ดาวน์โหลดแอป
83.33% Mesteri sekolah kimori / Chapter 10: chapter 9: Yamada senpai are wake up!! part 2

บท 10: chapter 9: Yamada senpai are wake up!! part 2

Taka dan doktor bergegas ke bilik Yamada dirawat. semasa mereka sampai doktor terus memeriksa keadaan Yamada dengan melihat kearah matanya dengan lampu suluh. selepas itu, doktor melihat jari jemari Yamada bergerak.

" macam mana keadaan Yamada doktor?" soal Nanamine.

" keadaan Yamada semakin baik tetapi kami perlu berjumpa dengan ibu bapa Yamada?" kata doktor itu.

" saya telah telepon mereka dan mereka dalam perjalanan ke sini" jawab Haruhi.

" nasib baik kamu terus ke tempat jururawat setelah jari jemari Yamada bergerak" puji doktor itu.

Nanamine melihat kearah Yamada dan mendapati mulut Yamada bergerak seperti ingin bercakap.

"doktor.. mulut Yamada bergerak" Nanamine dengan cemas.

doktor terus membuka penutup pernafasan Yamada dan mendengar seperti Yamada ingin menyampaikan sesuatu.

" ah..ahh.ahh" Yamada.

" Yamada.. Yamada " Nanamine memanggil Yamada sambil menggosok tangan Yamada dengan lembut.

" Yamada nichan.. Yamada nichan dah sedar" seru Haruhi.

mereka semua melihat kearah Yamada dan melihat Yamada membukakan matanya secara perlahan lahan.

mereka berasa amat gembira melihat keadaan yang yang sudah sedar dari koma.

" ehhh..ehhh.. aku dekat mana ni?" soal Yamada.

" kamu dekat hospital Yamada.." kata doktor.

" Yamada senpai. kamu dah sedar" Nanamine dengan tangisan gembira.

Haruhi dan Taka hanya senyum tenang.

ketika itu ibu bapa Yamada sampai. mereka nampak amat gembira.

" kamu ni siapa?" soal Yamada terhadap Nanamine.

Nanamine berasa terkejut dengan soalan Yamada.

" ini Nanamine senpai.. ini Haruhi.. ini Taka dan mereka itu ibu bapa kamu.." kata Nanamine dengan tenang.

" saya tak ingat kamu semua dan siapa saya sebenarnya?" soal Yamada.

doktor terus menuju kearah Yamada dan membuat pemeriksaan dan mereka semua diminta keluar.

ibu bapa Yamada berasa amat terkejut. Haruhi dan Taka hanya berdiam manakala Nanamine diam walau mengalirkan air mata kerana Yamada tidak ingat apa apa tentang dirinya mahupun diri Yamada sendiri. Haruhi memeluk Nanamine.

setelah beberapa minit... doktor telah keluar .

" macam mana keadaan anak kami doktor?" soal bapa Yamada.

" nampaknya Yamada mengalami hilang ingatan disebabkan luka di kepalanya" kata doktor itu.

mereka semua berasa amat sedih dan terkejut walau Yamada telah sedar tetapi dia tidak ingat apa apa sama sahaja seperti melihat Yamada yang dalam keadaan koma.

" tapi jangan risau kerana kami akan menjalani pemeriksaan terhadap kesan luka di kepala Yamada. buat masa sekarang saya minta tuan,puan dan kawan Yamada sentiasa berada di sisinya dan buat dia ingat semula siapa diri dia kerana ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengembalikan ingatannya." nasihat doktor itu.

doktor itu meminta diri dan diikuti oleh para jururawat. mereka semua masuk ke dalam bilik Yamada. Yamada kelihatan seperti bayi yang baru lahir yang tidak ingat apa apa. ibu Yamada ingin menangis tetapi doktor menasihati mereka untuk berlaku seperti biasa kerana boleh menyebabkan keadaan Yamada menjadi lebih teruk.

ibu bapa Yamada mendekati Yamada.

" Yamada.. kamu okey.. ini ibu dan ini ayah kamu " kata ibu Yamada sambil menggosok halus kepala Yamada.

" jadi kamu berdua ni ibu bapa saya?" soal Yamada.

" iya anak.. kami ibu bapa kamu.. dah lama kamu tidur" kata ibu Yamada.

" kami sangat risaukan kamu Yamada" kata bapa Yamada sambil memegang tangan Yamada.

Yamada hanya berdiam diri. Yamada melihat kearah ibu bapanya lalu senyum.

" walau saya hilang ingatan tapi perasaan ini yang saya nantikan.. kasih sayang dari ibu bapa saya" kata Yamada dengan senyuman yang tenang.

ibu Yamada terus memeluk Yamada dan diikuti bapa Yamada, ibu bapa Yamada menangis dengan gembira kerana walau anak mereka hilang ingatan tetapi Yamada masih mempunyai perasaan bahawa itu adalah ibu bapa kandungnya.

sejam kemudian.. ibu bapa Yamada harus pulang untuk mengambil baju Yamada dan Haruhi ikut sekali kerana ingin membantu mereka untuk hantar baju tersebut kerana tidak mau menyusahkan ibu bapa Yamada kerana Yamada mempunyai 2 adik kembar tak seiras lelaki dan perempuan yang berusia 7 tahun.

jadi hanya tinggal Nanamine dan Taka disitu. Nanamine jalan ke tepi katil Yamada dan diikuti Taka.

" hey Yamada senpai... saya Nanamine kawan semasa kecil Yamada senpai. ingat masih ke" kata Nanamine dengan suara yang keanak anakan.

" maafkan saya tapi saya tak dapat ingat sepenuhnya.. tapi nama kamu Nanamine cantik nama tu" puji Yamada.

" ini pula Taka. kawan Nanamine dan Haruhi . Taka baru saja pindah ke sini" jelas Nanamine.

" gembira bertemu kamu Yamada senpai. " Taka dengan menundukkan kepalanya.

'" gembira bertemu kamu juga Taka san" kata Yamada dengan senyuman.

Taka melihat kearah Yamada dan Taka berasa begitu terkejut. Nanamine berasa sesuatu tidak kena dengan Taka.

" kenapa ni Taka?" soal Nanamine.

"t..t..tak ada apa!" Taka dengan suara yang tersekat-sekat.

" o..o..ok kalau begitu" balas Nanamine lalu melihat kearah Yamada.

" maafkan saya Nanamine saya nak ke tandas sekejap." Taka memberitahu Nanamine.

" ouh.. baiklah.." balas Nanamine.

Taka keluar dan pergi ke lorong menuju keluar blok bilik Yamada lalu menyandar. Taka mengeluarkan telefonnya lalu menelefon ibunya.

" mama Taka tidak dpt balik ke rumah malam ni sebab kawan Taka minta tolong dengan Taka untuk kawankan dia jaga sepupunya yang baru sedar dari koma." jelas Taka.

" b.. baiklah kalau begitu lagi pun esok kamu cuti juga tapi tak nak ambil baju kamu tak atau nak ayah kamu hantar kan?" soal mama Taka.

" tak perlu mama nanti kawan Taka datang ambil jadi sediakan saja.. " balas Taka.

" baiklah kalau begitu" kata mama taka.

" terima kasih mama" balas Taka lalu mematikan panggilan.

Taka menelefon semula Haruhi.

" Haruhi tolong pergi rumah ku sebelum kau ke hospital" pitah Taka.

" ehhh!! kenapa kau nak jaga Yamada nichan tapi mama dan bapa kau dah tahu kan belum?" soal Haruhi dengan terkejut.

" mestilah mereka tahu kalau tak. ndaklah aku suruh kau pergi rumahku ambil pakaian ku" balas Taka dengan sindiran.

" baiklah nanti saya ambil" kata Haruhi.

" pastikan kau datang dan Nanamine pun kena ada di hospital juga untuk malam ni" kata Taka.

" k..ke.. kenapa ni Taka.. ada sesuatu yang tak kena ke?" soal Haruhi.

" datang saja ke hospital ni " tegas Taka dengan serius.

" ba.. baiklah saya akan bergegas ke sana secepat mungkin" kata Haruhi.

Taka mematikan panggilan telefon.

Taka masuk semula ke bilik Yamada. Taka melihat Nanamine sangat gembira walau hakikatnya menyedihkan.

" neee.. Nanamine kamu jaga Yamada malam ni?" soal Taka.

" yup.. saya sudah beritahu keluarga saya dan Haruhi akan bawa pakaian saya" balas Nanamine.

" baguslah sebab saya pun akan jaga Yamada senpai pun" kata Taka.

"ehh!! tapi bukankan itu mengusahakan kamu.. tak perlulah Taka kamu baliklah" Nanamine dengan rasa bersalah.

" tak boleh saya nak jaga Yamada senpai juga" tegas Taka.

Nanamine hanya mampu tunduk dan setuju dengan permintaan Taka.

Haruhi telah pun sampai. mereka menjaga Yamada dengan baik malah membawa Yamada bermain, bercerita dan makan.

setelah sampai waktu Yamada tidur mereka bertiga membiarkan Yamada tidur dengan tenang.

" hey.. Nanamine dan Haruhi mari kita keluar sekejap ada benda yang aku nak beritahu" Taka dengan serius.

Haruhi dan Nanamine hanya angguk tanda faham. mereka menuju keluar dan bersandar di dinding.

" ada apa yang kau nak beritahu ni?" soal Haruhi.

" macam serius saja ni?" soal Nanamine.

" kamu yakin Yamada hilang ingatan begitu saja?" soal Taka.

" doktor dah kata begitu nak buat macam mana" kata Haruhi dengan mengangkat bahunya.

" betul tu tak kan doktor nak tipu" kata Nanamine dengan muka yang keliru.

" baiklah apa kata aku kata doktor memang tak tipu tapi sebenarnya memori Yamada senpai telah dipadam oleh seseorang!!" Taka dengan serius melihat kearah Nanamine dan Haruhi.

Haruhi dan Nanamine saling berpandangan.

apakah yang telah terjadi adakah seseorang telah memadankan memori Yamada senpai???

siapakah orang itu adakah angkara ahli sihir sekolah kimori atau lain??


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C10
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ