"Saya tahu, saya akan buat." Xue Juan tidak kelihatan seperti telah melupakan janjinya.
"Sebenarnya saya tak rasa Ni Yang akan senang-senang maafkan kamu," kata Huo Mian dengan risau…
Xie Juan terkaku dan terdiam…
"Macam mana keadaan dia?" Xie Juan jarang bertanya mengenai keadaan Ni Yang.
"Dia okey; simptom dia dah stabil… tapi dia masih murung… dan tak berminat nak buat apa-apa. Saya dah suruh syarikat aturkan kerja yang mudah untuk dia dan kadang-kadang dia ke luar negara untuk rakaman. Jadi, dia macam sedang bercuti… Semua ni hal remeh-temeh walaupun sebenarnya dia jadi murung sebab kamu yang tinggalkan dia selama ni."
"Saya tahu saya dah buat salah pada dia dan saya akan cuba baiki keadaan."
"Okey, kita cakap tentang hal ni lepas pembedahan Shuai Shuai. Sebaik saja kamu tak risau pasal hal ni, kamu akan ada masa untuk fikir pasal hal kamu dan Ni Yang."
"Okey."
Kemudian, Huo Mian meninggalkan bilik Shuai Shuai…