Orang tua itu berjalan menuju ke anggota pranita tersebut sehingga dia sudah betul-betul hampir lalu dia meletakkan telapak tangan kanannya pada ubun-ubun anak perempuannya lalu membaca beberapa ayat yang tidak jelas didengari, saat itu rambut anak perempuannya mula menggerbang dan mata putihnya kini merah menyala, cuma dia diam seribu kata tapi terlihat diwajahnya betapa dia benci dengan orang tua tersebut.
"Kalau begitu Tuan, saya mohon undur diri, akan saya ubati anak perempuan saya ini", pegawai aku hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja kerana dia sendiri sedar yang dia tidak arif tentang ilmu-ilmu mistik ni.
" Baiklah, kalau begitu pakcik boleh membawanya pulang dengan land rover kami", saya sudah pun mengarahkan anggota saya untuk menghantar pakcik dan anak pakcik pulang berubat", "hanya ini sahaja yang saya mampu bantu", jawab pegawai aku.
Orang tua itu hanya menganggukkan kepala sahaja tanda setuju dengan bantuan pegawai kami, lalu dia memimpin anak perempuannya naik ke belakang land rover dan dia duduk dihujung kerusi berhampiran pintu belakang land rover lalu dia memberi satu amaran pada pemandu dihadapan," ingat! walau apa pun yang berlaku jangan sekali-kali kau memandang ke belakang walau sekuat mana kata hati kau mahu juga memandang ke belakang, jiakalau tidak kau tanggung sendiri akibatnya, faham"! herdik orang tua itu. Pemandu land rover lans kopral (nama dirahsiakan) hakim, menganggukkan kepalanya seperti ayam memakan dedak, dengan peluh dingin mula membasahi wajahnya.
Aku dan kawan-kawan aku yang lain hanya mampu memberi isyarat mata sahaja kerana pada waktu ini suhu tidaklah sesejuk mana tapi kami tidak sedar pada saat bila cuaca dan suhu secara tiba-tiba berubah secara drastik, yang mana sekarang suhunya ibarat negatif 3 atau -4, tersangat sejuk dan ada sesetengah masa nafas kami mula mengeluarkan wap seperti mana apabila kita berada dikawasan sejuk seperti genting highland ataupun kundasang Sabah, saat itu kesemua anggota lelaki mula duduk rapat-rapat dan meletakkan lengan masing dibahu rakan yang berada disebelah mencari punca untuk memanaskan badan kerana saat itu kesemuanya sudah menggigil kesejukan walhal kami semua berpakaian celoreng penuh lengkap dengan pouches dan senjata dan juga helmet tempur latihan yang mana semua sudah sedia maklum betapa panasnya baju celoreng itu sebenarnya tapi malam ini sesuatu yang tersangat pelik terjadi. Kami tidak dapat melelapkan mata hingga ke siang hari kerana cuaca sejuk dan juga perasaan seram yang dialami sebelum itu membuatkan kami tidak dapat melelapkan mata kerana setiap kali kami melelapkan mata pasti adegan yang berlaku pada malam tadi terngiang-ngiang didalam benak fikiran.
Jam menunjukkan tepat pada 0730 (hours) waktu tentera, kami mula bergerak secara teratur ke arah anak sungai untuk membasuh muka dan mana yang mahu memberus gigi pun ada juga, selesai sahaja kami terus ke mes masak beratur mengikut giliran masing-masing mengambil sarapan pagi yang siap dimasak kedalam mestin masing-masing ada juga sudah mula memenuhkan botol minuman tempur dengan air masak.
Aku seperti biasa sarapan aku ala kadar cukup untuk 5 suapan sahaja kerana aku kurang selera pada pagi ni dengan apa yang berlaku malam semalam sedikit sebanyak membantut selera makan aku bukan aku sahaja yang hilang selera ramai lagi anggota yang hilang selera tetapi dalam tentera tak boleh nak ngelak dari sarapan kena makan juga walaupun tak ada selera, kerana ia akan memberi kita tenaga sampai tengah hari nanti, pagi ini tugas berjalan seperti biasa.
Kami mula membahagikan tugas pada seksyen yang sudah ditetapkan dan masing-masing mula sibuk mengambil perkakas seperti shovel dan cangkul bersiap-siap untuk ke destinasi latihan tempur berkubu, dengan arahan ketua platun kesemua sudah siap berbaris dalam 3 barisan memanjang ke belakang.
Seronok bila lihat ramai-ramai satu skod bergerak dalam satu barisan berkonvoi jalan kaki menuju ke destinasi yang sudah ditetapkan lupa sebentar dengan perkara yang berlaku sebelum ini. Setelah 30minit perjalanan sampai lah kami ke destinasi yang telah ditetapkan, kami semua memandang ke arah bukit yang sudah dipilih oleh pegawai kami sebagi pengkalan kubu pertahanan, apa lagi kami semua mula menyibukkan diri, sarjan latih mula menunjukkan posisi mana yang perlu digali, sedalam mana dan berapa orang mampu dimuatkan sehinggalah ke puncak bukit, saat menggali pun bermula yang mana kami yang sudah mula menggali secara bergilir-gilir setiap seorang sepatutnya mengambil masa 15minit seorang, tapi secara tiba-tiba berubah kepada 10minit seorang, sahaja mana taknya tanahnya tidak lembut setiap lapisan dipenuhi batu-batu kecil yang menyusahkan kerja kami dalam proses menggali kubu. Kalau ikut kiraan pegawai kami sepatutnya proses menggali cuma mengambil masa sejam sahaja tapi meleret sehingga dua jam setengah.
Siap tugas menggali pegawai mengumpul kami semua dalam satu barisan setelah selesai briefing tentang kubu yang sudah disiapkan kami diarahkan keluar baris dan berehat sementara menunggu makanan tengah hari sampai ke lokasi kami. Setengah jam kemudian land rover tiba dilokasi sambil membawa nasi dan lauk didalam bekas medan dan seperti biasa kami beratur menunggu giliran mengambil nasi dan lauk, hari ni ramai yang kelaparan tak sampai 20minit sahaja lauk makanan tengah hari sampai sudah habis dek kerana ramai yang tak ada selera pada pagi tadi lini ramai yang melepaskan geram pada makan tengah hari.
Selesai makan tengah hari, pegawai kami sudah mula memberikan tugas mencari beberapa puluh batang buluh untuk dibuat lantai dan tangga didalam kubu dan untuk kubu mesin gun berat kami juga perlu membuat bumbung separuh dan sedikit ruang untuk meletakkan mesin gun tugas berat, seksyen senjata berat satu kubu 3orang, seksyen senjata rifle satu kubu 2 orang.
Kesemuanya selesai pada jam 1745hours, kami mula beratur dalam 3 barisan dan mula bergerak balik ke pengkalan kami dalam kepenatan, sesampai ke pengkalan ramai yang berpusu-pusu membuka kasut spike boot kami, ramai yang kakinya melecet teruk termasuklah aku sekali, pedihnya bukan kepalang, kami terpaksa koyakkan kulit yang melecet itu kalau dibiarkan nanti dia membengkak dengan air bisa, bila kami selesai mandi dan memakai stokin baru kami letakkan bedak talkum tentera yang tiada bau dikaki kami banyak-banyak nak mengelakkan perkara melecet berulang kembali tetapi pabila siap memakai kasut ternyata kulit melecet yang kami koyak tadi sudah mula merasa pedih tapi kami henjut juga pedih pun pedihlah. Yang tak tahan sakit sampai meleleh air mata pun ada juga tapi nak buat macam mana cita-cita nak jadi askar tak kesampaian dapat jadi askar simpanan pun dah kira bersyukur, terima sahajalah apa sahaja yang bakal menimpa.
— ตอนใหม่กำลังมาในเร็วๆ นี้ — เขียนรีวิว