Bangun sahaja mereka terus mandi dan menukar pakaian bersih sebelum makan yang mana sarapan dan makan tengah hari pada masa yang sama. Sebab mereka bangun selepas jam 12 tengah hari.
Setelah selesai makan, Daniel mengajak Zara untuk ke bilik bacaannya dalam rumah agam itu.. Yang mana membuatkan Daniel menyesal akan keputusan itu sesaat kemudian.
Seperti anak di denda selepas buat kesalahan, lelaki itu duduk dalam keadaan duduk bertimpuh dengan tangan di atas kedua-dua lutut, dan kepala tunduk memandang ke bawah.
Berhadapan dengan orang yang duduk bersila di atas sofa dengan tangan bersilang di dada tidak puas hati. Habis dibebeli hampir 20 minit yang lepas tentang rahsia mengenai secret admirer dan tentang diri Daniel.
"Maafkan saya."ucap Daniel.
Zara yang dengar menjeling menyampah sebelum memalingkan muka ke kanan.
Daniel mengangkat kepala.
"Salah awak jugak Zara sebab jauhkan diri dari saya tiba-tiba. Awak boleh saja tanya saya terus. Bukannya larikan diri macam tu...buat saya naik gila..."ujar lelaki itu yang masih mahu pertahankan diri.
Zara memandang semula ke Daniel lalu mengecilkan mata seperti mahu marah.
"Apa salah saya?Saya?"Zara tunding jari ke dada sendiri. "Amboi sedapnya bercakap.." marahnya pula.
Daniel melepaskan hela nafas pendek tanda mengalah.
"Fine..saya mengaku saya salah. Saya tak sepatutnya hantar orang untuk perhatikan awak tanpa pengetahuan awak. Saya semgaku saya tak sepatutnya tunjuk perangai lama saya depan nenek...""ngaku Daniel serta merta. "Please. Saya tak nak gaduh dengan awak Zara.""minta Daniel dengan kepala masih tunduk memandang ke bawah.
Zara hanya menjeling mata ke Daniel sewaktu Daniel membuat pengakuan.
"Dan saya tahu..itu bukan alasan sebenar awak jauhkan diri dari saya.."Daniel mengangkat kepala. Memandang sedih ke arah Zara.
Zara menjungkit kening tinggi selepas mendengarnya.
"Apa maksud awak?"tanya Zara.
"Saya tahu yang awak akan bertunang dengan Damon Benz...sabtu depan."jawab Daniel bernada sugul.
Zara melepaskan hela nafas pendek. Dia teringat akan rancangannya untuk tunangkan Kennedy dengan Damon pada malam majlis pertunangan itu.
Zara tahu keputusan Zara akan membuatkan Zara tidak dapat bertemu dengan neneknya. Selain itu Sarah akan kecewa dengan tindakannya dan James akan membencinya yang teramat sangat. Mungkin James akan halau dia keluar dari hidup lelaki itu sampai bila-bila.
"Baguslah kalau awak dah tahu. Tak perlu lah saya jelaskan hal tu sendiri..."
Daniel bangun dari lantai sebelum duduk di sofa bersebelahan Zara.Dia memegang tangan Zara.
"Jangan."minta Daniel.
Zara memandang mata Daniel. Penuh dengan harapan lelaki itu memandangnya.
"Biar saya yang bertunang dengan awak..."aju Daniel.
Zara menilik wajah bersih depannya dalam-dalam. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Itulah yang dirasai oleh Zara waktu itu.
"Kenapa?"tanya Zara.
"Apa yang kenapa?"tanya Daniel dengan kening berkerut.
Zara memandang dada Daniel sebelum naik memandang wajah lelaki itu. Dia perhati lama lelaki itu sebelum bersuara.
"Kenapa awak buat semua ni?"soal Zara. "Kenapa awak selalu ada setiap kali saya susah?""Zara teringat akan saat-saat setiap kali dia sedih mahupun susah. Pasti ada Daniel paling tidak Taylor di sisinya sewaktu dia lemah. "Kenapa awak ada bila saya perlukan seseorang?"
Daniel terkedu dengan soalan itu. Dia pandang mata Zara tanpa berkelip.
Zara melepaskan hela nafas pendek.
"Daniel...hentikan semua ni sebelum awak sendiri yang terluka.""minta Zara dengan lembut. Dia mengusap pipi Daniel dengan kasih. "Awak takkan ke mana sekiranya awak pilih saya sebagai pasangan hidup awak...saya hanya akan berikan awak derita dan sakit.."
Daniel memegang tangan Zara yang ada di pipinya lalu dibawa ke bibir sebelum dikucup tapak tangan itu dengan mata terpejam.
"Sebab saya cintakan awak dan perlukan awak dalam hidup saya Zara. Segalanya dalam hidup saya adalah tentang awak. Tanpa awak hidup saya tak bermakna..."luah Daniel dengan mata terpejam saat bibirnya masih di tapak tangan Zara.
Mata Zara kemerahan mahu menangis. Tapi dia gagahkan diri.
"Saya tak boleh terima awak dalam hidup saya sekalipun saya mahukannya. Saya takut kalau saya terima awak...awak akan lukakan hati saya seperti orang lain lakukan pada saya.." kata Zara.
"Tak Zara...saya janji saya takkan sakiti awak..."Daniel memandang Zara sambil meramas jari jemari Zara.
Kening Zara berkerut.Kalau dia tak boleh beritahu sesiapa. Biarlah dia beritahu pada Daniel. Sebab lambat laun semuanya akan tahu jugak. Lagipun dia tak nak sakit hati sesiapa lagi. Mungkin kalau Daniel tahu, lelaki itu akan berputus asa dengannya.
"Saya tenat Daniel...."luah Zara dengan nada tenang.
Daniel membuka mata, lelaki itu memandang terkejut ke satu arah sebelum dia memandang Zara dengan mulut terbuka. Tangannya yang memegang tangan Zara jatuh lemah ke atas pehanya.
"Apa awak cakap?"soal lelaki itu dengan wajah tergamam.
"Saya hidap kanser otak..."sebut Zara
Daniel mencebik mahu menangis sambil.menggeleng kepala.
"No...no..please..."rayu Daniel sambil memegang lengan Zara. Dia lihat segenap tubuh Zara dengan wajah seperti orang kalah."Please..no" rayunya dengan sebak.
Zara perhati reaksi Daniel dengan renungan sedih. "
"Maafkan saya..."ucap Zara yang cuba mengangkat muka Daniel supaya memandangnya. Tetapi lelaki itu hanya tertunduk memandang ke bawah.
Daniel meratap sedih sebelum menyandarkan kepalanya ke bahu Zara.
"Tak Zara...kenapa...kenapa awak..."nangis lelaki itu sebelum mengangkat kepala dan menatap wajah Zara bersama linangan air mata di pipi.
Zara menyeka air mata itu dari pipi Daniel dengan senyuman di bibir.
"Shhh...jangan menangis. Itu lumrah hidup sebagai manusia. Sekiranya hidup pasti akan mati..."pujuk Zara dengan tenang. "Sebab itu. Saya tak nak awak bazirkan masa dengan saya. Dan jalani hidup awak tanpa berharap pada saya..saya tak boleh nak berikan kebahagiaan tu pada awak...."
Daniel menggeleng kepala. Dia tunduk memandang ke bawah bersama air mata berjuraian turun dari batang hidung. Air mata itu menitis jatuh di atas kain dress Zara. Meninggalkan tompok-tompok kecil.
"Kenapa..."rintih Daniel.
Zara mengusap kepala Daniel seperti mana dia selalu pujuk Sarah supaya berhenti menangis.
"Mungkin sebab dekat dunia ni saya langsung tiada fungsinya. Mana sahaja saya berada tak ada sesiapa yang sudi menerima kehadiran saya. Kerana itu Tuhan berikan sakit ni pada saya..." kata Zara.
Perlahan-lahan Daniel mengangkat kepala. Memandang Zara dengan mata kemerahan dan basah dengan air mata.
"Berapa lama awak tanggung sakit ni?Sejak bila?"tanya Daniel.
Zara menyeka air mata dari bawah mata Daniel dengan ibu jari kanannya.
"Lapan bulan lepas. Masa saya pengsan dekat kafe. Saya ingatkan itu hanya migrain biasa. Tapi disebabkan sakitnya kejap datamg kejap tak. Saya jumpa doktor. Doktor beritahu yang sakit tu bukan sebab migrain. Tapi ketumbuham yang ada di tengah-tengah otak saya."
Daniel mendengar dengan teliti.
"Kenapa awak tak buat rawatan atau pembedahan lepas dapat tahu?"soal Daniel kedengaran hilang sabar.
"Peluangnya tipis. Risikonya terlalu tinggi. Saya mungkin tidak akan terselamat. Lagipula waktu saya mengesan tumor tu dah terlambat. Tumor itu di peringkat terakhir.. Sebab itu saya ambil keputusan untuk biarkannya sahaja."jelas Zara dengan nada tenang.
"Beritahu saya..."minta Daniel dengan suara serak nangisnya.
Zara memberi renungan tidak faham.
"Beritahu apa?"soal Zara.
"Keinginan awak. Segala yang awak hendakkan. Beritahu saya. Saya akan bantu untuk tunaikannya. Dengan itu saya akan dapat jalani hidup saya dengan bahagia setelah awak tiada lagi. Kerana saya telah pun bahagiakan insan yang saya cintai pada saat-saat terakhirnya..."ucap lelaki itu dengan nekad.
Terus tersenyum lebar Zara mendengarnya.
"Awak tak menyesal?"tanya Zara dengan nada ceria.
Daniel mengangguk kepala.
"Minta pada saya. Arahkannya pada saya. Apa saja. Saya akan tunaikannya untuk awak. Asalkan awak gembira dan senang hati..."
Zara mendepakan tangan lalu memeluk Daniel dengan erat.
"Permintaan saya adalah bersama awak dengan saya sehingga hela nafas saya yang terakhir..Daniel"minta Zara di dalam hati. "Terima kasih senior.."ucap Zara sambil tersenyum sedih.
Daniel membalas pelukan itu dan mengucup leher Zara bersama linangan air mata.