"Ya, dia ada beritahu saya." Qin Chu mengangguk.
"Jadi kamu setuju dengan semua tu?" Qin Yumin memandang anaknya dengan ekspresi bengis.
"Saya yang suruh dia bagi keterangan," Qin Chu menjawab selepas berfikir mengenainya.
"Apa? Kamu yang suruh dia buat macam tu?" Qin Yumin terkejut mendengar jawapan Qin Chu. Di matanya, menantunya sentiasa bersikap sombong dan selalu mengabaikan perasaan orang lain. Oleh itu, dia terkejut apabila anaknya memberitahu yang semua ini merupakan ideanya.
Walaupun Qin Chu marahkan Huo Mian, dia tidak akan sesekali menjatuhkan air muka Huo Mian di hadapan orang lain.
Dia akan sentiasa melindungi Huo Mian dan sanggup bertanggungjawab ke atas segala-galanya di hadapan ayahnya.
Namun, dia tidak mahu Huo Mian tahu apa yang dilakukannya.