ดาวน์โหลดแอป
18.82% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 16: Ashley Blushing

บท 16: Ashley Blushing

"KENZIE!!" teriak Raquel dan barulah Kenzie berhenti.

Kenzie mengeluh kecil sebelum dia berpaling ke arah Raquel. "Apa lagi kau mau?" tanya Kenzie dengan wajahnya yang masih terlihat dingin itu.

"Siapa perempuan dua orang tadi sama-sama korang? Jangan cakap yang dorang itu kawan kau... Saya tidak pernah nampak kau ada kawan perempuan sebelum ini?" kata Raquel dengan kasar.

Kenzie memandang Raquel dengan satu pandangan yang sukar difahami. Kenzie tidak faham kenapa Raquel memarahi dia hanya kerana dia melihat Ashley dengan Mellisa bersama mereka. Raquel bukan siapa-siapa selain sebagai seorang pelajar yang dia ajar, tapi perempuan ni berani bertanya tentang kehidupan peribadi dia.

"What is wrong with you, Raquel? They are my friend... You don't have to be like this!" kata Kenzie pula.

"Saya tidak sukalah ada perempuan lain bersama dengan kau... Dengar, Kenzie. Kau tau apa yang akan terjadi pada semua prempuan tu kalau kau berani dekat dengan mereka!" kata Raquel pula.

Kenzie tergelak sinis. "Excuse me, lady!! Ini hidup saya... Dan kenapa saya perlu dengar cakap kau? Are you someone important for me?? Kenapa kau tiba-tiba nak atur hidup saya....?? Hubungan kita tidak lebih dari sekadar pengajar dan pelajar."

Raquel terdiam. Dia terpempan dengan apa yang dikatakan oleh Kenzie. Saya suka kau, of course semua perempuan yang suka seseorang akan buat macam ni.

"I like you, Kenzie. Sebab tu saya tak mau ada perempuan dekat kau," balas Raquel. Akhirnya dia meluahkan apa yang selama ini dia simpan dalam hati.

Kenzie tersenyum sinis. Senyuman itu lebih menakutkan daripada senyuman syaitan. "Please, Raquel.. You're only 14 years old. This kind of thing is not suitable for your age... And I'm only 16 years old, I don't do this kind of thing! Love just make me sick!"

Sekali lagi Raquel terpempan. Dia tidak menyangka yang Kenzie akan berkata begitu.

"Di usia kau yang macam ni, lebih baik kau belajar Raquel. Your journey for love is not started yet, so use this chance to make achieve something...."

".... Kalau kau asyik nak bercinta, masa depan kau akan gelap.. Ingat pesan saya, Raquel. Belajar lah selagi kau mampu. Umur kau masih muda, jangan sia-siakan peluang ini... "

" Oh, and for your information, I won't be come to tutorial you anymore. Saya sibuk dengan latihan basketball dan saya tidak mau pelajaran saya juga terganggu. You better find other tutor other then me."

Usai mengatakan apa yang dia mau katakan, Kenzie terus berlalu dari sana. Dia sedang berfikir... Sayang, umur Raquel baru 14 tahun tapi dia sudah berfikir mau bercinta.... Sungguh pemikiran yang tidak matang... Dan Kenzie juga pernah berfikiran tidak matang.

Kenzie pernah bercinta sebelum ini namun tidak menyangka yang perempuan itu akan lari bersama dengan lelaki lain. Apa yang pasti, Kenzie berjanji dengan dirinya untuk tidak jatuh cinta lagi sehingga hatinya betul-betul bersedia. But, falling in love when you were 16? Huh, stupid right, so immature!!!

Kenzie terus masuk ke dalam kelasnya dan sebaik saja dia duduk di bangkunya, loceng pun berbunyi.

================================

Pada waktu rehat itu, Mellisa dan Ashley pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang kerja kursus mereka.

Ashley meninggalkan Mellisa di meja seorang diri dan berlalu ke rak buku untuk mencari buku-buku yang diperlukan.

Ashley menjumpai sebuah buku yang berkaitan dan dia mula membaca sisi kandungannya. Ashley berjalan perlahan-lahan berjalan ke arah meja tempat mereka duduk sambil matanya masih memandang buku itu.

Tiba-tiba, Ashley terasa kakinya tersadung sesuatu dan dia hampir terjatuh ke bawah. Untungnya, ada satu tangan yang sasa menahan bahu Ashley dan sekali gus menghalang Ashley daripada terjatuh.

Ashley yang terkejut itu terus menoleh ke tepi. Dia terkejut lagi bila sedar yang dahinya hampir menyentuh bibir lelaki itu dan apa yang mengejutkan dia ialah lelaki itu ialah Kenzie.

Damn, kenapa tiada tanda-tanda seperti yang selalu...

Kenapa saya tidak sedar yang Senior ada di sini!?

Kenzie hanya memandang Ashley yang terkaku di depannya. Wajahnya terlihat dingin namun sinaran di matanya menunjukkan satu perasaan yang hangat.

"Kalau nak membaca tu, biarlah sampai di meja dulu.. Jangan nak baca sambil berjalan. Bahaya!" kata Kenzie perlahan.

Namun itu dapat membuat Ashley teruja. Jantungnya berdetak dengan lebih hebat. Kalah-kalah orang yang tengok tayangan hantu!

Suara Kenzie yang lembut itu menyapa telinga Ashley yang sangat hampir dengan mulut Kenzie. Terus saja muka Ashley berubah menjadi merah. Oh, terlupa, tangan Kenzie masih memegang bahu Ashley.

Ashley terus saja berundur ke belakang. Dia tersengih ke arah Kenzie. "Oh, oh, ya.. Ya... Lain kali saya akan hati-hati. Terima kasih!"

Ashley bergegas ke mejanya dengan wajah yang masih merah.

Mellisa yang sedang tenang membuat kerja kursus itu memandang ke arah Ashley bila sahabatnya itu tiba. Hairan dia melihat muka Ashley yang merah itu.

"Wei, kau baru lepas dari spa ke?? Kenapa muka kau blushing?? Elok saja saya tengok kau jalan tadi, bila kau balik saja, sudah blushing!!"

Terus saja Mellisa menudingkan jarinya ke arah wajah Ashley. Ashley tersentak. "Kau jumpa lelaki ni, kan? Kau ada buat apa-apa dengan dia sampai kau blushing begini!" kata Mellisa pula.

"Ishh, mana adalah... Saya mana jumpa lelaki lain tadi. Saya cuma nampak Senior Kenzie saja tadi!" kata Ashley pula. Dia menolak jari Mellisa dengan lembut dan kembali menumpukan perhatiannya ke dalam buku yang dibawanya.

Senior Kenzie... Patutlah, hanya lelaki itu saja yang dapat buat Ashley blushing macam ni...

Mellisa pun memandang sekeliling untuk mencari Kenzie di perpustakaan itu. Kenzie ada di sini ke?? Saya tidak nampak pun....

Pada masa yang sama, Mellisa melihat Kenzie keluar dari barisan rak tidak jauh dari sana.

Kenzie berhenti dan dia menoleh ke arah Ashley. Apa yang mengejutkan ialah, Kenzie tersenyum bila terpandang Ashley yang sedang tekun belajar.

Mellisa terpempan sekejap. Dia mengedipkan matanya beberapa kali untuk memastikan yang dia nampak itu adalah salah. Kenzie tersenyum tadi? Mata saya salah nampak ke?

Bila Mellisa memandang Kenzie untuk kedua kali, wajah Kenzie kembali dingin dan senyuman itu hilang. Mellisa merasa pelik lagi. Perasaan saya saja kah? Yalah, perasaan saya saja mungkin. Takkan Kenzie mau senyum pada Ashley, kan?? Ish, ish, ish, inilah bahananya kalau ada kawan yang crush dengan Kenzie macam Ashley ni. Perkara yang pelik-pelik pula saya nampak...

Kenzie pun berjalan menuju ke mejanya sendiri. Entah kenapa dia boleh pula berhenti di sana tadi dan automatik mencari Ashley. Penyakit apa yang datang pada dia sampai perempuan itu pun dia mau cari...

Pelik....


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C16
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ