ดาวน์โหลดแอป
55.66% cempaka dirembulan / Chapter 59: sangat bahagia.

บท 59: sangat bahagia.

menapak ke kiri mengeluh,menapak ke kanan mengeluh. sesungguhnya sangat membosankan agaknya menjadi seorang cempaka rembulan sari. tiada pekerjaan yang boleh dibuatnya selain makan,tidur dan membuang masa dengan jayanya. rasanya segala jenis drama baik di televisyen mahupun di komputer habis dihafalnya.

" dayana... jom kita ke villa ku najah?" ajak cempaka setelah tidak tahu nak buat apa.

dayana yang dari pagi tadi duduk memerhati cempaka berkawad seperti tentera menghabiskan masanya terus bangun. dia juga turut terkena tempias kebosanan.

" saya nak drive.. saya nak bawak myvi saya.." tegah cempaka cepat-cepat apabila melihat dayana seperti ingin menelefon jefri untuk menghantar mereka.

" takpe ke?" tanya dayana gusar.

"hmm.. takpe.. saya nak drive sendiri.. jeff suruh dia duduk rumah.. jaga rumah.." sempat lagi cempaka berseloroh sebelum menghilang ke tingkat atas ingin menukar pakaian dan mencuci mukanya.

dayana pula menghilang ke bilik kawalan. di situ adalah tempat kegemaran jefri melepak sambil memerhati cctv dan bermain komputernya.

" jef.. kak cempaka nak ke villa mak engku.. " maklum dayana.

jefri yang tekun bermain game zombie vs plant mengangguk.

" dia cakap dia nak drive sendiri dan dia tak bagi awak ikut.." maklum dayana lagi.

jefri menekan butang pause sebentar. berfikir.

" iyalah.. hati-hati.. ingat pesan tengku.." setelah menilai baik dan buruknya,jefri akhirnya melepaskan cempaka bersama dayana.

" aii..aii chif.." siap buat tabik lagi dayana.

jefri menyambung kembali permainannya. tiada misi penting,makanya baik dia meluangkan masa main permainan ini.

ku najah mengarah pembantu rumahnya menyediakan lauk pauk dan kuih muih enak khas untuk menjamu menantu sulungnya yang akan sampai sebentar lagi. suka dia apabila cempaka menghubunginya tadi untuk datang menziarah.

" mak engku.. cuba rasa ni..?" kak moon,tukang masak khas yang dibawa dari pahang untuk masak resepi pahang kegemarannya menyerahkan gulai lemak ikan patin untuk dirasa.

" okey.. sedap moon.. " ku najah siap buat tanda bagus gunakan tangannya.

" ni hidangan terakhir kita hari ni.. udang kara masak berlado.." kak moon mula memasak hidangan seterusnya. pantas dan laju tangannya memotong bawang dan menumis cili.

" kak.. kenapa akak bawa myvi?" tanya dayana.

minggu lepas sewaktu mencuci kereta di garaj dia perasan ada kereta myvi yang dinaikinya ini dan bertanya kepada mak pah. mak pah memaklumkan yang ini adalah kereta cik puan.

" myvi senang nak parking,laju pun laju.. lepastu tak payah susah-susah nak fikir parking dekat mana.. tak payah risau kena curi.. kalau kena curi pun.. tengku boleh beli lagi 10.." senang jawapan cempaka. tapi kalau kena curi,dia nangis jugalah..ini kereta pemberian ikran kepadanya kut. dia sayang.

dayana ketawa. betul jugak.

" nak menyelit pun senang.."

dayana mengangguk.

" jomlah.. kita dah sampai ni.. jomlah masuk sekali.."

ku najah tersenyum lebar menyambut kedatangan cempaka di pintu utama. senyuman manis tidak lekang di wajahnya.

" umi apa khabar? sihat?" tanya cempaka sambil mengucup tangan ku najah dan memeluk wanita yang sudah seperti mamanya itu.

" umi sihat.. dengar cempaka nak datang lagi umi bertambah-tambah sihat " seloroh ku najah.

cempaka ketawa. dia memimpin tangan wanita tua itu masuk ke dalam villa.

" umi seorang sahaja?" tanya cempaka memandang sekeliling sambil melabuh punggung di sofa antik ku najah.

" haah.. abi kamu keluar dari pagi tadi.. katanya ada tour.. " jawap ku najah dengan wajah tiada perasaan. suaminya itu dah pencen,namun sibuk sahaja dengan aktiviti sukannya apabila ada masa lapang. tak fahamlah ku najah.

" sabarlah umi.. nasib kita sama.." iya. nasib cempaka dan ku najah sama.

" ikran layan kamu baik?" tanya ku najah. walau semua tentang pasangan ini dalam genggamannya..namun dia suka mendengar sendiri daripada mulut cempaka.

cempaka senyum. terpancar riak bahagia di wajahnya.

" baik sangat-sangat umi..."

" syukur.. umi risau sangat ikran tu buat benda tak baik dekat kamu.." ku najah meluahkan kerisauannya. risau perkara dahulu berulang kembali.

"umi.. jangan risau.. kitaorang sangat bahagia walau selalu kena tinggal." cerita cempaka. membuang segala kerisauan yang ada di dalam hati ku najah. jahat sangat ke suaminya itu sampai ku najah risau 24 jam.

" ikran layan kamu normal ke? macam suami orang lain?" ku najah dah macam pegawai penyiasat dah.

dayana yang setia di sisi cempaka malu pula mendengar sesi soal siasat ku najah.

" normal? maksud umi?" cempaka konfius. tidak tahu nak jawap macam mana. layanan ikran rasanya sempurna. baik di dalam bilil tidur,di luar. zahir dan batin lulus dengan cemerlangnya tang mana yang tak normalnya?

" hmmm.. malsud umi.. dia ada tak desak cempaka buat benda tidak elok ke..dera ke.. pukul ke. marah-marah..paksa kamu buat semua ikut kehendak dia.." ku najah menjelaskan maksud soalannya tadi.

cempaka ketawa kelat. kena marah tu selalu lah.. tetapi marah yang betul. paksa ikut kehendak tu.. besar maknanya. kalau dari sudut bilik tidur. tidak paksa pun dia rela.. hahaha..

" umi.. jangan risau.. hubungan kami berdua masih dalam proses berkenbang.. adatlah tu kalau gaduh-gaduh manja, cemburu.."


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C59
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ