ดาวน์โหลดแอป
11.83% Renjer Malam / Chapter 87: Kemarahan Membara

บท 87: Kemarahan Membara

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Di dalam kegelapan, percikan tersebar bersama bunyi hentakan besi dari bertukang besi.

Relau merah itu terus terbakar selepas Marvin yang dipenuhi dengan coreng menambah arang di dalam.

"Kau bubuh terlalu banyak!"

"Api yang terlalu kuat tidak semestinya lebih baik!"

Apabila Sean mula bekerja, dia akan menjadi seorang yang pemarah.

Walaupun lelaki ini manusia sepenuhnya tetapi sifat pemarahnya seperti dwarf. Bukan saja dia seorang yang pemarah, dia juga kaki mabuk.

Di dalam alam tidak lengkap pelik ini, dia hanya boleh mengarahkan Marvin yang merupakan perantisnya itu.

Marvin terpaksa bersabar dengan perkara ini!

Kerana ini ialah misi kenaikan pangkat untuknya. Sebagai seorang perantis tukang besi yang sengsara, dia perlu belajar kemahiran menukang besi dari Sean dalam masa setahun!

Perubahan telah berlaku di dalam menu cabaran. Misi sebelum ini telah dilengkapkan dan 1500 exp am sudah diterima.

Sekarang ialah cabaran kedua untuk kenaikan pangkat dalam senarai menu cabaran. Ganjaran sebanyak 2000 exp am dan kelayakan untuk misi seterusnya.

Dia tidak dapat menahan diri dari berfikir tugas ini merupakan satu penyeksaan!

Dalam masa setahun ini, Marvin hanya mampu untuk mengikut arahan Sean dalam membantu kerjanya.

Selain dari waktu rehat dan makan, Marvin menghabiskan masanya bersama relau dan tukul besi!

Tukang besi itu tidak bergurau.

Tugas ini memang menguji kesabaran seseorang pada tahap yang menakutkan!

Nasib baik Marvin bukan seorang yang cepat mengalah!

Dia tidak akan mengalah separuh jalan selepas menerima misi ini!

Selain dari Perantau Malam, Marvin tidak tahu bagaimana untuk kenaikan pangkat renjer ke kelas lanjutan lain.

Tetapi dia akhirnya selalu bertekak dengan tukang besi tua itu!

Lelaki itu mencarut kepada Marvin sepanjang hari. Dia mengatakan Marvin lembik seperti perempuan dan tidak layak.

Anak jantan yang sebenar patut menggunakan tukul besi untuk menempa senjata sendiri!

Marvin tidak membalas dan tetap menahan diri untuk senyap dan sabar mendengar kata-kata tersebut.

Tubuh badan dirinya memang sangat lemah.

Kekuatan juga agak kurang.

Menempa mempunyai efek menguatkan tubuh badan dan meningkatkan kekuatan sehingga satu tahap.

Masa berlalu. Pada bulan pertama, Marvin masih dapat menahan diri dari marah selepas menempa.

Pada bulan ketiga, dia mula menjadi seorang pemarah. Ketika penukang besi tua itu mencarut kepadanya, dia akan mencarut balik. Tambahan pula, dia akan menggunakan berbagai-bagai jenis perkataan mencarut yang kadangkala menyebabkan Sean tergamam.

Setengah tahun kemudian, dia mula tidak ambil peduli. Dia hanya akan ulang kembali aksi yang ditunjuk oleh tukang besi itu saja!

Dia tidak ambil kisah untuk bertanya kepada Sean apa yang dia perlu lakukan kemudian!

Bagi dirinya, semua bijih ialah agak sama, dan setiap jenis teknik tempaan besi agak serupa di antara satu sama lain.

Dia ialah seorang pemerintah. Selepas dia keluar dari tempat yang membosankan ini, dia mungkin tidak akan bertembung dengan apa-apa berkaitan tukang besi lagi.

Tetapi selepas menempa buat jangka masa panjang, Marvin bukan saja dapat kelas kehidupan [Tukang Besi], tetapi juga nilai experience telah meningkat dengan sangat pantas.

Dia tidak mengagihkan sebarang nilai experience kepada kelas ini tetapi apabila masa setahun tiba, Marvin telah sampai ke pangkat [Intermediate]!

Jika Marvin tidak silap, tukang besi paling bagus di Lembah White River juga ialah Tukang Besi pangkat Intermediate!

"Ini memang melucukan. Lord ini telah menjadi Tukang Besi pangkat Intermediate."

"Pemerintah Tukang Besi… Di seluruh Feinan, rasanya tidak ramai yang ada!" Marvin cuba mempersendakan diri sendiri.

"Clank!" terus bergema di telinga Marvin. Dia telah mendengar bunyi ini sehingga ke tahap fobia!

Pada bulan terakhir, Sean tidak mengajar satu benda tentang kemahiran tempaan kepada Marvin. Malah dia mula menempa senjata.

Marvin hanya mampu bertindak sebagai pembantu di sisi.

Hanya ada satu saja perkara yang bermain di mindanya. Dia berharap masa untuk menjadi perantis untuk cepat tamat.

Dia telah dibangkitkan di Feinan tidak lama dulu. Dia tidak menjangka akan menghabiskan masa selama setahun di alam tidak lengkap Raja Malam!

Jika bukan kerana masa berjalan di sini berbeza, Marvin tidak akan membuat sesuatu yang tidak efisien.

Tetapi ia masih tetap membosankan.

"Budak busuk! Jangan termenung lagi! Bukan ada apa yang bernilai untuk dilihat lagi."

"Cepat ambil aku ketulan batu lava itu!"

"Dan juga skrol di laci belakang kau!"

Selepas menerima arahan tidak tentu masa dari Sean, Marvin telah menjadi seorang yang menurut saja arahan tanpa emosi.

Selepas masa berlalu, senjata yang ditempa Sean mula terbentuk.

Tetapi tidak lama selepas itu, dia menghalau Marvin ke tepi dan menyuruh dia berlatih kemahiran tukang besi di tempat tempaan jauh dari situ.

Marvin hanya mengikut arahan yang diberi.

"Orang tua bangsat ini, kenapa perlu berahsia sangat?" Marvin berfikir, bosan, sambil menempa bijih timah keras itu.

Masa terus berlalu untuk latihan membosankan ini.

Pada hari terakhir, Sean memanggil Marvin.

Satu objek dapat dilihat di rak senjata.

Tetapi ia dibalut oleh kain.

Sean berkata dengan letih, "Tahniah budak, latihan perantis kau telah tamat."

"Kau berjaya untuk bertahan selama sebulan. Pemuda zaman ini jarang ada perangai seperti ini."

Jangan bergurau… Marvin mengejek. Dia tidak ada perangai kebudak-budakan yang suka melompat sepanjang masa. Dia tahu walaupun ujian Sean sangat membosankan tetapi ia mempunyai kelebihan dan tidak mencederakan!

Memang benar selepas setahun menempa, Marvin telah berumur 15 tahun dan nampak sedikit matang.

Perubahan paling ketara pada dirinya ialah otot di bisep dan dada! Dia juga telah tinggi sedikit.

Dia dapat melihat perubahan di menu status dirinya. Dalam masa setahun ini, kekuatan dia meningkat 1 mata manakala tubuh badan meningkat 2 mata.

Dia telah memperoleh 3 nilai atribut dalam masa setahun berlatih!

Marvin bukan bodoh. Teknik menempa yang diajar oleh Sean bukan teknik yang biasa.

Mesti ada rahsia untuk meningkatkan kekuatan dan tubuh badan dalam teknik yang diajar sehingga berlaku efek yang menakjubkan ini.

3 nilai atribut! Seseorang itu perlu naik level sebanyak 6 kali untuk dapat kenaikan seperti ini!

Walaupun bukan semua boleh dikira dengan pertukaran mudah, melengkapkan ujian Sean telah meningkatkan kekuatan Marvin.

Sekurang-kurangnya kenaikan nilai tubuh badannya bukan sedikit dan dia tidak lembik seperti dulu!

Bagi 2000 experience asas pula, ia datang tepat pada masanya. Masa untuk naik pangkat hampir tiba dan perkara yang dia sangat perlukan ketika ini ialah experience.

Secara am, terdapat tiga misi untuk cabaran kenaikan pangkat. Dia telah selesaikan dua dan hanya tinggal misi ketiga untuk naik pangkat.

Jika waktu itu tiba, dia perlukan experience yang banyak untuk mengaktifkan kelas lanjutan itu.

Marvin tidak mahu berada di situasi kekok apabila dia sudah melengkapkan cabaran kenaikan pangkat tetapi tidak mempunyai experience yang cukup untuk mengaktifkan.

"Kesabaran ialah kualiti yang diperlukan oleh Perantau Malam."

"Sebagai ganjaran untuk kesabaran kau, ini ialah hadiah dari aku. Tidak kira jika kau diterima atau tidak oleh Raja Malam untuk menjadi Perantau Malam, ini tetap hadiah aku untuk kau."

Sean menunding ke item di rak senjata ketika berkata.

Marvin terkaku.

Dia tidak sangka Sean memberikan dia item ini sebagai hadiah selepas menghabiskan masa setahun untuk menempa item ini.

Walaupun dia hanya menjadi pembantu selama ini, dia tahu banyak barang berharga yang digunakan termasuk juga tenaga untuk menempa senjata ini.

"Jangan termenung budak," Sean mendengus. "Ini mungkin item magik terakhir yang ditempa oleh aku dalam hayat ini."

Item Magik!

Marvin terkejut!

Dia membuka pembalut kain berwarna biru dengan pantas!

Sepasang kerambit berada di dalam!

Kerambit tersebut berwarna merah, dan mata kerambit tersebut sangat tajam dan bilah itu terasa sangat selesa.

"Adakah ini efek dari batu lava?"

Marvin mengenggam kerambit tersebut di tangan dan cuba merasakan kuasa ia.

"Namanya ialah Kemarahan Membara." Sean melihat karya agungnya dengan penuh bangga. "Aku berani kata hasil dari Mahaguru Tukang Besi Dwarven juga tidak banyak perbezaan dengan ini."

Marvin mengangguk. Selepas menggunakan Inspect, tingkap status kerambit ini muncul:

[Kemarahan Membara]

Kualiti: Magik

Serangan: 13 - 18

Efek: Armor Break +7

Efek ke-2: Shatter +7

Jampi tambahan – [Blazing Fury] (Kegunaan Harian: 1)

Jampi tambahan – [Arcane Missile] (Kegunaan Harian: 3)

Senjata magik!

Ini ialah senjata magik pertama selepas Marvin dibangkitkan ke dunia ini.

Dan ia juga kerambit yang sangat tajam.

Emosi dia ketika ini tidak boleh diungkapkan.

"Aku…" Dia mahu berterima kasih kepada Sean atas pemberian ini, tetapi lelaki tua itu terus berkata tanpa perasaan, "Pergi ambil barang kau, masa untuk kita beredar!"

"Tenaga yang diperlukan sangat banyak untuk terus mengaktifkan alam tidak lengkap Raja Malam ini!"

Dia terus menarik Marvin dan keluar dari [Syurga Malam Abadi].

Mereka berdua sekali lagi muncul di ruang bawah tanah dan kembali ke kedai tukang besi.

Waktu sudah larut malam dan sunyi. Keadaan masih sama seperti dulu. Hanya satu hari saja masa berlalu.

Tetapi Marvin rasa seperti sangat lama.

"Lekas bersiap sedia," Sean terus mendorong. "Ujian terakhir akan bermula."

"Kau perlu melalui pembaptisan dari Raja Malam!"

"Kita perlu masuk ke dalam Hutan Thousand Leaves. Ikut aku!"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C87
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ