ดาวน์โหลดแอป
45.45% Di mana aku sekarang? / Chapter 20: Pertemuan Semula

บท 20: Pertemuan Semula

Lain pula ceritanya di makmal ESCOM. Rin dan pasukan ekspedisinya menemui jalan buntu lagi kerana mereka tidak menemui satu jalan pun yang seperti dalam peta yang ada pada mereka. Mereka rasa tertipu tetapi mereka belum berputus asa lagi. Mereka duduk berehat di sebuah Rest Inn.

"Cis, bukan 2 hari masa permainan. Ini sudah berminggu. Baik kita ikut jalan biasa je." kata Kinra.

Dia kepenatan selepas berlawan dengan sekumpulan mandragon semasa dalam perjalanan pulang dari Perkampungan Troll di luar Cirk Capital. Dia mengalami sedikit kecederaan tetapi ia tidak akan mempengaruhi badan fizikal mereka kerana sistem game tersebut melindungi data binari pemain dari rosak.

"Sabar, jalan biasa lagi bahaya.. memanglah jarak dia 5 hari masa permainan.. tapi risikonya lagi tinggi kerana jalan ke sana dijaga oleh monster yang sama level dengan level tertinggi pemain. saya tahu kenapa jalan ni susah sangat nak cari." kata Rin.

"Kenapa Rin?" tanya Okumura Jun.

"Untuk persediaan sekiranya ada orang lain selain kita Tester yang cuba merampas Portasec." terang Jennifer.

"Eh, kemungkinan macam tu boleh berlaku ke?" kata Takanashi.

"Ye, buktinya musuh dah dapat Mini portal, tak mustahil mereka dapat cipta Portal mereka sendiri." kata Rin.

"Buat masa ini kita perlu fikir jalan penyelesaian lain." kata Ren.

Ren mengeluarkan peta daerah Cirk Capital dan menunjukkan sebuah tempat yang belum mereka terokai. Besar kemungkinan di sanalah terletaknya kunci untuk mendapatkan Portasec.

"Tempat ni agak jauh dan belum diterokai. Awak pasti ke kat sini?" kata Rin.

Dia agak ragu-ragu kerana lokasi tersebut agak jauh dari dungeon yang jadi sasaran mereka.

"Ye, saya pasti." kata Ren penuh yakin.

"Baiklah esok kita akan pergi ke sana."

Rin dan pasukannya keluar dari portal dan memberikan laporan pada hari itu kepada Tuan Hakeem. Mereka kemudiannya pergi ke tempat penginapan mereka di belakang Wisma ESCOM. Ia merupakan bangunan banglo mewah yang disediakan oleh Tuan Hakeem semasa Closed Beta test dulu. Tempat tersebut dikawal rapi oleh pengawal keselamatan.

Keesokan harinya, Rin bangun awal dan seperti biasa dia menunaikan kewajipannya sebagai orang muslim. Selesai sahaja solat subuh dia pergi bersiap. Sebaik sahaja keluar dari pintu biliknya dia terserempak dengan Okumura Jun.

"Ohayo Rin-kun." kata Okumura, ceria.

"Ohayo. Awal juga awak bangun hari ni." kata Rin.

"Eh, ye ke?" kata Okumura-san.

Sebenarnya dia bangun awal sebab dia mahu mengajak Rin untuk bersarapan bersama di kafeteria yang terletak di tingkat bawah Wisma ESCOM.

Perut Rin berbunyi. Okumura memanfaatkan peluang keemasan tersebut untuk mengajak Rin makan bersamanya.

"Rin, jom kita pergi bersarapan."

"Eh? Tak tunggu yang lain bangun dulu?"

"Jomlah, saya tahu awak lapar. Saya belanja." kata Okumura-san seakan memaksa.

"Oh, okey." kata Rin.

Mereka berdua berjalan bersama menuju ke Wisma ESCOM. Pagi itu, cuaca agak mendung seakan-akan hendak hujan. Cuaca pada hari tersebut sangat ideal untuk pasangan kekasih berjalan bersama. Ehh! Rin-kun terima ajakan saya! S...ss..saya tak tahu apa nak cakap.

Mereka akhirnya sampai di kafeteria.

"Fuh, nasib baik tak hujan kan." kata Rin.

Okumura tidak perasan yang Rin sedang bercakap dengannya. Dia asyik memandang muka Rin yang kacak itu. Rin kawaii...

"Okumura-chan." kata Rin.Okumura tersedar dari lamunannya.

"Gome. Awak ada cakap apa-apa tadi?"

"Eh, takdelah hehe. Awak nak makan apa?"

"Sandwich dengan telur." mukanya agak kemerahan kerana malu. Dia agak nervous duduk berdua-duaan dengan Rin. Tambahan pula, hanya mereka berdua yang berada di sana.

Pesanan mereka telah sampai. Mereka menikmati sarapan mereka dengan senyap. Rin.. cakaplah sesuatu... awak.. saya nak beritahu awak perasaan saya..

Kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang mendekati mereka. Tsumiki melonjak gembira melihat Rin selamat dan terus memeluknya.

"Eh? Tsumiki-senpai! Apa awak buat kat sini?" kata Rin. Dia agak terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba senpainya itu.

Kelihatan Minori, Kazuo, Itsuka dan Kagamine-sensei mendekati mereka. Tsumiki melepaskan pelukannya.

"Rin! Kenapa! Kenapa awak tinggalkan kami tanpa beritahu kami apa-apa!" kata Minori.

"Rin. Baguslah awak selamat." kata Kazuo.

"Eh? Kamu dah tahu segalanya tentang saya? Tapi macam mana?"

"Saya yang beritahu mereka." kata Itsuka-san. "Saya rasa mereka patut tahu." Sambungnya.

Rin tunduk dan meminta maaf kerana selama ini dia tidak memberitahu perkara sebenar. Kazuo menepuk bahu Rin.

"Takpe, saya tahu yang awak buat tu sebab awak tak mahu libatkan kami kan." kata Kazuo.

"Saya risaukan keselamatan kamu semua. Terutama selepas kejadian dengan Itsuka-san. Saya tak nak benda tu berlaku lagi." kata Rin.

"Takpe, Rin. Yang penting awak kena habiskan misi awak dan kita kembali seperti biasa ye." kata Kazuo dan memberikan senyuman. Selepas menemui Rin, Kazuo kembali kepada dirinya yang biasa.

"Janji ye Rin." kata Minori.

Rin mengangguk.

"Arigato, minna sebab menyokong saya. Baiklah, saya akan buat yang terbaik. Demi kita semua." kata Rin bersemangat.

"Eh kamu semua ada kat sini?" kata Orihara-kun. Dia dan tester lain baru sahaja hendak bersarapan. Akira mendekati Orihara-Kun. "Baka." katanya sebelum menangis.

"Gome, Akira-chan. Saya buat awak risau." kata Orihara kesal.

Akira mengelengkan kepala.

"Tak perlu minta maaf. Saya cuma rindukan awak." kata Akira.

"Wah, pertemuan yang mengharukan." kata Jennifer.

"Eh! Ren dah ada girlfriend!" kata Sarah.

Mereka semua mengambil tempat duduk dan bersarapan bersama-sama.

"Jadi Rin, macam mana dengan perkembangan misi kamu?" tanya Kagamine-sensei.

"Kami sudah dapat tahu dimana lokasinya tapi sejak kebelakangan ini ada masalah yang melmbatkan kami." terang Rin.

Seorang pegawai ESCOM mendekati mereka.

"Semua tester dipanggil ke makmal Portal sekarang." kata pegawai tersebut.

Tanpa berlengah mereka semua pergi ke makmal Portal. Kelihatan Tuan Hakeem sedang memantau pasukan yang sedang menyelanggara Portal sebelum dibuka.

"Eh? Leftenan Kagamine dari SFJ. Apa awak buat kat sini?" Kata Tuan Hakeem.

"Eh? Tuan kenal Kagamine-sensei?" Kata Rin.

"Ye, sayalah yang menugaskan Leftenan Kagamine untuk menjaga kamu." jelas Tuan Hakeem.

"Saya disini untuk mengiring dan melindungi rakan-rakan Rin." kata Kagamine-sensei.

"Saya percaya yang mereka ialah sasaran musuh dan sini ialah tempat yang paling selamat untuk mereka." kata Cik Kagamine cuba memberi alasan.

"Apapun Rin, kamu dan tester lain hanya ada 4 hari tinggal sebelum Portal berjaya digodam sepenuhnya." kata Tuan Hakeem.

"Ya, saya faham tuan. Kami akan cuba dapatkan Portasec secepat mungkin." kata Rin.

"Baguslah kalau kamu faham. Kamu semua perlu bersedia, dalam setengah jam lagi Portal akan dibuka." arah Tuan Hakeem. "Kamu kawan-kawan Rin kan? Kamu semua boleh duduk disini untuk melihat perkembangan semasa di dalam Portal melalui skrin." katanya sambil menunjukkan skrin besar yang digunakan untuk memerhati pergerakan pemain-pemain semasa berada di dalam Portal. Kazuo dan yang lain mendekati Rin.

"Hati-hati." nasihat Kazuo. "Bukan aku seorang je yang menunggu kepulangan kau." sambungnya sambil menjelingkan matanya kearah ketiga-tiga crush Rin.

Semua tester lain sudah memasuki bilik persediaan. Orihara-kun sedang dalam perjalanan ke sana.

"Tunggu!" kata Akira. Kata-kata Akira tadi mematikan langkah Orihara-kun. Dia kemudian berpaling kearah Akira berada.

"Gome, Akira-chan. Saya perlu..."

Akira memeluk Orihara-kun.

"Hati-hati di sana ye." kata Akira.

Orihara-kun menepuk bahu Akira.

"Daijobu. Macam yang Rin cakap, kami akan buat yang terbaik. Jadi.. nantikan kepulangan saya ye." kata Orihara sambil memberikan senyuman manis.

Orihara-kun kemdian melangkah masuk ke bilik persediaan pemain. Meninggalkan Akira-san keseorangan di situ. Apa perasaan ini? saya tidak tahu apa nak fikir lagi.. betulke saya dapat berjumpa dengan awak lagi?

Akira kemudian pergi ke bilik monitor di mana Minori dan yang lain berada.Portal sudah bersedia dan dibuka. Para Tester mula memasuki Portal.

"Baiklah, kali ni kita takkan gagal lagi." kata Takanashi bersemangat.

"Hei, orang tua berperisai. Jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi. Nanti kecewa baru tahu." kata Kinra.

"Ceh, awak apa kurangnya. Menaruh harapan dengan budak NPC tu." kata Takanashi.

Dia menyedari hubungan Kinra dangan seorang NPC sejak hari kedua masa permainan. Kinra sering melawat sebuah rumah yang terletak di kawasan rumah orang-orang kaya Cirk.

"Diamlah!" kata Kinra. Mukanya kemerahan.

Okumura atau usernamenya Arc_Light nampak muram pada waktu itu. Rin mula risau apabila melihat Okumura-san yang selalunya ceria itu muram.

"Okumura-chan." kata Rin. "Kenapa ni? Awak nampak muram je.

""Eh, takde apalah." kata Okumura-san sambil memberikan senyuman yang cuba menyembunyikan perasaan kecewanya itu.

"Oh, pasal pagi tadi ye." kata Rin. "Gome, hmm.. lepas kita keluar dari Portal hari ni saya belanja awak pula." kata Rin cuba menceriakan Okumura.

"Okey.." kata Okumura.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C20
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ