ดาวน์โหลดแอป
87.5% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 14: Hang Nadim menurunkan ilmu bertarung.

บท 14: Hang Nadim menurunkan ilmu bertarung.

Setelah hampir setengah purnama Hang Nadim berada dikampung halamannya, hubungan Seri dan Nadim bertambah akrab.

"Abang Nadim, Seri mahu belajar ilmu bertarung dari abang Nadim, boleh tak Seri belajar"?, tanya Seri. Hang Nadim cuma tersenyum sambil mengusap lembut ubun-ubun adiknya.

Lalu Nadim menyusun beberapa ilmu, teknik dan kuasa yang dia dapat sebelum ini namun tidak sempat untuk menelitinya lebih mendalam lagi, "skill point" pun sudah terlampau banyak tak terguna lagi. Lalu Nadim menaikkan kesemua teknik, ilmu dan kuasa yang dia dapat sehingga tahap mahaguru, lalu menyusun dan menukarkan namanya ke beberapa bahagian contohnya seperti :-

water bender kepada kuntau air sibelut hikmat

earth bender kepada kuntau bumi kekura sakti

wind bender kepada kuntau angin lang garuda

fire bender kepada kuntau api harimau berantai,

lalu Nadim pun bertanya pada adik kesayangannya, "Seri mahu belajar teknik tempur yang mana satu, ilmu yang abang ada kesemuanya berkaitan dengan air, angin, tanah dan api, yang mana satu yang adik( Nadim tak biasa menggunakan frosa bahasa melayu lama jadi dia terus panggil adik sahaja yang mana seri sudahpun terbiasa) Seri mahu belajar"? tanya Hang Nadim.

Dengan gembira Seri menjawab pertanyaan abangnya, " Seri mahu belajar tempur air, boleh bukan abang Nadim turunkan ilmunya"? tanya Seri.

"Baiklah!, "akan abang kongsikan seni kuntau air sibelut hikmat", lalu Nadim meletakkan ibu jarinya diantara kedua-dua kening adiknya lalu dia menurunkan ilmu kuntau air( yang mana Nadim sudah siap-siap " copy and paste", hanya untuk orang terdekat yang dia sayang) ingat dek Seri, seni kuntau air ini terbahagi kepada 8 tahap iaitu,:- pelatih muda, pelatih, pendekar muda, pendekar, guru muda, guru kanan, guru utama dan akhirnya tahap mahaguru.

"Jikalau adik Seri mahu lekas memahiri ilmu tempur ini, "adik mesti belajar dikawasan yang berair seperti denai ataupun anak sungai", faham tu"!? tanya Hang Nadim dengan tegas pada adik kesayangannya yang mana jawapannya itu dibalas dengan anggukan dari Seri menandakan bahawasanya dia memahami setiap bait-bait arahan yang abang Nadimnya berikan. Setelah Seri menerima ilmu tempur dari abangnya hampir setiap hari dia menghabiskan waktunya di kolam ikan buatan yang berada tidak jauh dari perkarangan rumah utama Pak Busu. Tidak sampai waktu petang lagi Seri sudah pulang kerumah, Nadim mula menoleh kearah adiknya lalu dia terkejut amat sangat apabila melihat status adiknya yang kini Sudah pun mencecah tahap pendekar, " (ish....ilmu apa adik aku pakai ni, sekejap jer dah jadi pendekar?)",bisik Hang Nadim didalam hatinya.

"Seri, kemari, " abang mahu melihat sudah ditahap mana dik seri memahiri ilmu tempur yang abang beri", jawab Nadim memberikan alasan. Seri terus melangkah menuju ke Hang Nadim lalu duduk diatas riba abangnya, lalu Nadim menunjukkan wajah terperanjat( anjat mak)Wahh! gigih sungguh adik abang ini, sudah tahap pendekar kalau begitu abang mahu beri sedikit nasihat berguna buat adik, dari air yang tidak punya bentuk apabila terkena sesuatu suhu seperti suhu sejuk air akan mula berbentuk pepejal, menjadi air batu, lalu Nadim menunjukkan caranya pada Seri.

Mata Seri yang cantik mula tergamam apabila mengetahui bentuk seterusnya untuk air ialah air batu (ais) dia mula mengamatinya dengan tekun apabila abangnya membentuk ais ditelapak tangannya. Dia memegang batu yang sejuk diamati dan lalu dia juga menjilat air batu tersebut dan terserlah diwajah dan matanya yang dia benar-benar terkejut betapa segarnya air batu tersebut lalu memasukkan terus kedalam mulut dan mengunyahnya, membuat Hang Nadim tergamam melihat telatah adiknya.

Setelah perkongsian ilmu oleh Hang Nadim pada adiknya kini adik kesayangannya Seri kembali sibuk dengan rutin hariannya dalam memahiri ilmu tempur air hasil kurniaan abangnya. Kini Hang Nadim punya hasrat untuk menurunkan ilmu tempur tanah kepada bapanya Pak Busu lalu Nadim mula menuju ke beranda hadapan rumahnya yang mana bapanya selalu beristirehat disitu lalu dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya kepada bapanya, apabila selesai meluahkannya bapanya diam seketika dan akhirnya menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Hang Nadim, lalu Nadim meletakkan ibu jarinya dipertengahan antara kedua-dua kening bapanya lalu menurunkan ilmu tempur Kuntau bumi kekura sakti, memandangkan bapanya tidak mempunyai kebijaksanaan dalam ilmu tempur Nadim memimpin ayahnya dengan ilmu asas dan selepas itu menunjukkan kelebihan kuntau bumi kekura sakti ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bertempur, berlindung malah boleh digunakan dalam perkara seharian.

Hang Nadim memberi peringatan pada bapanya bahawasanya dia perlu memahiri ilmu kuntau ini sehingga tahap guru kecil barulah boleh diperturunkan pada orang bawahannya.

Ayahnya Pak Busu mengangguk setuju dan dia juga mula menyibukkan dirinya dengan seni kuntau tempur ajaran anaknya dan menyerahkan tugasnya untuk sementara kepada Hang Nadim.

-------------------------------------

Lain pula ceritanya bagi Tengku Faridah dengan Mak Piah sekarang hubungan mereka ibarat ibu dan anak yang kadang-kadang membuatkan Nadim hanya mampu menggelengkan kepalanya kerana dulu Nadim dimata ibunya seperti "kaulah segala-galanya", tapi kini " hai hai bye bye", lalu Nadim mengambil keputusan "biarkan sahaja", kini Tengku Faridah sudah pandai memasak apa jua jenis masakan terasa bangga kerana kini masakannya dipuji oleh Mak Piah dan juga Seri Teratai, yang mana Pak Busu cuma tersenyum tanpa memberi apa-apa " Komen" balas, Hang Nadim pula buat muka tiada perasaan apabila ditanya oleh Tengku putri tentang bagaimana masakannya.

Kini Hang Nadim semakin terhimpit dengan sikap Tengku Puteri dia pasti akan dimarahi teruk oleh pembesar-pembesar istana apabila mengetahui yang tuan puteri belajar memasak dengan ibunya dan selepas itu memasak untuknya.

Adiknya Seri pula semakin galak menyakat abangnya dengan Tengku Putri.

Kini Pak Busu sudah pun memahiri dengan seni kuntau bumi kekura sakti dan langkah pertamanya ialah merubah tembok pertahanan kampungnya menjadi seperti tembok besar diistana negara cina yang tinggi, megah, kukuh dan kuat. Kini pintu gerbang kampungnya juga diperbuat daripada batu yang ditarik dengan bantuan lembu dan kerbau. Hang Nadim tidak lupa meninggalkan "tips" pada bapanya yang logam seperti besi, emas, perak dan gangsa juga tembaga termasuk dalam kumpulan berasal dari tanah juga yang kini membuat Pak Busu tersedar dari lamunan apabila dia menyedari sesuatu dan ingin mencubanya. Kini sudah hampir 7 purnama Nadim berada dikampungnya.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C14
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ