ดาวน์โหลดแอป
7.45% Penyihir Dunia Magus / Chapter 74: Magus Serholm yang Hebat

บท 74: Magus Serholm yang Hebat

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Aku perlu cepat!" Leylin melangkah masuk ke dalam vila.

"Cip A.I.! Imbas struktur utama vila!"

[Misi dibentuk, mulakan imbasan...]

Sebelum ini, A.I. Chip tidak dapat mengimbas cetakan biru vila itu disebabkan oleh lapisan formasi sihir dan langkah-langkah pertahanan pada permukaan vila itu. Tetapi, bukan itu yang berlaku sekarang.

Tidak lama kemudian, satu lapisan cahaya berbentuk satu peta berwarna biru muncul di hadapan mata Leylin.

"Eh! Vila ini ada dua tingkat. Di tingkat atas ialah bilik tidur dan bilik mandi! Tingkat pertama ialah bilik tetamu. Makmal eksperimen pula terletak di bawah tanah! Pintu masuk dibina di belakang almari pakaian!"

Berdasarkan imbasan A.I. Chip, bahagian dalam vila dipaparkan di hadapan Leylin secara sepenuhnya.

"Tunjukkan bilik tidur dahulu!" Leylin dengan cepat berlari ke tingkat dua.

Menggengam pemegang berwarna kuning gangsa, Leylin membuka pintu besar bilik tidur itu. Satu lapisan debu segera masuk ke dalam hidungnya. Permukaan badan Leylin secara automatik mencipta satu lapisan membran cahaya berwarna hitam untuk melindungi dirinya daripada debu itu.

Leylin kemudian mengimbas kawasan itu, "Segala-galanya diletakkan dengan kemas!"

Bilik tidur itu sangat kecil. Hanya ada sebuah katil, satu meja dan satu kerusi, serta sebuah almari.

Leylin membuka almari tersebut, "Semua pakaian sudah tiada, nampaknya pemiliknya sudah bersedia untuk meninggalkan tempat ini!"

Walaupun dia menjangkakan perkara ini sebelum ini, Leylin masih agak kecewa.

Dia segera menyelongkar bilik tidur itu tetapi tidak menjumpai sesuatu yang bernilai. Malah laci-laci meja juga kosong, dan hanya ada beberapa kertas kulit di sudut-sudut bilik itu.

"Ini mesti saki-baki diari atau buku rekod! Sayangnya tiada apa-apa maklumat ditulis padanya!"

Leylin merasakan perkara ini agak merugikan. Matanya tiba-tiba bersinar, "Diari! Aku faham!"

Kertas kulit berwarna kuning itu sangat tua dan seolah-olah akan koyak menjadi beberapa cebisan. Walau bagaimanapun, bagi Leylin, beberapa keping kertas kulit ini ialah khazanah hebat!

"Cip A.I.! Imbas bekas-bekas tulisan di kertas kulit itu!"

Leylin memberikan arahan dan satu lapisan cahaya berwarna biru segera dipaparkan di hadapan matanya. Di kertas kulit itu pula, beberapa garisan tulisan berwarna merah berselang-seli muncul.

"Ini ialah sesuatu yang ditulis oleh Magus itu pada sekeping kertas kulit lain, tetapi bekas tulisannya ditinggalkan pada kepingan kertas kulit ini!"

Leylin agak gembira. Magi hanya akan menggunakan sihir untuk menilai barang-barang, tetapi ada juga sihir yang mempertahankan percubaan-percubaan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak mempunyai justifikasi terhadap ilmu grafologi dunia asal Leylin, dan dia akhirnya menjumpai beberapa petunjuk.

Maklumat pada kertas kulit itu sangat tidak tersusun. Banyak huruf yang bertindih di antara satu sama lain, malah Cip A.I. juga tidak dapat membezakannya.

Setelah menyusun kepingan-kepingan yang bertaburan itu, sedikit maklumat yang Leylin dapati sepatutnya ialah diari seperti ini:

September 1, terang. Bandar Malam Ekstrem ialah bandar yang sangat aman. Saya harap saya dapat menjalankan eksperimen-eksperimen saya di sini secara tenang...

5 Disember, gelap. Oh! Tak guna! Eksperimen gagal lagi, seperti yang dijangkakan! Kesukaran mensintesis keturunan telah jauh melebihi jangkaan saya...

Maklumat lain sangat samar-samar, malah tarikh-tarikh juga tidak dapat ditafsirkan:

Selepas membaca surat Wayne, saya menjalankan beberapa eksperimen lagi. Saya terpaksa mengaku, betul cakapnya. Saya menuju ke arah yang salah selama ini. Berita yang amat menyedihkan...

Tubuh eksperimen itu telah gagal sepenuhnya. Manakala sisa-sisa telur yang tinggal, walaupun boleh menetas, rancangan saya telah gagal sepenuhnya. Oh, tuhanku...

Tidak ada nilai lagi di sini. Mungkin saya harus pergi ke Taman Dylan untuk melihat sesuatu. Wayne kata eksperimennya telah mencapai beberapa tahap kejayaan, ini ialah satu berita baik untuk kami...

Isi diari itu tamat di sini. Diari ini merupakan rekod berterusan tentang kegagalan seorang Magus dan berakhir dengan pengabaian makmal itu.

Selain seseorang yang dikenali sebagai Wayne dari Taman Dylan, Leylin tidak mendapat sebarang maklumat lain.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai orang bernama Wayne, dan bagi Taman Dylan pula, Leylin tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini.

"Ini tidak betul, sekejap!"

Mata Leylin tiba-tiba bersinar, dan di sudut kertas kulit itu, dia menemui satu nama.

Tulisan berwarna merah kabur itu dan sangat samar-samar. Oleh sebab itu, Leylin nyaris terlepas menemuinya awal-awal tadi.

"Nor... Norco Curadu Sfar!"

"Norco Curadu Sfar!" Mata Leylin terbeliak, "Magus Serholm yang Hebat!"

"Mungkinkah pemilik makmal ini ialah Magus Serholm yang Hebat?"

Norco Curadu Sfar ialah seorang legenda di pantai selatan! Berdasarkan legenda, bukan sahaja dia seorang cendekiawan yang berilmu tinggi, dia juga telah memperoleh hasil yang luar biasa sepanjang haluan seorang Magus. Malah dia telah mengetuai Magi di seluruh pantai selatan untuk mengusir kemaraan orang bawah tanah dan makhluk-makhluk laut.

Magus jenis ini ialah contoh teladan bagi semua Magi di pantai selatan.

Semasa di pasar tadi, pedagang yang tidak jujur yang cuba menjual Ajaran Akademi Lowian pada Leylin mahu menipu dengan mengatakan halaman asal yang uzur itu sebagai hasil tulisan Magus Serholm yang Hebat, tetapi muslihatnya disedari oleh Leylin.

"Seorang tokoh yang dihormati seperti ini, legasinya pasti bernilai. Sayang sekali di kedua-dua tingkat ini tiada apa-apa yang tinggal dan pasti tiada legasi atau sesuatu yang sama seperti itu!"

Satu penyesalan muncul pada wajah Leylin, tetapi dia masih cuba menghafal kandungan-kandungan pada kertas kulit itu.

"Aku harap ada sesuatu yang dapat diperolehi daripada makmal eksperimen ini!"

Leylin memberikan bilik tidur itu satu pandangan terakhir yang mengecewakan sebelum dia menghembus nafas, dan meniup kertas kulit menjadi cebisan.

Berkenaan almari pakaian di tingkat pertama, asalnya, almari pakaian yang dibina ini sepatutnya melekat ke dinding. Walau bagaimanapun, disebabkan satu retakan kecil, Leylin kini dapat melihat ada laluan di belakangnya.

Ini semestinya sesuatu yang dilakukan oleh Ular Mankestre.

Leylin mengalihkan almari pakaian yang kosong itu, dan satu laluan hitam muncul di hadapannya.

*Pa!* Leylin memetik jarinya, dan satu lapisan cahaya menerangi kawasan itu, menghilangkan kegelapan dan mendedahkan satu tangga yang menuju ke bawah.

Mata Leylin memancar dengan penuh semangat sambil dia berjalan ke bawah.

*Clang!*

Kasut kulit dan tanah membuat bunyi bising disebabkan geseran yang berlaku.

Berbanding dengan vila di atas, ruang bawah tanah itu lebih luas, dan hampir sama dengan saiz 3 hingga 4 buah vila.

Tembok salib yang bersilang mengepung kawasan itu, memisahkan makmal bawah tanah menjadi beberapa kawasan besar.

Leylin meneruskan perjalanannya dan dari semasa ke semasa, dia dapat melihat pelabelan kawasan tersebut.

Tulisan tangan kuno digunakan. Walau bagaimanapun, tulisan ini mempunyai kaitan dengan bahasa Byron. Sambil Leylin berjalan, dia melihat label-label itu.

Kawasan data, kawasan taman, kawasan inkubator, kawasan posyen, kawasan herbologi... Setiap kawasan khas muncul di hadapan mata Leylin.

Selepas melihat kawasan inkubator, mata Leylin bersinar, dan dia berjalan masuk.

Satu bola lampu sentiasa terapung di sekeliling Leylin, menerangi pemandangan kawasan inkubator.

Apa yang pertama sekali Leylin dapat lihat ialah beberapa kubah kaca bulat, tetapi cermin-cermin itu telah retak, mendedahkan banyak telur busuk organisma misteri.

Di bawah amaran berjaga-jaga Cip A.I. tiada tanda-tanda kehidupan di sekeliling kawasan itu, Leylin memakai sepasang sarung tangan, dan memegang satu telur berwarna kelabu yang menyerupai batu granit.

[Imbasan dalam proses, tahap persamaan menunjukkan Ular Mankestre: 73.2%, Ular Sawa Kayu Besar: 34.5%, Cicak Pokok Besar: 13.8%]

Cip A.I. secara berterusan mempamerkan hasil imbasan.

"Nampaknya ini semua adik-beradik Ular Mankestre!" Nafas Leylin tersekat-sekat sewaktu dia melihat banyak telur mati di dalam kubah kaca.

Jika ada yang masih hidup, kemungkinan besar Leylin tidak dapat melepaskan diri.

Selepas beberapa pencarian, Leylin menemui satu kolam inkubasi yang aneh. Pada permukaan bola kaca itu, terdapat satu lubang bulat yang pecah, dan sisa-sisa beberapa kulit telur.

"Ular Mankestre itu pasti telah dibiakkan di kolam inkubasi ini..."

Leylin memeriksa kawasan itu dan tidak berpuas hati sambil dia terus mencari. Akhirnya dia tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat mengambil satu telur mati yang kelihatan seperti batu dan melemparkannya.

Kawasan data, kawasan taman, kawasan posyen, kawasan herbologi ...

Leylin telah memerisa seluruh kawasan itu. Magus Serholm yang Hebat pasti sudah menghabiskan banyak masa dan usaha untuk ruang ini. Penyediaan di setiap kawasan sangat teliti.

Walau bagaimanapun, apabila dia pergi, dia membawa semua maklumat bersamanya. Leylin, yang pada awalnya berasa bertuah, kini telah pun melemparkan idea itu ke tepi.

Selain daripada beberapa helai kertas kulit kosong di dalam bilik tidur, tiada apa yang ditemui oleh Leylin.

"Kawasan terakhir! Bilik pembedahan!"

Ekspresi wajah Leylin memperlihatkan kekecewaan yang sukar untuk diselindungkan. Dia berjalan masuk ke dalam bilik itu.

*Clang!*

Pintu keluli itu terbuka dan satu aura pekat tenaga negatif yang padat meresap ke udara. Leylin juga dapat mendengar sayup-sayup tangisan roh yang tidak terhitung jumlahnya.

"Dalam perjalanan seorang Magus yang mencari kebenaran, seseorang tidak boleh mengelak menumpahkan darah!" Leylin membaca satu pepatah Magus Serholm yang Hebat.

Selepas memeriksa kawasan tersebut, Leylin mendapati terdapat beberapa kesan darah hitam di meja eksperimen berwarna putih itu. Dia mengambil sedikit serbuk daripada meja itu.

"Cip A.I.! Imbas!"

[Tiada sel yang hidup dikesan! Akibat radiansi yang kuat secara berterusan, terdapat kecacatan dan mutasi di dalam serpihan sel-sel itu, tiada sumber berjaya dikesan!]

Suara Cip A.I. kedengaran.

"Celaka" Leylin berasa kecewa sambil menendang meja eksperimen itu.

Bagi Magi yang suka mengeksplorasi, tiada yang lebih mengecewakan daripada mengabdikan usaha dan tenaga yang tak terhitung jumlahnya untuk memasuki kawasan tinggalan masa kuno dan kembali dengan tangan kosong.

Walaupun diari Alkimia sudah boleh dianggap sangat berfaedah pada Leylin, berbanding dengan Magus Serholm yang Hebat, ganjaran itu boleh dikatakan tidak mencukupi.

Ini ialah Magus Serholm yang Hebat!!! Seorang Magus rasmi yang sekurang-kurangnya bertaraf pangkat 4!!!

Tetapi di makmalnya, Leylin tidak mendapat apa-apa. Ini membuatkan dia berasa sangat kecewa.

"Lupakannya! Sekurang-kurangnya aku masih mempunyai diari orang yang tidak bernasib baik itu. Aku tidak mengalami apa-apa kerugian. Lebih-lebih lagi, ekperimen ini mungkin makmal yang digunakan oleh Magus Serholm yang Hebat ketika dia bertaraf Magus pangkat 1 atau 2. Jika tidak, aku pastinya tidak dapat masuk...."

Tiba-tiba, Leylin berasa gembira.

Jika dia telah menceroboh makmal Magus Serholm yang Hebat ketika dia berada di puncaknya. dan jika ada beberapa sumpahan diletakkan, Leylin pasti tidak mampu menentangnya sekarang.

*Bang!*

Seolah-olah memulakan sesuatu tindak balas rantaian dengan menendang meja eksperimen, satu angin bertiup melintasi tanah, berubah menjadi angin badai, dan menggulung habuk di udara.

"Eh?" Wajah Leylin menjadi ketat, dan tangan kanannya diletakkan ke karung pinggangnya.

Taufan itu semakin besar dan lebih besar, sebelum akhirnya membentuk menjadi satu susuk tubuh manusia.

"Berapa tahun ... Berapa tahun sudah berlalu! Aku akhirnya menangkap bau manusia yang hidup!" Susuk tubuh itu seolah-olah terkejut dan mendedahkan wajah tua yang tidak jelas.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C74
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ