ดาวน์โหลดแอป
86.66% Lollipop!(Malay) / Chapter 26: Bab 25

บท 26: Bab 25

Memang benar sangkaanku menjelang pagi esok; aku dikejutkan dengan mood datuk yang tiba-tiba jadi berang.

"Atuk, kenapa ni?" Suara Jonathan bergema dari arah ruangtamu; aku yang baru sahaja keluar dari bilik tidur terpinga-pinga dengan keadaan itu.

"Cepat, panggilkan dia! Panggilkan Eliza, sekarang juga! Aku nak dengar penjelasan dari dia sendiri!" Aku menjadi kaget mendengar suara datuk pula yang tiba-tiba bergema diruangtamu; tak pernah sebelum ini datuk marah sebegini.

'Kenapa ni?' Langkahku terhenti apabila Jonathan yang kelihatan panik mulai menaiki tangga untuk mendapatkanku.

"Joe?"

"Saya tak tahu apa yang dah terjadi, kak… tapi, atuk nampak marah sangat… Kak Eliz berhati-hati, tahu?" katanya selari menarik tangan aku yang masih terpinga-pinga disitu untuk mengikutinya bersemuka datuk.

"Rozelle Eliza Lee!" Aku terkedu apabila nama penuhku dipanggil datuk dengan nada tegas; tak pernah aku dipanggil sebegini datuk sebelum ini.

'Apa yang… dah jadi? Kenapa datuk marah sangat ini?' Aku kini berdiri berhadapan dengan salah seorang lelaki yang terpenting pada hidupku dalam keadaan keliru.

"Semua orang keluar dari ruang ni! I need to talk to my grandaughter alone." Suara datuk kedengaran tegas dengan pandangannya masih dielakkan dariku. Dengan arahan itu, semua isi ruang tamu mulai bergerak meninggalkan kami; Mak Piah dan Jonathan ke dapur, manakala Fiona naik ke biliknya dan pengawal peribadi datuk keluar melalui pintu hadapan.

"Duduk. Datuk nak cakap dengan kamu sedikit." Suaranya kedengaran tenang walaupun masih tampak wajah datuk kelihatan merah akibat menahan marah.

"…" aku hanya akur dengan arahan dan duduk tanpa sebarang kata; datuk duduk bersebelahan denganku, diam seketika sebelum mula bersuara.

"Eliza…" dia menggenggam tanganku dengan tiba-tiba; menarik perhatianku untuk memandangnya. Dari marah, reaksi datuk lebih kepada kecewa; aku makin bingung dengan keadaan itu.

"Kenapa ni datuk? Eliza ada buat salahkah?" aku mulai panik dengan reaksinya; aku khuatir kalau aku telah membuat sesuatu salah tanpa pengetahuan datuk.

"Datuk nak kamu jujur dengan datuk, boleh?"

"Ba..ik." meremang bulu romaku mendengar permintaan datuk ketika itu; tak kusangka soalan selepas itu akan keluar dari mulut datuk,

"Betulkah kamu… mengandung?" jantungku bagai berhenti seketika; aku terlalu terkejut untuk bersuara.

"Eliza, jawab!" Aku yang masih membatukan diri digoncang datuk sambil menunggu jawapan dariku.

"Eliza!"

"Ma…afkan …Eliza…" hanya itu jawapan yang mampuku berikan buat datukku yang kelihatan makin kecewa itu sebelum dia menundukkan kepalanya dengan kedua belah tangannya masih memegang lenganku. Perlahan; aku terdengar lelaki tua ini menangis sambil tunduk; ternyata dia kesal dengan apa yang baru saja dia ketahui itu.

Sepanjang hari; datuk mengurungkan dirinya didalam bilik bacaan selari enggan makan dan minum sehingga keesokkan paginya. Aku makin risau akan keadaan datuk yang sudah tidak kuat seperti masa mudanya dan bergerak ke bilik bacaan membawa hidangan pagi; dengan harapan datuk akan ada selera untuk menjamahnya.

Fiona membawa sedulang hidangan pagi lengkap dengan ubatan dengan niat ingin mengambil hati datuknya yang sedang kecewa.

"Moga-moga cara aku ni berkesan." Gadis itu menyengih selari berjalan yakin menuju ke bilik bacaan; diketuknya pintu bilik sebelum dibuka dengan senyuman yang paling manis dia boleh lemparkan.

"Ah… Fiona.. masuklah."

"Pagi, datuk! Hari ini, Fiona bawakan sarapan untuk datuk."

"Sarapan? Terima kasih… tapi, datuk tak ada seleralah nak makan hari ni…" katanya selari kembali menumpukan perhatiannya kepada buku di tangannya. Fiona melepaskan keluhan kecil selari menghampiri datuknya dengan senyuman lebar.

"Datuk!"

"Fi..Fiona?" Lelaki itu terkejut apabila Fiona tiba-tiba memeluknya dari belakang.

"Datuk ni… kalau Fiona, mesti datuk buat tak tahu sahaja… cuba kalau Eliza yang datang… mesti datuk nampak bersemangat…" gadis itu memuncungkan bibirnya selari duduk di kerusi berhadapan dengan lelaki tua itu.

"Fiona… datuk tak pernah beza-bezakan kamu dengan Eliza… walaupun kamu dan Jonathan bukan cucu kandung datuk; datuk tetap sayangkan kamu berdua sama seperti datuk sayangkan Eliza."

Nada Encik Lee kedengaran tegas tapi masih terselit sifat penyayang dalam suaranya.

"Yakah? Kalau macam tu…"

"Buktikan…" Fiona sekali lagi bangun dari situ dan mengambil dulang yang berisi sarapan tadi sebelum meletakkanya dihadapan datuknya.

"Hah?" Encik Lee membuat reaksi keliru dengan perilaku cucu sulungnya itu.

"Datuk makanlah sarapan yang Fiona bawakan ini, kalau betul datuk tak beza-bezakan kami…"

"Kan datuk dah kata tadi… datuk tak ada selera…"

"Hah, kan! Maksudnya datuk memang lebihkan Eliza dari kami…" sengaja gadis 25 tahun itu memuncungkan bibirnya sekali lagi sambil membuat reaksi merajuk; Encik Lee semakin pening dengan tingkahlakunya.

"Okay, baiklah… datuk makan." Lelaki 60 tahun itu melepaskan keluhan kecil selari menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mula menyuapkan bubur nasi yang terhidang dihadapannya tadi.

"Hmm… dah.. puas?"

"Belum lagi.. selagi datuk tak habiskan."

"Okay… datuk habiskan… kamu duduklah dulu, temankan datuk." Fiona hanya akur selari duduk kembali ke kerusi tadi sambil matanya tertumpu kepada datuknya yang sedang menikmati sarapan pagi.

Sementara itu;

"Harap datuk sudi jamah sarapan yang aku buat ni…" aku mengomel sendirian selari berjalan menuju ke bilik bacaan datuk dengan harapan rancanganku akan berjaya.

"Datuk!" langkahku terhenti apabila terdengar suara ceria Fiona datang dari arah bilik bacaan datuk.

'Fiona?'


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C26
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ