"Rupanya benda itu…"
Marvin belum sempat habis mengomel tiba-tiba seluruh badan dia menjadi kaku di situ!
Bilik membaca menjadi sunyi. Marvin terpaku di situ dalam keadaan sedang membuka pintu!
Selepas lebih kurang tiga minit, Marvin yang umpama tersedar dari mimpi ngeri itu terus menutup pintu!
"Bang" Dia menggunakan seluruh tenaganya.
Selepas itu dia bersandar di pintu dan terus terduduk dengan rasa lemah dan lesu.
Dia berpeluh teruk.
"Itu…Rupanya benda itu…"
Marvin seram sejuk seluruh badan dengan rasa tidak berdaya terbaring di situ. Hanya selepas lima minit baru dia mempunyai semangat sedikit.
Dan pada masa itu, dia merangkak bangun dari tempat dia terbaring. Lantai tersebut habis basah kerana peluh Marvin!
Dia panjat ke katil dan baring di situ sambil cuba untuk memulihkan tenaga.
Matanya nampak kosong dan adegan yang dia saksikan sebelum ini kerap bermain di fikirannya.
…