ดาวน์โหลดแอป
38.46% Cinta Gadis Kafe / Chapter 5: Miss Dragon

บท 5: Miss Dragon

Carl melepaskan rasa lelah di atas kerusi empuk yang berwarna coklat gelap. Air mineral yang berada di atas meja diteguk rakus. Lega rasanya.

Mesyuarat sebentar tadi sangat memenatkan. Beberapa minggu kebelakangan ini dia sangat sibuk sehingga tiada masa untuk berseronok di luar. Terasa semangat dia semakin berkurang tapi demi masa depan syarikat dan kehidupan mewah yang dia terima dia harus gagah. Sekalipun sukar, hidup tetap perlu diteruskan.

Bunyi ketukan di pintu menyebabkan mata Carl yang terkatup rapat kembali segar. Carl membetulkan cara duduknya di atas kerusi. Malu kalau dilihat oleh pekerjanya nanti.

"Masuk!" Jerit Carl senada. Bila terlihat wajah Gabriel, terus Carl menunjukkan gaya malasnya di kerusi dan kembali memejamkan mata. Gabriel terus menghampiri Carl.

"Carl!" Seru Gabriel.

"No, Gab. Aku tak ada mood. So.... tired!" Jawab Carl lebih tegas. Dia sudah tahu apa yang ingin dikatakan oleh Gabriel.

"Please, Carl teman aku," pujuk Gabriel.

"Gab, apa yang istimewa sangat perempuan kafe tu di mata kau? Aku bad mood sekarang ni," jelas Carl. Tidak mahu terus diganggu.

"Ni bukan sebab perempuan tu. Sekarang ni dah lunch hour, Carl. More or less, we just have 20 minutes. So, we need grab something to eat before we are continuing our discussion with another client. Remember?" Sangkal Gabriel.

Arghhh....mesyuarat lagi! Jerit hati Carl. Kerana kesibukkan inilah, Eliza sudah mula merajuk dengannya kerana sering menundakan pertemuan di antara mereka.

Hampir setiap hari dia bertengkar dengan Eliza di telefon. Kadang-kadang sampai dia terfikir kenapa Eliza tidak boleh faham situasi yang dialaminya? Tanpa sedar Carl mengeluh kecil.

Ahh...nanti okay lah tu lepas aku beli barang kesukaan dia. Fikir Carl.

"Come on Carl!" Seru Gabriel lagi. Tidak putus asa.

"Tak akan disebabkan kes hari tu kau tak nak singgah dekat kafe tu lagi?" Tanya Gabriel cuba serkap jarang.

"No. This is not about the dragon," cepat Carl menyangkal kenyataan itu.

"Tapi...kenapa kafe tu?" Tanya Carl kehairanan. Carl merenung wajah Gabriel menanti jawapan dari bibir lelaki itu.

Tak akan sebab perempuan yang memanggil Gabriel sebagai Mr. Gorgeous? Sebelum ni kafe tu tak pernah dipedulikan oleh Gabriel. Mereka lebih rela pergi ke kafe kegemaran Gabriel kerana citarasa Gabriel boleh tahan buat orang seperti Carl pusing kepala melayannya.

Walaupun Gabriel jarang sekali menunjukkan rasa tidak suka terhadap sesuatu di depan orang lain tapi keakraban mereka menyebabkan Carl tahu bila Gabriel benci sesuatu dan bila Gabriel obseskan sesuatu.

Faham dengan renungan Carl, Gabriel membalas pertanyaanku dengan selamba.

"So, what? Aku lapar dan aku tahu kau pun lapar. Sekarang ni, kita tak ada kafe lain yang dekat dengan office and plus semua makanan dan minuman kat situ kena dengan cita rasa kita." Kata Gabriel.

Carl mencebikkan bibir. Alasan! Cita rasa kita konon. Bukan citarasa aku lah. Selama ni aku ikut kepala kau je sebab aku tak cerewet bab makanan ni. Getus hati Carl.

"Cepatlah!" Gesa Gabriel sekali lagi.

Carl menaikkan mata ke atas tanda terpaksa lalu dengan rasa malas dia mengekori Gabriel keluar dari bilik.

"Gab!" Panggil Carl bila masuk ke dalam kafe. "Macam biasa. Kau order," arah Carl.

Gabriel hanya menganggukkan kepala. Carl pula hanya mengikutinya hingga kaunter. Dia suruh temankan, maksudnya kerja aku kena mengekor mamat ni lah, jawabnya. 

Carl hanya diam membisu di sebelah Gabriel sambil melayani perasaannya yang mula kelam. Dia melihat Gabriel. Hampir jatuh rahang Carl saat melihat wajah Gabriel yang sedang tersenyum manis ke aras gadis yang pernah memanggilnya dengan panggilan Mr.Gorgeous.

Memang tengah angau mamat ni. Fikir Carl. Senyum sampai ke telinga. Tapi macam mana dengan permintaan Abang Justin? Ah! Kusut aku memikirkannya. Sejak akhir-akhir ini banyak betul masalah. Masalah orang lain pun jadi masalah aku. Masalah aku pula? Tetap aku seorang saja yang menanggungnya. Desis hati Carl.

Sekali lagi gadis itu memanggil Gabriel sebagai Mr.Gorgeous tetapi cepat menutup mulutnya dengan tangan seolah-olah dia sedang salah bicara. Kemudian gadis itu mengerling ke arah kawannya tetapi kawannya seolah tidak mempedulikan dirinya.

Nak tahu siapa kawan gadis tu? Si Dragon yang aku sakit hati hari tu lah. Hmmm...kerana hari ini semangat ku sedikit merundum jadi aku lupakan saja dendam kesumat ku tempoh hari pada Si Dragon ni. Hati Carl terus berbicara.

Carl memandang ke arah Gabriel yang sedang membuat pesanan makanan untuk mereka. Wajahnya tidak seceria tadi. Hmm...patutlah, Si Gadis cantik manis sudah menukarkan panggilan yang formal. Hehehe... Geli hati Carl melihat telatah Gabriel.

"I want a black coffee with less sugar and for this guy," sambil menunjuk jarinya ke arah Carl. "Cappuccino with two shot and more syrup because he had sweet tooth." Kata Gabriel selamba sambil memberi senyuman kepada gadis itu lagi.

Carl menyiku lengan Gabriel saat tabiatnya yang suka pada makanan atau minuman yang manis pada orang asing didedahkan sewenang-wenangnya. Perlukah semua itu? 

"What?" Kata Gabriel sambil memandang Carl dengan riak tidak puas hati.

"Kau kalau nak jual minyak sekalipun jangan gunakan aku boleh tak?" Bisik Carl lalu dia berpeluk tubuh dan menghalakan pandangan ke sisi lain.

Saat itu juga, Carl melihat Si Dragon menjeling ke arahnya sambil bibir merahnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang semestinya dia sendiri tidak mengerti apa butir bicaranya. Ini bukan jelingan biasa-biasa. Ini jelingan maut namanya. Carl terkedu.

Gabriel yang sedang berbual sambil membuat pesanan tambahan kepada gadis tadi tidak lagi dihiraukan oleh Carl. Tumpuannya kini hanya pada Si Dragon. Walaupun ada rasa gentar kerana jelingan maut yang diterima daripada Si Dragon, tapi mata Carl masih terpaku melihat tindak-tanduk gadis itu.

Pada fikiran Carl pastinya gadis itu tidak sedar bahawa dia  sedang memerhatikan tingkah gadis itu yang agar kasar ketika membungkuskan makanan yang dipesan oleh Gabriel. Bila-bila masa saja makanan tersebut boleh melayang entah ke mana. Uihh...wujud juga perempuan kasar dan garang seperti Si Dragon ni.

Carl sedikit terkejut dan terus mengelak bila terdapat sedikit percikan air berwarna coklat keluar dari cawan kertas yang siap dibungkus terletak elok di hadapannya. Kurang asam punya Dragon! Begini cara kau layan pelangan? Getus hati Carl.

"Hei, Dragon!" Panggil Carl dengan nada yang sedikit marah. "Apa masalah kau ni? Buat kerja tu biar elok-elok sikit. Habis baju aku, kau nak ganti?" Kata Carl dengan nada amarah yang di tahan-tahan. Psycho punya perempuan. Sudahlah angin aku tak berapa baik hari ni di tambah pula jumpa dengan perempuan sakit jiwa macam ni memang saja cari nahaslah. Sumpah Carl di dalam hati.

Gabriel di sebelah sudah terkejut beruk mendengar kata-kata Carl. Riaksinya menyuruh Carl jangan berkata apa-apa tapi apa Carl peduli. Bukan dia ada buat salah. Si Dragon ni yang tak pandai melayan pelangan.

"Excuse me. Encik panggil saya apa?" Tanya Si Dragon sedikit berang. 

Pandangannya begitu tajam sehingga naik meremang bulu roma Carl tapi apa dia peduli. Tempoh hari dia boleh biarkan tapi hari ni dia tidak akan berlemah lembut lagi. Gadis itu yang cari fasal dahulu dengan dia.

"DRAGON!" Kata Carl tanpa rasa ragu dan takut.

"Encik jangan biadap sangat. Nama saya Mary bukan DRAGON!" Balasnya. 

Nada Mary  sudah meninggi sehingga menarik perhatian beberapa pelangan lain yang ada di situ. Gabriel di sisi sudah resah. Gabriel cuba mengapai lengan Carl untuk terus beredar dari situ tetapi ditepis kasar oleh Carl. Carl tersenyum sinis ke arah Si Dragon.

"Apa!? Tak dengarlah. Cherry? Buah berry? Marry Grown? Bukan Dragon?" Tanya Carl cuba memperolok-olokkan nama Mary. Melihat wajah Mary yang mula sakit hati dengannya, Carl terus berkata dengan tegas tanpa memikirkan kesan daripada kata-katanya sendiri.

"Hei, Dragon! Dengar sini. Sekali lagi kau tunjuk attitude macam tu depan aku, kau jangan harap boleh kerja kat sini lagi. Faham?" Gertak Carl. Tiba-tiba perasaan puas menguasai dirinya apabila melihat wajah Mary yang terdiam kaku. 


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C5
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ