ikran tekun melihat penggerakan jam di tangannya. dalam 60 saat lagi cempaka tidak muncul,dia akan turun menyusul.
mana agaknya cempaka meletak otaknya sewaktu keluar tanpa kebenarannya. sini bandar kuala lumpur. malam-malam macam ni bukan selamat. ikran berdongkol marah dalam hatinya. geram kerana cempaka bertindak ikut suka hatinya. kalau apa-apa terjadi,jenuh dia hendak menjawap. bukan seorang atau dua orabg yang dia kena hadap nanti.
cempaka mengjinjit plastik berisi makanan yang dibelinya. seronok dia berpusing membeli makanan lewat malam tanpa menyedari ada dua orang lelaki mengikut langkahnya dari arah belakang. menunggu masa untuk menarik beg sandangnya. pasti kedua lelaki itu menyangka cempaka adalah pelancong.
cempaka merasakan seperti diekori. dia menoleh kearah belakang. ada dua lelaki mengikuti langkahnya. hatinya menjadi was-was. mungkinkah ini orang-orang ikran? fikirnya. dia meneruskan langkahnya dengan laju. saat itu juga telefonnya berbunyi. tanpa melihat nama pemanggil,cempaka terus menjawap.
" de...." tidak jadi ikran menghabiskan ayatnya apabila suara cemas cempaka menujah telinganya.
" abang... ada orang ikut saya.." maklum cempaka cemas.
" dekat mana sekarang.." tanya ikran mempercepatkan langkahnya. nasib baik dia tidak menunggu di dalam bilik.
" dekat jalan nak balik hotel.. lepas bangunan ytl." maklum cempaka.
" abang sampai." ikran ingin berpatah kembali untuk melintas jalan. dari tempatnya berdiri,dia boleh melihat cempaka. sekarang dia harus melintas sahaja.
" abang dekat mana.." tanya cempaka apabila merasakan orang-orang itu semakin menghampirinya.
" jangan lari.. " tiba-tiba lelaki berbaju petak-petak merah hitam menarik bahu cempaka. rakannya menunjukkan pisau kecil.
" bagi dompet dengan handphone kau sekarang.." arah rakannya yang berbaju hitam.
cempaka terkedu. tangannya menggeletar menyerahkan telefonnya dah cuba mengeluarkan dompetnya.
" barang kemas.." suruh lelaki yang berkemeja petak-petak pula. mereka menolak cempaka kearah yang gelap.
" jangan apa-apakan saya.. cakap je berapa encik nak.. saya bagi.. tapi barang-barang kemas ni..tak boleh.." bantah cempaka. dalam hatinya dia berdoa semoga ikran cepat sampai.
lelaki berbaju hitam menunjukkan wang tunai dalam dompet cempaka. ada lebih kurang rm300 sahaja.
" sikit ni je?? dalam akaun ni ada duit tak??" tanya lelaki berbaju hitam.
cempaka angguk.
" kau keluarkan.. sekarang serah dulu barang kemas kau.." kerah lelaki berbaju petak sambil menghulur sejenis senjata berbentuk melengkung. cuak pula cempaka melihatnya.
" ya.. ya.." cempaka menanggalkan cincin tunang dan nikahnya. menyerahkan ke tangan si peragut berbaju hitam.
" hoooiiii..." jerit satu suara yang sangat dikenali cempaka.
ikrannnnn.....
jerit cempaka hanya dalam hati. sekelip mata juga kedua-dua lelaki tadi menjauh melarikan diri. mungkin terkejut diherdik ikran.
ikran sepantas kilat merapati cempaka yang kelihatan pucay wajahnya. plastik berisi bungkusan makanan ditangan cempaka di ambil.
" cincin.." cempaka menunjukkan jarinya. matanya sudah bergenang air mata.
ikran melihat jemari isterinya. otaknya tidak memikirkan tentang cincin mahupun duit. keselamatan cempaka yang paling utama.
" ada luka dekat mana-mana tak?" tanya ikran membelek tubuh cempaka dari atas ke bawah sebelum pandangannya jatuh ke wajah yang sudah lencun air mata itu.
cempaka menggeleng.
" maafkan saya...tak dapat pertahankan cincin kahwin kita.." luah cempaka teresak-esak suaranya.
ikran memaut bahu cempaka.
" jom balik hotel... nanti kita buat report polis." ajak ikran memandang suasana sekeliling. mukanya seperti tiada perasaan.
cempaka mengangguk lemah. mujur ikran sampai. kalau tak rantai pemberian ikran juga akan mereka ambil. air matanya kembali mengalir.
ikran menarik tangan cempaka kejap. pegangannya sangat menyakitkan.
sesampai di dalam bilik hotel,ikran meletak semua makanan yang dibeli cempaka atas meja hotel. wajahnya tetap serius.
" pergi mandi.. tukar pakaian.." suruh ikran.
cempaka mengangguk dan patuh menghilang ke bilik air. dia dapat merasakan bahang kemarahan ikran. dianjuga sedar akan kesalahan sendiri yang keluar tanpa izin ikran.
menghilang sahaja cempaka ke dalam bilik air,ikran mengeluarkan telefonnya.
" zim.. selewatnya sebelum pagi..sila dapatkan kedua-dua jantan yang meragut cempaka dekat depan menara ytl bb.." arahnya apabila suara baru bangun nazim menyapa telinganya.
nazim yang masih mamai akibat terganggu tidurnya terus segar matanya.
" cik puan kena ragut?" tanyanya.
" hurmm.. " .
" okey..okey.. sebelum pagi.."