tepat pukul 8 malam,hidangan tersedia di atas meja. ikwan,ikman dan orked sudah sedia menanti tuan rumah yang sedang berbual di telefon untuk makan bersama.
" kenapa tak makan lagi.." tegur cempaka yang baru selesai berbual dengan mamanya di telefon.
" makan sama..baru afdal.." ikwan menjawab bagi pihak yang lain.
" okey..okey.. jom makan.. siapa nak baca doa makan ni?" cempaka mengambil tempat.
ikman mengambil tugas untuk membaca doa makan. dah macam gaya budak tadika pula ikman membacanya.
" okey jemput semua.."
mereka makan tanpa bunyi. menikmati setiap hidangan yang tersedia.
" bila along balik?" tanya ikwan memecah suasana sepi.
" esok tetapi dia akan terus ke pejabat.." seperti tiada perasaan cempaka membalas.
" kak long.. sabar ye.." ikman bersimpati dengan nasib cempaka. dapat suami,suami gila kerja.
" abang korang tu memang macam ni ye?" tanya orked. dia tahu tentang masalah yang dihidapi cempaka.
" kita kena cari solution macam mana nak buat along tu kurangkan sikit sikap gila kerja dia tu.. biar dia selalu ada dengan kak long.." ikwan yang selalu kurang masuk campur urusan menyebok hal orang seperti ikman,kalini turut serta. mungkin ada satu kesedaran.
" hmm.. kak long kena cepat mengandung.." saran orked.
ikman dan ikwan serentak mengangguk. tangan diangkat tanda bagus.
" kamu ingat nak mengandung tu boleh hari ni buat esok mengandung.." selar cempaka melihat satu persatu wajah nakal di hadapannya.
" ala.. akak kurung la abang dalam bilik.. seharian.." cadang orked dengan ketawa nakalnya.
" betul.. ke kak long nak saya suplies ubat.." ikman menambah baik cadangan orked.
ikwan ketawa. sudah tahu ubat apa.
" ubat apa?" tanya cempaka pelik-pelik betullah budak 3 ekor ni.
"pil viagra.."
terus merah wajah cempaka. ishh tak malu betullah diorang ni,rengusnya dalam hati sahajalah.
" betul... pil viagra.. haha.." setuju orked siap gelak jahat.
cempaka menggeleng. tak payah nak berpil viagra bagai,takde pil kejadah tu pun,ikran dah buat dia macam mendaki gunung kinabalu. please lah..
" takpelah ye adik-adik sekalian. akak rasa korang semua baik habiskan semua makanan ni.."cempaka dengan rasminya menolak idea tak berapa bernas mereka.
" kiteorang bagi cadangan je.." orked mengomel perlahan.
" takpelah.. bagi akak.. abang tu dah okey sangat.. bagus lagi dapat suami kuat kerja sebok dengan kerja dari dapat suami kaki perempuan. akak pun jadi sakit hati.." cempaka tidak kisah sebenarnya.
" betullah tu... haru jugak kalau yang kaki perempuan.. silap-silap makan kaki makan tangan setiap hari.." ikwan sangat-sangat bersetuju. memang betul kata cempaka itu. mujur along mereka tidak macam tu. kalau tak mahu lingkup tid.
ikran terbatuk-batuk sampai naik risau nazim melihatnya. entah siapa agaknya mengutuk dia.
" tuan nak air?" tanya nazim.
ikran menggoyangkan tangamnya tanda taknak. dadanya ditepuk sendiri.
" puan kut sebut nama tuan.. rindu.." maklum nazim dengan sengihan nakalnya.
ikran senyum sahaja. cempaka sekarang dengan adik-adiknya menikmati makan malam. nak rindu apanya. kut-kut tengah berpesta.
" dinner nanti tuan nak ambil puan ke?" tanya nazim teringat tentang jamuan makan malam sempena kerjasama tid dan 3 syarikat besar asia yang berpangkalan di malaysia.
" nanti mario hantarkan puan.." ikran dah buat keputusan. dia hanya akan bertemu cempaka di jamuan itu sahaja dan mereka akan balik bersama.
" tuan rindu tak dekat puan.." sengaja nazim bertanya. dia teringin untuk mengetahui isi hati tuannya yang dingin itu.
ikran gelak kecil. terasa geli dengan soalan nazim.
" nazim... nak tahu cari perempuan cepat-cepat.. jadikan bini..nanti baru kau akan tahu.."