ดาวน์โหลดแอป
8.23% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 7: Obses

บท 7: Obses

Seperti biasa pada pagi itu, Ashley bangun awal dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Setelah sarapan, Ashley pun mengayuh basikalnya ke persimpangan tempat dia selalu menunggu Mellisa... Dan juga Senior Kenzie.

Tidak lama kemudian, Mellisa pun sampai.

"Yo babe... Morning," sapa Mellisa.

"Morning too, babe... Kau nampak ceria saja pagi ni.. Ada apa-apa yang perlu saya tau?" tanya Ashley dengan penuh curiga.

Mellisa hanya tersengih. "Tak adalah... Saya kan memang selalu macam ni?"

Ashley hanya merenung Mellisa. Menginginkan kepastian namun Mellisa hanya memasang waja selamba, wajah yang selalu dia buat.

"Fine... Tapi kalau ada apa-apa, kau mesti beritahu saya okey? Jangan nak sorok-sorok seorang diri..."

"Okey, kalau ada apa-apa.. Saya akan bagitau.. Tapi setakat ni I'm okay.."

Ashley mengangguk tanda puas hati. Tidak lama kemudian, dia melihat Kenzie datang bersama kawan-kawannya. Kali ini mereka hanya bertiga, bukan macam selalu... Tujuh orang.

"oh, Senior sudah muncul... Mari jalan, Mel!" katq Ashley lalu dia mengayuh basikalnya dengan laju.

Mellisa mengeluh sekejap lalu dia terus mengejar Ashley.

Setelah tiba di sekolah seperti biasa, mereka akan meletakkan basikal mereka ke tempat basikal dan menguncinya.

Saat sedang mengunci basikalnya, mata Ashley melirik ke arah Kenzie.

Penuh khusyuk Kenzie memasang kunci pada basikalnya sehingga wajahnya pada pagi itu terlihat berseri-seri.

Ashley tersenyum gembira lagi. Hari ini pun senior nampak hensem...

"Kenzie.. Jom!"

Kenzie berdiri dan dia mendekati kawan-kawannya.

Ashley juga ikut berdiri dan segera mengikuti Kenzie.

Mellisa yang ada di belakang hanya mengeluh lagi. Ni kawan saya ni betul-bet jadi stalker sudah...

Di kelas... Kerja Ashley bukan belajar tapi dia terus berfikir bagaimana mahu menolong Kenzie untuk menjauhi Raquel.

Ashley terus saja berfikir sampaikan guru yang mengajar di depan pun sudah tidak direndahkan.

Sampailah bunyi loceng sekolah berbunyi barulah dia tersedar dari lamunannya.

"Kelas, terima kasih cikgu!"

"Terima kasih cikgu!!"

"Nampaknya, kita kena berbincang tentang kerja kursus yang Cikgu Helney bagi kita," kata Mellisa sambil menyimpan bulunya di dalam beg.

Ashley yang terbingung itu memandang ke arah Mellisa dengan wajah kehairanan. "Kerja kursus? Adakah?" tanya Ashley.

Mellisa terlopong memandang Ashley. "Kau tidak dengar tadi apa yang Cikgu Helney cakap?? Apa saja kau buat masa dia terangkan tadi?"

"Urm, menghayal?"

"Ash, Kita ada projek nak buat... Kau pula sambil lewa tidak mendengar tadi. Nasib baik satu group kau tu saya.. Entah macam manalah kau kalau bukan saya yang jadi ahli kumpulan kau," leter Mellisa.

Ashley hanya tersengih. Apa-apa yang dikatakan Cikgu Helney tadi memang dia tidak ingat pun. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

"Malam ni, saya akan pergi ke rumah kau untuk buat projek ni. Petang ni, saya masih ada latihan bola jaring..."

"Okey..."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Ashley keluar dari bilik guru. Dia ke sana untuk menghantarkan latihan yang diberikan oleh Cikgu Aliff kepada mereka.

Ashley dalam perjalanan menuju ke kelasnya apabila dia me lihat Raquel sedang berdepan dengan dua orang pelajar perempuan di lorong sunyi.

Ashley bersembunyi sekejap lalu dia memerhati apakah yang akan dilakukan oleh Raquel.

Raquel kelihatan sedang berpeluh tubuh dan bercakap-cakap dengan dua pelajar perempuan itu.

Ashley tidak faham apa yang Raquel cakap kerana suaranya tidak jelas.

Tidak lama kemudian, Ashley melihat Raquel terus menendang pelajar yang ada di kanan dan menampar pula pelajar perempuan yang ada di sana.

Ashley terlopong. "Ganasnya...."

Gila kah Raquel ni... Dia baru junior tapi sudah pandai membuli orang. Ingat sekolah ni bapa dia punya kah?

Terlihat dua orang pelajar itu menangis kerana Raquel berlaku kasar pada mereka. Setelah itu, Raquel pun berlalu pergi dengan mukanya yang agak serius.

Ashley mendekati dua orang pelajar itu. "Kamu berdua tidak apa-apa?" tanya Ashley.

Dua orang pelajar itu berdiri dalam keadaan masih menangis. "Kami okey," kata perempuan yang ditampar tadi.

"Kenapa Raquel boleh buat korang macam tu?" tanya Ashley.

"Tiada apa-apa... Salah kami sebab buat dia marah. Tapi terima kasih sebab sudah bertanya," kata yang satu yang ditendang oleh Raquel.

Dia memegang tangan kawannya lalu mereka berlalu dari situ dengan pantas. Sepertinya mereka tidak mau Ashley bertanya lebih lanjut tentang perkara tadi.

Ashley memandang mereka pergi. Dia masih mau bertanya banyak hal tapi mereka sudah melarikan diri, seolah-olah mereka mahu mengelak dari disoal oleh Ashley.

Akhirnya, Ashley pasrah dan dia pun berlalu. Raquel sangat kasar, tidak sepatutnya dia buat begitu pada pelajar lain, apalagi umurnya yang masih muda dan masih junior di sekolah mereka.

Tidak boleh jadi ni... Saya kena tunjukkan pada Senior Kenzie yang Raquel tu macam mana...

Semasa Ashley berjalan, tiba-tiba jantungnya berdegup dengan kencang dan dia mula merasa gugup. Ashley memandang sekeliling.

Lalu jauh di hadapannya, di arah yang bertentangan ialah Kenzie.

Kenzie sedang berjalan dengan gaya selamba sambil kedua-dua tangannya diselukkan ke dalam poket.

Ashley terpaku buat seketika. Dia berhenti berjalan dan memerhati Kenzie. Jam seolah-olah berhenti bergerak dan keadaan di sekeliling terlihat seperti berhenti. Hanya Kenzie saja yang masih bergerak.

Ashley terus menundukkan mukanya. Terasa mukanya sudah pun panas. Dia blushing....

Ashley meneruskan langkahnya sehinggalah mereka saling menghampiri.

Ashley melirik sekejap ke arah Kenzie dan dia terkejut bila Kenzie juga sedang memandangnya tapi hanya sekejap sebelum dia memandang ke depan dan terus berjalan.

Ashley berhenti sekejap lalu dia memandang ke arah Kenzie yang masih berjalan. Dia tersenyum lagi, "Senior tengok saya?"

Bila teringat lagi tentang pandangan itu, hati Ashley melonjak gembira. Dia terus berjalan lagi ke kelasnya.

Ketika dia tiba di kelas, masa rehat hampir tiba.

Mellisa yang menunggu Ashley tiba di kelas terus menarik Ashley ke kantin. "Jom, kita pergi ke kafe sekarang.. Saya laparlah..."

Ashley yang tidak sempat duduk itu terpaksa mengikuti Mellisa lagi.

Setelah mereka membeli makanan, mereka duduk di tempat yang kosong.

"So, macam mana dengan latihan kau?? Okey ke?? Kau masih lagi center dorang?" tanya Ashley. Dia yang tidak begitu lapar itu hanya membeli kuih dan segelas air teh sejuk.

"Latihan kami okey saja... Saya masih center tapi saya terpaksa bersaing dengan junior saya. Dia juga handal dalam posisi center itu... Ah, malaslah nak bertanding dengan dia. Sudahlah sombong.. Tak suka bergaul lagi," kata Mellisa. Dia sedang menikmati mee gorengnya saat itu.

Ashley hanya mengangguk. Tiba-tiba dia teringat akan tentang Raquel. "Mellisa, kau tau tak, sebenarnya Raquel tu playgirllah... Saya tidak percaya kalau dia adalah playgirl... Saya ada check IG dia semalam dan ada banyak gambar dia dengan lelaki. Looks like they enjoying the moment a lot..."

Mellisa menoleh ke arah Ashley. "You stalk her?"

"Yeah, of course..."

Mellisa menggeleng-geleng pula. "Kau ni obses betullah dengan Kenzie.. Saya harap kau tidak akan menangis kalau dia tiba-tiba suka dengan orang lain nanti.."

"Saya bukan obses dengan dialah.."

"Yalah... Tidaklah sangat..."

"Dengar Mel... Ini mungkin akan buat kau terkejut.. Tapi semalam saya ikut Senior... Dan kebetulan Raquel ada bersama Senior. Baru saya tau yang Senior tu rupanya adalah tutor kepada Raquel.. Sebab tu kenapa orang cakap Raquel pernah confess dengan Senior..."

"What! Kau ikut Senior pulang rumah? Kau gila kah?" kata Mellisa terkejut.

"Bukan Mel.... Saya cuma ikut dia di kawasan sekolah ini saja. Bukan balik ke rumah. Kau gilakah mau ikut sampai rumah..." Ashley meminum tehnya dengan tenang.

"Oh, ingatkan kau ikut sampai rumah..." Mellisa kembali tenang dan menikmati makanannya semula.

"Tapi saya tau Raquel suka Senior.. Sebab dia berabis mau pujuk Senior stay di rumah dia untuk makan malam semalam. Saya harap yang Senior tidak akan stay..."

Mellisa melirik ke arah Ashley yang mula menghayal tentang Kenzie. "Kalau dia suka dengan Kenzie, kenapa pula kau takut ni? Kan Kenzie tu jenis yang dingin dan tidak mau ada hubungan special dengan perempuan..."

"Saya tau, cuma saya tak maulah ada perempuan macam Raquel tu dekat-dekat dengan Kenzie..." balas Ashley pula.

Mellisa menggeleng. Kawan saya ni memang sudah angau... Sanggup dia nak tolong Kenzie tapi lelaki tu tidak pernah pun mau tengok Ashley sebelah mata...


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C7
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ