ดาวน์โหลดแอป
12.33% PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 128: Bertempur dengan Penunggang Berhantu

บท 128: Bertempur dengan Penunggang Berhantu

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Api dalam mata Penunggang Berhantu berkelip, emosinya tidak dapat dibaca. Namun, tiada seekor pun Roh Jahat Ganas berani untuk berada berdekatan dalam jarak 20 ela dengannya.

Dengan kecekapan Penunggang Berhantu yang menggerunkan, walaupun Shi Feng telah naik ke Tahap 20 dan membawa sekumpulan elit 20 orang sekalipun, dia masih akan gagal membunuh Penunggang Berhantu. Lebih-lebih lagi, terdapat peluang 90% mereka semua akan dikalahkan.

Penunggang Berhantu terlalu kuat.

Pada peringkat terkini permainan, banyak Kesatuan akan kadangkala bertemu dengan beberapa makhluk Elit atau Elit Istimewa. Mereka biasanya mampu menangani makhluk-makhluk ini dengan hanya sekumpulan atau sepasukan. Namun, setelah evolusi Kawasan Tuhan, hanya seekor makhluk Tahap 5 berpangkat Penghulu mampu menyapu terus sekumpulan 20 orang yang dipenuhi dengan pemain-pemain elit Tahap 5. Lagipun, intelek seekor makhluk yang melebihi Tahap 10 tentunya akan ditingkatkan dengan banyak.

Seekor Penghulu Tahap 10 memerlukan sekurang-kurangnya tiga puluh pemain elit untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, mesti ramai orang yang akan terbunuh.

Bagi Penghulu yang bertahap tinggi seperti Penunggang Berhantu pula, ia memiliki kepelbagaian yang luas dari segi kemahiran kemusnahan AOE. Ia juga mampu mengarah kesemua hantu di seluruh Bandar Seratus Hantu. Walaupun ia cuma seekor makhluk Tahap 15, kesukaran untuk menyerbunya lebih tinggi daripada Penghulu Tahap 20.

Cahaya Gemilang telah menghantar beribu-ribu ahlinya untuk membunuh Penunggang Berhantu dan mereka menanggung kerugian yang sangat besar.

Kini, Shi Feng tidak mempunyai sebarang sumber mahupun pengaruh. Bukan sahaja jurang di antara mereka adalah 6 Tahap, dia juga keseorangan di tempat ini. Dia tidak mempunyai peluang untuk mengancam Penunggang Berhantu.

"Nampaknya aku kena guna cara itu," bisik Shi Feng perlahan.

Shi Feng memerhatikan situasi di tengah-tengah plaza, melakukan kiraan dan simulasi dalam mindanya.

Sekarang, dia sedang berdiri lebih kurang 300 ela dari air pancut. Jika dia ingin memperoleh Api Iblis Ais-Biru, pertama sekali, dia harus menyingkirkan kesemua Roh Jahat Tersumpah dan Roh Jahat Ganas, kemudian akhirnya menangani Penunggang Berhantu. Jika dia melakukan sebarang kesilapan, dia pasti mati dan dihantar pulang ke bandar.

Shi Feng mengeluarkan dua Gulungan Ajaib Peringkat 2. Ini sahaja gulungan yang tinggal. Tentu sukar untuk mendapat yang baru kelak kerana mendapatkan gulungan ini selalunya bergantung kepada nasib seseorang.

Jikalau bukan disebabkan untuk meraih Api Iblis Ais-Biru, dia tidak akan menggunakan peralatan-peralatan begitu sekalipun.

"Serangan Bayangan," bisik Shi Feng perlahan. Diri pendua Shi Feng muncul tidak lama selepas dia menyebut mantera.

Shi Feng terus memberi lebih sedozen Bom Pembeku kepada penduanya. Diri penduanya kemudian bergegas ke arah plaza tersebut.

Sebaik sahaja diri penduanya melangkah ke dalam plaza tersebut, Penunggang Berhantu menyedari kedatangannya dengan serta-merta. Tengkorak putih menoleh ke arah diri pendua Shi Feng, api dalam matanya membara.

"Semua makhluk hidup harus mati!"

Penunggang Berhantu menghunus pedang besar perak dari belakangnya dan menghalakan ke arah diri pendua Shi Feng. Api biru yang mengelilingi badannya terus bergerak menyelubungi pedang besarnya. Bonggol pedang tersebut berubah menjadi tengkorak berwarna putih dan hujung-hujung berduri yang kelihatan jahat muncul pada bilahnya.

Mematuhi arahan Penunggang Berhantu, Roh-Roh Jahat Tersumpah yang tidak terkira di plaza bergegas ke arah diri pendua tadi seperti lautan ombak.

Diri pendua Shi Feng mengaktifkan Gulungan Kepantasan. Ia kemudian melontar satu Bom Pembekuan, serta-merta menukar sekumpulan besar Roh Jahat Tersumpah menjadi arca-arca ais, sebelum sempat mereka melarikan diri.

Diri Shi Feng yang sebenar pula mengaktifkan Jalan Angin dan menggunakan Gulungan Kepantasan, kemudian mengaktifkan Cincin Kekosongan. Masuk sahaja keadaan kekosongan, Shi Feng berlari ke arah air pancut seperti ribut yang kencang.

Sementara tempoh keadaan kekosongan berlalu dengan cepat, jarak antara Shi Feng dengan air pancut semakin berkurangan.

300 ela…

200 ela…

100 ela…

Sebaik sahaja Shi Feng hampir tiba di air pancut tersebut, cengkamannya pada kedua-dua Gulungan Ajaib Peringkat 2 mengetat. Air mukanya menjadi tenang sambil kedua-dua matanya memberi perhatian kepada pusat air pancut tersebut.

"Si Tikus Kecil, kau ingat kau boleh sembunyi dari mataku?"

Penunggang Berhantu tiba-tiba muncul di hadapan Shi Feng, seolah-olah api matanya dapat melihat menembusi segalanya, ia bertutur dengan nada yang dalam. Penunggang Berhantu kemudian mengangkat Pedang Besar Tulang Putihnya, api biru halus yang mengelilingi pedangnya serta-merta meningkatkan suhu di sekeliling. Dengan satu hayunan, pedang besarnya bertukar menjadi satu cahaya, membelah udara sambil ia menjunam ke arah kepala Shi Feng.

"Mana mungkin?!" kata Shi Feng.

Shi Feng terkejut. Dia tidak menyangka pedang Penunggang Berhantu mempunyai kemampuan untuk membunuhnya serta-merta. Justeru, kedua-dua kakinya membengkok, badannya melengkung ke bawah. Seperti seekor kucing melengkung badannya, Shi Feng serta-merta menghunus kedua-dua Bilah Neraka dan Bilah Merah sekali. Dengan menggunakan kekuatan pinggangnya, Shi Feng menerkam ke arah pedang besar yang sedang menjunam.

Pertembungan ketiga-tiga pedang itu menghasilkan bunyi letupan.

Kekuatan Penunggang Berhantu yang keterlaluan menyebabkan lantai di kaki Shi Feng retakm, habuk dan serpihan berterbangan di udara. Badan Shi Feng juga terkeluar daripada keadaan kekosongan dan kedudukannya di sisi air pancut itu terdedah.

Walaupun Shi Feng tidak menerima apa-apa kemusnahan daripada pertembungan tersebut, api-api daripada Pedang Besar Tulang Putih terlalu hangat. Oleh sebab Bilah Neraka merupakan Senjata Ajaib, hal itu tidak menjadi masalah. Namun, lain pula bagi Bilah Merah berpangkat Perak-Rahsia. Bukan sahaja ketahanannya berkurang dengan banyak, Bilah Merah sendiri menyinar dengan warna merah serta menunjukkan tanda-tanda melecur.

Sementara itu, Penunggang Berhantu sedikit terkejut kerana pedangnya gagal memberikan kemenangan kepadanya. Namun, Penunggang Berhantu menghayun pedangnya untuk serangan kedua. Api-api pada Pedang Besar Tulang Putih semakin membara, menaik sehingga lebih 5 meter di udara sambil menjunam semula ke arah Shi Feng.

Inilah Tetakan Api Iblis Penunggang Berhantu. Apabila serangan ini digunakan, kesemua makhluk di hadapannya akan diragut nyawa dan dibakar sehingga menjadi abu.

Namun, bertentangan dengan jangkaannya, Shi Feng tidak berundur apabila berdepan dengan serangan ini. Sebaliknya, dia mengaktifkan Bilah Perlindungan sambil menerkam ke arah Api Iblis Ais-Biru.

Walaupun serangan Tetakan Api Iblis Ais-Biru terkena tepat pada Shi Feng, ia tidak mendatangkan sebarang kesan. Sebaliknya, Shi Feng menggunakan ombak wap yang dijana Pedang Besar Tulang Putih untuk mempercepat kepantasannya.

Sebaik sahaja Shi Feng menghampiri Api Iblis Ais-Biru, berpuluhan Roh Jahat Ganas menerkam ke arahnya.

Beku!

Shi Feng melontar sebuah Bom Pembeku Menengah, menukarkan kesemua Roh Jahat Ganas menjadi arca ais.

"Sampah!" melihat konco-konconya tidak boleh diharap, Penunggang Berhantu mencarut dengan lantang. Ia meloncat dengan tiba-tiba, badannya mendarat dan menghalang Shi Feng. Pedang Besarnya kemudian menetak ke bawah, "Mati, Si Tikus Kecil!"

Pengikat Neraka!

Sembilan rantai hitam legam mengikat Penunggang Berhantu dengan serta-merta, lantas menyelamatkan nyawa Shi Feng.

Namun, Penunggang Berhantu terlalu kuat. Dalam sekelip mata, seutas rantai terputus. Shi Feng menyedari situasi ini dan tidak berani menghentikan pergerakannya sambil dia berlari ke arah air pancut.

"Tikus kecil sial, kau betul-betul buat aku marah kali ini!" jerit Penunggang Berhantu apabila ia menyedari Shi Feng sudah berada di sebelah Api Iblis Ais-Biru.

Penunggang Berhantu meronta-ronta untuk membebaskan dirinya daripada rantai-rantai yang mengikatnya, badannya menjadi bayang-bayang sambil menghala ke arah Shi Feng dengan niat untuk mengisarnya kepada cebis-cebisan daging.

Akibat daripada api-api Penunggang Berhantu, kesan pembekuan Bom Pembeku juga dilemahkan dengan banyak. Ais yang mengurung Roh-Roh Jahat Ganas menjadi cair, kemudian mereka terus menerkam ke arah Shi Feng semula.

Shi Feng hanya tersenyum halus melihat Roh-Roh Jahat Ganas. Dia membuka Gulungan Ajaib Peringkat 2 berwarna biru tua dalam tangannya.

Dalam sekelip mata, mana yang beratribut air dari persekitaran berkumpul di atas gulungan ajaib tersebut.

Limpahan Ombak!

Shi Feng menghala gulungan ajaibnya ke arah Penunggang Berhantu Roh-Roh Jahat Ganas yang sedang menghampirinya, sebuah lingkaran ajaib biru tua muncul di atas gulungan tersebut. Dengan serta-merta, curahan ganas tertumpah dari lingkaran ajaib tersebut, menelan Penunggang Berhantu serta Roh-Roh Jahat Berhantu. Tekanan air yang terhasil telah menghasilkan kawah yang dalam.

Kekuatan mantera Peringkat 2 tersebut membunuh semua Roh Jahat Ganas dengan serta-merta. Namun, magis ini tidak memberikan banyak kemusnahan kepada Penunggang Berhantu kerana dia sempat menggunakan Pedang Tulang Putih untuk menghalang Limpahan Ombak itu. Hasilnya, curahan ganas tersebut hanya menolak kembali Penunggang Berhantu sejauh lebih 30 ela. Pada jarak sebegitu, Penunggang Berhantu hanya memerlukan beberapa langkah untuk sampai ke kedudukan Shi Feng.

Namun, masa diperlukan untuk mendapatkan Api Iblis Ais-Biru dan Penunggang Berhantu tidak sanggup membenarkan Shi Feng mengambil masa tersebut.

Sebaik sahaja Penunggang Berhantu mengorak langkah ke arah Shi Feng dengan marah…

Shi Feng mengeluarkan gulungan berwarna emas yang terakhir dalam tangannya. Gulungan tersebut mengeluarkan kekuatan yang suci dan tidak boleh disangkal. Ia juga merupakan peluang terakhir Shi Feng.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C128
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ