ดาวน์โหลดแอป
65% Kisah aku mengenalinya / Chapter 13: Kepercayaan yang disia-siakan

บท 13: Kepercayaan yang disia-siakan

Semasa balik,Sam mengajak Mel dan Jes berjalan bersama.Mel berpeluk tubuh dan menjeling Sam.

"Sudahlah Sam saya malas nak layan orang yang talam dua muka macam awak"

"Apa maksud awak ni?"

"Jangan pura2 lah!"

Mel berjalan meninggalkan Sam,Amir dan Jes.Sam berasa hairan dengan kata2 Mel.

"Kenapa dia cakap macam tu Jes?"

"Sarah ada jumpa dia tadi"

"Kenapa pula dia jumpa Mel?"

"Dia kata ada sesuatu yang nak dia katakan pada Mel je tapi saya tak tau apa yang Sarah cakap dengan dia sebab tadi dia bawa Mel tempat lain dan saya tak dengar perbualan mereka berdua"

"Ni mesti dia ada cakap yang bukan2 tentang saya cis!"

"Sorry ye Sam"

"Takpe"

"Kalau begitu saya nak balik dulu lah ye nanti Mel tertinggu-tunggu saya"

Sam menganggukkan kepalanya dan Jes mengekori Mel dari belakang.

Sam mencari kelibat Sarah namun tiada.Sam mengenggam penumbuknya.

"Tak guna awalnya dia balik mesti takut kot dia ni dengan aku!"

Amir menepuk bahu Sam.

"Jom Sam balik"

Mereka berdua balik ke rumah dan Sam masih marah pada Sarah yang sering kali menganggu hubungannya bersama Mel.

*****

Di flat

"Mel kenapa kau cakap Sam tu talam 2 muka?"

"Jangan percayakan dia tu Jes dia tu jahat"

"Siapa yang cakap kau macam tu?"

"Aku tau sendirilah"

Mel berdiri dari duduknya dan menuju ke bilik kerana malas ditanya soalan sekali oleh Jes.Mel juga tidak mahu rahsia Sarah terbongkar.

****

Hari Sabtu

Jes mengajak Mel untuk memohon kerja di sebuah restoran.

Jes mencari kelibat Dilah iaitu rakannya yang bekerja di restoran tersebut.Dilah berjabat tangan bersama Jes.

"Hi Jes lama tak jumpa rindulah"

"Hi Dilah aku pun rindu kat kau haha oh ya yang kat sebelah aku ni sepupu aku nama dia Mel"

Dilah berjabat tangan dengan Mel dan memberikan senyuman padanya.Mel membalas senyumannya.

"Nice name, ni ke yang ikut kau juga kerja sini?"

"Haah dia lah mana bos kau?"

"Kejap lagi dia datang lah tu jomlah duduk dulu kat sini"

Dilah menjemput Jes dan Mel duduk di kerusi.Dilah berbual dengan Jes sambil berkenalan dengan Mel.

"Hensom tau bos kat sini umur dia baru je 30 tahun,dia ada ceritakan pada kami yang sejak dia masih kanak2 lagi ibu bapa dia dah mula buka bisnes dan sekarang dia ada adik perempuan belajar di Universiti cuma aku tak tahu nama dia"

Jes menganggukkan kepalanya.

"Memang sikit ke yang makan kat sini kalau waktu pagi?"

"Haah sikit je tapi kalau petang banyaklah yang datang makan sini,pekerja kat sini hanya 3 orang je dan kalau tambah korang berdua lagi ringan kerja sebab tulah bos kami nak tambah pekerja lagi"

Beberapa minit kemudian,bos Dilah telah pun datang ke restoran.

Mereka bertiga berdiri semasa bos Dilah keluar dari keretanya.Mel dan Jes terkejut kerana Sarah turut keluar dari kereta bos Dilah.

Sarah menegur Mel.

"Hi Mel korang berdua kerja kat sini ke?"

"Hi Sarah baru je kami nak mohon kerja kat sini"

Bos Dilah bertanya pada Sarah.

"Adik kenal dia ke?"

"Kenal sebab kami belajar kat Universiti yang sama"

Abang Sarah menganggukkan kepalanya dan mengajak mereka duduk.

"Panggil saya bos Zain je ok,so saya dah setuju ambil kamu berdua kerja kat sini,disebabkan kamu masih pelajar Universiti,saya bagi kerja kat kamu dua cuma cuci piring kemas meja macam tulah ok tak"

Jes dan Mel serentak menjawab.

"Ok bos Zain"

Bos Zain senyum melihat mereka berdua.Jes dan Mel mengucapkan terima kasih pada bos Zain kerana memberikan mereka kerja hanya pada waktu petang.

Bos Zain menyuruh Mel dan Jes balik dan mula bekerja pada hari Isnin.

Zain merenung Mel lama2 semasa Mel dan Jes berdiri dan balik.Sarah menegur Zain.

"Abang tengok siapa tu?"

Zain berhenti melihat Mel dari jauh dan mengelingkan kepalanya.

Zain dan Sarah balik ke rumah.Zain berdiri di tepi kolam rumah mereka sambil menghayal mengingat muka Mel.Zain tersenyum sendiri.

Sarah melihat Zain dan senyum melihat dia dari belakang.

"Amboi abang ni dah macam dilamun cinta pula senyum2 je dari tadi"

Sarah berjalan menuju ke arah Zain dan berdiri di sebelahnya.

"Abang fikirkan siapa tu?"

Zain terkejut apabila Sarah menegurnya.

"Mel"

"Abang suka dia eh?"

"Macam"

"Dia single lah tu abang"

"Yeke? maknanya abang ada peluang lah ni nak pikat dia"

"Abang nak adik tolong ke?"

"Nak"

Sarah memberi cadangan pada Zain untuk memikat Mel.Sarah gembira kerana Zain menyukai Mel dan dari bibir Sarah terukir senyumannya seperti dia telah memperolehi kemenangan.

"Lepas ni pasti Sam tu akan jauhkan diri daripada Mel selepas abang Zain bercinta dengan Mel hahahaha dan Sam akan menjadi milik aku!"bisik hati Sarah.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C13
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ