ดาวน์โหลดแอป
11.9% Sfera / Chapter 5: Sekelip Mata

บท 5: Sekelip Mata

"Gina! Perlahankan bunyi!" aku separuh menjerit kepada Gina yang sudah hampir dua jam memainkan lagu-lagu klasik moden sembilan puluhan.

"Maaf Marina...." jawab Gina perlahan. Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja Gina memainkan lagu-lagu seperti itu. Dia seperti sengaja ingin aku mengalirkan air mata. Aku tidak membalas kata-kata maaf Gina. Aku terus bangkit dari katil dan menutup pintu bilikku. Aku kembali berbaring di atas katil. Memandang ke arah kipas yang berputar perlahan.

"Ini tidak berlaku... ini tidak berlaku...." kataku sendirian. Aku mengalihkan pandanganku ke arah almari. Aku lihat, satu sut baju pijama berwarna biru bercorak polka dot pemberian Norman tergantung di situ. Aku pantas bangun dari katil dan dengan segera menyimpan baju itu ke dalam almari. Kemudian, aku kembali berbaring di katil.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan baju itu. Begitu juga dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh Gina. Setiap satu mengingatkan aku tentang Norman. Jika aku keluar ke pasar raya, aku boleh jadi hilang akal terutama sekali apabila menghidu haruman dari gel mandian, pencuci muka, deodoran, gel rambut, talkum dan segala-galanya yang digunakan oleh Norman. Apa yang ada di dalam fikiranku ketika itu adalah Norman, Norman dan Norman.

Aku bukannya sengaja mengada-ngada inginkan perhatian Norman dan aku juga bukan sengaja mahu beremosi tidak tentu pasal. Ianya sesuatu yang begitu sulit untuk aku perkatakan. Bagi seseorang yang menghadapinya buat kali pertama, aku akui yang aku masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Aku umpama seperti patung yang hanya mampu duduk diam dan bermenung sepanjang hari sambil bertanya kepada diriku sama ada ianya benar-benar terjadi.

Beberapa orang kawanku pernah bercerita mengenainya dan setiap kali aku mendengar cerita-cerita mereka, aku bertanya kepada diriku apa yang akan aku lakukan jika ianya berlaku kepadaku.

Soalan itu tidak pernah terjawab sehinggalah Norman memberikan aku satu kejutan yang tidak pernah aku jangkakan pada suatu malam. Dan setiap kali aku mengenangkannya, aku akan menangis. Aku kesal. Aku merasakan yang aku telah kehilangan sesuatu yang begitu berharga di dalam hidupku. Sesuatu yang telah aku simpan dan aku jaga untuk sekian lamanya.

"Bagaimana ini semua boleh terjadi Marina?" Gina separuh menjerit sebaik sahaja aku memberitahunya tentang Norman.

"Entahlah... Aku sendiri bingung"

"Hairan aku. Entah apa yang tidak kena dengan dia agaknya!" kata Gina. Dia begitu beremosi apabila mendengar tentang hubunganku dan Norman yang telah pun berakhir. Aku hanya mampu mendiamkan diri, membiarkan sahaja soalan Gina itu tidak berjawab. Hakikat itu memang sukar untuk diterima kerana Norman memberi kata putus secara tiba-tiba. Tiada perbincangan dan tiada sebab yang munasabah. Duniaku bagaikan digegar apabila Norman yang sudah lama berada di dalam hidupku sejak bertahun lamanya hilang dalam sekelip mata!

Sejak malam itu, aku menjadi tidak keruan. Aku berada di awang-awangan. Fikiranku melayang-melayang terkenangkan Norman. Aku asyik membayangkan hidupku tanpa Norman. Tanpa kata-kata manisnya, tanpa suaranya yang sentiasa menelefonku bertanya khabar dan tanpa senyumannya yang sentiasa meredakan tekananku.

"Ini tidak terjadi! Ini tidak terjadi!" ayat itu tidak henti-henti keluar dari bibirku. Aku berharap yang ianya sebuah mimpi dan aku akan terjaga daripadanya.

*****

Mengingati malam itu, aku menerima panggilan dari Norman yang mengajakku berjumpa di Mc Donald Seksyen 14 di Petaling Jaya. Seperti biasa, aku menjadi sangat-sangat teruja apabila Norman yang sentiasa sibuk dengan kerja dan rakan-rakannya itu ingin berjumpa denganku.

"Hai...." ucapku sambil mengambil tempat. Aku membawa kopi panas yang baru sahaja aku beli di kaunter. Awal-awal lagi, Norman memberitahuku yang dia akan menungguku di tingkat tiga. Norman hanya tersenyum apabila melihat kehadiranku.

"Duduklah" katanya.

"Tidak makan?" tanyaku apabila aku lihat hanya ada secawan Mc Flurry di atas meja.

"Tidak. Sudah kenyang" jawab Norman ringkas.

"Oh. Jadi hendak jumpa dan duduk berbual sahajalah di sini ya? Very sweet." Aku cuba berjenaka. Norman hanya tersenyum mendengarnya.

Kami berdua terdiam untuk beberapa minit. Jika tidak kerana beberapa orang pelanggan yang berbual. Pasti sunyi sepi suasana tingkat tiga Mc Donald itu.

"Marina..." Norman mula bersuara. "Ada perkara yang hendak saya beritahu awak."

"Apa dia Norman?"

" Saya sudah fikirkannya masak-masak. Sudah lama sebenarnya. Tetapi baru hari ini saya putuskan untuk memberitahunya kepada awak Marina" kata Norman. Dia tidak memandangku. Matanya ditumpukan kepada Mc Flurry yang berada di atas meja.

Teka-teki Norman membuatkan aku berdebar-debar ketika itu. Sempat juga aku fikirkan beberapa kemungkinan yang bakal keluar dari mulut Norman. 'Mungkin dia ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan kami', fikirku sendirian. Kemudian, aku mula membayangkan baju kurung putih yang dibelikan oleh Gina di Sarawak untuk aku gayakan pada hari pernikahan kami. 'Berhenti Marina!' Aku memarahi diriku sendiri.

"Sebenarnya Marina. Saya dapat rasakan yang..."

'Rasakan apa? Katakanlah Norman.... Katakanlah segera!' ingin sahaja aku menjerit kepada Norman pada ketika itu.

".... tiada lagi keserasian antara kita"pantas Norman menghabiskan kata-katanya.

"Apa maksud awak Norman?"tanyaku sebaik sahaja mendengar apa yang terpacul keluar dari mulut Norman.

"Kita tidak lagi sehaluan Marina...." Norman berhenti seketika. Aku pula tergamam. Sukar mempercayai apa yang baru sahaja aku dengar. Ketika itu aku seperti boleh menduga apa yang akan terkeluar dari mulut Norman seterusnya."Jadi, ada baiknya jika kita bawa haluan masing-masing. Bermula dari malam ini..." Norman menghabiskan kata-katanya. Dia bangun dan dengan segera pergi meninggalkan aku berseorangan di situ.

Duniaku menjadi gelap untuk seketika. Segala-galanya yang aku angankan sejak lapan tahun lalu hancur musnah dalam sekelip mata!


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C5
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ