"Awal pagi begini?" Huo Mian melihat jamnya; belum lagi 8.30 pagi.
"Ya, janji temu dengan ketua doktor selalunya bermula waktu tengah hari, tapi pesakit ni memang minta untuk jumpa kamu secara khusus. Kamu nak jumpa dia?" tanya Chen Jie sambil menunggu arahan Huo Mian yang mengangguk. "Apa salahnya. Kita tak boleh biarkan pesakit menunggu dengan sia-sia."
Sejak kehilangan Huo Mian secara misteri dan diculik dari pejabat, Chen Jie akan berada bersamanya setiap kali sesi rundingan, dari awal sehingga akhir.
10 kemudian, seorang wanita yang kelihatan letih berjalan masuk ke klinik. Dia berumur sekitar 30 tahun dan mempunyai raut wajah yang unik tetapi wajahnya kelihatan pucat seperti hantu.
"Sila duduk." Huo Mian mengangkat muka untuk memandang wanita itu, kemudian tunduk semula untuk melihat rekod perubatan.
Dia terkejut apabila mengetahui pesakit menderita psikosis intermiten…