ดาวน์โหลดแอป
56.47% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 48: Berbeza Dengan Semua Perempuan Lain

บท 48: Berbeza Dengan Semua Perempuan Lain

ASHLEY duduk di atas katilnya sambil memerhati gambar yang ada di kameranya. Di atas katil, di sekeliling Ashley ialah gambar-gambar Kenzie yang bertaburan.

Di sebelah Ashley ialah buku diari yang sudah ada beberapa gambar baru yang dilekatkan.

Ashley bersorak teruja melihat semua gambar Kenzie di dalam kameranya. Dia cuba untuk tidak bersuara dengan kuat kerana bimbang Momy dan bapa dia dengar.

Kalau dorang datang ke sini, nampak apa saya buat, tidak pasal-pasal nanti saya kena marah. Nanti semua gambar ni kena buang atau kena bakar..

Arrh, tak mahu!

Ashley meletakkan kamera itu ke tepi dan dia mengambil sekeping gambar di atas katilnya. Gambar itu menunjukkan Kenzie sedang memegang bola keranjang, bersedia untuk melontarkan bola itu ke jaring.

Ashley memeluk erat gambar itu dan dia meronta lagi. Senior memang handsome lah... Tak sia-sia saya asyik ambil gambar dia saja...

Kalau saya jual gambar ni dekat peminat dia, perghh, mesti laku punya. Mesti banyak duit yang saya dapat.

Tapi saya tak nak jual. Semua gambar ni saya punya seorang saja.

Ashley mengambil gam dan dia mula menggam semua gambar itu ke dalam buku diarinya. Semua gambar itu dilekatkan dengan senyuman lebar menghiasi mulutnya.

====================

Sejak dari hari itu, hubungan Ashley dan para lelaki itu menjadi rapat dan baik. Ada kalanya, mereka akan makan bersama dan jika terserempak di mana-mana, mereka akan menyapa Ashley.

Walaupun begitu, Mia dan kawan-kawannya sering menganggu Ashley. Jadi, Ashley pun sentiasa mengelak kalau berjumpa dengan Mia dan kawan-kawannya.

Ted yang juga sedar Ashley dibuli oleh Mia dan kawan-kawannya, akan menolong Ashley daripada dibuli.

Apa yang Ashley tidak sedar ialah, perlakuan Mellisa sehari-hari. Kerana Ashley terlalu gembira kerana dapat berkawan dengan Kenzie dan kawan-kawannya, Ashley tidak sedar kalau Mellisa semakin menjauhkan diri dari Ashley.

Meskipun pada waktu rehat, Mellisa akan mengikuti Ashley untuk membeli di kafe, tujuannya adalah untuk mendekati Kenzie dan kawan-kawannya.

Mellisa menjadi cemburu melihat Ashley menjadi semakin terkenal. Ramai orang mula mengenali Ashley dan Ashley sentiasa ditegur ke mana saja dia pergi.

Meskipun Mellisa ikut Ashley ke kafe, namun di kelas Mellisa mengabaikan Ashley dan tidak mahu bercakap dengan Ashley.

Ashley pula hanya membiarkan Mellisa kerana dia tidak tahu apa punca Mellisa diam dan nampak dingin dengan dia.

Satu hari, Mellisa keluar dari tandas. Dia bertujuan mahu kembali ke kafe di mana Ashley dan yang lain ada, namun bila dia tiba di sana, Ashley dan para lelaki itu sedang keluar.

Mellisa berhenti di sana dan memandang saja Ashley sedang bercerita dengan Bryend. Sebenarnya, Ashley tidak berapa rapat dengan Kenzie atau yang lain. Cuma Bryend saja yang sering bercerita dengan Ashley dan selalu bersama dengan Ashley ketika waktu rehat.

Meskipun begitu, itu masih belum cukup untuk memadam semua rasa iri hati di dalam hati Mellisa. Meskipun hanya Bryend saja yang melayan Ashley macam seorang puteri dan bukannya dia, kawan-kawan Bryend yang lain mengabaikan Melissa.

Meskipun Ashley hanya bercakap dengan Bryend saja, semua lelaki yang lain akan menumpukan perhatian mereka kepada Ashley.

Mellisa di antara mereka pula dianggap halimunan.

Pernah sekali Mellisa cuba bercakap dengan Kenzie. Apa yang jadi, Kenzie hanya mendengar dan tidak memberi reaksi apa-apa. Tapi bila Ashley yang bercakap dengan dia, boleh pula Kenzie buka mulut dan bercakap.

Mellisa menggenggam erat jari-jemarinya, menekan kuku-kukunya yang tajam sehingga ke dasar tapak tangannya, menjadikan tapak tangannya menjadi pucat.

Mellisa merenung tajam ke arah Ashley yang sedang bercerita dengan Bryend. Apa yang hebat sangat dengan Ashley sampai semua orang nak layan dia macam puteri? Saya yang ada pun, dorang anggap macam halimunan saja...

"Kau mesti cemburu nampak kawan kau tu dapat perhatian lebih dari dorang? Kan?"

Mellisa terkejut mendengar suara perempuan dari arah belakangnya. Bila Mellisa menoleh, perempuan itu sudah berdiri di sebelahnya. Perempuan itu tinggi dari Mellisa dan cantik dengan rambut depan paras kening yang sesuai dengan ukuran wajahnya.

"Siapa kau?"

Pelajar perempuan itu memandang ke arah Mellisa lalu dia tersenyum sinis. "Saya, Sofia. Kau mesti Mellisa, kan?" Pelajar itu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Mellisa.

Dengan perasaan teragak-agak, Mellisa bersalam dengan Sofia.

Sofia memandang ke arah Ashley lagi. Mellisa juga mengikuti gerakan Sofia.

"Seronok juga ya dapat perhatian dari dorang. Siapa tidak kenal dengan kumpulan budak popular ni..."

"Ashley kan cantik.. Memanglah kumpulan tu akan layan dia. Lagipun, Ashley kan assistant dorang...."

Mellisa tidak kenal siapa Sofia, namun dia tidak boleh biarkan Sofia berfikir kalau Mellisa merasa iri hati dengan Ashley.

Sofia tersenyum kecil. "Cantik? Kau pun cantik, jadi kenapa kau tidak dapat layanan macam tu?"

Mellisa terkelu. "Itu...."

"Saya tahu kau suka dengan Kenzie, kan? Kau pun mahu menjadi macam Ashley. Sentiasa dikelilingi dengan budak-budak popular tu, kan?"

Mellisa terdiam sambil menunduk. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Dia tidak mahu mengaku kalau dia memang menyukai Kenzie sebab dia takut semua orang mencemuh dia.

Sofia tersenyum sinis melihat Mellisa yang hanya mendiamkan diri itu. Melihat gaya Mellisa yang menunduk saja itu, Sofia pasti yang apa dia cakap adalah betul.

"Saya boleh tolong kau supaya Kenzie suka kau balik."

Mellisa terkejut mendengarnya. Dengan pantas, kepalanya dipalingkan ke arah Sofia.

"Saya juga boleh tolong singkirkan kawan kau tu dari kumpulan budak-budak lelaki itu... Itu pun kalau kau sanggup..."

Mellisa memandang ke arah Ashley. Dia merasa serba-salah. Namun bila dia melihat Ashley dibawa pergi oleh kumpulan lelaki itu, tanpa menunggu dia terlebih dahulu, Mellisa menoleh ke arah Sofia.

"Saya mahu. Saya mahu Kenzie suka saya balik."

Sofia tersenyum sinis. Mangsa sudah masuk ke dalam perangkap. Tidak mungkin dia akan sia-siakan perkara ini. "Bagus. Mari ikut saya. Saya akan bagi tahu kau tentang sesuatu."

Sofia berpusing ke belakang dan melangkah pergi dari tempat itu. Mellisa terkebil-kebil memandang Sofia sebelum dia mengikuti Sofia dari belakang.

========================

~Perpustakaan Sekolah~

Ashley memilih buku yang patut dia baca untuk projek Sains mereka. Sedang dia memilih, Ted datang merapati Ashley.

Ashley yang sedar dengan kehadiran Ted itu hanya mendiamkan diri. Dia tidak pun menoleh ke arah Ted dan hanya memandang ke arah buku-buku di rak.

Ted bersandar di rak buku di belakangnya. Matanya tajam merenung Ashley yang sedang memilih buku.

Sedar dengan renungan itu, Ashley akhirnya menoleh ke arah Ted.

Ted hanya memandang Ashley dan tidak bercakap tentang apa-apa. Renungannya yang tajam itu sudah cukup untuk membuatkan mana-mana perempuan yang melihat akan langsung jatuh cinta tapi bagi Ashley yang sudah menyukai orang lain, dia tidak merasa apa-apa pun dengan renungan Ted.

"Kenapa kau tengok saya macam tu? Kau nak cakap apa-apa?" tanya Ashley dengan wajah selamba.

Ted tidak menjawab malah dia hanya merenung saja wajah Ashley dengan teliti. Apa yang dia fikir pun langsung Ashley tidak tahu.

Ashley tidak melayan Ted lagi lalu dia memandang ke arah rak di depannya. Dia malas mahu melayan Ted kalau Ted langsung tidak mahu membuka mulutnya.

"Lebih baik kau menghindar dari Bryend... dan yang lain, kalau kau tidak mahu kau disakiti nanti."

Akhirnya Ted bersuara namun suaranya tidak terdengar ramah dan menyenangkan seperti selalu. Malah jelas terdengar yang ada aura amaran di setiap bait katanya.

Ashley menoleh lagi ke arah Ted dengan wajah bingung. Dia tidak faham dengan apa yang Ted sedang beritahu.

"Apa kau cakap ni?"

"Kau tidak perasan apa yang berlaku di sekeliling kau, Ashley? Kau tidak perasan apa yang berbeza dengan Mellisa?" kata Ted.

Berkerut dahi Ashley mendengar Ted bercakap tentang Mellisa. "Kenapa dengan Mellisa?"

Ted mengeluh dengan sikap Ashley yang blur itu. Really? Did this girl have no clue about her surrounding at all?...

"Kau patut menjauh dari Bryend dan yang lain. Influence dorang terlalu kuat. Saya takut kau tidak akan dapat handle apa yang berlaku nanti. Kau sudah ada banyak musuh sebab kau rapat dengan dorang, Ashley. Kau akan bahayakan diri kau nanti."

"Kau mungkin tidak tahu tentang ini. Dan mungkin kau tidak pernah alami ini. Tapi saya tahu. Semakin kau dekat dengan Bryend dan kawan-kawannya, kau akan terluka nanti, Ashley."

Ashley diam saja mendengar kata-kata Ted. Dia masih bingung kenapa Ted berkata seperti itu. Ashley langsung tidak dapat maksud di sebalik apa yang lelaki itu cuba katakan.

"Maksud kau?"

Ted mengeluh dengan Ashley yang betul-betul tidak faham dengan maksudnya.

"Kau tidak sedar sikap Mellisa yang berubah sejak kau rapat dengan Bryend dan yang lain? Kau tidak sedar kah yang Mellisa tu juga suka dengan Kenzie... Atau mungkin salah satu dari kawan-kawannya. Saya takut Mellisa akan buat sesuatu yang jahat pada ka---"

"Okey, cukup. Saya tidak mahu dengar. Tidak mungkin Mellisa suka dengan Kenzie... Tidak mungkin dia akan buat jahat dengan saya. Dia dan saya adalah sahabat baik dan sudah berkawan sejak kecil. Dia tidak mungkin akan berbuat begitu pada saya!" kata Ashley.

"Ya, mungkin dia tidak akan buat begitu kalau dia sokong kau untuk berkawan dengan Bryend dan yang lain. Tapi, saya kenal dengan gaya Mellisa. Walaupun saya baru saja masuk ke sini dan baru saja berkawan dengan Mellisa, saya tahu perwatakan dia macam mana. She is obsessed with her popularity. Kau pun makin popular sebab Bryend dan kawan-kawan dia---"

"Cukup, Ted. Mellisa bukan begitu. Dia bukan macam yang kau cakap... Dan saya bukan popular macam yang kau cakap."

Ted terus menepuk dahinya melihat kenaifan Ashley. Macam mana pula dia tidak sedar apa-apa ni?

"Ashley... Dengar..."

"Ted, saya tidak suka kau memburuk-burukkan Mellisa di depan saya. Dia sahabat saya. Kau kena hormat dia kalau kau mahu saya masih anggap kau kawan."

Mendengar itu, amarah Ted muka muncul. Dia menolak Ashley dengan kasar ke rak buku dan menggunakan kedua-dua tangannya untuk menahan Ashley agar tidak ke mana-mana.

Melihat tindakan Ted dan jarak badan mereka yang dekat, wajah Ashley terus menjadi merah. Dia memandang Ted dengan perasaan marah. Dia tidak peduli pun dengan rasa sakit di belakangnya.

"Ted, kau--"

"Ash, saya cuma cakap macam ini sebab saya anggap kau sebagai kawan saya. Saya tidak mahu ada apa-apa jadi dengan kau."

Ashley terkedu mendengar apa yang Ted katakan. Lama dia membalas renungan Ted.

"Kau akan tahu apa yang akan terjadi kalau kau masih nak berkawan dengan Bryend dan yang lain. Saya harap masa tu, kau tidak menyesali apa-apa." Usai berkata seperti itu, Ted terus pergi meninggalkan Ashley di sana.

Ashley masih lagi diam di sana, terkebil-kebil. Masih memproses perkara yang baru saja berlaku. Tidak lama kemudian, Ashley tersedar dari khayalannya.

Tak guna punya Ted!! Berani dia buat saya begitu?!!! Tiada orang lain yang boleh buat saya begitu kecuali Senior!!!

Namun, Ashley juga sedang memikirkan apa yang Ted katakan tadi. Betulkah apa yang dia cakap tu?

====================

HARI-HARI berlalu, tiada apa-apa yang berlaku seperti yang dikatakan oleh Ted. Ashley mula mengabaikan Ted sejak dari apa yang berlaku diantara mereka kerana dia tidak setuju dengan apa yang Ted katakan kepadanya.

Ted yang sedar Ashley mengabaikan dia, mengeluh dengan sikap Ashley. Memandangkan Ashley sudah mengabaikan dia, Ted hanya mampu membiarkan saja Ashley. Apa yang jadi, jadilah. Bukan saya yang kena akibat dia...

Pada suatu hari, satu khabar angin mula dibincangkan oleh semua pelajar, tidak dari tahun pertama sehingga tahun terakhir.

Dan tentunya khabar angin ini berkaitan dengan Ashley. Tiada sesiapa yang tahu siapa yang sebarkan berita ini atau tiada sesiapa yang tahu sampai mana betul tentang kisah ini.

Tentu saja, Ashley langsung tidak tahu apa-apa tentang khabar angin ini. Tiada sesiapa yang berani mahu memberitahu Ashley tentang khabar angin itu.

Sehingga khabar angin itu tiba di telinga Kenzie dan kawan-kawannya, mereka terus terdiam dan tidak berkata apa-apa.

Ted juga mendengar khabar angin ini dan dia cuma mampu tergeleng-geleng saja. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Khabar angin sudah pun tersebar dan Ted tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang agat khabar angin itu berhenti.

Ashley pergi ke kelab bola keranjang pada petang itu kerana dia ingin meletakkan fail kelab yang diminta oleh Coach Dhin.

Ketika dia tiba di sana, Kenzie dan yang lain ada di sana. Yang tiada cumalah Bryend dan Eden.

Ashley terus menyapa mereka dengan gembira bila dia melihat mereka. Namun bukan seperti biasanya, tiada seorang pun dari mereka yang membalas sapaan itu. Malah merekah hanya memandang Ashley dengan wajah serius.

Tiada rasa segaris senyuman pun ada di wajah mereka. Malah tiada sedikit pun rasa gembira di wajah mereka.

Ashley sedar dengan suasana dingin dan serius di bilik itu, senyuman Ashley turut menghilang. Dia memandang wajah setiap lelaki itu satu-persatu.

"Ada apa? Ada yang jadi apa-apa kah?" tanya Ashley, bingung.

Terdengar Jared mengeluh berat. Jelas ada rasa kecewa dan benci di setiap raut wajahnya.

Jared berdiri dan bergerak ke pintu. "Saya pergi dulu." Tanpa memandang ke arah Ashley, dia keluar. Herry dan Charles juga ikut keluar tanpa memandang ke arah Ashley. Senyum pun tidak...

Ashley menjadi bingung. Dan pada masa yang sama, dia sedikit terasa hati dengan perbuatan mereka. Selalunya mereka akan tersenyum ke arah Ashley kalau mereka keluar.

Kali ini tidak, mereka hanya keluar saja tanpa memandang ke arah dia. Senyum pun tidak...

Saya ada buat apa-apa yang buat dorang begitu? Gumam Ashley dalam hati.

Ashley mendekati Jeremy yang duduk berdekatan dengan Steven dan Kenzie.

"Ada apa-apa yang berlaku kah? Kenapa dorang nampak murung?"

Jeremy memandang Ashley dengan penuh kedutan di dahinya. Terlihat jelas perasaan ejekan di sinar matanya. "Kau tak tahu?"

Ashley menjadi semakin bingung. "Apa yang saya tak tahu?"

Baru saja Jeremy mahu membuka mulut, pintu kelab dibuka dari luar. Bryend dan Eden masuk ke dalam.

Bila melihat Ashley, Bryend terdiam di pintu. Begitu juga dengan Eden. Mereka memandang Ashley dengan wajah yang terkejut namun masih jelas ada rasa marah di anak mata mereka.

Bryend melirik ke arah Kenzie yang juga sedang memandang ke arahnya. Kenzie membalas pandangan mata Bryend dengan pandangan dingin.

Ashley menjadi semakin bingung dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Dia mahu tahu jawapan, tapi apa yang lelaki-lelaki ni buat, semuanya diam dan asyik berpandangan saja.

Kenzie berdiri dan bergerak ke pintu. Steven mengikuti Kenzie dari luar.

Ashley memandang mereka pergi dengan rasa bingung dan dengan rasa kecewa. Ashley memandang ke arah Jeremy untuk meminta penjelasan.

Namun Jeremy hanya diam. Dia berdiri dan terus keluar. Pergi macam kawan-kawannya yang lain. Tidak bercakap dengan Ashley dan tidak menoleh pun ke arah Ashley.

"Jeremy?"

Ashley mahu menarik lengan baju Jeremy namun dia tidak berani. Jadinya, dia hanya membiarkan saja Jeremy pergi.

Anak mata Ashley hinggap di wajah Bryend yang mendung dan sedang memandang Ashley.

Eden yang masih ada di belakang Bryend itu hanya mengeluh. Dia menepuk bahu Bryend perlahan sebelum dia berjalan pergi.

Tinggallah Ashley dan Bryend saja di dalam bilik kelab itu.

"Bryend.. Kenapa.. Kenapa semua orang nampak marah... Nampak marah dengan saya? Ada apa-apa yang berlaku kah?" tanya Ashley.

Bryend merenung wajah Ashley dengan teliti. Dia dapat melihat yang Ashley betul-betul tidak tahu apa yang terjadi. Takkan lah.. Macam mana khabar angin itu boleh tersebar kalau bukan dia yang cakap?

"Kau tak tahu? Atau kau pura-pura tak tahu?"

Ashley diam mendengar soalan itu. Tahu apa bendanya kalau saya sedikit pun tidak tahu apa-apa?

"Apa?" tanya Ashley, memberanikan diri untuk bertanya.

Bryend tersenyum sinis. Terdengar seolah-olah senyuman itu ditujukan kepada Ashley.

Terus saja Ashley merasa sakit di dadanya. Sakit macam kena cucuk jarum. Tidak pernah Ashley melihat Bryend berbuat begitu kepadanya.

"Ada orang cakap yang kau suka dengan Kenzie."

Suka dengan Kenzie..

Suka dengan Kenzie...??

Ashley merasa jantungnya berhenti berdegup. Nafasnya tersekat. Dunianya berputar.

Siapa--siapa yang cakap...

"Si--siapa... Siapa ya--yang cakap?"

"Of course kau. Siapa lagi yang berani cakap begitu dengan orang lain kalau bukan kau?" balas Bryend.

Ashley terus saja menggeleng. "Bukan saya... Bukan saya..."

"Sebagai antara orang yang paling rapat dengan Kenzie, kau patut tahu kalau Kenzie tidak suka dengan benda macam ni. Semua pelajar di sekolah ni cakap pasal benda yang sama. Kau yakin kau tiada kena-mengena tentang hal ni?" Bryend berkata lagi.

Tiada lagi suara lembut yang selalu Bryend gunakan ketika bercakap dengan Ashley. Bryend yang ceria dan selalu bercakap tentang banyak hal itu kini sudah bertukar menjadi seorang Bryend yang serius dan menakutkan.

Ashley semakin cemas. Dia tidak menyangka kalau seluruh sekolah akan tahu akan hal ini. Tapi macam mana? Dia sudah berhati-hati dan tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang rahsia ini..

Kecuali....

Ashley terbangun dari lamunannya bila mendengar suara Bryend.

"Tapi bukan itu yang buat saya rasa sedih."

Ashley memandang ke arah Bryend.

"Saya ingat kau berbeza dengan semua perempuan lain. Saya ingat kau bukan macam perempuan lain yang hanya mendekati saya sebab mahu mendekati Kenzie. Tapi sebenarnya, kau gunakan saya supaya kau boleh mendekati Kenzie, kan?"

"Tidak.. Bukan. Saya tidak buat begitu. Saya memang suka berkawan dengan kau---"

"Kawan?" Dahi Bryend berkerut mendengar jawapan itu.

Ashley terdiam. Dia panik, dia tidak tahu apa yang dia cakap sampai buatkan Bryend berkata begitu.

Tidak lama kemudian, Bryend tersenyum sinis. "Rupanya, kau cuma nampak saya sebagai kawan. Saya rupanya yang bodoh. Saya saja yang asyik layan perasaan sendiri."

Tanpa menunggu jawapan dari Ashley, Bryend terus membuka pintu dengan kasar. Dia keluar dari bilik itu tanpa memandang sedikit pun ke arah Ashley.

Ashley masih diam di sana, tidak bergerak. Dia masih memproses apa yang Bryend katakan padanya.

Tidak mungkin... Tidak mungkin.... Tidak mungkin mereka akan tahu. Saya sudah berhati-hati supaya tiada yang tahu. Kecuali... Kecuali Mellisa... Mellisa tahu yang saya suka Kenzie.

Hanya dia seorang saja...

Tapi takkan dia yang beritahu?

Tidak mungkin... Mellisa itu bestfriend saya... Dia... Dia.. Tidak mungkin...


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C48
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ