ดาวน์โหลดแอป
77.71% You Are My World / Chapter 129: chapter 125: password

บท 129: chapter 125: password

crystiana memandang bangunan syarikat yang penuh dengan kenangan perit dan manisnya ketika membesar. dia memandang buat kali terakhir sebelum kembali berjalan tanpa memandang kebelakang lagi dan menuju ke kereta yang diparkir berhadapan dengan bangunan tersebut. pergelangan tangannya kemudian dipegang dari belakang sewaktu dia membuka pintu keretanya.

"zayn?" ucap crystiana setelah menoleh kepalanya kebelakang.

"awak buat apa dekat sini?" soal crystiana lagi.

"you scared me. i thought you were my fans" ucap crystiana sambil terbatuk batuk

"kita pergi ke satu tempat dahulu sebelum bergerak" ucap edward di kerusi bahagian penumpang.

"aku terlupa nak jumpa seseorang . " ucapnya lagi sebelum pemandu kereta tersebut langsung membuat pusingan u .

" belle buat apa dekat sini? " soal zack

" baru lepas habis kerja. kenapa? " balas crystiana lalu membuka cermin mata hitamnya

" baguslah kalau macam tu? "

" kenapa ? ada apa apa ke? "

"ofcourse . belle tahu apa yang terjadi dekat abang zack? " zayn kepada crystiana namun crystiana hanya mampu membuka mulutnya tanpa mengatakan sebutir ayat sekalipun.

" kenapa ? kenapa tikam dada dia lepastu lari . tak tanya datang dan tak tanya khabar langsung. itu ke balasan yang abang dapat selepas apa yang dia buat selama ni dekat belle? walaupun tak ada rasa bersalah langsung dekat situ . " ucap zayn lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah jantung crystiana.

" atleast tanya khabar . walaupun pura pura. susah sangat ke ? ataupun memang selama ni rancang nak kumpul sugar daddy . lagipun dalam industri tu tak pelik pun kalau ramai sugar daddy . susah nak survive kan . "

" awak tak rasa ucapan awak tu dah langgar batas ke ? "

" abang zack tak pernah berhenti cari selepas awak larikan diri dari rumah. dia tak pernah putus asa. semua orang tak berhenti suruh dia give up . sampailah atuk cakap dekat dia 'kalau betul tuhan dah tetapkan dia untuk kita. sejauh mana dia pergi . dia tetap akan datang kembali' barulah abang mula lepaskan semuanya dan fokus dekat syarikat . dan bila dia dapat tahu pasal awak. dia terus tinggalkan everything dan pergi amerika . " ucap zayn sambil memandang tepat anak mata crystiana.

" dia tolong setiap kalau ada hal yang terjadi . siapa yang tolong senyapkan media masa ada perempuan bagi berita dekat media ? dia tak pernah akan pernah terlepas dari protect orang yang dia sayang . tak ingat?" soal zayn yang membuatkan ingatan crystiana kembali menerawang ke masa lepas sewaktu dia baru bertemu zack di amerika. crystiana mengumpulkan semua ingatannya di mana semua kejadian yang terjadi tersebut memiliki zack didalamnya menjadi hero. sentiasa tetap bersamanya .

" saya ingat nak diamkan semua perkara ni tapi lepas apa yang terjadi . heh terima kasih jelah . kenapa nak diamkan orang yang banyak kali kena pijak ? abang zack tak pernah minta balasan . takkan ucapan terima kasih pun susah nak cakap? sakit sakit macam tu pun dia tak pernah ambil rehat . kerja nonstop. tak ada siapa boleh berhentikan dia. kalau belle tak ada perasaan dekat dia . cakap jujur . jangan buatkan dia menderita simpan harapan palsu . dia ada hak nak bahagia . awak siapa nak buatkan dia menderita?"

" dia..bekerja tak berhenti? " soal crystiana membuatkan zayn tersenyum sinis

" ofcourse. dia gila cari duit semata mata nak puaskan perempuan yang belum tentu nakkan dia. luka dia tak berhenti keluar darah sampai kena buat blood transfusion dan doktor terpaksa bagi ubat tidur supaya badan dia dapat berehat ." ujarnya yang membuatkan mata crystiana terbeliak besar.

" kalau awak masih lagi ada hati dan perasaan ..."

" zayn ! " ucap edward dengan tegas yang membuatkan kepala mereka berdua toleh memandang ke arahnya.

" a-abang edward "

" ed? " ucap mereka berdua serentak . edward kemudian berjalan dan berhenti di hadapan mereka berdua sambil matanya tidak berhenti merenung mata zayn .

" zack ada apa apa ke? " soal crystiana kepada edward yang masih lagi merenung wajah zayn dengan tajam.

" ada sesuatu yang nak di bagitahu . " balas edward lalu memandang wajah crystiana.

" hal apa? fasal zack ke? " soal crystiana dengan cemas namun soalannya tidak dibalas kembali.

" buat apa lagi tercegat dekat sini? tak ada kerja lain ke?" ucap edward kepada zayn bersama mata yang menunjukkan kau-tunggu-lepas-ni. zayn kemudian langsung mengangkat kakinya dengan pantas dan beredar .

" saya tak akan ada dekat sini lagi . jadi saya dah suruh nina untuk tengokkan awak"

" awak nak pergi ke mana?" soal crystiana sambil memerhati pakaian seragam yang dipakainya.

" saya ada tugas . mungkin mengambil masa beberapa bulan . "

" saya ingat awak dah berhenti jadi askar " ujarnya yang hanya dibalas oleh pandangan .

" saya tak akan ada nak jaga awak . jadi jagalah diri sendiri. saya taknak dengar berita macam macam berlaku selepas saya balik ."

"excuse me . im 26. not a child okay . ptf"

" jadi baguslah . sila fikir gunakan otak sebelum buat sesuatu . saya pergi dulu"

"wait a minute . betul ke apa yang zayn cakap ?" soal crystiana lalu edward hanya mengangkat sebelah keningnya

"pasal zack . " mutur crystiana perlahan

" cari dan dapatkan jawapan sendiri. dia ada dekat rumah dia sendiri" balas edward sebelum beredar meninggalkannya sendirian. crystiana kemudian dengan pantas memasuki perut kereta dan menghidupkan enjinnya .

edward menolak badan zayn sehingga belakang tubuhnya menyentuh dinding .

" kau dah hilang akal ke bercakap dengan dia macam tu ? " ucap edward dengan raut wajah yang berkerut.

" apa ? apa yang zayn cakap betul kan . apa yang salahnya? "

" kau tak tahu apa yang terjadi 100% jadi jangan main terjah orang buat sesuka hati macam tadi. apa yang kau cakap tu boleh bahayakan diri dia tau tak . tak semua apa yang kau tahu tu betul"

" kenapa? sekejap. jadi betul ke dia sakit mental? serius? "

" jangan masuk campur hal orang lain. abang kau tu dah besar panjang . jangan buat keputusan untuk orang lain. kau buat lagi sekali aku terus bagitahu zack" balas edward dengan mengertaknya.

" tapi kalau tak disebabkan zayn tadi . dia takkan pergi jumpa abang zack tau "ujar zayn sambil menyilangkan tangannya.

" sebab tu aku hanya berdiri dekat sini . kalau tak aku dah lama pukul kau "

crystiana berdiri mundar mandir di luar rumah zack sambil mengigit ibu jarinya .

"nak masuk atau tak? masuk ke tak ? ish! nak masuk ke tak ni?!"

"mana tahu dia punya luka jadi teruk gila? lepastu dia pengsan seorang diri . lepastu tak ada siapa yang tahu?"

"argh . lantaklah. yang penting menyesal kemudian hari " ucapnya sebelum akhirnya menekan password pintu rumah yang diberikan oleh edward . zack membetulkan posisi tubuhnya yang mula lenguh apabila duduk terlalu lama di kerusi bersama matanya yang tetap fokus di screen handphone manakala jarinya pula bermain dengan pen. zack memberikan sepenuh tumpuannya terhadap pembelajaran psikologi yang sedang diajar oleh profesor vienne.

' depression and anxiety often affect memory and concentration, which makes it more difficult to acquire new knowledge and cope with examination situations. This will often reinforce perceptions of hopelessness and inadequacy, and in many people it will sustain the feeling of anxiety and depressed mood in a vicious circle' tidak lama kemudian pintu biliknya dibuka dengan perlahan dari luar tanpa disedarinya .

"ehem." crystiana berdehem untuk menarik perhatian zack yang masih lagi sedang fokus menyiapkan kerjanya .

" ehem " crystiana berdehem dengan kuat sekali lagi namun zack masih lagi tetap fokus melakukan kerjayanya.

"zack " crystiana mula bersuara .

" ryan zack " ujar crystiana sebelum kepala ryan langsung pantas menoleh ke arahnya dan membuka earphone yang dipakainya. tubuh zack langsung menjadi kaku memandang crystiana yang secara tiba tiba muncul dihadapannya.

"apa awak buat dekat sini? macam awak boleh masuk ke sini?" soal zack setelah yakin bahawa crystiana benar benar berada di hadapan matanya. crystiana kemudian berjalan dan duduk di sofa yang terletak berhadapan dengan meja kerjanya

"edward yang bagitahu . " ucap crystiana perlahan .

" awak . okay? " ucapnya lagi yang membuatkan hujung bibir zack ternaik sedikit untuk beberapa saat.

" masih lagi sihat macam biasa" balas zack lalu meletakkan pen yang dipegangnya dan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap crystiana.

"awak?" soal zack pula.

"as good as you" balas crystiana yang membuatkan zack memerhati setiap inci di wajahnya dengan teliti . zack mengetap bibirnya buat seketika sebelum mula berbicara.

"ada apa? awak boleh call. kenapa susah susah datang ke sini" ucap zack menukar topik

"saya ada sesuatu nak dibicarakan."

"nampaknya penting sampai awak ke sini"


ความคิดของผู้สร้าง
baekryst baekryst

i thought i can post a usual but my schedule really hate me. i have to prepare for my next examination . so i will make sure to write a lof draft and finish this story within this year and start preparing for my next story.

Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C129
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ