ดาวน์โหลดแอป
40.56% cempaka dirembulan / Chapter 43: 3 utas 15 juta.

บท 43: 3 utas 15 juta.

cempaka bangga menonton suaminya di pentas bersama wakil-wakil negara asia. salah satu bukti kerja keras suaminya siang dan malam. sebagai isteri,walau sering akan ditinggalkan namun menjadi penonton hasil kerja keras suaminya,dia sangat-sangat berbangga. tidak banyak,sedikit adalah juga pengorbanannya di setiap kejayaan ikran selepas ini.

" 1..2..3.."

serentak reben yang digubah bentuk bunga digunting tanda termeterainya janji diantara tid dan negara-negara asia yang terlibat.

" tahiah kepada ketiga-tiga tuan besar TID Berhad yang berjaya membanggakan nama negara dan juga kepada tiga negara yang terlibat sama." ucap pengacara majlis di dalam bahasa inggeris.

diiringi model-model wanita yang cantik,para vvip diiringi ke meja masing-masing. ikran,ikwan dan ikman turut kembali ke meja yang diduduki sebentar tadi.

setelah semua tetamu-tetamu vvip yang terlibat dalam acara pembukaan dan perasmian kerjasama sebentar tadi kembali ke tempat masing-masing,pengacara mengumumkan acara seterusnya. suasana yang terang benderang dan bertukar malap. satu persatu model yang cantik dan seksi berjalan masuk mempamerkan aksesori perhiasan wanita untuk acara lelongan sebentar lagi.

" dah jumpa?" tanya ikran sambil tangannya mengusap belakang cempaka.

" ini cantik.. ada 3 di dunia.. " cempaka menunjukkan risalah di tangannya.

kiara yang pasang telinga turut serta memandang ke arah risalah. hampir terjojol biji matanya. cempaka menunjukkan produk utama untuk acara lelongan ini. gelang tangan yang khas diinspirasikan oleh mendiang lady diana dahulu. nilainya boleh mencecah ratusan ribu dan mungkin jutaan kerana untuk . hanya tiga utas sahaja dihasilkan dan mungkin salah satu pemiliknya lady boss tid?

" ada 3 utas sahaja di dunia bang.. dan kesemuanya dilelong malam ini." maklum cempaka dengan wajah teruja. yang membuatnya lagi teruja,gelang ini trrinspirasi daripada idolanya.

" hmm.." ikran memandang wajah cempaka. ada senyuman terbit dari bibirnya.

di satu sudut, ada hati yang sakit melihat sakit melihat kemesraan pasangan itu. hati nadia terbakar cemburu. cemburu dengan kebahagiaan yang dikecapi cempaka.

" dear.. i suka rantai ini..." nadia menunjukkan rantai yang telah kiara sarankan kepada cempaka. kebetulan dia ter...lihat kiara menunjukkan kepada cempaka.

dezrin mengangguk.

" untuk you.. apa-apa sahaja."

" beauty and seksi.. sesuai dengan you punya character.." al fateh memberi komennya. rantai itu baginya sesuai dengan karakter nadia yang selaku kelihatan bertenaga dalam apa juga keadaan.

" thank fat.."

" no need to say thank.. i cakap ikhlas.. why your bff look very happy dengan husbandnya?." al fateh sebenarnya daripada tadi lagi memerhati cempaka. wanita itu kelihatan menawan dalam caranya yang tersendiri. namun kenapa si cantik itu bukan miliknya? dan kenapa cempaka kelihatan sangat mesra bersama ikran? apa maksud semua ini?

" this is public.." mudah nadia menjawab.

" sis... ni cantik kalau sis yang pakai.." ikman menunjuk rantai leher yang diperagakan oleh seorang pelakon terkenal malaysia.

" mana satu cantik?" soal cempaka dengan senyum nakalnya. mengusik ikman.

ikman menggaru kepalanya.

" rantai..."

" iye ke??" cempaka mengusik lagi. suka dia mengenakan ikman yang keanak-anakan itu.

ikwan memerhati dalam diam sikap cempaka bersama keluarganya dan kakitangannya. mudah bergaul. itu persepsinya.

" auction akan mula sebentar lagi.." nazim memaklumkan. seronok dia melihat gelagat lady bossnya dan boss besarnya.

dewan menjadi sunyi dan sepi. semua orang menumpukan perhatian kepada pentas utama.

satu persatu barangan kemas di pamer dan dibida. ternaganga jugalah mulut cempaka melihat keghairahan para-para isteri vvip,para-para wanita golongan kelas 1 membida. apakah sebenarnya nolai wang kepada mereka?

" hasil daripada lelongan ini akan 50% akan disalurkan ke organisasi yang memerlukan." seolah dapat membaca riak wajah di isterinya,ikran mengambil inisiatif untuk menerangkan.

cempaka mengangguk. baguslah.. membeli sambil beramal.

" rantai ini hanya 1 sahaja didunia.." maklum pengacara menunjukkan rantai yang kiara sarankan kepada cempaka.

" nak?" tanya ikran. kutlah cempaka berminat.

cempaka menggeleng. kekura tangan ikran diatas meja diusap tanda tidak mengapa.

" kak long kalau nak sesuatu. cakap je jangan malu.." ikman memberi galakan kepada cempaka untuk menghabiskan harta abangnya.

" kalau kak long nak.. man boleh dapatkan ke?" sengaja cempaka bertanya.

" man okey je.. tapi of course along yang akan dapatkan. time ni lah kak long gunakan sebaik mungkin duit suami.." pandai ikman menjawab.

cempaka melepas tawa perlahan.

"1 juta 1... 1 juta 2..1 juta 3.." nampaknya seperti tiada sesiapa lagi mahu menambah jumlah bidaannya makan pengacara mula mengumumkan nama pemiliknya.

" baiklah nampaknya rantai yang diberi gelaran juliet heart ini bakal menjadi milik table nombor 9. dipersilakan naik ke pentas.." umum mc dan menjemput dezrin yang bersama tunangannya peragawati terkemuka,anak gadis pemilik bank c di malaysia

nadia tersenyum bangga sewaktu dezrin memakaikan rantai itu di lehernya. nampaknya untuk malam ini,rantainya yang paling mahal.

" thank dear.." bisik nadia dekat dengan telinga dezrin.

dezrin senyum mesra. demi nadia, minta apa sahaja,dia akan dapatkan.

" wa... untungnya.." ucap kiara tidak lepas matanya melihat pasangan merpati sejoli yang sedang turun dari pentas utama.

" tu la kan.. 1 juta tu.. boleh beli 20 bijik kereta myvi saya.." sokong cempaka.

terteleng kepala kiara mendengar ucapan lady bossnya. what!!?? kereta myvi?lady boss bawak myvi? dia pun bawak honda city okey..

akhir sekali seorang pelakon, penyanyi dan juga peragawati berdarah kacukan muncul di tengah pentas membawa tiga utas gelang inspirasi dari mendiang lady diana. the lady love,nama diberi.

"100 ribu," meja nombor 8 memulakan bidaan.

" 350 ribu," meja 6 pula.

"500 ribu," meja 8 lagi.

" 550 k," meja 12.

" 700 k," meja 4.

"750 k," meja 10.

" 850 k," meja 9. al fateh yang bida.

"1 juta," meja 8 kembali membida.

" 1.5 j," meja 13.

ikran melihat cempaka yang diam sahaja melihat gelang tangan yanh cantik bergemerlapan di pentas utama.

" kenapa?" tanya ikran. ingin mendengar pendapat isterinya.

" kalau mendiang masih ada.. pasti mendiang akan tersenyum bangga. gelang tu sangat cantik.. melihatnya terasa penuh dengan cinta.." komen cempaka.

" 5 juta untuk seutas 15 juta untuk 3 utas.." akhirnya... meja nombor dua yang dihuni big boss tid.

dewan menjadi senyap. ikran membida tiga sekaligus okey.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C43
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ