Well, yesterday was awesome.
Orange tersengih-sengih sendiri di katilnya, bukan mudah dia mahu melupakan kenangan pertama dipuji oleh Caleb. Lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak dari dulu kala, satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan dia terbuai-buai setakat ini walaupun hanya dengan melihatnya dari kejauhan. Semoga esok lebih baik daripada hari ini dan hari-hari seterusnya menjadi lebih indah dan indah dan indah lagi.
Dia memejamkan matanya seketika, wajah Caleb menari-nari dalam bayangannya tapi tiba-tiba bayangan itu hilang dan wajah Noah muncul tiba-tiba. Orange bingkas bangun dari tidurnya. Apahal tiba-tiba dalam banyak-banyak orang yang dia kenal, wajah lelaki itu juga yang muncul tanpa diundang? Orange mencebik geram walau dalam bayangan atau dalam mimpi, wajah Noah tidak pernah dia alu-alukan walau sekali. Lelaki yang menyebabkan hidupnya yang aman damai kini menjadi huru-hara tidak menentu.
"Why so late? awak tahu tak saya sudah kepanasan menunggu di bawah matahari." Terngiang-ngiang di telinga Orange kata-kata Noah siang tadi apabila terpaksa menunggunya keluar daripada kelas untuk pulang.
Sudah dia sendiri yang tidak membawa keretanya ke sekolah, saya pula yang disalahkan. Orange hanya mampu mengomel di dalam hatinya sahaja. Mahu menjawab? Maka bersiap sedialah mendengar ugutannya yang berjela-jela tentang diari miliknya. Walaupun dia berdiam diri sepanjang perjalanan balik, lelaki itu tidak henti-henti membebel dengan pelbagai perkara yang tidak masuk akal langsung. Orange sendiri sudah melupai point sebenar bebelannya, mahu dicantas tetapi dia tahu dia siapa.
"Besok saya yang akan jemput awak ke sekolah. Awas kalau awak pergi sekolah sendiri." Amaran keras Noah kembali bermain di mindanya. Tidak pasal-pasal terpaksa pula dia yang akan menanti lelaki itu esok untuk balik. Orange menarik nafas berat, mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Dia kemudian mulai berangan-angan kembali tentang Caleb sehinggalah dia terlena diulit mimpi.
******
Mentari pagi itu bersinar dengan garangnya, Orange yang menanti di luar pagar rumahnya sudah berpeluh-peluh padahal jam baru menunjukkan jam7.00 pagi. Jam 7.00 pagi? Orange memandang kembali jam tangannya. Dia mengetap bibirnya geram, ini sudah keterlaluan. Takkanlah Noah sengaja meninggalkannya? Sudahlah keretanya pula dipandu oleh papanya ke tempat kerja sebab kereta milik papanya telah dimasukkan ke bengkel. Mamanya? sudah bertolak menghantar adiknya ke sekolah, tadi bukan main dia menolak mamanya kononnya nanti Corina akan menjemputnya. Itu semua dusta. Corina langsung tidak tahu tentang dirinya yang akan ke sekolah sendiri kerana yang berjanji dengannya ialah Noah. Ini semua gara-gara plan Noah kemarin yang kononnya akan menjemputnya hari ini and what the hell, bodohnya dia untuk mempercayai lelaki itu untuk menjemputnya. Lelaki yang sengaja mahu mengenakannya. Mahu menangis rasanya Orange mengenangkan nasib dirinya. Tidak pernah dalam hidupnya dia ponteng sekolah walau sekali, walaupun dia sakit sekali pun dia tetap akan hadir ke sekolah selagi dia mampu (dan tidak pernah tidak mampu).
Orange duduk mencangkung seperti gelandangan di tepi longkang, menanti bayang-bayang kereta Noah atau mungkin siapa-siapa sahaja yang boleh dia tumpang untuk ke sekolah. Tapi beranikah dia untuk meminta tumpang? sedangkan kereta lalu pun dia menunduk tidak mahu melihat kerana segan. OMG, Orange. Shame on you.
Tut!Tut!
Hampir terlompat Orange apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati. Sudahlah dia tengah gundah-gulana boleh pula dia kena hon. Bukannya dia berdiri di tengah jalan raya atau di hadapan rumah orang lain, rumah dia sendiri kot.
Cermin kereta yang gelap menyukarkannya untuk melihat siapa gerangannya pemilik kereta tersebut. Dari model kereta itu pun dia tidak dapat meneka pemiliknya. Noah? Bukan sama sekali. 'Prince' itu tidak mungkin memandu kereta keluaran dalam negara, setahunya kereta milik Noah keluaran luar negara yang branded. Orange dengan posisi masih mencangkung masih menunduk dan hanya memerhatikan kereta tersebut dengan ekor matanya.
"Hei, what happen? Nak tumpang?"
Orange terlopong, dia kehilangan kata-kata untuk dikatakan. Dengan kedudukannya sekarang dan juga keadaan dirinya dan macam-macam lagi perkara yang terlintas di mindanya, Orange seakan mahu terjun berenang-renang di dalam longkang di tepinya.
Caleb tersenyum manis di dalam keretanya. Mimpi? Orange mencubit tangannya. Ouch, sakit. Maknanya ini bukan sekadar mimpi tetapi realiti. Orange mengangguk perlahan kemudian dia menunduk lagi. Peluhnya semakin laju menitis. Nervous? of course. Macam manalah mahu jadi calon isteri idaman kalau dalam keadaan begini. Sungguh tidak senonoh.
"Hop in. Kita sudah lambat nie, tidak pasal-pasal nanti habis 1 period kelas." Caleb mempelawanya masuk sambil membukakan pintu tempat duduk sebelah penumpang. Bila masa dia turun dari keretanya? Orange juga tidak pasti, yang pastinya hari ini dia akan ke sekolah bersama Caleb. Thank you, Noah. Orange mengangguk lagi kemudian masuk ke dalam kereta.
******
"Noah, its 7.00am already! You're not going to school today? Seriously, you need to stop playing games at night. Look at you..." Pn.Thalia membebel sambil menarik selimut anak bujangnya itu. Noah menggeliat malas sambil membetulkan tidurnya. Semalam dia tidur agak lewat kerana tidak berpuas hati dengan ranknya dalam Mobile Legends yang telah turun dan hari ini dia agak malas untuk melakukan apa-apa.
"Entah, apalah nak jadi dengan awak nie Noah. Belajar malas, ke sekolah malas, kerja malas. Tell mama apa yang awak tak malas buat? Playing games? Then, play till awak muntah hijau." Pn.Thalia masih membebel sambil tangannya terus menerus menampar-nampar bahu Noah dengan geram.
"5 more minutes, ma. 5 more minutes." Noah menjawab sambil menarik selimutnya tadi. Sekadar subjek sejarah di awal pagi, dia tidak peduli. Piece of cake. Lagi pun Orange belum tiba untuk menjemputnya hari ini. Orange? jemput?
"Oh, my God, Noah!" Terlompat Pn.Thalia apabila Noah yang tadinya masih berbaring tiba-tiba melonjak bangun dari katilnya.
"Ma, you should wake me up earlier. Why ma?why so late?" Noah membebel sambil bergegas ke kamar mandi kemudian 2 minit kemudian dia keluar dengan tuala di pinggangnya.
Pn.Thalia menggeleng sambil keluar dari bilik anaknya itu.
"I've try to wake you since 6.00am, Noah. Awak yang tak nak bangun." Ngomel Pn.Thalia. Noah tidak menjawab tangannya pantas menyarungkan pakaian ke badannya. Dia sudah tidak kisah dengan padanan warna atau style atau berkedut atau tidak.
Tapi kenapa dia kelam kabut sangat? Setakat Orange sahaja, bukannya girlfriend dia pun, kalut-kalut buat apa? Kemudian terbayang pula wajah Orange yang asyik tunduk sahaja dan terbayang lagi wajah innocentnya menanti di luar rumah. Kesianlah pula. Lepas itu, terbayang lagi wajah Orange ketika menangis dipaksa menggunting rambut tempoh hari, Noah menggeleng perlahan. Eh,eh...pasal apa nak concern sangat?
"Ma, i gotta go. Bye!" Tanpa melihat kearah mamanya Noah berlari-lari anak ke keretanya sambil membetulkan kasutnya.
Pn.Thalia hanya memandang sahaja tanpa berkata apa-apa. Hairan bin ajaib anaknya itu kelam kabut hendak ke sekolah,selalunya walaupun sudah jam8.00 dia tetap tenang dan bersahaja ke sekolah (macamlah sekolah bapak dia). Tapi kali ini, kalut semacam sampai rambut pun serabai tidak bersikat.
"Drive slowly, Noah. Safety first,okay!" Pn.Thalia menjerit dari dalam rumah. Entah dengar atau tidak Noah yang sudah berada di dalam kereta.
Maybe because of the girl yesterday? Pn.Thalia tersenyum sendiri.
******
Noah menekan hon keretanya beberapa kali sebelum sabar menanti di luar rumah Orange. Matanya meliar memandang halaman rumah gadis tersebut, pintu pagar tertutup rapat begitu juga dengan pintu utama. Takkanlah Orange sudah ke sekolah? Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal, tidak mungkin. Manalah gadis tersebut berani untuk melanggar arahannya, mungkin masih bersiap di dalam rumah. Tapi takkanlah sudah hampir jam8.00 pagi dia masih belum siap bersiap. Takkan bermekap bagai hinggakan terlalai? Noah bermonolog sendiri.
Tut! Tut!
Noah tersentak dari lamunannya, sebuah kereta menghonnya, dengan terpinga-pinga dia memindahkan keretanya.
"Adik nak cari siapa nie?" seorang wanita pertengahan umur keluar dari dalam kereta tersebut.
Noah menurunkan tingkap keretanya sambil tersengih. Mama Orange ke nie?
"Orange, auntie." Noah menjawab singkat.
Wanita tersebut mengerutkan dahinya sedikit terkejut. Matanya tajam merenung Noah.
"Saya kawan sekolah dia, auntie. I am Noah." Noah seakan faham tentang pandangan tajam wanita tersebut. Pantas dia keluar dari dalam kereta dan berdiri sopan di hadapan wanita itu.
"Oh...kawan Orange. Mengejutkan, Orange ada kawan lelaki, tampan pula tue. Betul ke awak nie kawan dia? Oh, i'm Pn.Amily. Orange's mom. Nice to meet you, Noah. Nice name." Pn. Amily tersenyum mesra sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Dia tidak menyangka dalam diam, Orange mempunyai kawan selain daripada anak buahnya, Corina. Lagi mengejutkan, lelaki tampan pula itu.
"Orange masih di dalam rumah auntie? I've wait since few minutes ago but tiada orang yang keluar." Noah memberanikan dirinya bertanya.
Pn.Amily mengangkat keningnya kemudian tersenyum lagi.
"Auntie rasa Orange sudah ke sekolah. She said Corina will come, lagi pun pintu rumah sudah berkunci dari luar tue. Mustahil shes still inside."
Secara automatik Noah menghela nafas berat. Kenapalah dia lambat bangun? Dalam banyak-banyak hari, hari ini jugalah dia boleh terlena tidak ingat dunia.
"Why? Orange janji nak tunggu Noah ke?" Pn.Amily bertanya, sengaja memancing Noah agar berterus terang dengannya.
Noah menggeleng pantas, malulah pula kalau dia mengaku yang dia berjanji nak jemput Orange tapi dia terlajak tidur. Atau lebih teruk lagi nanti, kalau Pn.Amily tahu tentang perjanjiannya dengan Orange, maid-nya yang sah di sisi perjanjian mereka berdua.
"Gotta go, auntie. Nice to know you. Mungkin Corina dah jemput Orange. See you again." Noah meminta diri dan cepat-cepat kembali ke keretanya.
Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah gadis tersebut kerana telah mengingkari perjanjian mereka kemarin. Tidak kisahlah dia lambat bangun atau tidak, janji tetap janji. Tidak pasal-pasal terpaksa lagi dia menipu Pn.Amily. Kawan sekolah konon. Noah tergelak sendiri di dalam keretanya.
Awak tunggu nanti kat sekolah, Orange. Ini mesti plan dia mahu membalas dendam terhadap dirinya. Jangan harap. Biar satu sekolah tahu tentang rahsia awak, Orange. Just wait and see.