"Lepaskan? Tak mungkin," kata Su Yu sambil menghirup minumannya.
"Kenapa kamu biarkan diri kamu hadapi semua ini? Haha."
"Saya, Su Yu, tak akan menyerah pada apa-apa lepas saya tahu apa yang saya nak. Saya tak akan guna taktik kotor. Saya nak dapatkan Huo Mian dengan adil. Tak apa kalau dia tak sukakan saya. Saya boleh tunggu sampai dia bercerai dan tinggalkan Qin Chu. Saya akan tunggu sampai dia perlahan-lahan jatuh cinta dengan saya. Saya memang ada banyak masa, tak apa…" Su Yu menghirup minumannya dengan banyak setelah selesai berkata-kata.
Huo Siqian tahu angin Su Yu tidak baik…
"Adik saya Mian memang jahat… dia tak berwajah cantik, atau ada keluarga yang berkuasa atau berstatus tinggi, tapi dia sentiasa boleh perangkap sesiapa sahaja yang menghampirinya…" Huo Siqian mengeluh.
"Saya masih nak kahwin dengan dia, walaupun dia seorang yang jahat… Saya sumpah yang saya tak akan berundur hingga saya kahwin dengan Huo Mian."