaja arahan diberi, barisan pertama mula bergerak, dengan kuda-kuda yang sama, kaki kanan satu langkah ke depan, kedua tangan pula diangkat lurus kedepan pada paras dada kemudian ditarik ke belakang seiring dengan kaki kanan. Selepas itu, tangan kanan dan kiri dijatuhkan ke bawah kemudian dihayunkan ke atas, gerakan pun dihentikan.

Air laut yang mula ditarik oleh ombak itu, ditarik semula oleh barisan pertama yang membuat kuda-kuda yang sama, selepas tangan kanan dan kiri dihayunkan ke atas, tercipta tembok daripada air yang tingginya sama dengan tembok barisan ketiga.

Ombak yang terlihat jauh itu semakin dekat, kapten Rakhul pun mula menghitung

"Siap sedia, impak dalam 5..."

"..4...3.."

"2...."

"....."

Ombak pun menghempas tembok pertama, hempasan ombak itu tidak terlalu berat, dengan tenang barisan pertama mengawal tembok itu. Setelah beberapa minit, limpahan air laut pun surut sepenuhnya.

"Turunk....."kapten Rha mahu memberi arahan kepada barisan pertama tetapi diberhentikan oleh sesuatu.

Cahaya kecil yang digunakan kapten Rha untuk memberi arahan itu mengeluarkan suara.

"KAPTEN, Garh di menara kawalan melapor, terdapat gelombang kedua terlihat"Sar dan Garh masih berada di menara kawalan.

"Apa!, ini tidak seperti yang diramal"kapten Rha terkejut.

terlihat Sar sedang fokus menggunakan 'skill' miliknya melihat ke arah laut, Garh pula melaporkan situasi kepada kapten Rakhul.

"Oi, oi, oi, jangan bergurau le"ujar Sar yang sedang fokus melihat ke arah laut.

"Kenapa?"Garh menoleh ke Sar yang berada di sebelah kirinya.

"Bukan gelombang kedua je, ada dua lagi gelombang dekat belakangnya"

"Kapten, ada dua lagi gelombang di belakang gelombang kedua"Garh terus melapor kepada kapten Rha.

"Barisan pertama mulakan pengerasan, barisan kedua, siap sedia"kapten Rha memberi arahan selepas menerima laporan daripada Garh.

Selepas memberi arahan, kapten Rha dan beberapa orang sarjan yang berada di barisan pertama bersama-sama membantu proses pengerasan. Tembok yang terbuat daripada air laut itu dengan perlahan menjadi ais. Selepas proses pengerasan sudah sempurna, gelombang kedua pun mula terlihat.

"Semua, bersedia untuk protokol E, barisan pertama, pindah ke barisan kedua"kapten Rha yang berada di barisan pertama tidak berpindah ke barisan kedua kerana menunggu semua barisan pertama selesai berpindah ke barisan kedua dengan menerima laporan daripada berberapa orang sarjan yang berada di timur dan barat pantai.

Bilangan askar yang berada di barisan pertama sama dengan barisan kedua. Setelah menerima arahan untuk berpindah posisi, askar yang berada di barisan pertama mula bertindak, setiap seorang askar yang berada di barisan pertama menggunakan sihir unsur air untuk bergerak dengan lebih pantas, kedua tangan diputar di udara, terciptalah air lalu dikawal terapung di udara bergerak ke bawah tapak kaki, mereka pun meluncur ke barisan kedua, dengan gaya masing-masing, ada yang meluncur dengan berdiri tegak, ada yang menjinjitkan kaki, ada yang menukar air itu menjadi ais, ada juga yang kelam-kabut dan terlupa untuk menggunakan cara itu dengan berlari sahaja.


ความคิดของผู้สร้าง
NAFaS NAFaS

Sar:macam mana boleh ada empat gelombang, aku rasa ni bukan bencana alam yang biasa.

Garh:. . .

Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C4
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ