ดาวน์โหลดแอป
61.17% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 52: Kalau Kau Mengaku

บท 52: Kalau Kau Mengaku

KERANA gambar itu sudah tersebar luas ke sekolah, semua orang tahu tentang perkara itu. Semua gambar itu diletakkan di setiap dinding sepanjang lorong, di pintu kelas, di papan kenyataan dan malah di tandas juga tidak ketinggalan.

Pertama kali pada pagi itu, Steven yang melihat gambar itu terus berlari ke kelas untuk mencari Kenzie.

Di kelas, semua pelajar mengelilingi Kenzie untuk bertanya pada Kenzie tentang hal gambar itu.

Kenzie yang juga tidak tahu apa-apa tentang gambar itu, sangat terkejut dengan berita yang baru saja dia dengar.

Kenzie tidak pernah diperlakukan seperti ini sebelumnya. Jadi bila dia nampak gambar itu, Kenzie menjadi berang. Kerana terlalu marah, Kenzie tidak lagi mahu berfikir tentang yang lain.

Yang hanya dia ingat ialah kenapa Ashley berbuat begini.

Steven mendekati Kenzie yang sudah pun menunjukkan wajah marahnya sambil memandang gambar di tangannya. Steven tahu Kenzie sedang marah sekarang ini dan tidak mungkin Kenzie akan duduk diam dan membincangkan hal ini baik-baik.

Dalam hati Steven, dia berdoa agar Ashley tidak datang ke sekolah hari ini. Dia berharap agar masalah tidak berpanjangan lagi.

Steven memandang ke arah gambar yang dipegang oleh Kenzie. Dia tahu ada orang yang menyebarkan gambar itu dan cuba untuk memfitnah Kenzie dan Ashley. Siapalah yang berdendam sangat dengan Kenzie dan Ashley ni?

Steven memegang bahu Kenzie. "Kenzie?"

Kenzie hanya menoleh ke arah Steven. Wajah Kenzie terlihat dingin seperti biasa namun dari sinar matanya, Kenzie sudah terlihat marah.

Steven terus menarik Kenzie untuk keluar dari kelas. Mereka menuju ke hujung lorong yang sepi dan kosong.

"Kenzie, masalah ini sangat berat. Seseorang cuba nak burukkan nama kau di sekolah ni," kata Steven.

"Jangan cakap apa-apa lagi. Saya tahu siapa yang buat ni."

Mendengar Kenzie berkata dengan dingin sekali, fikiran Steven mula berputar, berfikir siapakah yang dimaksudkan oleh Kenzie.

Tidak lama kemudian, mata Steven menjadi besar. Dia memandang Kenzie dengan perasaan terkejut.

"Kau... Kau tidak berfikir ini adalah kerja Ashley, kan?" tanya Steven.

Terus saja mata Kenzie merenung Steven. Renungan dia itu tajam sekali, bagaikan pisau yang boleh membunuh sesiapa saja saat itu.

"Kau rasa siapa lagi yang buat kerja ni kalau bukan dia? Kau nak cakap siapa lagi yang buat kerja ni?? Dalam gambar ni, cuma ada saya dan Ashley. Dan masa tu, kami berdua saja yang ada di sana!" Kenzie terus menunjukkan gambar itu ke depan wajah Steven.

Steven menolak tangan Kenzie yang memegang gambar itu.

"Kau yakin yang kau dan Ashley saja ada di sana masa tu? Macam mana kalau ada orang lain ada sana dan ambil gambar tu?" kata Steven.

Dia tahu sekarang ini Kenzie sedang marah. Kenzie tidak mungkin akan dapat berfikir secara logik di bawah pengaruh amarah dia. Steven kena fikir cara untuk buat Kenzie tenang dan fikirkan masalah ini baik-baik.

Lagipun, Steven tahu ini juga bukan salah Ashley. Steven kenal dengan Ashkeh dan dia tahu Ashley tidak mungkin akan melakukan perkara ini. Mesti ada orang yang sengaja hendak memfitnah Ashley.

"Kau tengok gambar ni baik-baik, Steven. I don't care if there someone else saw us. Tapi saya tak suka bila dia buat benda macam ni. Dia sengaja nak ambil kesempatan pada saya!"

Steven hanya menatap untuk sesaat gambar itu yang jelas menunjukkan perkara tidak baik itu. Dahi Steven berkerut saat memandang ke arah Kenzie.

"Kita belum tahu apa yang berlaku, Kenzie. Kita kena tanya Ashley dulu. Mana tahu masa tu, dia tidak buat apa-apa. Semua ni perangkap Kenzie. Gambar ni jelas-jelas menunjukkan yang gambar ni diambil sudut yang tertentu."

"Kau nak tanya Ashley!? Kau nak tanya perempuan tu yang buat semua ni? Kau tengok saya, kau ingat saya nak jumpa perempuan tu lagi?" Kenzie terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada Steven.

"Saya tahu, kau rasa Ashley yang buat benda ni, kan? Tapi saya rasa Ashley tu mangsa keadaan saja, Kenzie... Dia mungkin tiada...."

"Jadi, kenapa ada rumour pasal dia yang dia suka saya. Kau tengok gambar ni.. Ini bukti dia, yang perempuan tu nak ambil kesempatan dengan saya."

Steven muka berang dengan sikap Kenzie. "Jadi, beritahu saya. Kenapa kau ada di sana dengan Ashley?? Apa yang kau buat dengan dia masa tu?? Apa yang korang buat dalam gambar ni?"

Kenzie terkelu sekejap. Dia tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut Steven. Untuk beberapa minit dia mendiamkan diri. "Saya hanya temankan dia masa ini. Saya tidak sedar yang saya sudah tertidur di dekat dia."

Suara Kenzie sudah terdengar lembut dari yang tadi. Namun masih terdengar yang Kenzie masih tidak puas hati.

Steven mengeluh. "See? Kau tuduh dia yang buat, so saya nak tanya kau. Kenapa kau ada di sana dengan dia masa tu?"

Kenzie memandang Steven dengan tajam. "Kalau kau nak bela sangat perempuan tu, kau pergi sajalah dengan dia. Kau pergi ikut Eden sana, tolong dia.... Kau tahu saya benci perkara macam ni..."

"Kenzie, sabar. Kalau kau nak settle semua secara baik-baik, kau kena bersabar dulu."

Kenzie tidak pun melayan Steven malah dia hanya memandang Steven dengan tajam.

Sedang mereka bercakap, seorang pelajar lelaki mendekati mereka. Lelaki itu ialah ketua kelas di kelas Kenzie dan Steven.

"Kenzie, kau kena panggil ke bilik disiplin. Cikgu cakap, jangan lambat!"

Kenzie dan Steven terdiam.

Kenzie menjadi semakin marah. Selama ini, dia tidak pernah pun mendapat masalah dan tidak pernah ada rekod masuk ke bilik disiplin.

Ini pertama kali dia dipanggil ke bilik disiplin dan semuanya kerana perempuan.

Satu hal yang paling Kenzie benci dalam hidupnya, adalah masalah yang berkaitan dengan perempuan.

Steven memandang Kenzie dengan wajah simpati. "Kenzie..."

Kenzie mengangkat tangannya untuk menahan daripada Steven bercakap. "Saya tidak mahu dengar kau cakap apa-apa. Biar saya selesaikan ini sendiri."

===

===

TED masuk ke dalam kelas dengan wajah berang. Dia baru saja balik dari bilik disiplin selepas dia menemani Ashley ke sana.

Ted tahu semua ini adalah kerana Mellisa. Ted tidak tahu kenapa Mellisa sanggup berbuat begitu pada kawan baik dia sendiri.

Sesampainya di kelas. Ted merasa lega di dalam hati bila melihat belum ada guru yang masuk mengajar di kelas mereka.

Tanpa menunggu lama, Ted terus menghampiri Mellisa. Ketika itu, Mellisa sedang bercerita dengan kawan-kawan yang lain dan bergelak tawa. Ted mencemuh dalam hati. Kau boleh pula ketawa di sini sedangkan Ashley dalam kesusahan. Kawan apa macam kau ni?

Melihat Mellisa masih boleh ketawa tanpa merasa terganggu dengan masalah Ashley, menjadikan Ted merasa lebih geram. Dia terus menendang meja Mellisa sehingga terbuang jauh dari Mellisa.

Semua pelajar terkejut dan mereka segera memandang ke arah Ted.

"Tak guna kau, Mellisa. Sanggup kau buat Ashley macam ni. Kawan apa kau ni?? Saya tahu kau yang fitnah Ashley, kan?" kata Ted dengan suara sinis bercampur dengan amarahnya.

Mellisa yang melihat Ted menendang meja dia tadi, sudah pun berdiri dan kini dia menghadap ke arah Ted.

Mendengar kata-kata Ted, Mellisa pura-pura membuat muka takut dan menjauhi Ted sedikit. "Apa--apa yang kau cakap ni, Ted?? Apa maksud kau??"

"Kau jangan buat tak tahu, saya tahu apa yang kau buat pada Ashley. Tengok, sekarang Ashley yang tanggung akibatnya."

Ted terus memegang tangan Mellisa dan dengan tajam dia memandang Mellisa. "Ikut saya ke bilik disiplin sekarang. Kau kena bersihkan nama Ashley. Kau kena bagi tahu pada guru disiplin apa yang terjadi."

Dan biarkan nama saya pula yang diburuk-burukkan? Jangan harap! Bentak Mellisa dalam hati. Namun, Mellisa harus tetap meletakkan wajah takut dan bingung, supaya semua orang percaya kalau bukan Mellisa adalah orang di sebalik masalah ini.

Seperti yang Mellisa harapkan, beberapa pelajar sekelas mereka mendekati mereka dan menghalang Ted.

"Ted, kau kenapa ni?? Kenapa pula kau nak tarik Mellisa ke bilik disiplin?"

"Apa maksud kau, Ted? Takkanlah Mellisa yang buat semua tu?"

"Ted, kau jangan macam-macam. Kenapa kau nak tuduh Mellisa pula?"

"Kau masih mahu percaya yang bukan Ashley yang buat semua tu??"

"Ted ni masih nak bela Ashley kah?"

"Korang jangan percaya sangat dengan kata-kata Mellisa. Saya tahu Ashley tidak salah... Dan Mellisa yang fitnah Ashley. Dia yang sebarkan semua gambar tu!" bentak Ted pula, tidak sanggup mendengar rakan-rakan sekelasnya menuduh Ashley.

"Apa maksud kau saya yang buat semua tu, Ted? Kau tak nampak kah yang dalam gambar tu cuma Ashley dan Kenzie... Sudah tentu orang yang sebarkan gambar tu ialah Ashley sendiri. Kenapa kau nak tuduh saya pula?" kata Mellisa dengan wajah yang memohon simpati.

Walaupun Mellisa tahu, masa ini Ted tidak akan bersimpati dengan dia. Tapi Mellisa berharap dia mendapat simpati dari rakan-rakan sekelasnya. Issh, bencilah Ted ni.. Kenapa pula dia masih nak bela perempuan tu? Gumam Mellisa dalam hati.

Beberapa orang lelaki menolak Ted ke belakang dan melepaskan pegangan Ted dari tangan Mellisa. Pelajar perempuan yang lain pula terus melindungi Mellisa dari Ted.

"Ted, kau ni apahal, hah? Kau masih nak bela perempuan tu? Dia sudah malukan seluruh kelas kita. Biarlah dia urus hal dia sendiri. Kau nak libatkan Mellisa kenapa?"

"Walaupun Mellisa ni bestfriend dia... Mellisa lebih baik dari Ashley. Ashley sudah buat nama kelas kita buruk dan tercalar.. Belum cakap lagi pencapaian akademik Ashley yang memang buruk di kelas kita."

Ted terus mencekak kolar baju pelajar lelaki yang bercakap buruk tentang Ashley. Dia menjadi semakin marah bila mendengar mereka merendah-rendahkan Ashley.

Pelajar perempuan yang berdekatan berteriak terkejut dengan tindakan drastik Ted. Mereka takut kalau ada pergaduhan berlaku di kelas mereka.

"Apa kau cakap?" tanya Ted dengan wajah marah.

Pelajar lelaki yang lain cuba meleraikan Ted dan pelajar lelaki itu daripada bergaduh. Kalau mereka bergaduh, nanti masalah lain muncul lagi. Tidak pasal-pasal satu kelas kena panggil ke bilik disiplin.

Sudah cukup kelas mereka dapat masalah kerana seorang pelajar, tambah pula lagi yang lain.

"Apa yang terjadi di sini ni?" teriak satu suara.

Semua pelajar di kelas itu berhenti daripada berbuat kecoh dan memandang ke kelas.

Empat orang pelajar yang memakai seragam pengawas masuk ke dalam kelas itu.

Melihat Ted dan pelajar lelaki itu masih lagi saling memegang erat kolar masing-masing, wajah para pengawas itu menjadi serius.

"Korang nak mulakan pergaduhan di sini? Ini kawasan sekolah, tidak boleh bergaduh. Sudah, pergi ke tempat duduk masing-masing. Kalau korang masih nak gaduh... Kita selesaikan semua ni dalam bilik disiplin."

Mendengar itu, semua pelajar kembali ke tempat duduk mereka.

Ted yang masih tidak puas hati memandang ke arah para pengawas itu. Di tangan mereka kelihatan ada banyak kertas. Perasaan Ted kuat mengatakan yang kertas-kertas itu adalah gambar Ashley dan Kenzie yang disebarkan ke seluruh sekolah.

Nampaknya pihak pengawas sedang menjalankan tugas mereka untuk mengambil semua gambar itu.

Ted menoleh ke arah Mellisa dengan tajam pula. Dia menumbuk mejanya dengan perlahan dengan sisa kemarahan terpancar di wajahnya.

===

===

PINTU bilik disiplin dibuka dan dua orang pelajar keluar dari sana. Siapa lagi kalau bukan Ashley dan Kenzie.

Eden dan Steven yang menunggu di luar itu, terus berdiri apabila melihat mereka keluar.

"Senior?"

Kenzie yang baru saja mahu berjalan itu menghentikan langkahnya. Untuk beberapa minit, barulah Kenzie berpaling untuk menghadap Ashley.

"Senior, saya...."

"Kau masih nak bercakap dengan saya?"

Ayat Ashley berhenti separuh jalan bila mendengar kata-kata Kenzie. Ashley memandang Kenzie dengan wajah sedih. Dia mahu berbincang dengan Kenzie tentang masalah ini tapi melihat wajah Kenzie, Ashley tahu dia hanya mampu menanam niatnya dalam hati saja.

"Kau yang sudah buat semua tapi kau masih nak bercakap dengan saya?"

Ashley tersentak. Ashley tahu Kenzie mungkin akan berfikir yang dia pelaku di sebalik gambar itu tapi Ashley tidak sangka Kenzie akan berkata begitu padanya.

"Kalau kau mengaku yang kau yang buat semua ni, baru saya akan bercakap dengan kau lagi. Itu pun.... kalau saya masih nak bercakap dengan kau lagi."

Kenzie terus berjalan meninggalkan Ashley di sana. Dia tidak pun memandang kedua kali ke arah Ashley dan terus berjalan.

Ashley terdiam di sana sambil memandang belakang Kenzie yang semakin menjauh.

Steven mengeluh melihat mereka berdua. Dia tidak bercakap apa-apa pada Ashley dan dia terus mengejar Kenzie.

Ashley semakin sedih melihat layanan Steven dan dia memandang ke arah Eden yang masih berdiri di tepinya.

Eden hanya tersenyum kecil saja melihat Ashley. "Jadi, macam mana? Apa yang guru disiplin cakap?"

Ashley hanya menggeleng kecil. Ada rasa kecewa di wajahnya. "Saya tidak tahu mahu cakap macam mana. Lepas ini, guru disiplin masih nak jumpa kami."

Eden diam saja. Memang dia sudah dapat agak masalah ini tidak akan selesai dalam masa sehari. Dia tahu masalah ini akan semakin berpandangan. Walau bagaimanapun, mereka kena mencari semua bukti untuk menolong Ashley nanti.

Eden memegang bahu Ashley dengan lembut. "Tak apa. Kau baliklah ke kelas dulu. Kalau kau kena tangkap sebab ponteng, nanti tambah masalah untuk kau lagi."

===

===

ASHLEY duduk di atas katilnya sambil fikiran menerawang jauh.

Di atas katilnya, bersepah banyak kepingan gambar. Tentunya, semua gambar-gambar ini ialah gambar Kenzie yang selama ini dia simpan.

Ashley mengeluh lalu dia diam lagi. Masih berfikir tentang kejadian di sekolah hari ini.

Ashley mendapat banyak caci maki dari pelajar sekolah. Namun, Ashley tidak kisah dengan semua pembulian dan caci maki itu. Yang menjadi keutamaan dia sekarang, ialah bagaimana dia mahu membuatkan Kenzie percaya kalau bukan dia pelaku dari sebalik kejadian gambar ini.

Ashley juga mahu memperbetulkan salah faham diantara Bryend dan Kenzie.

Ada banyak gosip yang meluas di sekolah dan Ashley tentulah tidak akan terlepas dengan khabar angin tentang hubungan Kenzie dan Bryend yang semakin dingin.

Dua orang lelaki ini tidak lagi pernah bertegur sapa seperti sebelum ini. Ashley juga mendapat tahu kalau Bryend tidak lagi bertegur sapa dengan kawan-kawan dia yang lain.

Fikiran Ashley buntu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi.

Ashley pun mengeluh lagi. Dia segera mengemas semua gambar itu dan meletakkannya di dalam kotak.

Terdengar bunyi pintu bilik Ashley diketuk. Pada masa yang sama, Ashley baru saja meletakkan kotak itu di bawah katilnya.

Ketika Ashley memandang ke pintu, Momy sedang menjenguk ke dalam.

"Ya, Momy? Ada apa?" tanya Ashley.

Momy masuk ke dalam bilik Ashley dan duduk di birai katil Ashley. Ashley yang sedar dengan sedikit perubahan dalam wajah Momy terus mendekati Momy. Dia memegang bahu Momy dengan lembut. "Kenapa, Momy?"

"Ada apa-apa yang berlaku di sekolah kah, Elley? Momy perasan sejak akhir-akhir ni, kamu asyik berkurung saja di bilik. Balik dari sekolah pun murung saja..."

Hati Ashley tersentap. Ketara sangatkah saya murung sampai Momy pun sedar? Memang pun saya ada masalah... Tapi saya sudah cuba sebaik mungkin supaya Momy tidak perasan...

"Elley, kalau kamu ada masalah, bagi tahu Momy, mungkin Momy boleh tolong. Tapi jangan diam macam ni, kamu buat Momy risau saja."

Ashley menjadi sedih. Walaupun dia tahu Momy ambil berat pada dirinya, namun Ashley tidak mungkin akan menceritakan masalah dia ini pada Momy, lebih-lebih masalah dia hanya kerana seorang lelaki.

Kalau bapa Ashley tahu, habis Ashley kena marah. Mr. Adham sangat tidak suka Ashley bergaul dengan budak-budak lelaki. Ini kerana Mr. Adham trauma dengan sikap Arillisa.

Sekarang ini, masalah Ashley ada kaitan dengan Kenzie. Kalau Mr. Adham tahu, agaknya apa hukuman yang akan Ashley dapat?

"Jangan risau, Momy. Elley okey saja. Cuma beberapa hari ni adalah masalah di dalam kelas kami. Tapi sekejap lagi selesai lah masalah ni. Momy jangan risau, ya?" Ashley cuba memujuk Momy supaya tidak memikirkan masalahnya lama-lama. Ashley tidak mahu Momy tahu tentang masalah dia.

Momy hanya memandang wajah Ashley dengan teliti. "Betul ni, Elley? Momy sudah jaga kamu dari kecil. Momy tahu kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada kamu. Kalau ada apa-apa, terus beritahu Momy, jangan simpan sendiri."

Ashley mengangguk mendengar. Kagum Ashley dengan naluri keibuan Momy. Walaupun Elley bukan anak kandung Momy, namun Momy rapat merasa semua masalah yang Ashley hadapi.

Sorry, Momy. Bukan Elley tidak mahu bagi tahu... Tapi bukan masanya...


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C52
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ