Ahuan bangun dari tidurnya yang panjang. Atau lebih tepatnya, pengsannya yang panjang setelah diberi minum racun oleh Ms. Huang.
Dia memejam matanya lama sebelum membukanya kembali. Bukan lagi mata berwarna oren keemasan yang kelihatan, namun mata berwarna hitam yang begitu hitam sekali dan memberi ilusi yang mampu menarik jiwa sesiapa yang menatap anak mata itu.
Dia baring dengan merenung kosong atap rumah usang, tempat yang telah di diaminya sejak bayi lagi.
Semasa dia berusia 2 tahun, Atuk Huang kata ketika dia baru lahir, dia telah dibuang ke Lombong pembuangan sampah dengan tubuh yang masih berlumuran darah.
Ketika itu dia terfikir, 'Semangat betul mereka ingin membuang dia, sehinggakan tiada masa untuk memandikan dia. Mujur pusatnya mereka sempat potong ketika itu'. Namun itu hanyalah bisikan dalam hatinya yang tak akan dituturkan oleh mulutnya. Dia tidak mahu dianggap 'budak abnormal' di mata Atuk Huang seperti yang orang sekelilingnya memandang dia.
Biarpun ketika itu dia tahu, Atuk Huang mempunyai niat lain kenapa ingin memelihara dia, namun dia tidak mahu ambil peduli dan buat tidak tahu sahaja.
Ketika itu difikirannya hanyalah 'Atuk Huang dah tua dan dah nak mati, semua rancangan dia nak jual aku tu, tidak akan sempat dia lakukan. Jadi....dia boleh aku maafkan. Lagipun dialah satu-satunya, orang yang melayani aku dengan baik..' . Dia tersenyum manis setiap kali melihat Atuk Huang yang beria-ria menunjukkan sikapnya yang penyayang. Sungguh Atuk yang mithali. Rasa ingin menyeksa Atuk tua itu sehingga topeng mukanya hilang dan diganti dengan wajah ketakutan dan panik. Ah....teringin mendengar jeritan kesakitan orang tua itu. Sayangnya, dia sudah meninggal dunia setelah mencuba membuat perkara jijik kepadanya.
Yup..., semua orang menyangka dia mati tua. Tetapi tiada sesiapa yang tahu bahawa dia sebenarnya meninggal dunia kerana dibunuh. Cuma yang dia sesali sahaja hingga kini ialah betapa mudahnya lelaki tua itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia belum lagi sempat mulakan seksaannya namun dia sudah meninggal kerana serangan jantung. Terkejut dan ketakutan apabila mengetahui rupa sebenar cucu angkat kesayangannya....hehehe....
Mata hitam yang begitu kosong tiada emosi itu langsung tidak berkelip. Dia memejam akhirnya mata dia, lama. Setelah membuka matanya kembali, warna hitam anak matanya berubah kembali berwarna oren keemasan. Muka dinginnya tadi hilang dalam sekelip mata dan diganti dengan wajah polosnya yang kelihatan comel sekali. Sesuai dengan usianya yang baru berusia 5 tahun. Wajahnya juga kelihatan keliru melihat sekelilingnya sebelum panik bila teringat sebab kenapa dia boleh terbaring lama di bilik kecilnya ini!.
Namun tenang semula setelah sedar hanya dia ada di rumah. Ms dan Mr Huang entah ke mana.
*****
"Caiz Aramin De Ariastle? Siapa ini, Daddy?"
Soal Cathrine dengan kening terangkat. Hairan melihat kubur kecil di depan mereka itu. Dia tidak tahu pula di keluarga Ariastle ada orang yang mempunyai nama itu selama ini.
Duke Ariastle yang membawa putra dan putrinya datang melawat kubur anak bongsunya buat pertama kalinya, terdiam bila mendengar nama itu.
5 tahun berlalu, barulah dia membenarkan dua anaknya itu untuk menemui adik mereka yang tak sempat membuka mata, melihat dunia. Bukan dia tidak mahu bawa cuma dia terlalu sibuk sehingga jarang dapat meluangkan masa bersama dengan keluarganya. Dan ketika dia ada masa, anak-anaknya pula bersekolah dan tiada cuti.
Jadi hanya dia sajalah yang meluangkan masa melawat kubur anaknya. Isteri dia? Huh....sejak kematian anak bongsu mereka, isterinya mula berubah. Isterinya tidak lagi rapat dengan dia dan anak-anaknya. Isterinya juga kini, lebih suka bersendirian dan berkurung. Buat dia risau akan kesihatan isterinya. Dia juga tidak berani membangkitkan hal anak bongsu mereka kerana isterinya akan mulai histeria dan menjerit seperti hilang akal.
"Caiz Aramin ialah adik Carl dan Cathrine"
Jawab Duke Ariastle sambil tersenyum.
"Cakap 'hello' kat adik kamu" Ujarnya sambil mengusap kubur kecil itu dengan lembut. Hilang riak wajahnya yang dingin dan tegas.
Carl yang sudah berusia 18 tahun dan Cathrine pula 17 tahun memandang ayah mereka dengan mata terkejut. Mereka mengalihkan pula pandangan mata mereka ke arah kubur kecil yang dibina dengan cantik dan comel itu. Hanya nama pemilik kubur sahaja yang ada, tarikh lahir dan matinya iaitu dihari yang sama. Gambar pemilik kubur pula tiada, berbeza dengan kubur keluarga Ariastle yang lain, yang lengkap dengan maklumat dan gambar mereka semasa masih hidup.
Caiz Aramin De Ariastle Caze De Ariastle.
Aramin? Kenapa nama ganjil itu ada pada nama adik mereka itu? Berbeza betul dengan nama mereka.
Carl De Ariastle.
Cathrine De Ariastle
"Mommy kata kami tak ada adik"
Suara dingin Carl yang diwarisinya dari Duke Ariastle kedengaran, menghancurkan suasana sunyi di kawasan kubur itu.
Cathrine menyiku lengan abangnya. Suasana disekeliling mereka berubah janggal terus. Apalagi bila melihat senyuman lembut yang memghiasi wajah dingin ayah mereka terus hilang.
"5 tahun lalu, mommy kamu mengandung tetapi keguguran 5 bulan kemudian. Bukan daddy ada bagitahu dalam suratkah?"
"Surat? Oh. Yeah, rasanya seperti pernah terbaca" Kata Carl langsung tidak peduli akan isyarat adiknya yang lagi-lagi menyiku tangannya, menyuruh dia diam.
Duke Ariastle hanya memandang sekilas anak lelakinya dengan dingin sebelum memandang ke arah lain. Tiada hati mahu bertengkar dengan anak sulungnya di kawasan perkuburan keluarga Ariastle yang banyak ini.
"Kenapa adik Caiz meningga...."
"Aramin. Nama panggilan adik kamu Aramin, Cathrine" Potong Duke Ariastle.
"Oh...urm, Aramin? Okey, adik Aramin. Nama yang sangat unik dan cantik". Cathrine tidak tahu bagaimana mahu menghilangkan suasana janggal yang timbul di antara daddy dan abangnya. " Kenapa adik Aramin boleh tergugur?". Dia menyoal balik soalannya tadi. Namun ketika sedar soalannya itu seperti agak tidak sopan dan terlalu sensitif buat dia seperti mahu menghentuk kepalanya di kubur yang banyak tersusun disini!. Di mana sudah perginya kepintaran dia berbicara ketika dia memerlukannya? Ke langit?!.
Tsk!. Carl mencebik terus. Dia memalingkan mukanya ke arah lainm Malas mahu ambil peduli. Dia sebenarnya tidak mahu ke sini. Dia benci dengan pemilik kubur ini. Kerana budak yang tak bernyawa dalam kandungan mommynya lah, yang membuatkan mommy sakit dan berubah. Mommy tidak lagi mahu menemui dia dan Cathrine setiap kali mereka balik ke rumah ketika cuti sekolah!. Dan bila melihat wajah dingin dan tegas daddynya itu berubah lembut ketika melihat kubur kecil itu, buat hatinya cemburu dan marah. Dia hampir mahu memasang niat menghancurkan kubur ini!.
'Tak guna! Sudah mati itu, jangan lagi menyusahkan hidup orang lain!' . Marah hatinya.
Duke Ariastle memandang dingin ke arah anak sulungnya lagi sebelum memandang anak perempuannya. Langsung tidak sedar perbuatan kecilnya itu menambahkan marah di hati putranya.
"Daddy tak tahu. Mungkin itu ialah takdirnya". Dia mahu memberitahu kedua anaknya akan sebab keguguran mommy mereka. Sebab sejak isterinya mulai berubah dan satu-satu maid yang ada menyaksikan ketika isterinya melahirkan janin yang gugur itu, mula berhenti bekerja di Mansion Ariastle. Malah ketika dia mencuba menjejaki semua maid yang telah berhenti itu, dia dapati mereka semua sudah meninggal dunia. Dan maid yang terakhir pula iaitu pelayan isterinya sejak kecil yang dibawanya ke Mansion Ariastle setelah menjadi Duchess Ariastle, telah menghidapi penyakit sakit jiwa. Pelayan itu selalu menjerit ketakutan. Dia turut selalu mengatakan ada mendengar suara budak lelaki ketawa dan ada ternampak budak lelaki yang berlumuran darah dengan kepalanya dipotong, jantungnya pula tiada di dadanya yang dibelah. Sebelum pelayan itu memberitahu semua apa yang dilihatnya dia akan berakhir dengan menghentukkan kepalanya ke dinding dan pengsan.
Pelayan itu sudah 2 tahun meninggal dunia. Boleh dikatakan semua saksi hari kejadian isterinya keguguran telah meninggal dunia.
Disebabkan itulah dia mulai mengesyaki ada sebab lain kenapa isterinya boleh keguguran?. Namun sampai sekarang dia tidak mendapat bukti. Malah menemui jalan buntu.