ดาวน์โหลดแอป
23.4% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 11: bab11

บท 11: bab11

          

        "kejap,kita ni cerita fasal nikah lah,kahwin lah,Saira ni bila boleh discharge?" tanya mama.

  "erm,dia kena stay dulu satu malam,pastu baru doktor decide boleh discharge ke belum." jawab Zafrel lembut.

  "kalau macam tu,mama lah kena teman Saira, sebab kesian pula kalau nak minta tolong Lyn,mesti dia letih." kata mama.

"kalau papa dan mama izinkan,Zaf boleh je kalau nak teman Saira malam ni" celah Zafrel

"tak menyusahkan kamu ke Zaf?"soal mama kembali.

  "ehh tak lah,Zaf memang ambik cuti seminggu,sebab ummi dengan abi datang." jawab Zafrel mesra.

Aku yang kurang selesa dengan tawaran Zafrel dan cuba untuk menghalang dia bertindak demikian.

"erm,Saira rasa ,tak payah lah siapa-siapa teman Saira,ok je rasanya tinggal sini sorang-sorang.lagipun satu malam je." dalih ku.

"awak tahukan yang hospital,banyak hantu,berani ke?" balas Zafrel samnil ketawa.

"haa Zafrel,tahu-tahu je si Saira ni jenis penakut kalau tinggal seorang" sakat mama.

Aku memberi jelingan maut kepada Zafrel.Suka hati je sebut-sebut fasal hantu,kalau menjelma macam mana,aku memang sejenis penakut sikit,kalau dengan makhluk yang tak nampak ni.

"papa ok,kalau Zaf nak jaga Saira ni,tapi ingat,kau orang berdua ni bukan halal lagi" kata papa dengan tegas.

  "insyaallah Zaf tahu jaga batas kami" balas Zafrel dengan penuh sopan.

Kalau dengan mama dan papa,dia punya tahap sopan tu,100% .kalau dengan aku ada aje yang tidak kena.Aku sudah dapat mmbayangkan malam aku yang penuh sengsara.

Setelah menjelang asar,mama dan papa serta ummi dan abi pun pulang.sunyi,hanya tinggal aku dan dia di dalan bilik kelas pertama ini.aku melihat Zafrel yang bersandar ditepi tingkap,sedang ralik memerhati skrin telefonnya.Terlihat dia tersenyum,siapalah yang  buat dia tersenyum macam tu,masti seseorang yang istimewa, girlfriend ke?.detak hati kecil ku.

  "saya tahu saya ni kacak lagi bergaya,tapi tak payah lah curi-curi tengok,haram tau" kata Zafrel lalu memusingkan badannya memandang tepat ke arahku.

"euww perasan! Saya,bukan tengok Encik Zaf lah,saya tengok bukit dekat luar tingkap tu,Encik Zaf tu yang halang pemandangan indah saya" kataku sambil membuat muka menyampah.

Macam mana lah dia boleh perasan aku pandang dia,ada ilmu apa-apa eh?

"saya tahu awak pandang saya,erm saya nak pergi solat asar ni,nak kirim apa-apa tak? " tanya Zafrel sambil menjongketkan kening kanannya.

Mungkin memang tabiatnya,setiap kali bertanya,mahu mengenyit mata.

  "taknaklah,"kataku mendatar.

Dia pun keluar dari bilik itu,aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Asar dan mengqada' solat Zohor yang aku tinggalkan.baru sahaja bangun dari katil tiba-tiba pintu bilik dikuak.

 

Terkejut aku dibuatnya,takkan siang-siang ni ada hantu,jangan..aku memalingkan wajah dan melihat.

Zafrel?nak apa pula tadi kata nak solat.

"awak,lupa nak bagitahu,mama awak letak telekung dalam almari,solat tau jangan tak solat,sakit bukan alasan." katanya lalu mengenyitkan mata dan berlalu pergi tanpa sempat aku mengucapkan apa-apa.

Hish,ada aje yang nak dia gaduhkan.

Usai menunaikan perkara wajib dalam agama,aku mengerling melihat jam yang tergantung di dalam bilik.dah pukul 5.30 petang,Zafrel masih belum balik,ke dia balik rumah ni,memang niat nak tinggal aku.

Alah kalau memang dia tak balik pun tak jadi masalah kat kau lah Saira,hospital papa ni mana ada hantu,kalau kau kena kacau,kau lari pergi bilik Cik Ain,doktor yang dah lama kerja dekat hospital papa.

Aku mencapai telefon lalu mendail nombor Salina.

"hello,Saira! Sorry aku tak lawat kau lagi,aku ada seminar hari ni." terdengar suara Nyaring Salina di hujung talian.

"ouh,aku kacau kau ke ni?" soalku,risau pula kalau mengganggu Salina.

" eyh tak lah,aku tengah kemas-kemas nak balik," katanya.

"ouh takpelah,kau kemas lah,nanti kita borak." kataku.

"okey." balas Salina,

Panggilan pun diputus,aku menghela nafas berat,bosannya duduk sini,mahu sahaja aku lari dan balik rumah,tapi,kalau aku lari tentu berita aku lari akan sampai ke telinga papa.

***

Terdengar seseorang sedang mengalunkan ayat suci al-quran,merdu sekali,tapi siapa? Aku dimana? Aku dah mati ke?

BERSAMBUNG....

P/s: hai semua!

Harap semua enjoy dengan bab kali ni! Enjoy reading semua!


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C11
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ