ดาวน์โหลดแอป
14.11% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 12: Kotak Minuman Susu

บท 12: Kotak Minuman Susu

Semua pemain itu berdiri dan bersedia untuk berjalan. Tiba-tiba, mereka berhenti dan mereka memandang ke arah Ashley yang masih duduk di atas bangku itu.

Merasa dirinya diperhatikan, Ashley mendongakkan kepalanya dan memandang ke arah Kenzie dan kawan-kawannya. "Kenapa kamu semua tengok saya ni? Ada apa-apa yang korang nak bagi tau?" tanya Ashley kebingungan.

"Kami tunggu kaulah, Ash... Kau patut jalan dengan kami. Sekarang sudah lewat petang. Tidak baik kalau perempuan macam kau ni jalan seorang diri, walaupun di kawasan sekolah," kata Eden.

Ashley terpempan sekejap. Otaknya ligat berfikir tentang apa yang mereka katakan. "Korang.... Tunggu saya??"

"Yalah, Ash... Kami tunggu kau lah ni! Kau tidak mau jalan dengan kami?" tanya Jeremy pula.

Tidak mau!!?? Apa yang tidak mau.. Ini yang selalu diidamkan oleh semua pelajar perempuan di sekolah ini. Hari ini saya dapat peluang jalan pulang dari sekolah dengan dorang!! Teriak Ashley dalam hati.

"Oh, okey!!" kata Ashley. Dengan wajah gembira, dia mengangkat begnya dan mengikuti pemain bola keranjang itu keluar dari dewan latihan.

Ashley juga tidak sangka yang Kenzie juga ikut berhenti walaupun dia berdiri di belakang kawan-kawannya. Tapi Ashley dapat melihat yang Kenzie sedang memandang Ashley walaupun dia tersembunyi di belakang Charles. Atau.. Itu hanya perasaan Ashley saja...

Ashley keluar dari dewan, dia terkejut melihat keadaan di luar sudah agak gelap. Ashley tidak sedar pula yang hari sudah gelap kerana dia asyik saja memerhati Kenzie bermain tadi.

Ashley, Ashley, kalau beginilah kau hari-hari, makan pun kau mungkin tak ingat... Adeehhh...

Sepanjang masa mereka berjalan ke tempat basikal, semua kawan Kenzie bertanya banyak hal kepada Ashley. Ashley pula dengan senang hati menjawab semua soalan itu.

Kenzie yang tidak pernah bertanya apa-apa itu hanya mendengar semua jawapan Ashley.

Sesampainya mereka di kawasan tempat letak basikal, masing-masing mengeluarkan basikal mereka.

Sedang Ashley mengeluarkan basikalnya, basikal dia tersangkut pula dengan rantai basikal yang ada di sebelah basikal Ashley.

Ashley berhenti dan memandang rantai yang tersangkut di roda basikalnya. "Alamak, kenapa pula rantai ni boleh sangkut macam ni?"

"Ashley, kau kenapa? Marilah balik sama-sama... Atau kau nak balik seorang diri? Tapi sudah nak gelap ni... Perempuan macam kau ni tidak boleh balik gelap-gelap macam ni!" kata Herry pula.

Dia sudah pun naik di atas basikalnya dan di sebelahnya, kawan-kawan yang lain juga sudah bersedia untuk bertolak.

"Hairan saya dengan kamu semua ni... Kalau dengan perempuan lain, tidak pula korang gentlemen... Tapi kalau dengan Ashley, gentleman habis oh!" kata Kenzie.

"Eih, jangan cakap macam tulah, Kenzie... Ashley kan assistant kita yang baik.. Bukan macam assistant kita yang sebelum ini.. Ganas betul! Hari-hari muka dia cemberut... Kita mestilah baik dengan Ashley supaya dia jadi assistant kita sampai bila-bila.." balas Jared.

Hermm, tak guna betul alasan yang Jared guna... Patutlah beria betul mau kasih kawan Ashley pulang...

Ashley tersengih melihat mereka. "Saya okey saja.. Tapi, tunggu kejap ya.."

Ashley tunduk lagi dan berusaha membuka rantai itu namun dia tidak berjaya. Shit punya rantai! Dalam banyak-banyak masa, time ni juga kau mau buat hal!!!

"Kenapa, Ash??" tanya Bryend. Dia turun dari basikal dan mendekati Ashley. Setelah dia melihat apa masalah Ashley, dia segera menolong Ashley untuk membuka rantai yang tersangkut itu.

"Kenapa, Bryend?" tanya Charles bila melihat Bryend juga ikut menunduk macam Ashley macam Ashley tadi.

"Ni ada rantai yang tersangkut di roda basikal dia. Saya tolong buka dulu," kata Bryend.

Setelah dia berjaya membukanya, Bryend memandang Ashley. "There you go!!"

"Thanks!"

Bryend hanya tersenyum mendengarnya lalu dia berjalan ke basikalnya semula.

"Wow, sejak bila Bryend tau jadi gentleman ni? Setau saya, dia hanya tau sakat perempuan saja.. Bukan jadi gentleman begini," kata Jeremy pula.

"Diamlah!" Bryend terus menumbuk lembut tangan Jeremy.

Jeremy dan yang lain hanya ketawa saja.

"Sudah kah, Ashley... Kalau tidak, marilah jalan... Kami tolong hantar kau balik... Saya rasa ini pertama kali kau balik rumah lambat, kan?" kata Steven pula.

Ashley naik ke atas basikalnya pula. "Ya, ini pertama kali saya balik lambat..."

"Kau rasa menyesal jadi assistant kami sekarang?" tanya Eden tiba-tiba.

"Heh, apa yang kau merepek ni?!!" kata Bryend dengan kuat sambil menampar bahu Eden.

Eden mengeluh kecil sambil menggosok bahunya yang ditampar oleh Bryend. Sakit gila dia tampar... Kenapa dia tiba-tiba nak tampar orang pula?

"Bukan Ashley yang menyesal nanti... Tapi Bryend yang akan menyesal kalau Ashley keluar nanti!" kata Kenzie pula. Akhirnya dia bersuara juga setelah lama mendiamkan diri dan hanya tahu ketawa saja.

Semua orang ketawa mendengarnya.

"Eh, kenapa saya punya nama pula yang kena?" tanya Bryend.

"Sudahlah, mari kita pergi! Jom, Ash!" kata Steven dengan tawa yang tersisa.

Ashley juga ikut ketawa. Terhibur dia dengan perangai kawan-kawan Kenzie. Dia baru tau yang kawan-kawan dia seceria itu.

Semua orang pun mula mengayuh basikal masing-masing dan meninggalkan Bryend yang masih lagi bertanya soalan yang sama. Bryend tidak mau kalah bila dia turut mengejar kawan-kawannya yang lain.

Mereka terus mengayuh basikal mereka sehinggalah tiba di suatu kedai, semua lelaki itu berhenti namun Ashley tidak berhenti kerana dia tidak tahu yang lelaki-lelaki itu akan berhenti di sana.

Kenzie terus memegang tangan Ashley untuk menghentikan Ashley memandangkan Ashley hanya bergerak di sebelahnya saja.

Ashley terkejut kerana dihentikan secara tiba-tiba dan dia hampir jatuh dari basikal gara-gara terkejut.

Nasib baik Steven sempat memegang bahu Ashley untuk menahan Ashley daripada terjatuh.

"Kenapa kita berhenti?" tanya Ashley pula.

"Kami selalu berhenti di sini untuk beli minuman," jawab Charles.

Ashley memandang ke arah kedai tempat mereka berhenti. Kedai itu adalah sebuah kedai runcit yang kecil saja.

Ashley hanya mengangguk. Ohh, jadi ini kah tempat yang selalu Kenzie singgah untuk beli minuman??

Semua orang turun dari basikal dan masuk ke dalam kedai runcit itu. Ashley juga mengikuti mereka.

Ashley hanya memerhati mereka memilih minuman yang mereka beli dan semua mereka membeli minuman kotak susu coklat. Ashley memandang mereka dengan wajah kehairanan.

"Hari ni adalah hari Khamis, kan? Hari Khamis, kami akan beli minuman susu coklat... Esok lain lagi," kata Eden setelah dia melihat wajah Ashley yang bingung itu.

"Yang kemarin pun lain," kata Jeremy pula.

"Tengok, kami ada beli untuk kau juga!" balas Bryend sambil dia menunjukkan satu kotak susu coklat kepada Ashley.

Ashley tersengih. "Thanks!"

Dia mengeluarkan duit dari dalam dompetnya untuk membayar harga minuman itu namun Steven terus menghalang Ashley.

"Tak apa... Saya yang tolong bayar untuk kau!" kata Steven.

Ashley terpinga-pinga. "Eh, biarlah saya bayar sendiri."

"Tak mengapa!" kata Steven lalu dia membayar harga minumannya dan minuman Ashley.

Ashley tidak dapat menghalang lagi. Jadi dia hanya memandang Steven membayar.

"Okey, jom!" Jared mengambil plastik berisi minuman itu dari pekerja di kaunter.

Mereka pun keluar dari kedai.

Sesampainya di luar, Jared mengagihkan semua kotak minuman ke semua orang. Setelah itu, semua lelaki itu mula minum minuman mereka.

Ashley yang masih terkial-kial itu hanya mengikuti apa yang diikuti oleh para lelaki itu. Dia juga hanya minum air kotak itu sambil matanya memandang setiap orang.

Semua lelaki itu juga berbaris melintang di luar kedai sambil menghadap ke jalan raya. Ashley berdiri paling hujung sekali dan di sebelahnya ialah Kenzie.

Ashley yang merasa gembira kerana di sebelah dia ialah Kenzie itu hanya melirik ke arah Kenzie yang tenang meminum minumannya.

Tiba-tiba Kenzie menoleh ke arah Ashley membuatkan Ashley tersentak dan Ashley cepat-cepat menoleh ke tempat lain pula.

"You like it?" tanya Kenzie.

Ashley memandang Kenzie dengan muka kebingungan. "Huh?" Sepertinya Ashley salah dengar tadi. Dia cakap 'You like me?!'

"Susu coklat itu... Kau suka ke tidak? Ini minuman kesukaan kami hari-hari... Jadi, saya harap kau tidaklah rasa pelik dengan favourite kami ni," kata Kenzie pula.

Ashley memandang kotak minuman di tangannya lalu dia memandang Kenzie lagi. "Saya suka... Saya tidak memilih sangat pun kalau bab minuman ni!" Ashley pun terus minum lagi minuman itu.

Kenzie yang mendengarnya hanya tersenyum kecil dan dia juga sambung minum minumannya. Namun senyuman itu tidak lama dan wajahnya kembali menjadi dingin.

Hampir tidak berkelip Steven memandang Kenzie. Betulkah apa yang dia nampak tadi? Kenzie ada senyum tadi? Biar betul Kenzie ni...

Setelah mereka siap minum dan membuang kotak itu ke tong sampah, mereka naik lagi ke basikal mereka. Mereka mengayuh basikal mereka sehinggalah tiba di persimpangan di mana Ashley selalu berhenti untuk menunggu Kenzie.

"Mana rumah kau, Ashley? Biar kamo tolong hantar," balas Bryend.

"Kau nak tolong hantar kah kau mau tau di mana rumah dia?" balas Charles pula. Kawan-kawan yang lain ketawa mendengarnya.

"Saya tolong hantar lah!!" balas Bryend sedikit bengang kerana Charles berkata begitu.

"Saya nak hantar Ashley... Biar saya yang hantar!" kata Jeremy pula.

"Saya lah yang perlu hantar Ashley!" kata Bryend.

"Biar saya yang pergi!!" kata Herry tidak mau mengalah.

"Eh, guys... Tak perlulah... Saya boleh pergi sendiri! Lagipun, sudah dekat ni.. Korang balik lah juga. Dah malam ni!" kata Ashley pula.

"TAK BOLEH!!!" kata Bryend, Jeremy, Herry dan Jared secara serentak.

Ashley terdiam. Terpinga-pinga dia memandang empat orang lelaki itu.

Kenzie, Steven dan Eden hanya tergeleng melihat perangai kawan mereka yang lain.

"Daripada korang berdebat siapa nak hantar Ashley, bagus lagi kalau kita semua pergi," kata Kenzie.

"Erk, semua pergi?" tanya Ashley lagi.

"Yalah... Daripada semua orang mau bergaduh siapa nak hantar Ashley. Baik kita sama-sama hantar. Sama juga kita sendiri yang nak hantar dia pulang," kata Eden pula.

"Tapi, saya boleh..."

"Tak mengapa, Ashley.. Bukan selalu kami buat begini... Kau patut bangga sebab kami tolong hantar kau sampai rumah lagi," kata Steven pula. Dia tersenyum dan menampakkan sisi kacaknya.

Selain Kenzie, Steven juga adalah saingan Kenzie sebagai pelajar hensem di sekolah mereka. Walaupun begitu Kenzie dan Steven tidak pernah mengambil peduli akan hal itu kerana bagi mereka, tanggapan itu hanyalah seperti permainan budak-budak bagi mereka.

Walaupun Steven juga hensem macam Kenzie tapi Ashley tidak pernah tertarik dengan Steven, kerana dia lebih dulu menyukai Kenzie.

"Kalau begitu, saya pun setuju lah! Bagus lagi kalau kita hantar sama-sama daripada kita bergaduh macam ni!" kata Jeremy.

"Yalah, tiada guna juga kita nak bergaduh macam ni!" kata Herry lagi.

"Jadi, kalau macam tu.. Marilah kita hantar Ashley," kata Jared lagi.

Akhirnya, semua lelaki itu setuju untuk menghantar Ashley bersama-sama sehingga Ashley tiba di rumahnya.

Sesampainya di rumah Ashley, semua lelaki itu agak terkejut kerana melihat rumah Ashley yang agak besar itu.

"Okey, kita sudah sampai di rumah... Terima kasih sebab hantar saya pulang!" kata Ashley pula.

"Okey, sama-sama!" balas Herry.

"Kau masuklah cepat... Takut pula nanti orang tua kau marah!" kata Steven.

Ashley tersenyum lagi lalu dia membuka pintu pagar dan masuk ke dalam. Hanya ketika Ashley sudah menyimpan basikalnya dan masuk ke dalam rumah saja barulah Kenzie dan kawan-kawannya berlalu dari sana.

Sempat lagi Ashley melambai ke arah mereka sebelum dia masuk ke dalam rumah. Dia juga sempat memandang ke arah Kenzie sebelum dia berpaling ke belakang. Dan apa yang dia nampak sungguh tidak boleh dia percaya, Kenzie sedang tersenyum ke arah Ashley.

"Bye, Ashley!! Jumpa esok!!" teriak Bryend.

Jeremy menolak kepala Bryend dari belakang. "Sudahlah kau... Mari pergi.... Kita pula yang kena marah sebab lambat nanti! Semua ni gara-gara kau!"

Bryend memegang belakang kepalanya yang ditolak. "Ai, saya lagi? Apa salah saya ni??!"


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C12
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ