ดาวน์โหลดแอป
83.33% Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 65: Bab 63 : Pulang

บท 65: Bab 63 : Pulang

Dalam kesibukan di dalam hospital itu. muncul lima lelaki bersut hitam labuh paras lutut dan bersarung tangan hitam di kedua-dua tangan berjalan masuk ke ruangan lobi dalam keadaan berbaris bentuk V menarik perhatian para petugas, pesakit mahupun pelawat yang berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

Lima orang itu kemudiannya berhenti di depan pintu lif. Menekan butang naik. Tidak sampai sepuluh saat pintu lif itu terbuka.

Dengan mimik muka serius dan dingin di wajah setiap seorang, mereka berjalan masuk ke dalam lif itu dan menekan butang ke suatu tingkat. Setiap kali lif itu berhenti dan penumpang hendak masuk, semua yang nak masuk tak jadi. Takut punya pasal.

Tak lama kemudian mereka berlima tiba di satu koridor. Secara serentak mereka berjalan secara berdua-dua seakan berkawad, kaki mereka melangkah dengan seragam merentasi koridor itu dan berhenti di depan sebuah pintu wad.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu, mereka masuk ke dalam bilik dimana seorang wanita sedang duduk di kerusi roda dengan topeng oksigen di muka duduk menghadap depan jendela.

Wanita bertopeng oksigen itu berpaling.memandang hairan lima lelaki lampai di depan pintu bilik rawatannya.

"Selamat petang Puan Belinda."ucap Taylor dengan hormat pada wanita di kerusi roda itu.

Belinda berpaling. Memandang hairan ke arah lima lelaki di depannya. Adakah masanya sudah tiba?James sudah mahukan kematian dia untuk duit-duit itu?

"Selamat petang...""sapa Belinda dengan anggukan lemah.

"Saya datang ingin membawa puan keluar ke sini..."ujar Taylor.

"Adakah kamu hendak membunuh saya?"tanya Belinda sewaktu dua lelaki bersut labuh jalan mendekatinya dan mula melakukan sesuatu pada alat-alat bantuan pernafasan dan tiub

I.V nya.

"Tidak. Saya datang dari pihak tuan saya.Puan jangan risau. Kami tiada niat tidak baik pada puan..."jawab Taylor.

Belinda hanya mendiamkan diri. Dia memerhati lima lelaki di situ dengan cekap meleraikan semua peralatan di situ tanpa menjejaskan keselamatan dirinya.

Malah mereka lakukannnya dengan tenang dan kemas. Malah lemah lembut. Tiada kasarnya. Tidak seperti para jururawat dan pengawal keselamatan yang sering datang untuk melihat-lihat dirinya.

"Maaf sekiranya perjalanan ini tidak menyelesakan..."ucap Taylor sewaktu tunduk bercakung di depan kaki Belinda. Dia selimutkan kaki Belinda sebelum melilitkan mafela sekeliling leher orang tua itu untuk elakkan kesejukan.

Orang tua ni sensitive sikit bab suhu. Bagi kita orang dewasa normal rasa biasa, tapi bagi orang tua mungkin agak menyakitkan mereka.

"Siap tuan..."maklum satu suara di belakang.

Taylor berdiri tegak lalu mengangguk kepala.

"Jom gerak."ujar Taylor sebelum bergerak ke arah pintu sementara yang lain ada yang menolak kerusi roda.

Ada yang bantu pegang tiub I.V drip bag. Ada yang jalan berkawal sebagai pengawal.

Sepanjang mereka berjalan keluar, semua orang pandang kagum.

Hairan kenapa lelaki-lelaki lampai seakan model itu jalan dalam kawasan hospital dengan pakaian semuanya serba hitam seperti Grim Reaper mengiringi nenek tua.

Taylor tiba di depan pintu kereta hybrid. Kereta itu besar, dan mempunyai ruang untuk tempatkan orang berkerusi roda. Jadi mereka hanya perlu mendorong kerusi roda Belinda ke dalam kereta tanpa perlu alihkan Belinda. Dengan itu mereka tidak sakit Belinda.

"Kita nak ke mana ni?"soal Belinda sewaktu dua lelaki sibuk memasang klip keselamatan pada roda kerusinya.

"Pulang."jawab seorang dari mereka sewaktu sibuk melakukan itu dan ini.

Belinda diam memerhati lagat anak muda di depannya mengingatkan dia pada cucu tunggalnya.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C65
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ