ดาวน์โหลดแอป
12.94% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 11: Botol Air

บท 11: Botol Air

"Team, kenalkan assistant baru korang..."

Ashley tersengih bila semua mata memandang ke arahnya. Sekarang ini, dia dapat rasa yang muka dia sudah bertukar menjadi merah. Lebih panas lagi bila dia dapat memandang ke arah Kenzie secara berdepan dan Kenzie juga sedang memandang ke arah Ashley.

Arrgghhhh!!! Teriak Ashley dalam hati. Mau saja dia melonjak di tengah-tengah sana sambil berlari memeluk Kenzie. Tapi dia masih waras, tidak mungkin dia akan memalukan dirinya dan berlari ke arah Kenzie.

"Baik, assistant.. Tolong perkenalkan diri!" kata Coach Dhin.

Ashley menenangkan hatinya dan berdehem sekejap. "Saya Ashley June Adham, dari 3A... Boleh panggil Ash saja. Senang berjumpa dengan semua orang!"

Semua pemain terus saja bersorak setelah Ashley memperkenalkan dirinya. Ashley tersenyum kerana malu.

Kenzie tidak memberi reaksi apa-apa dan masih memberi wajah dinginnya pada Ashley. Ashley melirik ke arah Kenzie namun melihat anak mata Kenzie masih menatapnya, Ashley pun melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Ash.. Kau sudah ada boyfriend?"

Bukk!

Kepala pemain yang bertanya tadi terus dipukul oleh kawannya. Pemain itu mengerang kesakitan sambil memegang belakang kepalanya. "Hei, sakitlah, tak guna!"

"Sudah, lepas ni... Korang buat pemanasan lagi.... Dan saya nak seseorang tunjuk apa kerja Ashley sebagai seorang assistant. Siapa nak??"

Semua orang angkat tangan... Kecuali Kenzie dan Steven.

"Hermm, Steven.. Kau yang akan tunjuk apa Ashley perlu buat sebagai assistant... Kenzie, saya ada nak cakap dengan kamu sekejap.."

Coach Dhin pun menyuruh pemain lain latihan sementara membincangkan sesuatu dengan Kenzie.

Steven pula berjalan ke arah Ashley dengan senyuman ramah. "Hai, Ash... Saya Steven... Penolong Captain Basketball... Captain Basketball kita adalah Kenzie..."

Kenzie adalah Captain dorang... Tau!

Ashley terus memberi senyuman ramah juga kepada Steven. Walaupun dia kecewa kerana bukan Kenzie yang menolongnya, setidaknya mulai saat ini, Ashley akan ada di setiap latihan dan game basketball Kenzie. Arrghhhh, happynya!!!!.....

"Hai, Steven... Saya senang ada di sini."

Ya, senang sebab boleh tengok crush hari-hari... Hampeh betul Ashley ni!😒😂

Steven tersenyum mendengar jawapan Ashley. Kalau dia tau apa yang Ashley pikir, mesti dia tidak akan percaya.

"Okey, so.. Ash... Perkara pertama yang perlu kau tau adalah....."

Steven pun mula menunjukkan semua perkara yang perlu diketahui oleh Ashley.

================================

Ashley duduk di tepi bangku sambil memandang ke arah pemain-pemain bola keranjang sedang berlatih. Dia sangat gembira dan teruja kerana dia boleh melihat latihan itu secara langsung seperti yang dia mau.

Dan apa yang paling buat dia gembira ialah, Ashley dapat melihat Kenzie yanf berpeluh-peluh semasa latihan. Sungguh perkara ini sangat jarang berlaku pada dia.

Setiap kali Kenzie dapat menjaringkan bola keranjang ke jaring, Ashley akan melonjak gembira dalam diam. Kalau Coach Dhin menoleh ke arahnya, Ashley akan berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Wisel ditiup dan semua pemain berhenti latihan.

Pemain-pemain itu kembali ke tempat duduk dan mengambil mereka sendiri.

Ketika itu Kenzie sedang mencari botol airnya di antara barang-barang yang lain.

Ashley yang sedang memerhati para pemain itu sedar apa yang dilakukan oleh Kenzie.

Mesti dia sedang cari botol air dia... Saya tolonglah dia...

Ashley pun mula mencari botol air Kenzie. Dia melihat ada botol air berwarna hijau di atas bangku dekat dengan Ashley. Ashley dengan segera mengambil botol air itu lalu dia menyerahkan botol hijau itu kepada Kenzie.

"Nah, kau cari ini kan?? Ini bukan kau punya ke?" tanya Ashley.

Kenzie menoleh ke arah Ashley dan dia memandang ke arah botol air itu. Akhirnya dia pun menyambut botol air itu. "Terima kasih..."

"Wuuu, tengok tu, Assistant kita sedang tolong Captain lah... Saya pun nak kena tolong macam tu!" kata salah seorang pemain yang ingin menyakat Ashley.

Ashley hanya tersenyum sambil memegang lehernya. Dia sebenarnya malu bila disakat begitu.

Kenzie pula masih tidak memberi reaksi apa-apa dan dia duduk di bangku sambil meminum airnya.

"Ashley, apa yang kau rasa lepas kau nampak game kami tadi??" tanya Jeremy. Dia kini sudah duduk berhadapan dengan Ashley.

Ashley bungkam. Dia tidak tahu hendak berkata apa sebab yang dia tengok hanyalah Kenzie. Ashley mula mencari-cari ayat yang sesuai untuk menjawab soalan itu.

Ashley makin gelabah bila Kenzie juga turut memandang ke arahnya.

"Saya rasa permainan korang dan cukup okey..."

Semua mata memandang ke arah Ashley, seolah-olah mengatakan yang Ashley ini tidak jujur dengan ayatnya.

"Tapi korang masih perlu latihan... Masih ada beberapa kekurangan yang korang perlu perbaiki," balas Ashley pula setelah melihat mata-mata para pemain yang memandangnya seolah-olah Ashley ini banduan atau apa-apa.

Mendengar itu, semua pemain terus tersenyum lebar. "Yekeh?? Kalau begitu, kami terpaksa berkerja keras lah kalau begini," kata Jeremy pula.

Ashley tersengih pula. Mana saya tau apa benda yang mau dicakap. Itulah kau, Ashley... Kerja kau sini sebagai assistant... Bukan sebagai stalker... Kenapa kau mau tengok Senior saja???

Hermm, apa boleh buat, dis terlalu hensem... Saya tidak sanggup tolak godaan untuk tengok dia.

Tidak lama kemudian, wisel dibunyikan lagi dan semua pemain kembali ke gelanggang latihan.

Ashley kembali ke tempat duduk dan memerhati saja mereka bermain.

Ashley terus memerhati Kenzie bermain. Dia melihat lelaki itu bermain seolah-olah ada satu sinaran cahaya yang terang menyinari Kenzie sampaikan pemain lain pun tenggelam dengan sinaran Kenzie. Sungguh menyilaukan...

Ashley tersenyum gembira. Gembiranya dapat tengok Senior latihan macam ni...

================================

Latihan sudah selesai.

Para pemain sedang bersiap-siap untuk pulang. Mereka sedang berkemas.

Ashley juga ikut mengemas namun dia hanya mengemas barang-barang yang digunakan oleh pemain saja. Dia menyimpan bola keranjang yang digunakan ke dalam stor.

"Bye, Coach Dhin... Bye assistant cantik!! Jumpa esok!!" teriak Marcus, seorang pemain bola yang ceria di kalangan mereka.

Ashley hanya tersenyum sambil membalas lambaian itu.

Perlahan-lahan, satu-persatu pemain keluar dari dewan latihan setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Coach Dhin dan Ashley. Kecuali Kenzie dan kawan-kawannya.

Bryend mendekati Ashley. "Ashley... Kau pulang ikut siapa? Boleh saya hantar kau pulang?"

Sempat Ashley menjawab, Jared datang lalu dia menarik rambut Brynda ke belakang. "Jangan menyibuklah, kau ni!"

"Arh, aduh, aduh, aduh, Jared... Tak guna kauu!!! Lepaslah, nanti lipatan rambut saya rosak lagi! Kau selalu rosakkan lipatan rambut saya!!" marah Bryend sambil dia memeriksa rambutnya sama ada masih elok atau tidak.

"Dia tidak akan ikut kau balik atau sesiapa balik... Dia bawa basikal ke sekolah... Bukan jalan kaki.." jawab Kenzie secara tiba-tiba.

Semua orang menoleh ke arah Kenzie.

"Macam mana kau tau?" tanya Charles pula.

"Sebab saya nampak!" balas Kenzie.

Kenyataan itu membuatkan semua orang terkejut, termasuk Ashley.

"Kau pernah nampak dia bawa basikal?" tanya Bryend.

"Kau biar betul.. Kau tengok ke?" tanya Herry pula.

Setau mereka, Kenzie adalah jenis yang sangat dingin pada perempuan. Dan jika Kenzie berkata yang dia melihat Ashley pernah bawa basikal, jadi apalah maksud tu???

Ashley yang juga terkejut dengan kata-kata Kenzie sebentar tadi hanya terkebil-kebil memandang Kenzie. Dia pernah nampak... Maksudnya, dia tengok saya... Dia, dia memerhati saya sebelum ini?? Tidak mungkin....!!?

Steven juga terkejut dengan apa yang Kenzie katakan. Selama ini Kenzie tidak pernah pun memberi perhatian tentang perkara sekeliling dia, tapi macam mana dia boleh tau yang Ashley bawa basikal? Atau memang dalam diam Kenzie memerhati Ashley?

"Betul kah Ashley, kau bawa basikal?" tanya Jeremy pula.

Ashley mengangguk. "Ya, saya bawa basikal ke sekolah. Kenapa?"

"Wow, tidak mungkin!" kata Eden tiba-tiba.

Tidak lama kemudian, Kenzie berdiri. "Jom, pergi!"


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C11
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ