"Huo Mian tak pernah berlumba sebelum ni dan jarang langgar undang-undang jalan raya. Paling teruk, dia langgar beberapa lampu merah. Saya dapat video pemanduan dia, tekniknya hanya teknik biasa," Song Yishi membaca maklumat yang diperoleh daripada kawan rapatnya kepada sepupunya.
Saudara Song mahu melakukan sebanyak mungkin penyelidikan yang mereka mampu kerana mereka percaya bahawa mengenali musuh merupakan salah satu cara untuk berjaya.
"Lagi senanglah kerja kita. Tunggu saja, dia mungkin tak akan tahu cara dia mati…" kata Song Yishi dengan kejam.
Kemudian, dia menurunkan tingkap kereta dan menggawang kepada Huo Mian yang turut menurunkan tingkap kereta…
"Jadi, masa sekarang 6.58 malam."
"Ya." Huo Mian mengangguk.
"Tepat 7 malam, kita mula berlumba. Siapa yang sampai dulu dekat bendera di kaki bukit menang."
"Okey." Huo Mian terus mengangguk.