ดาวน์โหลดแอป
0.94% cempaka dirembulan / Chapter 1: Sepi yang membunuh.
cempaka dirembulan cempaka dirembulan original

cempaka dirembulan

นักเขียน: shafinazr

© WebNovel

บท 1: Sepi yang membunuh.

Perlahan-lahan Ikran membuka pintu bilik tidurnya. Cahaya yang suram menyambut kepulangannya. Semenjak 3 tahun kebelakangan ini,ruang kamar beradu ini sunyi dan sepi tanpa surinya yang hilang membawa luka di hati. Sudah puas dicari namun si suri tidak pernah muncul lagi.

"Pulanglah sayang.. Abang sangat-sangat rindukanmu. Maafkan segala kesilapan abang " Rintih hatinya saban waktu tanpa disedari oleh sesiapa pun. Penat rasanya menggalas dosa ini. Di manakah surinya menyembunyikan diri. Tidak rindukah dia pada permata hati mereka? Persoalan itu senantiasa menghantui mindanya. Benarkah tiada ruang maaf di hati cempaka untuknya? Namun saat jauh fikirannya menerawang,satu ketukan di muka pintu kamar mengembalikan dia ke dunia nyata.

"Masuk.." arahnya.

"Tuan.. maaf saya ganggu. Tuan nak makan?" tanya pembantu rumah yang digajikan khas untuk melancarkan urusan rumah tangganya iaitu Mak Pah.

"Saya kenyang Mak Pah." ya..dia kekenyangan,kenyang mengiangati kenangan lalu yang penuh dosa.

"Tuan taknaktengok tuan muda hari ni? Dia takberapa sihat. Dari siang tadi dia asyik bertanya tentang tuan" Mak Pah bertanya lagi. Siang tadi tuan mudanya bising kerna si bapa sudah lama tidak menjenguknya. Mana taknya,keluar rumah si anak masih lena,balik pula sia anak sudah lena.

Ikran mengeluh.Beban kerjanya yang semakin bertambah dari hari ke sehari menyebabkan dia pulang larut malam. masa untuk si anak juga tiada. Bapa jenis apakah dia? Kasihan si anak.

"Mak Pah keluarlah dulu. Lepas saya selesai mandi nanti saya akan jenguk dia." janjinya. Sudah hampir sebulan lebih rasanya dia tidak bersua muka dengan Tengku Ayis iskandar. Permata hatinya yang kini berusia 5 tahun.

"Baiklah. Tuan jangan lupa jenguk tuan muda" Mak Pah berlalu keluar namun masih sempat lagi berpesan sebelum menutup pintu. Kakinya dituju ke arah bilik tuan muda. Perlahan pintu bilik tuan mudanya dibuka. Kasihan anak kecil tidak berdosa itu. Menjadi mangsa perpisahan kedua orang tuanya. Bukan dia tidak melihat mata sayu itu yang terlalu merindui belaian seorang ibu dan bapa. Sejak puan cempaka meninggalkan villa ini,kehidupan anak itu tidak terurus lagi. Harapkan Ikran,tahunya kerja sahaja. Sudah puas keluarga mereka menasihatinya namun dia hanya tahu diam.. diam.. dan diam.. sehingga kini mereka tertanya-tanya di manakah sebenarnya keberadaan puan cempaka yang menyepi semenjak kejadian itu. Pelbagai gosip yang muncul namun tidak satu pun rasanya yang benar. Ada yang menyatakan cik puan lari bersama lelaki lain namun tuan tidak menceraikannya. Dan ada yang bilang cik puan bawa diri keluar negara kerana kecewa dengan perkahwinan mereka. Namun sehingga kini tuannya tidak bernikah lain. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Ikran menarik nafas panjang sebelum bangun dari duduknya. butang bajunya dibuka satu persatu dan dicampak ke dalam bakul khas,lantas dia menghilang ke kamar mandi. TUbuhnya harus dilegakan setelah seharian masanya dihabiskan di pejabat. Air pancuran dibuka menyirami tubuhnya. Di bawah pancuran itu dia memejam mata. Kedua-dua tangannya ditahan pada dinding marmar yang menghiasi kamar mandi itu seolah-olah ingin menyalurkan beban sakit didadanya kepada dinding yang tidak bernyawa itu. Dia penat sejujurnya. Sudah penat melewati harinya tanpa sang isteri. Terkadang ingin dia hamburkan tangisan didadanya ini. Namun kepada siapa? Hampir 30 minit dia berkeadaan begitu sehingga terasa kulitnya mengecut.

"Ya tuhanku apa aku ni? bangkit Ik.. bangkit. Kau tak kesian ke tengok anak kau?" kata-kata semangat ditiup ke dalam dirinya. Itulah yang dilakukannya saat semangatnya rapuh. Cepat-cepat disudahkan mandiannya. Niatnya sebelum tidur ingin menjenguk si kecilnya yang pasti sudah teramat merindukannya sama sepertinya yang kini sangat-sangat merindukan si kecil itu dan juga isterinya. Itulah pembakar semangatnya sehingga kini. Saat menghilangnya cempaka,anak itulah yang mewarnai hari-harinya yang suram. Tanpa anak itu bagaimanakah nasibnya kini agaknya setelah cempaka pergi? 0 tiada jawapan.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C1
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ