ดาวน์โหลดแอป
70% The Neighbor Next Door, is My Fiancé / Chapter 7: Kebongkaran

บท 7: Kebongkaran

𝙼𝚊𝚕𝚕...

Tak sangka jawapannya begini.Tapi kalau dilihat suara milik Runi sangat perlahan dan kelihatan seperti susah untuk menggunakan suaranya untuk berbicara.

Apa dia ada masalah dengan peti suaranya atau dia ada kanser.

Tapi menurut ayah beritahu,Runi tidak pernah berbicara dengan orang sejak dari kecil.

Dari yang aku dengar dia boleh dikatakan orang sombong,tapi setelah melihat situasinya tadi aku jadi rasa bersalah kerana memaksanya berbicara.

>>

"Runi boleh tak kamu guna suara kalau kamu terus tidak berbicara normal semua orang akan terus membuli kamu terusan kalau begini"...

>>

Aku tak patut ucap dihadapannya begitu.Lihat wajah putih gembol(comel/bulat) itu aku teringin mencubitnya.

Nampaknya aku harus melakukan sesuatu.

"Kak,ini beg galasnya"

Adrien datang membawakan satu beg galas kecil dari koperasi.

"Runi,letak barang kamu ke dalam ini,pastikan tiada yang tertinggal.Tentang buku teks jangan risau nanti aku ambil ia tidak banyak pun."

Syarisya melihat jam tangannya.Ia baru sedar waktu berlalu pantas.Tinggal beberapa minit lagi jam bunyi tamat rehat akan berbunyi.

"Maaf,Runi.Aku harus kembali ke kelas."

"Aku juga,Runi.Pulang nanti boleh tunggu di depan pondok penjaga pintu gerbang."

Runi mengangguk faham sementara yang menyorok didalam almari peti yang dijadikan stor penyimpan barang kebersihan.

Mereka mengalami kelenguhan menunggu dengan didalam itu.

Pada saat kelibat Syarisya tiada bersama Adrien mereka pun keluar dari tempat itu.

Suara mereka lakukan terdengar riuh sehingga membuat Runi sedikit terkejut,tapi ia tahu mereka sudah lama berada di situ dan menitipnya secara senyap dan diam.

Ia juga tahu angkaranya adalah mereka sendiri sebab ia melihat sendiri mereka lakukan hal itu dari belakangnya.

Ia tidak terlalu kisah,walaupun beg itu cuma ada satu dalam dunia pun ia rela.Tapi tidak dengan tunangan yang akan bersama dengannya seumur hidup.

Runi duduk dengan senyap ditempatnya sementara para murid yang lain mulai masuk ke dalam kelas kerana loceng akan berbunyi tidak lama lagi.

Kedua lelaki yang duduk disisi Runi cuba untuk mengganggu Runi dengan membuat keheningan secara bersembang.

Dashim dan Hasshik adalah dua orang yang dijuluki putera disekolah itu dan mereka antara yang terbaik dari segi akademik dan kokurikulum sukan sekolah.

Mereka sentiasa diatas kadang-kala mereka bergaduh tempat pertama dalam kelas dan darjah.

Pada saat mereka mendapati ada murid baru yang akan pindah ke kelas mereka,pada awalnya mereka tidak kisah namun pada saat ia duduk bersama dengan mereka ditambah lagi akademik dan kokurikulum yang masih dalam soal tanda tanya.

Lagilah mereka fikir ia tidak layak untuk berada disisi mereka.

Walaupun keriuhan dikelas itu hingar-bingar, Runi tetap kekalkan ketenangan supaya ia dapat belajar dengan fokus pada subjek seterusnya.

Pada subjek matematik,soalan antarabangsa dikeluarkan oleh guru mereka pada saat mereka belajar bab pembelajaran dijawab dengan baik oleh Runi sedangkan Hasshik yang paling terbaik dalam matematik disekolah itu dikalahkan dengan mudah olehnya.

Bm,begitu juga,Inggeris,Geografi,dan etc...

Kelas habis pada hari itu cukup cepat dari kebiasaannya.

Mungkin disebabkan oleh kekalahan murid terbaik disekolah itu.

Di pondok penjaga pintu gerbang sekolah.

"Bukankah itu murid baru?"

"Nampaknya begitu,aku tidak pernah melihat murid memakai beg sebegitu murah"

"Jenama apakah itu?"

"Jenama orang rendahan!"

ke..ke..ke...

Kenapa aku macam mendengar ketawa kuntilanak di sekolah.

Sebuah kenderaan Fort Mustang hitam berjalan terhenti didepan pintu gerbang sekolah kelihatan menunggu seseorang.

Runi yang mengenali kenderaan itu pun menaikinya.

"Murid baru sebentar tadi ia baru sahaja menaiki Fort Mustang hitam itu bukan"

"Itu bukankah kereta milik pengetua kita,bukan"

Didalam kenderaan.

Runi tidak menyangka ini rancangan mereka berdua.Membiarkan ia tunggu keseorangan dan dijemput kenderaan mewah,memang rancangan yang bernas untuk mengelak dirinya dari dibuli secara verbal dihari pertamanya di sekolah.

"Jadi,Runi bagaimana hari pertama sekolah?" tanya Rashak kepada Runi.

"Ayah jangan risau,ini baru hari pertama biasalah kalau masih tidak ada kawan lagipun kami berduakan ada buat Runi berteman"

Jawab Adrien yang cuba membantu Runi menjawab soalan itu.

"Ayah,jangan risau.Runi baik-baik sahaja di sekolah,kami sudah memerhatikannya dan tiada apa-apa yang berlaku"

balas Syarisya balik.

Mereka berdua memberikan kelip mata sebelah padanya.

Runi hanya tersenyum melihat tingkah laku mereka itu.

"Kalau macam tu apa kata kamu bertiga pergi ke mall bersama,bertiga lagipun hari ni hari kedua Runi berada disini dan ia perlukan peralatan persekolahan untuk esok, bagaimana?"cadang Rashak pada Runi, Syarisya dan Adrien.

Mereka pun mengangguk serentak.

Petang itu setelah pulang dari sekolah ketiga mereka bersiap untuk ke sekolah.

Runi seorang yang simple apabila datang tentang fesyen,ia tidak suka berlebihan hanya untuk keluar membeli barangan.

Ia cuma mengenakan baju meylin blouse berwarna pink bersama seluar slack hitam.

Setelah siap,Runi terlebih dahulu menunggu kedua saudaranya itu bersiap.

Satu pesanan masuk telefonnya.

100,000 myr sudah masuk kedalam akaun miliknya.

Nampaknya ayah memasukkan duit bulanannya lagi.Tapi kenapa ia berlebihan dari sebelumnya.

Selalunya 50,000 myr tapi kali ini.

Satu mesej masuk.Ia dari no.peribadi ayahnya.

𝘚𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘥𝘶𝘪𝘵𝘯𝘺𝘢?

Runi sedikit terkejut dengan mesej ayahnya kerana ini kali pertama ayahnya mesej dengannya dengan perkara sekecil itu.

Ia membuatnya sedikit bahagia.

👌

Satu emoji diberikan kepada ayahnya.

>>Pandangan ayahnya saat membaca emoji itu.

"Apakah itu,tangan?atau duitnya sikit?"

Pekerja rapatnya melihat mesej itu sedikit ketawa.

"Itu,katanya 'ok' dalam bahasa tangan"

ia menunjukkannya dengan tangannya sendiri.

>>kembali pada Runi di ruang tamu.

Mesej dari Mr. Fiance pula pada kali ini.

𝘚𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨?

𝘛𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨?

𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘩𝘢𝘣𝘪𝘴 𝘮𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶.

𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘯𝘪 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘵𝘢𝘬?

Runi kelihatan sedikit kalut saat membaca mesej paling last.

Apa ia ingin membuat panggilan dengannya macam kata-kata dari Adrien.Panggilan bersama boyfriend tapi aku cuma ada tunang bukannya boyfriend kan.

Agh!bagaimana aku ingin jawab,aku tidak tahu untuk berbicara tentang apa,bagaimana ia rasa bosan,atau ia melakukan kesilapan.

Aku tak boleh berfikir.

"Runi?"


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C7
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ