ดาวน์โหลดแอป
61.7% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 29: bab29

บท 29: bab29

    "Aina, Encik Zafrel nak jumpa saya ke? " soalku kepada Aina .

"Aah Puan, "jawab Aina sopan.

Janggal rasanya apabila dipanggil puan, selama ini, hanya Zafrel yang memanggil ku dengan panggilan Puan.

Aku tersenyum nipis, lalu menuju ke pintu yang tertera nama Zafrel.

Pintu itu ku ketuk perlahan, lalu memulas tombol pintu tersebut.

Masuk sahaja dalam bilik tersebut, aku lihat terdapat seorang wanita  yang kelihatan sebaya denganku duduk berhadapan dengan Zafrel.

Zafrel menoleh ke arah ku dan menghadiahkan segaris senyuman ke arahku sebelum memanggilku.

"Puan Saira, come, "ujar Zafrel lembut.

Aku melangkah ke arah Zafrel dengan tenang,

"ada apa ye, Encik Zafrel panggil saya? " soalku,

"duduk dulu, "kata Zafrel lalu menarik kerusi disebelahnnya.

Aku mengambil tempat disebelah Zafrel dan menghadap wanita tersebut, yang kelihatan kusut wajahnya, aku pasti wanita tersebut mempunya masalah yang besar,.

"ok, Puan Wahida, ni Puan Saira, salah seorang peguam kami,  "ucap Zafrel tenang.

"Saira, Puan Wahida dia nak tuntut hak jagaan anak tak sah taraf, awak boleh uruskan? " soal Zafrel.

Aku berasa hairan apabila Zafrel meminta aku mengendalikan kes tersebut.kerana selalunya kes yang aku kendalikan bukan melalui Zafrel.

Aku mengangguk perlahan,kerana tiada sebab untuk aku menolak,ia juga bukannya salah dari bidang kerja ku.

"erm boleh saya tahu anak puan,anak luar nikah, atau anak yang tidak didaftarkan? " soalku lembut kerana tidak mahu terdengar kasar.

"anak saya anak luar nikah. " jawabnya perlahan sambil menundukkan wajah.

"boleh saya tahu, siapa yang menjaga anak Puan sebelum ini? " soalku lagi.

"dari saya hamil saya sara diri saya dan anak saya seorang diri, tapi, tiga bulan lepas, tiba-tiba bekas teman lelaki saya nak anak dia balik, hari-hari dia kacau kami. Bulan lepas dia culik Hana dari saya, " cerita Puan Wahida  sambil cuba menahan sebak.

Hati tercalit rasa marah mendengar luahan dari Puan Wahida, mengenang sifat seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab tapi tiba-tiba mencari hak yang dia takkan layak.

"zalim, sanggup dia pisahkan anak dan ibu, " ujar ku perlahan.

"Saira, " tegur Zafrel yang berpaling ke arah ku sambil menggelengkan kepalanya.

Aku faham isyarat yang disampaikan Zafrel yang tidak mahu aku beremosi dan betindak tidak professional.

"tak apa Puan, sebenarnya,untuk anak luar nikah, memang ibu memegang hak penjagaan anak.bapa tak ada hak langsung atas anak ni, berdasarkan Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303), hak penjagaan anak luar nikah hanya diberikan kepada ibu atau waris kadim.jadi puan tak perlu risau kerana saya yakin bekas teman lelaki puan tak ada hak atas anak puan. " jelasku lalu menggenggam lembut tangan Puan Wahida bagi memberikan keyakinan kepadanya.

"macam mana prosedurnya? Saya nak hal ni cepat selesai, dan saya dapat anak saya balik. " ujar Puan Wahida dengan pandangan yang sangat berharap.

"ok, mula-mula kita kena isi borang permohonan dan tarikh Majlis Sulh akan ditetapkan dalam tempoh 21 hari,lepas tu baru lah Majlis Sulh akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan dengan syarat kedua-dua pihak hadir . Sekiranya terdapat persetujuan, terma persetujuan tersebut akan diendorskan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada hari yang sama.jadi puan kena isi borang permohonan dahulu." jelasku kepada Puan Wahida yang mengangguk perlahan.

Aku menerangkan, dokumen-dukumen yang Puan Wahida perlukan bagi mengisi borang permohonan tersebut, bagi memastikan proses tuntutan berjalan lancar.

***

Setelah Puan Wahida pulang,aku pun mengemas kertas aku gunakan bagi mencatat maklunat sembentar tadi.

Teringat aku dengan kata-kata Puan Wahida sebelum keluar dari bilik Zafrel yang dapat meneka bahawa aku merupakan isteri kepada Zafrel.

"tahniah ye, "ujar Puan Wahida setelah setelah salam kami terlerai,

"erm?  Maksud Puan? "soalku hairan.

"Puan dengan Encik ni, pengantin baru kan?"kata Puan Wahida sambil tersenyum.

"jari awak berdua, ada inai, and the way he look at you, saya tahu awak berdua ada hubungan istimewa, jaga hubungan, Puan bertuah sebab jumpa lelaki yang ada rasa tanggungjawab untuk halalkan hubungan, " katanya lalu menghadiahkab segaris senyuman.

Kata-katanya membuat hatiku tersentuh, benar, aku bertuah kalau lelaki yang halalkan aku itu adalah lelaki yang aku cintai, tapi hubungan aku dan Zafrel membuat aku rasa keliru yang sentiasa hadir.

"awak nak keluar dah ke? " sapa Zafrel yang melabuhkan penggung di atas meja sambil merenung mataku.

"ye lah, tak ada sebab untuk saya duduk dalam ni lama-lama, " ujarku sambil mataku alih kepada kertas-kertas yang aku pegang ,tiada pula rasa berani untuk membalas pandangan Zafrel.

"alah, kan ada saya dalam ni, kalau nak tambah meja untuk awak pun, muat lagi, "ujar Zafrel sambil mengenyitkan mata kanannya.

"haish tak ingin lah saya" ujarku bersama satu jelingan.

Tangan kananku memulas tombol pintu bilik pejabat Zafrel, tiba terasa sepasang tangan kekar melingkari bahagian pinggangku,

Zafrel memeluk pinggangku sambil dagunya diletakkan di bahu kiriku.

Jantungku berdegup laju, ritmanya tidak teratur,

"wait, jom,..lunch dengan saya"bisik Zafrel perlahan ditelingaku,

Dapat aku rasa hangat nafasnya ditelingaku.

Aku melerai kasar lingkaran tangan Zafrel dipinggangku,

"a...pa apa ni,..Encik Zaf,!" ucapku gagap namun tegas.

"haram ke? " soal Zafrel sayu.

Marahkah dia?  Atau aku terlampau kasar? Aku sedar tidak berdosa apa yang Zafrel lakukan tadi,tapi ini bukan soal dosa atau pahala namun soal keselesaan.

"herm...saya tak suka, " tegasku bersama keluhan.

"lunch? " soal Zafrel sambil sebelah keningnya dijongket.

"saya tak lapar, Encik Zaf ajak orang lain lah, " tolakku.tidak sanggup rasanya aku hendak berdepan dengannya saat ini dengan apa yang dia lakukan sebentar tadi,

"saya tak minta sebagai majikan, tapi sebagai suami" ujar Zafrel lembut.

Aku mengeluh perlahan, terngiang pesan mama yang meminta aku menjadi isteri yang solehah,.jujur aku akui, mencapai matlamat isteri solehah dengan perkahwinan yang bukan dasar cinta bukan semudah yang semua orang bayangkan.

"bagi saya ambik beg, " ucapku lalu keluar dari biliknya.

***

Aku tersenyum kepada Kak Nita semasa melintasi meja kerjanya.

"Saira,nak keluar lunch ke? " soal Kak Nita.

"aah,akak nak join? " soalku kepada Kak Nita, tidak janggal mana jika Kak Nita menyertai kerana, dapatlahnaku berbual tentang perkara lain bersama Kak Nita.

"eh tak nak lah, tak kan lah akak nak kacau pengantin baru dating kot, " ujar Kak Nita bersama sengihan.

"eh mana akak tahu saya lunch dengan Encik Zaf? " soalku you pelik, rasanya tidak pula aku memberitahunya yang aku hendak keluar makan bersama Zafrel.

"tu, bigboss dah tunggu dekat belakang awak tu, " kata Kak Nita sambil memuncungkan mulut ke arag belakangku.

Aku menoleh perlahan dan ternampak Zafrel yang sedang tersenyum sambil berpeluk tubuh.

Haish, sah dia keluar sama dengan aku tadi, haish.. Rungutku.

***

Zafrel memilih kedai makan nasi campur yang berhampirab dengab pejabat,kelihatan agak ramai pelangan di kedai tersebut.

Terdapat juga kakitangan dari firma Zafrel yang makan disitu, aku perasan mereka memandang kami apabila aku dan Zafrel masuk ke dalam kedai makan tersebut.

Susah benar apabila berkahwin dengan bos besar ni, ada saja staf yang memerhati,

"kenapa?  Awak tak suka ke makan dekat sini? " soal Zafrel ditelingaku.

"tak ada lah, ok jer, jom lah ambik lauk" ucapku lalu mendahului Zafrel.

" sikitnya awak makan? Nanti makin kurus lah. " ujar Zafrel setelah sambil menyedut air sirap limaunya.

"kenapa?  Kalau saya kurus pun?tak cantik ke? Ada beza ke gemuk ke kurus? " soalku tajam.

"hahaha, awak sentiasa cantik di mata saya, gemuk ke kurus tetap isteri saya, saya tak nk awak sakit. " ujar Zafrel lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut,

"awak, " panggil Zafrel, lembut.

"Encik Zaf nak apa? " soalku kepada Zafrel sambil mengunyah nasi yang masih bersisa,

"ish, janganlah bercakap kalau ada makanan dalam mulut, awak ni..umur berapa eh?  Malam ni nak dinner apa eh? " ucap Zafrel bersama sengihan.

"lunch pun tak habis lagi, Encik Zaf dah tanya dinner?  Mana lah saya tahu, saya ni tak pandai masak tau, makan mi segera je lah, " ucapku perlahan.

"hahaha kalau saya masak, awak kena tolong, boleh? " soal Zafrel lalu mengangkat kening kanannya.

"Encik Zaf pandai masak ke? "duga ku

"kalau saya tak pandai masak, saya makan awak je lah malam ni, " ujar Zafrel bersama senyuman nakal.

Erk.jantung mula berentak laju, perasaan yang ku rasa dua tiga menjak ini mula hadir.

BERSAMBUNG..

P/s:hai semua,  ok ke bab ni?  Kalau ada yang kurang tu sis mohon maaf ye, sis nak ucapkan trima kasih untuk yg mndoakan sis hritu, tq sgt2 terharu kite, hahah enjoy reading semua!  Jgn lupa vote, komen,share atau apa2 yg positif ok, syg semua.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C29
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ